Salam
As an ordinary Allah's slave, we human will go through some phases in our lives.
Bagiku, tak perlu rasa janggal to make a change.
Bagiku, cukup jika hatiku sudah memang betul mahukan perubahan,
aku bukan jenis yang dipaksa, dan aku tak suka memaksa dalam beberapa keadaan.
Aku tak pernah mengaku dan tak mahu mengaku, jika dikatakan ''A dah berubah, sejak kawan dengan Hana'',
No.
Perubahan itu datang daripada kemahuan masing-masing dan izin Allah.
Jadi tak perlu memaksa atau ia akan menjadi bertambah teruk.
Apa yang perlu kita buat?
Buatlah orang berfikir,
kemudian buatlah pilihan sendiri.
Itu caraku. Caramu?
Terpulang.
ILMU vs AKHLAQ?
Ya,
Ramai yang memeluk Islam kerana terpaut dengan akhlaq Raulullah SAW.
Selepas baginda wafat...Abu Bakr As-Siddiq sibuk dengan memerangi golongan murtad dan golongan yang tidak membayar zakat.
Siapa yang tegar di jalan yang benar selepas kewafatan baginda SAW?
..dan siapa pula yang murtad dan tidak membayar zakat?
Apa beza mereka?
Fikirlah tentang kita pula.
Bila bersama dalam biah yang soleh dan solehah,
kita sering diberi ingatan, diberi ilmu, dibimbing.
Tapi kalau kita sudah keluar dari biah solehah,
tiba-tiba tercampak ke tempat yang kurang bimbingan, banyak fitnah di mana yang bertentangan dengan syara' dilakukan dengan perasaan selambe derk tanpa rasa salah,
masih kuatkah kita?
atau kita akan terjun bersama?
atau iman kita tak sekuat dahulu?
waktu itu,
mungkin baru kita tahu ,
ilmu atau akhlaq?
Hence,
aku dan diriku,
mahukan ilmu..ilmu yang diyakini...buat bekalku setiap denyutan nadiku...
itu yang membuatkan aku tegar.
Tapi jika aku hanya mengubah diriku kerana akhlaq orang semata-mata,
aku terlalu mudah bermain tarik tali yang ada risiko untuk aku jatuh dan kalah.
Namun, hati manusia selalu digelincirkan oleh syaitan yang licik.
Jadi, aku hanya selalu meminta,
agar hati ini bebas daripada penyakit hati ; riak takabbur ego sombong dengki mebenci tanpa sebab,
dan agar hati ini selalu ingati Engkau dalam apa saja..
Lillaahita'la...lillaahitaa'la...lillaahitaa'la
Wassalam
No comments:
Post a Comment