Salam
Waah, bila dikenang-kenang balik, hidup apakah yang tengah aku tempuh sekarang ni.
Dulu waktu skolah, kejar nak excellent result.
Masuk Uni, kejar nak buat sehabis baik, nak habiskan degree cepat2.
Sekarang jadi cikgu, nak kejar apa pulak?
Dulu sibuk study dan assignment. Masa yang sama selalu usrah once a week.
Sekarang bz like a bee dengan kerja2 pengurusan sekolah (mostly) dan mengajar tu, x terasa sangat sibuknya.
Hati ni meronta2 nak pi kuliah (target IQ), tapi kekangan nak ber'musafir' ke situ.
Dulu, usrah dlm masa yg sama ada harapan nak baiki diri dan persekitaran.
Sekarang, walaupun masih ada keinginan tu,
tapi x pasti banyak mana yang boleh buat.
Hidup aku dikelilingi dengan pelajar.
Waktu aku mengajar tulah, aku selalu selit: motivasi dan pemikiran.
Kadang-kadang....terbeleter...
Biar lah mereka tak faham sekarang, tapi....harap suatu masa nanti akan faham.
So sekarang, dah x macam dulu.
Hidup ashik fikirkan pelajar, silibus, result, koko n koku.....
Apakah semua ini?
I want to be a teacher who inspires.
Dan cuma akan tercapai, apabila hati aku dekat dengan Tuhan, ikhlas!
Tapi aku terfikir..........adakah sekarang ni aku sedang berjuang (seperti yg pernah aku cita2 kan) ataupun aku hanya sekadar memenuhi keperluan pekerjaanku?
Adakah aku cikgu yg kosong?
yg hanya nak pelajar aku lulus?
yang hanya kalut nak siapkan tugasa panitia dan kokurikulum mengikut permintaan org atasan?
yang hanya memastikan pelajar2ku dapat buku teks mencukupi?
p/s: Sedang fikir masa depan students.....(Adakah students aku fikir masa depan diorang?)
Ummu A'sim (1)
Falyaqul khairan au liyasmut [Berkatalah yang baik atau diam]
Wednesday, November 28, 2012
Wednesday, September 5, 2012
Cerita sedekad
Cerita kita tidak semudah yang lain..
Mungkin ada silapku, bila sukakan apabila ia menjadi sukar..
Ibarat doa, meminta cabaran..
Kononnya dapat menguji kekuatan.
Tapi rupanya,
sukar itu sengsara.
Mujur saja aku bertahan.
Mujur juga dia sanggup.
Bukan saja diuji dengan masa..malah jarak..
dan kini...getir lagi terasa,
kerana yang perlu melepaskan
tegas menyatakan...masa belum tiba...
Melihat itu,
kadang rasa khuatir, kadang rasa kabur.
Bila saja katanya dia pasti,
aku jadi kuat.
Namun aku faham,
tiada kuasa menandingi ketetapanNya.
Cukupkah aku duduk berdoa
ia dipermudahkan?
Padahal aku sendiri tidak menjelaskan siapa,
tapi meminta apa yang Dia tahu terbaik buatku.
Sebab rahsia masa depan Dia yang tahu.
Sebab diri hambaNya Dia lebih mengerti.
Memikirkan hati yang sukar melupakan,
dan penantian penuh tanda tanya sedekad lamanya...
Aku yang memang sukar mengubah hati.
Itulah hakikatnya..
Sesuatu yang tidak pasti penghujungnya tidak patut dibazirkan dengan perasaan derita.
Jadi, teruskan bersabar walaupun sukar.
Saturday, September 1, 2012
Plot
Andai kata...
Kisah kehidupan kita
dapat disusun
seperti plot drama tv.....
Kita tak boleh memilih
dalam kehidupan bagaimana kita dilahirkan...
tapi..
kita boleh memilih
kehidupan bagaimana yang kita mahukan
Ada sesuatu yang telah diatur untuk kita..
Thursday, August 30, 2012
CUTI
Isk, nak bawak balik yg mana satu ni?
Ok, fail SPBT ni je lah. Ambik banyak2 karang tak terbuat pulak.
''Orang cuti,cuti la. Balik untuk melapangkan fikiran"
Tegur salah seorang clique.
'Ikut suka saya la'...sambil senyum.
Hidup kita berbeza.
Anda sudah berkeluarga. Saya masih bujang.
Tambah lagi cuti merdeka 3 hari ni,tinggal sorang2.
takkan nak 'koma' mengadap dinding, dan membengkakkan mata menghadap screen laptop,tv, & tidur.
Tapi, nikmat betul hidup bujang ni.....
Kalau ada anak/lelaki/mertua...nak kena amalkan hidup bersistematik, x boleh fikir diri sendiri saja, kena fikir makan dan keperluan mereka juga.
Maksudnya,x macam sekarang...walaupun bangun awal...tapi masih boleh
melepakkan diri di dalam bilik, ber facebook, ber blogging, menonton My Girl..perut lapar pon x kisah...
hmm..nikmat
Nikmat, nikmat jugak..
tapi mungkin...kurang nak rasa beratnya tanggungjawab,
nak rasa peritnya pengorbanan...
Anyway, kalau hati ikhlas, anything for You katakan,
takla berat sangat kan...
cuma rindu nak rasa hidup bujangan itu akn kembali,
yalah...hidup bebas, bersenang-senangan.
Sekarang...nak bermesej dengan kawan2 yang dah kawin pon,
kena fikir 2,3 kali..
kena start ayat dgn 'sori ganggu....'
Takut2, memang saya betul2 mengganggu :D
********************
Kita memang x boleh salahkan perasaan.
Rasa marah, sedih suka, gembira naturally datang dalam hidup
atas sebab2 kejadian yang berlaku kat kita.
Tapi,it's the matter of how we control those feelings.
Lebih kepada macammana kita kawal..
rasa marah,suka,sedih gembira..
Macammana kita express...
Kadang2 ada perasaan, yang bagus kalau kita tunjuk:
Contohnya gembira anak murid boleh jawab soalan kita walaupun soalan senang macam kacang. Itu cara guru memotivasikan pelajar.
Tapi ada perasaan yag kita kena tunjuk,tapi berpada2.
Contohnya marah kepada pelajar kerana kurang hormat dan tak serious belajar.
Kena tunjuk ok...Kalau tidak pelajar ni tak faham yang KITA NAK DIORANG FAHAM DAN BOLEH APPLY apa yang kita ajar..
Tapi kena la berpada2, xkan sampai menyumpah ranah pelajar tu dan mengaitkan dengan ibu bapa dia (isu sensitif ni).
Ada perasaan yang kita memang tak boleh tunjuk.
Contohnya jatuh cinta kat pelajar...
oops...
haha, walaupun saya mengaku memang ada pelajar saya yang hensem,
tapi takdala sampai jatuh cinta.
Cinta I sangat susah untuk jatuh, cuma seorang...*berangan*
Dah jadi cikgu ni means we are social workers.
Hari2 kita bercakap dengan students (our clients).
Bercakap = berkomunikasi.
Bila berkomunikasi, nak ajar sampai paham, kena cakap dan pandang students.
Kita tengok depa, depa tengok kita.
Kita tanya depa jawap.
So tak mustahil la and no wonder la, selalu dengar cikgu kawin dengan students.
Tak salah pon kalau kawin, yang salah tu cikgu n pelajar bermain cinta.
Tak berapa profesional di situ, dan tidak begitu berkenan lah bila students lain nampak...mana istilah role model tu tercampak nanti?
But Im not putting blame on them...sebab soal2 perasaan ni memang susah nak diurus kalau x pandai...tambah2 kalau jatuh cinta pada yang tak sepatutnya..Pandai2la nak berpijak di bumi yang nyata balik.
Kalau kita dah start journey yang dah jauh, tiba2 tertinggal barang kat rumah..
berat rasanya nak patah balik..
So tumpang masih belum prgi jauh, baik la beringat2.
Manusia sentiasa akan berhenti dekat satu tempat yang banyak cabang jalan.
Di situ, pilihan ada....kita yang buat keputusan nak ambik jalan mana.
So jangan salahkan takdir...dan menamakan pilihan kita sebagai takdir...

Monday, June 18, 2012
Menjadi yang baik adalah pilihan atau kewajipan?
Sedangkan baik itu sendiri adalah fitrah.
Mana tidaknya, kita semua dilahirkan bersih tanpa noda.
Kesusahan, cabaran, kekurangan,
inilah penyambut rungutan.
Dan di situlah terujinya ikhlas yang dilaungkan selama hidup.
Sampai ketika ini, membuat pilihan itu seuatu yang rumit.
Semakin banyak pemberat yang diletakkan di atas neraca.
Tapi sayang, skala neraca masih belum jelas untuk dibaca.
Kata beliau marah itu berkadar terus dengan ego.
Ouch. Betul itu agaknya.
Friday, April 20, 2012
my all
Kekok mungkin..dah lama tinggal blog ni.
Banyak yang saya fikirkan.
Soal kerja, soal pelajar saya, soal masa depan, dan paling penting..soal hidup harian yg sedang saya tempuh.
Sekarang, saya dah jadi layang-layang yang terbang.
Logically, lebih banyak yang saya boleh buat.
Tapi kenapa sekarang seolah-olah lumpuh?
Sayang...sayang...sayang kudrat dan rezeki ini kalau begini.
Hari2 cuti, selalu bosan sampai tak tau nak buat apa.
Inilah yg saya runsing...takut masa kosong itu bakal merosakkan kualiti pemudi ini.
Ada sesuatu cita-cita saya yg masih di takuk lama.
Tapi malang, mungkin saya tak kuat bila seorang.
Tuesday, July 26, 2011
Pokok yang mati itu keras, pokok yang hidup itu lembut
Wahai pokok yang hidup, saya doa Allah bantu saya pelihara hati ini untuk jadi seperti kamu.
Seperti biasa, saya mendengar slot Prof Mohaya dengan teruja.
Hari ini isunya tentang penjara.
Penjara ada 2 jenis..secara fizikal atau mental.
Contoh orang yang dipenjarai fizikal tetapi tidak mentalnya adalah Nelson Mandela dan Syed Qutb.
Contoh orang yang bebas fizikalnya, tetapi terpenjara mindanya itu...Ramai sekali...Apabila kita sering takut tentang apa yang orang kata,lalu membantutkan kita untuk bertindak kreatif, maka kita akan terus terpenjara dengan pelbagai 'takut-takut' itu.
Habis itu apa kaitannya dengan pokok hidup dan pokok mati?
Seorang pendengar slot suri menghantar sms:
"Bagaimana nak deal dengan orang yang anggap dirinya saja yang betul?"
Saya yang mendengar, terlintas:
"Ah, akukah? Yang kadang-kadang susah mengalah apabila merasakan aku di pihak yang benar"
Lalu saya mendengar dengan teliti.
Orang yang merasakan dirinya saja yang betul, sebenarnya adalah orang yang tiada apa-apa.
(And the list just goes on)
Cara untuk deal : Iakan saja apa yang dikatanya. Lama2 dia akan sedar.
Perumpamaan pokok yang mati itu keras...Umpama manusia yang mati hatinya disebabkan kekerasan hati, tak sudi bersikap fleksibel.
Perumpamaan pokok yang hidup itu lembut...Ibarat manusia yang hidup hatinya, lembut menerima nasihat atau kritikan, untuk terus 'grow up'.
Ya Allah...
Kadang kala kedangkalan akal kami menyebabkan kami berkeras mempertahankan
hak, terlalu banyak menuntut hak..Terlalu banyak berfikir 'sepatutnya itu...sepatutnya ini..'...Terlalu banyak mempertikai, mengeluh, dan complaint.
Faghfirlana ..
Bagaimana mungkin seorang wanita dapat menjadi isteri solehah,
jika terlalu banyak mengungkit?
Bagaimana mungkin seorang insan dapat jadi orang soleh, jika tak berperibadi bersyukur dan hilang sikap qanaa'h?
***
Betapa pentingnya hubungan kita sesama manusia banyak bergantung kepada KUALITI KOMUNIKASI.
Perkataan, Intonasi, Fisiologi.
Adakalanya perkataan kita manis2 belaka bagaikan madu, tetapi intonasinya boring, fisiologinya bertindak seolah2 memberitahu perasaan 'menyampah'...
Maka apakah ini komunikasi berkualiti?
Tidak.
Maka tidalah rindu dendam antara suami isteri, kerana komunikasi yang tidak berkualiti.
*Terima kasih pemberi tips di atas...Walaupun saya takde suami, tapi saya ada mak abah, saya ada kawan2, saya ada pelajar saya*
***
Semalam saya membaca blog Kak Nurul : Bersediakah berkongsi suami
Kak Nurul menulis nisbah2 lelaki dan perempuan,
dan sebagai mathematician...saya memandangnya sebagai sesuatu yang sangat rasional.
Jadi, saya pun tak nak mengada-ngada dan tak nak panjangkan cerita.
Sekalipun sekarang saya lega, tapi masa depan saya belum tahu.
Dengan itu, saya melenturkan hati untuk lebih terbuka.
I trust u, I will.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)