Saturday, July 26, 2008

tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ini.

Ringkasan di bawah saya petik dari laman al fikrah.net,
di bahagian news
bertajuk '' Tiada ibadat khusus sempena Rejab''
article di post kan oleh abu usamah
~sila baca article penuh, keratan di bawah adalah untuk mengHIGHLIGHTkan..


''Selanjutnya dalam kitab itu Ibnu Hajar menyebutkan pendapat ulama seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah bahawa tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ini.

Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie menegaskan: "Sebahagian ahli cerita menyebut bahawa Israk dan Mikraj terjadi pada Rejab. Dalam hal ini, menurut ulama hadis ialah satu pembohongan.

Ibn Rajab al-Hanbali pula berkata: "Diriwayatkan bahawa pada Rejab terjadi banyak peristiwa yang istimewa. Tetapi, tidak ada satu pun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW lahir pada awal malam Rejab, diangkat menjadi Nabi pada 27 Rejab, ada yang menyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih."


pun begitu, apa yg lebih penting ialah penghayatan terhadap peristiwa isra' mi'raj itu sendiri,
jadi sy link kan kat sini video you tube ceramah maulana asri tentang isra' mi'raj, (added 2006)

SIRI 1


SIRI 2


SIRI 3


SIRI 4



No comments: