Bismillaah
Salam
2 tahun lebih aku di sini.
Hajat di hati cuma nak dapatkan degree.
Lama-lama aku fikir, bukan semua yang ada peluang ni.
Nanti balik orang interview,
tanya apa yang kamu dapat?
habis tu , nak jawab ''degree bach of science-maths'' saja ka?
Aku bukan yang jenis mengambil tahu.
dari harga barang, jalan ke sesuatu tempat, nama jalan, berita akhbar pon aku tak peduli.
Patutlah, aku rasa kurang kritis.
Ternyata aku tak pandai ambil kesempatan.
Takkan nak sama saja dari mula-mula datang sampai balik Malaysia?
Rugi ja duit rakyat..
Culture orang Kiwi & Maori pun tak banyak yang aku tahu.
Cukup apa yang aku nampak dalam kelas, dalam uni, atau di tepi jalan.
Bila dah tahun ketiga,
akhirnya Allah bagi aku peluang..
sedikit sebanyak dapat juga aku belajar sesuatu.
Dari tahun pertama sampai tahun kedua,
housmatesku semua orang Malaysia..
aku masih di zon selesa,
cakap melayu, masak melayu,...
bergaul dengan Melayu..
bila ada discussion dalam kelas, aku tak sembang serancak group mates yang lain,
aku hanya mampu bagi isi penting, dan explain isi aku,
tapi bila aku explain orang tak faham..
nampak sangat english ku hampes.
Bila ada benda yang tak faham dalam kelas,
jadi segan nak tanya lecturer,
sebab malas nak mengatur ayat dalam bahasa inggeris.
Nak tak nak, aku study sendiri dan tanya kawan-kawan Malaysia - course mates aku.
Waktu lecture, kadang-kadang susah nak tangkap slang pure NZ sesetengah lecturers,
buat lah lawak macam mana pun,
sememangnya aku terpaksa jadi serius dalam kelas sebab tak faham apa yang diketawakan.
Yang pasti, apa yang berubah,
aku dah tau masak sikit-sikit.
Kalau duk kat rumah tu, susah la nak belajar sebab asyik harapkan mak.
begitu juga terms sesetengah bahan masakan dalam bahasa inggeris
-lemon grass, tumeric, corriender, paprica, capcicum, oregano, condensed milk etc..
Waktu second year, barulah terbuka hati aku nak bercakap dengan orang luar.
Semuanya kerana studies.
Aku nak tanya assignment, nak mintak nota kelas yang aku skip,
semua tu memaksa aku untuk berbaik dengan classmates.
tapi tak semua,
entah kenapa aku agak memilih dalam berkawan.
Aku tak reti nak berkawan dengan orang Kiwi,
aku hanya approach yang nampak lembut dan baik je.
Third year,
kini housmates ku sorang Malaysian, sorang Maldivian, dan sorang Pakistanese.
All muslims.
I have to force myself to speak in English regularly,
I cook and eat with them, I walk with them,
I chat with them in the kitchen whenever I'm free.
In a way it's good.
Kami bercakap tentang negara masing-masing,
tentang Islam,
tentang studies,
tentang NZ dan New Zealanders.
Lebih mudah rasanya saat ini, untuk approach lecturers,
hanya perlu cakap, tak perlu lagi menyusun kata untuk di translate.
Tambahan pula subjects 3rd year semakin mencabar minda.
Banya isu yang aku bincang bersama housemates.
Aku tanya mereka ''Hows your country?''
Baru kutahu rupa-rupanya di Pakistan,
selalu saja di bom.
Ekonomi mereka tak seberapa.
Kawanku si Pakistanese,
datang ke NZ atas pembiayaan ibu bapa,
katanya tak cukup kalau mengharapkan wang dari parents semata-mata.
They have to work.
Mereka tak biasa gunakan computer.
Even Microsoft Word pun, dia tak pernah guna.
Bila datang ke NZ, baru beli komputer dan belajar guna semua tu.
Kalau tak, tak boleh lah siapkan assignment.
Katanya di Pakistan,
wanita yang keluar pakai jubah, tudung besar dan
women will cover their faces.
Tapi kawanku ni tak bertudung di sini,
itu yang membuatkan aku hairan..
samalah jugak dengan rakan-rakan aku sebelum ini yang datang dari negara Islam yang lain,
tapi tak bertudung bila di NZ .
Sesetengah mereka hanya bertudung waktu Hari Raya.
Kadang-kadang waktu solat pun pakai selendang ja, masih nampak rambut.
Sesetengah mereka bertudung di negara asal hanya kerana undang-undang negara.
Aku pernah tanya pada Pakistanese,
''Do you touch dog?''
Dia jawab ''Yes''.
Aku tanya pula pada Maldivian ''How about you?''
Dia jawab ''No''
Pakistanese tanya ''Why?It is God's creature''
Si Maldivian buat muka dan jawab ''Muslims can't touch dog''
Aku senyum.
Aku pernah bersembang panjang dengan Maldivian.
Aku cerita tentang PPSMI implementation di negaraku Malaysia.
Aku tanya ''When did you start learning English?''
Dia cakap orang Malldives memang diajar cakap english since thay are young.
Dalam kelas, bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris. No other languages.
Tapi di rumah mereka cakap bahasa sendiri.
No wonder, si Maldivian ni fluent dalam BI.
Dia pun cerita tentang isu Wahabi di negara Maldives.
Tak kusangka, rupa-rupanya bukan Malaysia saja.
Ceteknya pengetahuanku.
Katanya, orang yang pakai niqab, orang yang lain sikit ja dari orang lain pasti dihentam wahabi.
Pernah jemaah di suatu kawasan tak mahu solat di masjid yang baru didirikan kerajaan,
kerana masjid tu dibina atas kuburan/grave.
Mereka dituduh Wahabi dan polis datang menyerang.
They fight each other.
Aku menghela nafas,
Come on Muslims!
Habis dengar cerita negara orang..
Aku tanya mereka (kebetulan suami Madivian belajar di Malaysia dan dia pernah ke Malaysia)
dan aku pernah tanya kawan kawan yang lain tentang Malaysia.
Ini gambaran mereka:
-Malaysians are islamic(compared to Maldives perhaps)
-Malaysia is peaceful (compared to Maldives and Pakistan)
-Malaysians are racist
-Malaysians are humid
-Malays do not work so much (lazy)
-Malays think Chinese are stingy
-Malays always priorotize bumiputra
-KLIA and KLCC ~ common trademark of Malaysia
*Yang cakap Malaysian humid and racist tu orang Maldives,
sebab mereka (dia dan suami) berkulit gelap,
katanya orang-orang Malaysia cakap kasar terutamanya dengan suami dia,
sebab kulit suaminya lebih gelap-ala2 Somalian
*about what Malays think about Chinese and also about bumiputra,
from my friend yang study Human Resource di sini..it is in the book.
~Dulu sewaktu pre-departure talk, kami dipesan..
''Jangan burukkan Malaysia..Jangan jadi anak derhaka''
Waktu tu aku tak berperasaan, pesanlah bagaimanapun, yang kufikirkan aku ingin cepat-cepat di NZ.
Tapi sekarang bila dengar persepsi kurang baik tentang Malaysia dari orang luar,
aku rasa....''Hey, please do not talk bad about my country!''
Tapi apakan daya..kadang-kadang terfikir..
mungkin itulah realitinya..
Kenapa susah sekali untuk terima kritikan?
Kadang-kadang kita kena memandang dari luar..
apa yang kita dan orang-orang kita buat selama ni?
adakah kita selama ni syok sendiri dan asyik rasa kita semua dah berada di tempat yang baik?
2 comments:
Hana.. yeahh.. we have to face reality in certain facts. hehee..
apapun.. this is the time we have to prove to them that malaysians are good people and we are cool. heheee
dengar lagu 'here in my home',makes me realized how beautiful malaysia is,actually,huhu.cuma kadang2 ada serangga perosak je.bese la..i guess its because of the term 'nothing perfect in this world,no matter ho hard you tried',rite?huhu
but malaysia is really beautiful actually,serius (komen jujur from anak msia yg agak2 alergic ngan sistem protokol malaysia,haha;p)
Post a Comment