Thursday, August 30, 2012

CUTI

Isk, nak bawak balik yg mana satu ni?
Ok, fail SPBT ni je lah. Ambik banyak2 karang tak terbuat pulak.

''Orang cuti,cuti la. Balik untuk melapangkan fikiran"
Tegur salah seorang clique.

'Ikut suka saya la'...sambil senyum.

Hidup kita berbeza.
Anda sudah berkeluarga. Saya masih bujang.
Tambah lagi cuti merdeka 3 hari ni,tinggal sorang2.
takkan nak 'koma' mengadap dinding, dan membengkakkan mata menghadap screen laptop,tv, & tidur.

Tapi, nikmat betul hidup bujang ni.....
Kalau ada anak/lelaki/mertua...nak kena amalkan hidup bersistematik, x boleh fikir diri sendiri saja, kena fikir makan dan keperluan mereka juga.
Maksudnya,x macam sekarang...walaupun bangun awal...tapi masih boleh
melepakkan diri di dalam bilik, ber facebook, ber blogging, menonton My Girl..perut lapar pon x kisah...
hmm..nikmat

Nikmat, nikmat jugak..
tapi mungkin...kurang nak rasa beratnya tanggungjawab,
nak rasa peritnya pengorbanan...

Anyway, kalau hati ikhlas, anything for You katakan,
takla berat sangat kan...
cuma rindu nak rasa hidup bujangan itu  akn kembali,
yalah...hidup bebas, bersenang-senangan.

Sekarang...nak bermesej dengan kawan2 yang dah kawin pon,
kena fikir 2,3 kali..
kena start ayat dgn 'sori ganggu....'
Takut2, memang saya betul2 mengganggu :D

********************

Kita memang x boleh salahkan perasaan.
Rasa marah, sedih suka, gembira naturally datang dalam hidup
atas sebab2 kejadian yang berlaku kat kita.

Tapi,it's the matter of how we control those feelings.
Lebih kepada macammana kita kawal..
rasa marah,suka,sedih gembira..
Macammana kita express...

Kadang2 ada perasaan, yang bagus kalau kita tunjuk:
Contohnya gembira anak murid boleh jawab soalan kita walaupun soalan senang macam kacang. Itu cara guru memotivasikan pelajar.

Tapi ada perasaan yag kita kena tunjuk,tapi berpada2.
Contohnya marah kepada pelajar kerana kurang hormat dan tak serious belajar.
Kena tunjuk ok...Kalau tidak pelajar ni tak faham yang KITA NAK DIORANG FAHAM DAN BOLEH APPLY apa yang kita ajar..
Tapi kena la berpada2, xkan sampai menyumpah ranah pelajar tu dan mengaitkan dengan ibu bapa dia (isu sensitif ni).

Ada perasaan yang kita memang tak boleh tunjuk.
Contohnya jatuh cinta kat pelajar...
oops...
haha, walaupun saya mengaku memang ada pelajar saya yang hensem,
tapi takdala sampai jatuh cinta.
Cinta I sangat susah untuk jatuh, cuma seorang...*berangan*
Dah jadi cikgu ni means we are social workers.
Hari2 kita bercakap dengan students (our clients).
Bercakap = berkomunikasi.
Bila berkomunikasi, nak ajar sampai paham, kena cakap dan pandang students.
Kita tengok depa, depa tengok kita.
Kita tanya depa jawap.
So tak mustahil la and no wonder la, selalu dengar cikgu kawin dengan students.
Tak salah pon kalau kawin, yang salah tu cikgu n pelajar bermain cinta.
Tak berapa profesional di situ, dan tidak begitu berkenan lah bila students lain nampak...mana istilah role model tu tercampak nanti?

But Im not putting blame on them...sebab soal2 perasaan ni memang susah nak diurus kalau x pandai...tambah2 kalau jatuh cinta pada yang tak sepatutnya..Pandai2la nak berpijak di bumi yang nyata balik.

Kalau kita dah start journey yang dah jauh, tiba2 tertinggal barang kat rumah..
berat rasanya nak patah balik..
So tumpang masih belum prgi jauh, baik la beringat2.

Manusia sentiasa akan berhenti dekat satu tempat yang banyak cabang jalan.
Di situ, pilihan ada....kita yang buat keputusan nak ambik jalan mana.
So jangan salahkan takdir...dan menamakan pilihan kita sebagai takdir...


Monday, June 18, 2012

Menjadi yang baik adalah pilihan atau kewajipan? Sedangkan baik itu sendiri adalah fitrah. Mana tidaknya, kita semua dilahirkan bersih tanpa noda. Kesusahan, cabaran, kekurangan, inilah penyambut rungutan. Dan di situlah terujinya ikhlas yang dilaungkan selama hidup. Sampai ketika ini, membuat pilihan itu seuatu yang rumit. Semakin banyak pemberat yang diletakkan di atas neraca. Tapi sayang, skala neraca masih belum jelas untuk dibaca. Kata beliau marah itu berkadar terus dengan ego. Ouch. Betul itu agaknya.

Friday, April 20, 2012

my all

Kekok mungkin..dah lama tinggal blog ni. Banyak yang saya fikirkan. Soal kerja, soal pelajar saya, soal masa depan, dan paling penting..soal hidup harian yg sedang saya tempuh. Sekarang, saya dah jadi layang-layang yang terbang. Logically, lebih banyak yang saya boleh buat. Tapi kenapa sekarang seolah-olah lumpuh? Sayang...sayang...sayang kudrat dan rezeki ini kalau begini. Hari2 cuti, selalu bosan sampai tak tau nak buat apa. Inilah yg saya runsing...takut masa kosong itu bakal merosakkan kualiti pemudi ini. Ada sesuatu cita-cita saya yg masih di takuk lama. Tapi malang, mungkin saya tak kuat bila seorang.

Tuesday, July 26, 2011

Pokok yang mati itu keras, pokok yang hidup itu lembut

Wahai pokok yang hidup, saya doa Allah bantu saya pelihara hati ini untuk jadi seperti kamu.

Seperti biasa, saya mendengar slot Prof Mohaya dengan teruja.
Hari ini isunya tentang penjara.

Penjara ada 2 jenis..secara fizikal atau mental.

Contoh orang yang dipenjarai fizikal tetapi tidak mentalnya adalah Nelson Mandela dan Syed Qutb.
Contoh orang yang bebas fizikalnya, tetapi terpenjara mindanya itu...Ramai sekali...Apabila kita sering takut tentang apa yang orang kata,lalu membantutkan kita untuk bertindak kreatif, maka kita akan terus terpenjara dengan pelbagai 'takut-takut' itu.

Habis itu apa kaitannya dengan pokok hidup dan pokok mati?

Seorang pendengar slot suri menghantar sms:
"Bagaimana nak deal dengan orang yang anggap dirinya saja yang betul?"

Saya yang mendengar, terlintas:
"Ah, akukah? Yang kadang-kadang susah mengalah apabila merasakan aku di pihak yang benar"

Lalu saya mendengar dengan teliti.

Orang yang merasakan dirinya saja yang betul, sebenarnya adalah orang yang tiada apa-apa.
(And the list just goes on)

Cara untuk deal : Iakan saja apa yang dikatanya. Lama2 dia akan sedar.

Perumpamaan pokok yang mati itu keras...Umpama manusia yang mati hatinya disebabkan kekerasan hati, tak sudi bersikap fleksibel.
Perumpamaan pokok yang hidup itu lembut...Ibarat manusia yang hidup hatinya, lembut menerima nasihat atau kritikan, untuk terus 'grow up'.

Ya Allah...
Kadang kala kedangkalan akal kami menyebabkan kami berkeras mempertahankan
hak, terlalu banyak menuntut hak..Terlalu banyak berfikir 'sepatutnya itu...sepatutnya ini..'...Terlalu banyak mempertikai, mengeluh, dan complaint.
Faghfirlana ..

Bagaimana mungkin seorang wanita dapat menjadi isteri solehah,
jika terlalu banyak mengungkit?
Bagaimana mungkin seorang insan dapat jadi orang soleh, jika tak berperibadi bersyukur dan hilang sikap qanaa'h?

***

Betapa pentingnya hubungan kita sesama manusia banyak bergantung kepada KUALITI KOMUNIKASI.

Perkataan, Intonasi, Fisiologi.

Adakalanya perkataan kita manis2 belaka bagaikan madu, tetapi intonasinya boring, fisiologinya bertindak seolah2 memberitahu perasaan 'menyampah'...
Maka apakah ini komunikasi berkualiti?

Tidak.
Maka tidalah rindu dendam antara suami isteri, kerana komunikasi yang tidak berkualiti.

*Terima kasih pemberi tips di atas...Walaupun saya takde suami, tapi saya ada mak abah, saya ada kawan2, saya ada pelajar saya*

***


Semalam saya membaca blog Kak Nurul : Bersediakah berkongsi suami

Kak Nurul menulis nisbah2 lelaki dan perempuan,
dan sebagai mathematician...saya memandangnya sebagai sesuatu yang sangat rasional.

Jadi, saya pun tak nak mengada-ngada dan tak nak panjangkan cerita.
Sekalipun sekarang saya lega, tapi masa depan saya belum tahu.
Dengan itu, saya melenturkan hati untuk lebih terbuka.

I trust u, I will.

Wassalam.

Saturday, July 23, 2011

Antara beban dan impian

Tertarik sekali!

Saya tertarik dengan kanak-kanak 12 tahun yang genius tetapi secara fizikalnya memiliki raut wajah dan kadar kesihatan orang tua 70 tahun.

Itu yang menyebabkan saya terus menonton filem Paa sehingga tamat.

Saya juga tertarik dengan isu 'korupsi' filem-filem dari India.

Saya akan kata "Eh, tak sangka sama" :p

***

Paa:

Bermula dengan keterlanjuran sepasang kekasih yang merupakan penuntut Havard University.
Si perempuan akhirnya mengandung. Si lelaki dengan tekad untuk terus fokus pada impiannya menjadi politician yang terkenal dan tidak mahu membahagikan komitmennya untuk berkeluarga. Si perempuan yang kecewa, meneruskan hidupnya tanpa mempedulikan si lelaki yang taksub dengan cita-citanya. Dia hanya memberitahu lelaki itu bahawa masalah anak di dalam kandungannya telahpun diselesaikan.

Anaknya dilahirkan, pengidap Progeria.
Namun, dia dibesarkan dalam suasana yang sungguh positif,
malah rakan2 dan guru juga terbuka menerimanya.

Sampai satu masa,
akhirnya si ibu menceritakan perkara sebenar.
Si ibu memberitahu ayahnya kini politician yang terkenal,
malah pernah berjabat tangan dengan si anak.

Si anak bertanya "Do u want him to know?"
Si ibu menggeleng dan menjawab "Satu beban boleh mematikan impian. Saya dan awak adalah beban dia"

Pada saat anaknya nazak...
Ibu bapanya bertemu kembali.
Bapanya melamar ibunya kembali namun ditolak.
Kawan si anak yang datang melawat
tiba-tiba berkata
"Yang menyakiti itu lebih menderita daripada yang disakiti"

***

1) Maafkan saya jika saya menjadi beban.
2) Maafkan saya jika anda lebih menderita.

***

Saya sedang memberi ruang untuk anda membuat pilihan dan keputusan.
Sudah pasti bukan saya yang perlu tentukan kerana saya telah memuat pilihan saya.
Mungkin dengan ruang ini, kita dapat yakinkan hati...How passionate we are.

***

Akhir kata...Buatlah keputusan dengan pendirian.

Wassalam.

Friday, July 22, 2011

Cikgu Z, kita sama .

Pengikut siri Juvana, TV3, Isnin, 9 pm..
Pasti kamu kenal Cikgu Zakiah :)

Oh, saya tidak se'kuat'itu untuk ke sekolah seperti Wira Bakti,
walau saya percaya permainan psikologi itu dapat membantu
memulihkan 'mind setting' pelajar yang bermasalah.

Tengok video 'The Invigilator' pon dah rasa...
"oooooooooh....Ive faced some of those situation...Quitting? might be not...but..
TIRING..yes, it is"

Cuma di sini apa yang saya perlu tegaskan:

Saya mahu dan ingin sekali membuktikan sesuatu.
Sesuatu tentang kerjaya guru.
Saya sebenarnya mengambil risiko the moment I accepted the offer from KPM.
Risiko kekecewaan harapan abah, risiko menahan pedih telinga mendengar kata sinis,
risiko yang kononnya bidang tak sepadan result, risiko naik pangkat lambat, risiko berhadapan dengan pelajar bermasalah sosial, risiko gaji sikit.

Apa saya peduli.
Yang penting saya tahu apa yang saya buat.
Saya tahu apa yang saya cari.
Saya tahu apa kemampuan saya.
Selagi mana saya yakin,
selagi itu saya akan berusaha.
Walaupun mungkin penat dan lelah di tengah jalan,
saya tak akan patah balik dan saya tak akan menyesal.
Bila saya bertekad, saya akan berusaha penuhi.
Sungguh! saya tak peduli persepsi orang terhadap apa yang saya pilih ni.

Saya memang berjauh hati apabila career guru dipandang rendah,
tapi saya mengaku..Saya juga pernah memandang rendah..
Tapi waktu itu saya terlalu muda untuk menilai.

Saya terima tawaran KPM pada mulanya kerana rasa terasing setelah mendengar ramai kawan yang juga sedang membuat persediaan ke luar negara.

Tetapi menjadi guru bukanlah masalah besar bagi saya,
malah sebenarnya ia cita-cita saya yang terakhir sebelum menduduki SPM.
Waktu itu saya sedang bergelut.
Bergelut mengenalpasti kelemahan saya dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
Sekian lama, banyak kelemahan dan 'ketakutan' yang dapat saya atasi.
Dan keyakinan itulah juga yang saya ingin tanamkan kepada pelajar saya
jika ditakdirkan saya menjadi guru.
Keyakinan bahawa 'Ketakutan itu perlu diatasi dengan menghadapinya, bukan terus mengelak'.

Semakin umur bertambah,
semakin banyak keperluan untuk menjadi guru.
Medium ini boleh saya gunakan untuk menyampaikan 'pemikiran'.
Biar anak bangsa saya berfikir.

Sampai sekarang...
Orang cakap..
Cikgu lambat naik pangkat, gaji sikit.

Saya geram dan saya nak buktikan,
Guru adalah profesion terbaik untuk saya!
InsyaAllah.

Wednesday, July 20, 2011

'Surrender' wife

"Wives, no matter how smart we are, do not control and do not correct our husbands" -'Surrender' wife.

Baca ja perkataan 'surrender' tu, terus rasa: Oh, lemahnya nak kena mengalah ni!

Tapi, ditakdirkan, baca juga tentang surrender wife.

Dan akhirnya,saya dapati surrender tu bukanlah mengalah sebab putus asa.

It's more like a 'give and take situation' for husband and wife.

Tak dapatlah saya nak hurai banyak2 hakikatnya saya masih single, belum berumahtangga.

Tapi ini lah yang selalu dipesan..

-Bini jangan tunjuk pandai kat suami
-Jangan control laki
-Laki susah nak terima teguran isteri

dan...

bila terbaca 'surrender' wife,
ianya memang 'masuk' dengan 'Men from Mars, Women from Venus'.

Kira fair la, when we read from both woman's and man's perception.

**Cikgu Hana ni selalu tegur adik2..ini tak kena itu tak kena..Kesian mereka serba tak kena, ashik nak jaga kepuasan hati kakak sorang ni yang ashik merungut "Tolong jangan sepah rumah, I dah kemas..Tolong buang sampah kat tempat dia..Tolong letak baju yang nak basuh dalam bakul, jangan lungguk..Tolong basuh pinggan sebijik je pun..Tolong jangan buka lagu kuat2, semak le...Tolong jangan guna internet lama2, buku tu ada"

Oh, kesiannye korang..Mungkin saya kena belajar 'berlapang dada' dengan lifestyle orang yang berbeze-beza...Sorry for controlling u guys, perhaps it's too much sometimes .. I'll try my best