Wednesday, November 28, 2012

Cita

Salam

Waah, bila dikenang-kenang balik, hidup apakah yang tengah aku tempuh sekarang ni.

Dulu waktu skolah, kejar nak excellent result.
Masuk Uni, kejar nak buat sehabis baik, nak habiskan degree cepat2.
Sekarang jadi cikgu, nak kejar apa pulak?

Dulu sibuk study dan assignment. Masa yang sama selalu usrah once a week.
Sekarang bz like a bee dengan kerja2 pengurusan sekolah (mostly) dan mengajar tu, x terasa sangat sibuknya.
Hati ni meronta2 nak pi kuliah (target IQ), tapi kekangan nak ber'musafir' ke situ.

Dulu, usrah dlm masa yg sama ada harapan nak baiki diri dan persekitaran.
Sekarang, walaupun masih ada keinginan tu,
tapi x pasti banyak mana yang boleh buat.

Hidup aku dikelilingi dengan pelajar.
Waktu aku mengajar tulah, aku selalu selit: motivasi dan pemikiran.
Kadang-kadang....terbeleter...
 Biar lah mereka tak faham sekarang, tapi....harap suatu masa nanti akan faham.

So sekarang, dah x macam dulu.
Hidup ashik fikirkan pelajar, silibus, result, koko n koku.....

Apakah semua ini?
I want to be a teacher who inspires.
Dan cuma akan tercapai, apabila hati aku dekat dengan Tuhan, ikhlas!

Tapi aku terfikir..........adakah sekarang ni aku sedang berjuang (seperti yg pernah aku cita2 kan) ataupun aku hanya sekadar memenuhi keperluan pekerjaanku?

Adakah aku cikgu yg kosong?
yg hanya nak pelajar aku lulus?
yang hanya kalut nak siapkan tugasa panitia dan kokurikulum mengikut permintaan org atasan?
yang hanya memastikan pelajar2ku dapat buku teks mencukupi?

p/s: Sedang fikir masa depan students.....(Adakah students aku fikir masa depan diorang?)

Wednesday, September 5, 2012

Cerita sedekad


Cerita kita tidak semudah yang lain..
Mungkin ada silapku, bila sukakan apabila ia menjadi sukar..
Ibarat doa, meminta cabaran..
Kononnya dapat menguji kekuatan.
Tapi rupanya,
sukar itu sengsara.
Mujur saja aku bertahan.
Mujur juga dia sanggup.
Bukan saja diuji dengan masa..malah jarak..
dan kini...getir lagi terasa,
kerana yang perlu melepaskan
tegas menyatakan...masa belum tiba...
Melihat itu,
kadang rasa khuatir, kadang rasa kabur.
Bila saja katanya dia pasti,
aku jadi kuat.
Namun aku faham,
tiada kuasa menandingi ketetapanNya.
Cukupkah aku duduk berdoa
ia dipermudahkan?
Padahal aku sendiri tidak menjelaskan siapa,
tapi meminta apa yang Dia tahu terbaik buatku.
Sebab rahsia masa depan Dia yang tahu.
Sebab diri hambaNya Dia lebih mengerti.
Memikirkan hati yang sukar melupakan,
dan penantian penuh tanda tanya sedekad lamanya...
Aku yang memang sukar mengubah hati.
Itulah hakikatnya..
Sesuatu yang tidak pasti penghujungnya tidak patut dibazirkan dengan perasaan derita.
Jadi, teruskan bersabar walaupun sukar.

Saturday, September 1, 2012

Plot


Andai kata...
Kisah kehidupan kita
dapat disusun
seperti plot drama tv.....

Kita tak boleh memilih
dalam kehidupan bagaimana kita dilahirkan...
tapi..
kita boleh memilih
kehidupan bagaimana yang kita mahukan

Ada sesuatu yang telah diatur untuk kita..


Thursday, August 30, 2012

CUTI

Isk, nak bawak balik yg mana satu ni?
Ok, fail SPBT ni je lah. Ambik banyak2 karang tak terbuat pulak.

''Orang cuti,cuti la. Balik untuk melapangkan fikiran"
Tegur salah seorang clique.

'Ikut suka saya la'...sambil senyum.

Hidup kita berbeza.
Anda sudah berkeluarga. Saya masih bujang.
Tambah lagi cuti merdeka 3 hari ni,tinggal sorang2.
takkan nak 'koma' mengadap dinding, dan membengkakkan mata menghadap screen laptop,tv, & tidur.

Tapi, nikmat betul hidup bujang ni.....
Kalau ada anak/lelaki/mertua...nak kena amalkan hidup bersistematik, x boleh fikir diri sendiri saja, kena fikir makan dan keperluan mereka juga.
Maksudnya,x macam sekarang...walaupun bangun awal...tapi masih boleh
melepakkan diri di dalam bilik, ber facebook, ber blogging, menonton My Girl..perut lapar pon x kisah...
hmm..nikmat

Nikmat, nikmat jugak..
tapi mungkin...kurang nak rasa beratnya tanggungjawab,
nak rasa peritnya pengorbanan...

Anyway, kalau hati ikhlas, anything for You katakan,
takla berat sangat kan...
cuma rindu nak rasa hidup bujangan itu  akn kembali,
yalah...hidup bebas, bersenang-senangan.

Sekarang...nak bermesej dengan kawan2 yang dah kawin pon,
kena fikir 2,3 kali..
kena start ayat dgn 'sori ganggu....'
Takut2, memang saya betul2 mengganggu :D

********************

Kita memang x boleh salahkan perasaan.
Rasa marah, sedih suka, gembira naturally datang dalam hidup
atas sebab2 kejadian yang berlaku kat kita.

Tapi,it's the matter of how we control those feelings.
Lebih kepada macammana kita kawal..
rasa marah,suka,sedih gembira..
Macammana kita express...

Kadang2 ada perasaan, yang bagus kalau kita tunjuk:
Contohnya gembira anak murid boleh jawab soalan kita walaupun soalan senang macam kacang. Itu cara guru memotivasikan pelajar.

Tapi ada perasaan yag kita kena tunjuk,tapi berpada2.
Contohnya marah kepada pelajar kerana kurang hormat dan tak serious belajar.
Kena tunjuk ok...Kalau tidak pelajar ni tak faham yang KITA NAK DIORANG FAHAM DAN BOLEH APPLY apa yang kita ajar..
Tapi kena la berpada2, xkan sampai menyumpah ranah pelajar tu dan mengaitkan dengan ibu bapa dia (isu sensitif ni).

Ada perasaan yang kita memang tak boleh tunjuk.
Contohnya jatuh cinta kat pelajar...
oops...
haha, walaupun saya mengaku memang ada pelajar saya yang hensem,
tapi takdala sampai jatuh cinta.
Cinta I sangat susah untuk jatuh, cuma seorang...*berangan*
Dah jadi cikgu ni means we are social workers.
Hari2 kita bercakap dengan students (our clients).
Bercakap = berkomunikasi.
Bila berkomunikasi, nak ajar sampai paham, kena cakap dan pandang students.
Kita tengok depa, depa tengok kita.
Kita tanya depa jawap.
So tak mustahil la and no wonder la, selalu dengar cikgu kawin dengan students.
Tak salah pon kalau kawin, yang salah tu cikgu n pelajar bermain cinta.
Tak berapa profesional di situ, dan tidak begitu berkenan lah bila students lain nampak...mana istilah role model tu tercampak nanti?

But Im not putting blame on them...sebab soal2 perasaan ni memang susah nak diurus kalau x pandai...tambah2 kalau jatuh cinta pada yang tak sepatutnya..Pandai2la nak berpijak di bumi yang nyata balik.

Kalau kita dah start journey yang dah jauh, tiba2 tertinggal barang kat rumah..
berat rasanya nak patah balik..
So tumpang masih belum prgi jauh, baik la beringat2.

Manusia sentiasa akan berhenti dekat satu tempat yang banyak cabang jalan.
Di situ, pilihan ada....kita yang buat keputusan nak ambik jalan mana.
So jangan salahkan takdir...dan menamakan pilihan kita sebagai takdir...


Monday, June 18, 2012

Menjadi yang baik adalah pilihan atau kewajipan? Sedangkan baik itu sendiri adalah fitrah. Mana tidaknya, kita semua dilahirkan bersih tanpa noda. Kesusahan, cabaran, kekurangan, inilah penyambut rungutan. Dan di situlah terujinya ikhlas yang dilaungkan selama hidup. Sampai ketika ini, membuat pilihan itu seuatu yang rumit. Semakin banyak pemberat yang diletakkan di atas neraca. Tapi sayang, skala neraca masih belum jelas untuk dibaca. Kata beliau marah itu berkadar terus dengan ego. Ouch. Betul itu agaknya.

Friday, April 20, 2012

my all

Kekok mungkin..dah lama tinggal blog ni. Banyak yang saya fikirkan. Soal kerja, soal pelajar saya, soal masa depan, dan paling penting..soal hidup harian yg sedang saya tempuh. Sekarang, saya dah jadi layang-layang yang terbang. Logically, lebih banyak yang saya boleh buat. Tapi kenapa sekarang seolah-olah lumpuh? Sayang...sayang...sayang kudrat dan rezeki ini kalau begini. Hari2 cuti, selalu bosan sampai tak tau nak buat apa. Inilah yg saya runsing...takut masa kosong itu bakal merosakkan kualiti pemudi ini. Ada sesuatu cita-cita saya yg masih di takuk lama. Tapi malang, mungkin saya tak kuat bila seorang.

Tuesday, July 26, 2011

Pokok yang mati itu keras, pokok yang hidup itu lembut

Wahai pokok yang hidup, saya doa Allah bantu saya pelihara hati ini untuk jadi seperti kamu.

Seperti biasa, saya mendengar slot Prof Mohaya dengan teruja.
Hari ini isunya tentang penjara.

Penjara ada 2 jenis..secara fizikal atau mental.

Contoh orang yang dipenjarai fizikal tetapi tidak mentalnya adalah Nelson Mandela dan Syed Qutb.
Contoh orang yang bebas fizikalnya, tetapi terpenjara mindanya itu...Ramai sekali...Apabila kita sering takut tentang apa yang orang kata,lalu membantutkan kita untuk bertindak kreatif, maka kita akan terus terpenjara dengan pelbagai 'takut-takut' itu.

Habis itu apa kaitannya dengan pokok hidup dan pokok mati?

Seorang pendengar slot suri menghantar sms:
"Bagaimana nak deal dengan orang yang anggap dirinya saja yang betul?"

Saya yang mendengar, terlintas:
"Ah, akukah? Yang kadang-kadang susah mengalah apabila merasakan aku di pihak yang benar"

Lalu saya mendengar dengan teliti.

Orang yang merasakan dirinya saja yang betul, sebenarnya adalah orang yang tiada apa-apa.
(And the list just goes on)

Cara untuk deal : Iakan saja apa yang dikatanya. Lama2 dia akan sedar.

Perumpamaan pokok yang mati itu keras...Umpama manusia yang mati hatinya disebabkan kekerasan hati, tak sudi bersikap fleksibel.
Perumpamaan pokok yang hidup itu lembut...Ibarat manusia yang hidup hatinya, lembut menerima nasihat atau kritikan, untuk terus 'grow up'.

Ya Allah...
Kadang kala kedangkalan akal kami menyebabkan kami berkeras mempertahankan
hak, terlalu banyak menuntut hak..Terlalu banyak berfikir 'sepatutnya itu...sepatutnya ini..'...Terlalu banyak mempertikai, mengeluh, dan complaint.
Faghfirlana ..

Bagaimana mungkin seorang wanita dapat menjadi isteri solehah,
jika terlalu banyak mengungkit?
Bagaimana mungkin seorang insan dapat jadi orang soleh, jika tak berperibadi bersyukur dan hilang sikap qanaa'h?

***

Betapa pentingnya hubungan kita sesama manusia banyak bergantung kepada KUALITI KOMUNIKASI.

Perkataan, Intonasi, Fisiologi.

Adakalanya perkataan kita manis2 belaka bagaikan madu, tetapi intonasinya boring, fisiologinya bertindak seolah2 memberitahu perasaan 'menyampah'...
Maka apakah ini komunikasi berkualiti?

Tidak.
Maka tidalah rindu dendam antara suami isteri, kerana komunikasi yang tidak berkualiti.

*Terima kasih pemberi tips di atas...Walaupun saya takde suami, tapi saya ada mak abah, saya ada kawan2, saya ada pelajar saya*

***


Semalam saya membaca blog Kak Nurul : Bersediakah berkongsi suami

Kak Nurul menulis nisbah2 lelaki dan perempuan,
dan sebagai mathematician...saya memandangnya sebagai sesuatu yang sangat rasional.

Jadi, saya pun tak nak mengada-ngada dan tak nak panjangkan cerita.
Sekalipun sekarang saya lega, tapi masa depan saya belum tahu.
Dengan itu, saya melenturkan hati untuk lebih terbuka.

I trust u, I will.

Wassalam.

Saturday, July 23, 2011

Antara beban dan impian

Tertarik sekali!

Saya tertarik dengan kanak-kanak 12 tahun yang genius tetapi secara fizikalnya memiliki raut wajah dan kadar kesihatan orang tua 70 tahun.

Itu yang menyebabkan saya terus menonton filem Paa sehingga tamat.

Saya juga tertarik dengan isu 'korupsi' filem-filem dari India.

Saya akan kata "Eh, tak sangka sama" :p

***

Paa:

Bermula dengan keterlanjuran sepasang kekasih yang merupakan penuntut Havard University.
Si perempuan akhirnya mengandung. Si lelaki dengan tekad untuk terus fokus pada impiannya menjadi politician yang terkenal dan tidak mahu membahagikan komitmennya untuk berkeluarga. Si perempuan yang kecewa, meneruskan hidupnya tanpa mempedulikan si lelaki yang taksub dengan cita-citanya. Dia hanya memberitahu lelaki itu bahawa masalah anak di dalam kandungannya telahpun diselesaikan.

Anaknya dilahirkan, pengidap Progeria.
Namun, dia dibesarkan dalam suasana yang sungguh positif,
malah rakan2 dan guru juga terbuka menerimanya.

Sampai satu masa,
akhirnya si ibu menceritakan perkara sebenar.
Si ibu memberitahu ayahnya kini politician yang terkenal,
malah pernah berjabat tangan dengan si anak.

Si anak bertanya "Do u want him to know?"
Si ibu menggeleng dan menjawab "Satu beban boleh mematikan impian. Saya dan awak adalah beban dia"

Pada saat anaknya nazak...
Ibu bapanya bertemu kembali.
Bapanya melamar ibunya kembali namun ditolak.
Kawan si anak yang datang melawat
tiba-tiba berkata
"Yang menyakiti itu lebih menderita daripada yang disakiti"

***

1) Maafkan saya jika saya menjadi beban.
2) Maafkan saya jika anda lebih menderita.

***

Saya sedang memberi ruang untuk anda membuat pilihan dan keputusan.
Sudah pasti bukan saya yang perlu tentukan kerana saya telah memuat pilihan saya.
Mungkin dengan ruang ini, kita dapat yakinkan hati...How passionate we are.

***

Akhir kata...Buatlah keputusan dengan pendirian.

Wassalam.

Friday, July 22, 2011

Cikgu Z, kita sama .

Pengikut siri Juvana, TV3, Isnin, 9 pm..
Pasti kamu kenal Cikgu Zakiah :)

Oh, saya tidak se'kuat'itu untuk ke sekolah seperti Wira Bakti,
walau saya percaya permainan psikologi itu dapat membantu
memulihkan 'mind setting' pelajar yang bermasalah.

Tengok video 'The Invigilator' pon dah rasa...
"oooooooooh....Ive faced some of those situation...Quitting? might be not...but..
TIRING..yes, it is"

Cuma di sini apa yang saya perlu tegaskan:

Saya mahu dan ingin sekali membuktikan sesuatu.
Sesuatu tentang kerjaya guru.
Saya sebenarnya mengambil risiko the moment I accepted the offer from KPM.
Risiko kekecewaan harapan abah, risiko menahan pedih telinga mendengar kata sinis,
risiko yang kononnya bidang tak sepadan result, risiko naik pangkat lambat, risiko berhadapan dengan pelajar bermasalah sosial, risiko gaji sikit.

Apa saya peduli.
Yang penting saya tahu apa yang saya buat.
Saya tahu apa yang saya cari.
Saya tahu apa kemampuan saya.
Selagi mana saya yakin,
selagi itu saya akan berusaha.
Walaupun mungkin penat dan lelah di tengah jalan,
saya tak akan patah balik dan saya tak akan menyesal.
Bila saya bertekad, saya akan berusaha penuhi.
Sungguh! saya tak peduli persepsi orang terhadap apa yang saya pilih ni.

Saya memang berjauh hati apabila career guru dipandang rendah,
tapi saya mengaku..Saya juga pernah memandang rendah..
Tapi waktu itu saya terlalu muda untuk menilai.

Saya terima tawaran KPM pada mulanya kerana rasa terasing setelah mendengar ramai kawan yang juga sedang membuat persediaan ke luar negara.

Tetapi menjadi guru bukanlah masalah besar bagi saya,
malah sebenarnya ia cita-cita saya yang terakhir sebelum menduduki SPM.
Waktu itu saya sedang bergelut.
Bergelut mengenalpasti kelemahan saya dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
Sekian lama, banyak kelemahan dan 'ketakutan' yang dapat saya atasi.
Dan keyakinan itulah juga yang saya ingin tanamkan kepada pelajar saya
jika ditakdirkan saya menjadi guru.
Keyakinan bahawa 'Ketakutan itu perlu diatasi dengan menghadapinya, bukan terus mengelak'.

Semakin umur bertambah,
semakin banyak keperluan untuk menjadi guru.
Medium ini boleh saya gunakan untuk menyampaikan 'pemikiran'.
Biar anak bangsa saya berfikir.

Sampai sekarang...
Orang cakap..
Cikgu lambat naik pangkat, gaji sikit.

Saya geram dan saya nak buktikan,
Guru adalah profesion terbaik untuk saya!
InsyaAllah.

Wednesday, July 20, 2011

'Surrender' wife

"Wives, no matter how smart we are, do not control and do not correct our husbands" -'Surrender' wife.

Baca ja perkataan 'surrender' tu, terus rasa: Oh, lemahnya nak kena mengalah ni!

Tapi, ditakdirkan, baca juga tentang surrender wife.

Dan akhirnya,saya dapati surrender tu bukanlah mengalah sebab putus asa.

It's more like a 'give and take situation' for husband and wife.

Tak dapatlah saya nak hurai banyak2 hakikatnya saya masih single, belum berumahtangga.

Tapi ini lah yang selalu dipesan..

-Bini jangan tunjuk pandai kat suami
-Jangan control laki
-Laki susah nak terima teguran isteri

dan...

bila terbaca 'surrender' wife,
ianya memang 'masuk' dengan 'Men from Mars, Women from Venus'.

Kira fair la, when we read from both woman's and man's perception.

**Cikgu Hana ni selalu tegur adik2..ini tak kena itu tak kena..Kesian mereka serba tak kena, ashik nak jaga kepuasan hati kakak sorang ni yang ashik merungut "Tolong jangan sepah rumah, I dah kemas..Tolong buang sampah kat tempat dia..Tolong letak baju yang nak basuh dalam bakul, jangan lungguk..Tolong basuh pinggan sebijik je pun..Tolong jangan buka lagu kuat2, semak le...Tolong jangan guna internet lama2, buku tu ada"

Oh, kesiannye korang..Mungkin saya kena belajar 'berlapang dada' dengan lifestyle orang yang berbeze-beza...Sorry for controlling u guys, perhaps it's too much sometimes .. I'll try my best

Apa yang kita beri hari ini?

Salam

Apa manfaat kita buat orang sekeliling hari ini?
Sebelum menjalankan bantuan untuk orang,
have we ever checked samada niat kita sedang ikhlas mendapat redha Allah
ataupun ada sampingan mengharap penghargaan manusia?

Yes,
itulah yang saya dapat setiap kali mendengar slot suri di IKIM fm pada hari Rabu
bersama Prof Mohaya.

Beliau berkali-kali menekankan:

1) Fokus pada apa yang kita ada, jangan pada apa yang kita tiada
2) Bersyukur........
3) Fokus untuk memberi, bukan menerima
4) Cari redha Allah, bukan penghargaan manusia
5) Jangan ashik fikir apa orang kata...
6) Positive energy selalu

Beliau seorang yang positif, dapat suntik semangat positif juga kepada pendengar.
Beliau bukan ustazah, tetapi pakar mata yang suka kongsi pengalaman hidup.

Tadi, antara pesannya:
Amatlaaaah rugi hidup ini jika dalam sehari kita tidak melakukan amar ma'ruf nahi munkar.


Saya agak tersentak, dan tertanya:
"Aku buat ke hari-hari?"

Sebab itulah tujuan hidup kita pun, memanglah sia-sia kalau tak dapat capai tujuan hidup ini.

Suruh adik kita solat dah amar ma'ruf...Nasihat adik untuk tak buang masa dah nahi munkar...itulah fikir saya. Tapi mungkinlah ia tersangatlah kecil jika dibandingkan dengan pejuang-pejuang hebat.

Yang takutnya..kalau kita halang yang ma'ruf dan menggalakkan yang munkar.
Kita yang jahil ini, hidup pula pula dalam zaman penuh dengan fitnah,
iman pula bagai buih, sampaikan tak dapat kita bezakan yg betul yang salah,
dan terasa sangat biasa tiada apa apa dengan maksiat.

Syukur juga ada pendidikan islam dalam silibus KPLI, ustazah tugaskan kami menghafal doa sebelum memberi salam. (Antaranya doa meminta perlindungan daripada fitnah ad-dajjal)

Jadi...apa yang kita beri hari ini? (instead of tanya apa yang saya dapat selama ni?)

- Pernah tak kita rasa ruginyaaa aku tolong kau dulu, kau tak pernah hargai..
- Pernah tak kita ungkit..Slama ni kita bagi dia macam2, tapi tak pernah dia hargai..malahdia lebihkan orang lain yang tak pernah bagi dia apa2
- Pernah tak kita tolong orang, tapi perasaan rasa macam paksa rela..dalam keadaan bebal kita buat juga

Saya terfikir...ruginya saya kalau pernah..rugi sangat..sebab saya hanya dapat penat lelah...sebab saya hilang salah satu syarat amal diterima iaitu IKHLAS.

Ya Rabb, pimpinlah hati2 kami agar sentiasa ikhlas.

Sunday, July 17, 2011

Pandanglah saya sebagai peluang dakwah kalian


Yes, I really mean it.

Kepada ibu bapa, kenalan baik di alam maya mahupun realiti,
keluarga, pelajar,

pandanglah saya sebagai peluang dakwah kalian.

Ibu bapa banyak berdakwah kepada saya tentang adab dan sikap.
Kenalan juga banyak berkongsi contoh peribadi yang perlu diikuti.
Pelajar? Mungkin mengajar saya menjadi lebih bersabar dan expressive.

Terima kasih kepada kalian yang bersabar menghadapi baik buruk saya.
Kehadiran kalian sebenarnya amat bererti,
kerana Allah tidak menjadikan sesuatu secara sia-sia.

Saya sedang dan berharap sentiasa dapat mempersiapkan diri,
membuka fikiran dan hati,
untuk menerima nasihat, tarbiyah,
dan mencontohi sikap baik kalian.
Walaupun saya akui, hati ini tidak lah se'tough' mane.

Tanpa mempersiapkan diri untuk bersedia ditarbiyah,
mana mungkin dapat bersifat terbuka menerima nasihat dan kritikan,
dan mana mungkin dapat berubah diri menjadi lebih baik,
biarpun berada di dalam biah soleh.

Tapi nampaknya..
seperti saya yang menunggu untuk menerima,
kan?

Apa sebenarnya yang dapat saya beri?

Berfikir untuk memberi sebenarnya adalah lebih mudah dan menenangkan
berbanding berfikir untuk menerima.

Dulu saya pernah 'berangan',
menjadi ummu A'sim. (A'sim = sejahtera).
Kerana saya bercita-cita ingin melahirkan
sosok khalifah Umar Abdul Aziz.
(Wah, tinggi sungguh cita-cita!)

Ingat : Behind every great man, there's a great woman!

Kuncinya, jadilah great woman ;)

Ya saya akui,
great woman tidak semestinya yang hebat tampil di hadapan khalayak,
petah bercakap membetulkan itu dan ini...Tidak semestinya.

Jujurnya pada saya;
great woman adalah:

1) isteri yang bijak membantu suami menakhoda rumah tangga yg sentiasa dalam redha Allah
dan redha suami.
2) ibu yang dapat melahirkan anak2 menjadi khalifah seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Eh, yang tak kawin macammane?

1) Bermanfaat untuk ummat (termasuk ibu bapa dan keluarga)

Come on me! Walk the talk!

Angan-angan dan berkata-kata jauh berjuta kali sangat mudah,
berbanding melaksanakan.

Setuju.

Ya, kalau boleh saya nak hadiahkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz kepada ummat,
tapi itu cuma angan-angan.

Nak merealisasikan tu perlu ada MUJAHADAH, MUJAHADAH, dan MUJAHADAH.

Saya mula terkesan dengan sejarah Khalifah Umar Abdul Aziz setelah mendengar ceritanya daripada video Dr.Asri.

Ya, mereka sentiasa fikirkan ummat. Sebab tu pentingnya memilih pasangan soleh
supaya dapat berbuat sesuatu untuk ummat.
Mereka berjuang, berkepimpinan, dan tidak mementingkan kepentingan sendiri.

Hei, siapa yang telefon sj kawan2, jumpa saja kawan2, lepak dengan family dan kawan;
butir bicaranya adalah tentang UMMAT?

Sewaktu masyarakat tengah heboh pasal demonstrasi BERSIH, UZAR menulis di FB: DRMAZA called beliau dan mereka berbincang tentang UMMAT.

Hmm..seingat saya, saya, sy tak selalu ambil peduli 'isu berat' :s Isu hati sendiri yg selalu dibualkan.sobs.
Mahu tak mahu, akhirnya saya perlu akui, saya perlu ubah diri...supaya nanti tidak lah serba salah mendidik anak, dan tidak jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan.
Saya tahu cita2 itu terlalu tinggi dan can be considered as tidak realistik, tapi saya tidak akan bergerak tanpa cita-cita.
Akhir kata walk the talk, actions speak louder than words. Anak2 zaman sekarang sangat mencabar:)
Berani nak sahut cabaran tu?



Monday, July 11, 2011

The blindfold


Kadang-kadang kita tak sedar,
bila kita suka; kita sentiasa sokong,
bila dah tak suka; kita selalu nampak salah,
walaupun catatan dalam surah al Ma'idah (5:8):

"..do not let the hatred of a people deviate you from justice. Be just: This is closest to piety"

Kita yang memilih;

untuk mengkritik secara berilmu atau beremosi.

untuk mengkaji sebelum bersuara, atau mengikut suhu udara.

untuk memegang prinsip berdasarkan keyakinan, atau hanya melolong sana sini.

untuk bersikap terbuka atau defensive.

untuk poaktif atau reaktif.


Setiap orang punyai cara fikir yang berbeza,

yang banyak dipengaruhi oleh persekitan dan bacaan,

kita tidak salah jika menyatakan kita benar,

tetapi kita salah jika kita mengatakan orang yang tidak sama cara fikir dengan kita adalah salah.

Paksi penilaian manusia itu adalah variasi, belajar berlapang dada dalam soal cabang dan tidak qati'.


Sunday, July 3, 2011

maa'ssalamah wa ilalliqa'



Bermula daripada kelas bersama U.Maszlee dan U.Adlan,
saya menyertai group hadis 40 mailing list dan AAN,
dan mengenali beberapa figura di situ,
yang tak pernah jemu dan tak pernah berhenti
untuk sampaikan ilmu walaupun dalam keterbatasan alam maya.
Dan daripada usaha-usaha itulah,
akhirnya saya mendaftar AFN yang baru ditubuhkan 3 tahun lalu,
setelah dipromote habis-habisan oleh salah seorang moderator.

Saya tidak begitu terbiasa dengan surrounding AFN di awal penubuhannya,
malah tidak aktif langsung walaupun ada meninggalkan komen pada article.
Sehinggalah saya terbaca isu pakai serban ganti topi keledar (?)
daripada link AFN.
Mulalah saya membelek isu apa lagi yang ada,
barulah perasan ianya sebuah forum di alam maya.
Dan ahli pun tak ramai lagi,
yang post pun orang yang sama jugak.

Kebetulan, waktu tu, sedang mencari maklumat tentang ikhwanul muslimin,
Imam Hassan Al-Banna, dan Syed Quttb.
Cari punya cari, rungkai punya rungkai,
akhirnya dengar pulak kupasan Ummah centric vs Jemaah Centric oleh U.Maszlee dan U.Hasrizal.
Hmm..banyak sejarah yang saya tak tau.
Cari lagi, sehingga saya mencapai satu keputusan dan membawa kepada satu prinsip.
Sejak itu, saya tak tau siapa yang harus saya rujuk dan tanya
yang boleh meyakinkan saya berdasarkan sumber sahih,
maka saya mula mengaktifkan diri di AFN.

Setelah sekian lama,
saya kembali menjadi ahli lelap.
Sebab terasa seperti lebih banyak berforum berbanding 'turun padang'.

Benar juga : "Ilmu mengubah pendapat tetapi ianya tidak mengubah sikap dan peribadi" U.Emran.
Setinggi mana pun ilmu, tapi sikap tak improve, tetap tak akan bahagia.
Sebab itulah, pencarian sebenarnya tak pernah berakhir.
Dulu sangkaan saya, lemahnya bila saya perlukan seseorang untuk bawa dan bimbing saya jadi baik.
Hakikatnya, manusia memang lemah.
Sebab tu saya pohon rakan2 soleh/solehah bersama biah soleh/solehah.
Sampai bilapun, pencarian takkan berakhir.
Susah nak dapat kalau hati tak betul dan kotor.

Semalam K.Ezzah cakap, dia suka dengan ukhuwah ni,
yang mulanya bertemu kat alam maya sebab tujuan yang sama,
dan bila jumpa, rasa manisnya ukhuwah tu.
K.Ezzah yg musleh, jumpa orang bagi salam walaupun tak kenal.
Dan ingatkan saya pada satu hadis tentang org akhir zaman yang hanya bagi salam pada org yang dikenali.

Setelah beberapa tahun kenal AFN, semalam ALLAH izin jumpa dengan netters sekalian:
khususnya muslimat :K.N, K.Nurul, K.ezzah, K.Tasniem, K.Yushan, Ummimq, Dr.Linos, Ummu Yaser, Ummu Humaira,Ummu Durrah..
Kebetulan jumpa dengan kakak ipar Dirah yang selalu jumpa kat uniten dulu, K.Ina (now under majalah I di karangkraf) and kak G-bah.
bestnya kalau Hani ada sekali.
Saya mengaku, bahagia :)
Dalam perjalanan pulang pun masih berdiskusi.
Temukan kami lagi ya Allah..
Aameen..







Tuesday, June 7, 2011

Those who know and those who have

"Those who know do not speak, those who speak do not know" Lao Tze quote.

"Those who know do not speak, those who have do not show" Dr.

Tajuk "Sombong" ke udara.

Dr. ialah speaker bagi tajuk 'Sombong'.

Dr ni macam banyak guna Lao Tze punya falsafah.
Sebelum tu Dr ada cakap:

"A bad man is a good man's job".

Aku pon cuba relate dengan "Sampaikanlah walaupun satu ayat"
pada masa yang sama, aku setuju rationality those who know do not speak.

'Speak' here might refer to some extent. Speak here might does not mean CONVEY
like what teachers do.

Teringat satu kisah sorang imam, yang banyak ilmu, tapi bila ditanya soal hukum, beliau jawab "Tak tahu" beberapa kali. Sebab tersangat menjaga diri agar tak berdusta atas nama Rasulullah SAW.

Lao Tze ni, ahlis falsafah ye? Kalau tak silap, begitulah. Macam pernah jumpa nama ni waktu belajar Sejarah or Comparative Religion.
Walaupun, sesetengah orang memang tak suka bersandarkan kepercayaan kepada ahli falsafah, tapi macam buku Men From Mars, and Women From Venus juga, tugas saya hanyalah menjadi selective bukan menolak 100% apabila berhadapan dengan observers dan pengkaji bukan Islam. Hakikatnya, fitrah kita sama ;)

Monday, June 6, 2011

Cuti 1

"Hati-hati melalui satu jalan yang dipenuhi duri, cabut duri, jangan sampai kaki terluka"
Ibarat hati-hati menjaga taqwa yang dipesan Pian dan Siti pagi tadi.
Sambil melipat baju-baju, sambil mendengar celoteh 2 DJ muda.
Dah lama tak dengar Warna Pagi, patut lah ramai yang puji Cik Siti ni,
best!

"Allah sedang berbicara denganmu, Fahri. Selama ini kamu rasakan kamu yang paling suci, kamu yang selalu benar. Allah sedang berbicara denganmu agar jangan sombong. Tentang ikhlas dan sabar. Ikhlas dan sabar itu Islam.."
Salah satu babak yang menarik perhatian setelah mononton Ayat2 Cinta untuk kali ke-2.
Seorang banduan yang dah lama dalam penjara, mampu menyentuh hati Fahri melalui peringatannya. Tambah pula dengan kisah Zulaikha dan Yusof.

"Antara jasmani, emosi, rohani, intelek...Yang mana satu yang paling utama?"
"Emosi"
Jawapan saya kepada interviewer.
Jawapan yang dikeluarkan setelah membaca beberapa cerita kejayaan orang
yang lebih banyak bergantung kepada EQ berbanding IQ.
Hmm..yela tu Hana. Awak tau ke dari mana datangnya kekuatan EQ tu?
Apa yang sebabkan awak tak dapat terangkan tentang asal EQ tu?

Nasihat lalu di telinga ibarat angin,
lalu di mata ibarat kain putih,
apatah lagi nak menangis kerana nasihat?
Apa tandanya tu?
Tandanya..Hati ini perlukan tarbiyah.
Sehari satu muka terjemahan, tak cukup.

5 May 2011 status fb Ahmad Fedtri yang telah selamat bergelar suami baru-baru ni

6 golongan wanita jangan dijadikan isteri:

1) Al-Ananah: Banyak mengeluh/ komplen
2) Al-Mananah: Suka mengungkit
3) Al-Hunanah: Memendam rasa pada orang lain
4) Al-Hudaqah: Suka memaksa dan mendesak
5) Al-Buraqah: Taksub berdandan & bersolek
6) Al-Salaqah: Bising. Suka ketawa dan bercakap lagha


6 Golongan Jangan Dijadikan Isteri oleh Ustaz Kazim Elias


Sekian sahaja peringatan buat Farhana Azizan untuk yang kesekian kalinya :)

Wassalam

Saturday, December 18, 2010

Can't wait any longer

Salam

I've once stumbled upon a blog,
which I'm not sure how to get back to that blog,
but it belongs to a Malaysian student who studies in Sheffield Uni.

There was an entry, telling about a man,
a man with a though heart, struggling with a cancer.

And last night, I saw his name in saifulislamdotcom.
He passed away.
I read through his blog http://www.masafzal.blogspot.com/

Then,
I say to myself... I can't wait any longer. I can't wait any longer.
I can't wait any longer.

Wassalam

Monday, December 6, 2010

Logam

"Lain dahulu, lain sekarang"


Rasanya lebih kurang macam ni lah tajuk WHI [Wanita Hari Ini].
Salah sorang yang ditemu ramah ialah Farra.
Yang memang famous dengan lagu "Puteri" kot dulu-dulu.
Sekarang dah jadi ahli perniagaan, macam busana muslim
dan terlibat dalam Alim Kids Programme, sebagai tenaga pengajar.
Dia pun ada tekankan tentang kepentingan ilmu untuk hijrah.
Ada lagi tetamu lain tapi lebih teruja dengan kisah Farra ni ;p

Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham.” (Bukhari & Muslim)

Sunday, December 5, 2010

Trigger

Salam

Dah lama saya nak cakap;
Saya kagum dengan sikap kawan-kawan LIMT 2 yang proaktif.
They collected some money to be given to the mangsa banjir [which is including me].
I just think, it wont cross my mind to start suggesting such deed.
Unless reminded, sebab I'm one of the mahasiswi yang agak lack of common sense
like what have been said by the adults yang merungut tentang sikap mahasiswa sekarang~

Semalam ke kenduri Wani di kampung.
Dah married pon dia. Same age with us.
K.Nora and Kak Siti, same age as K. An..Dah ada anak sorang dah.
Semua ni 'geng raya' kat kampung dulu-dulu.
Setiap orang ada bahagian masing-masing kan.

***
Saya teringin nak berkongsi penulisan-penulisan ni:



Ok, itu saja..

Wassalam.

Saturday, December 4, 2010

VIEWS

Salam

Norma suggested the departure date.
I couldn't promise anything.
Nanti simpan harapan, makan hati berulam jantung pulak.
So, I just said "Ok, nantila Kak Ana nak habiskan kerja dulu".

Alhamdulillah, urusan untuk dapat lesen dipermudahkan.
Thank you to my teacher, parents, mak teh and mak cik, Kak An yang banyak bagi tips.
I feel so relief.
Maybe sebab this is kinda practical test,
very different from the theory tests I've ever had before.

end of my update :)
******************

VIEWS = PANDANGAN

Early this year, I read a quote:

Kita memberitahu , orang kata menunjuk. Niat kita ingin membantu, orang kata kita menghalang. Benar bagi kita, salah bagi orang. Kita berjenaka, orang kata mengutuk. Kita menyeru, orang kata kita menyusah.



Realitinya, keadaan di atas biasa berlaku kepada sesiapa sahaja.
Kadang-kadang, kita bertindak supaya tak nak susahkan orang,
tapi rupanya itu yang menyusahkan orang.

Sebab...
Setiap orang might have different views and perceptions.

Saya pernah salahkan orang sebab satu unexpected peristiwa,
then my friend adviced me:

"Dalam perkara ni, semua orang bersalah [or takleh salahkan sesiapa],
sebab each of us has different views".

Ok, saya cool down and istighfar.
Memang betul pun nasihat tu.

Thank you sebab train me to think fairly.

Dan kalau kita nak jadikan others' views same as ours,
letih la beb ;p

Perbezaan ni perlu diraikan :D
It will be such a dull life if everyone has similar patterns of thought ;)


O you who believe! Stand out firmly for Allâh as just witnesses and let not the enmity and hatred of others make you avoid justice. Be just: that is nearer to piety, and fear Allâh. Verily, Allâh is Well-Acquainted with what you do. (5;8)


Wassalam