Salam
Seperti biasa aku menjengah ke al-fikrah..
tertarik dengan thread tentang majalah i keluaran Mac..
*terpaut dengan sikap tawadhu' golongan ilmuwan,
aku hanyalah insan kerdil yang memerhatikan dari jauh,
mungkin punyai cita, tapi kurang usaha..
masih lagi di ''phase'' yang lama..
sesuatu yang sering berlegar sebagai ingatan..''JAGALAH HATI''
ayat ''JAGALAH HATI'' mungkin nampak ''typical'',
mungkin terlalu biasa untuk didengari dan difahami..
tapi bagi ku, ''JAGALAH HATI'' punyai erti yang amat besar,
amat mendalam, amat penting, amat serius..hehe
Aku terbaca bait lagu ''bukan kerna nama'' dalam thread majalah I,
nyanyian Ramli Sarip..
puisi yang sangat besar maknanya padaku,
cuma dari sudut pandanganku yang
tidak terlalu berbakat dalam puisi:
Lagu itu sangat melambangkan keikhlasan , kematangan, pengalaman!!!
BUKAN KERANA NAMA:
Ramli Sarip - Buka... |
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangku
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
****************************************
Aku berlegar-legar di ruangan blog Tentang Dia - Ummu A'sim,
melihat update daripada blog-blog di list,
teruja dengan post baru blog abu saif,
''jodoh tidak datang bergolek'',
terkesima sebentar membaca titipan doa beliau
yang pada waktu itu ingin membuat keputusan yang besar dalam hidup;
LINK: JODOH TIDAK DATANG BERGOLEK
Alhamdulillaah, Allah permudahkan urusan baik beliau..
Semoga urusan baikku dan saudara segamaku juga dan yang lunak hatinya pada agama yang benar ini, dipermudahkan oleh-Nya...aamiin..
2 comments:
aminnn hana amiinnnn
aameen...
Post a Comment