Dulu
Aku mula punyai telefon tangan,
sejak hampir usiaku 18 tahun.
Dulu,
Aku mula guna telefon tangan (kepunyaan abah) waktu usiaku 16 tahun.
Lepas pindah dari sekolah lama, lagi lah aku selalu guna..buat macam hak sendiri..hehe
Habis SPM, aku beli telefon tangan.
Setiap kali mahu tidur , pasti SMS.
Lama-lama,
terbiasa.
Dulu,
waktu di Uniten,
sementara menunggu mata tertutup,
aku pasti SMS.
Dulu,
waktu baru tiba di NZ,
aku tak mahu TXT2000.
Aku pasti SMS sebelum tidur.
Kini,
credit aku habis.
Tinggal cuma TXT2000.
Aku akan text melalui Voip ke luar NZ.
Tapi semalam,
aku merindu.
Merindu seperti dulu,
sms sebelum melelapkan mata.
Hati resah,
siapa yang perlu di sms?
Credit ke luar NZ dah habis,
laptop dah off,
voip tak dapat guna.
pilihan : orang-orang NZ saja..
Lalu,
seorang menjadi mangsa..
hehe
maaf kalau dah tidur =p
-Aku yang merindu-
3 comments:
hahaha.lwk lh Farhana.kita suka bila org msg ms nk tido..rs mcm org tu tgh fikirkn kita before dia tido sbb tu dia msg.:)
kenapa tak cakap.guna sy punya pon takpe :P
CH,
aik, jangan over seronok ok =p
fairuz,
haha..ok, kalau macam tu akak kacau awak setiap malam lah..even 3 pagi=p
Post a Comment