Monday, October 26, 2009

Orang Kita

Salam

[Semoga urusan kita dipermudahkan-Nya..Selamat berjuang sahabat di Palmy]

ORANG KITA

Tiba-tiba, orang kita digemparkan dengan peristiwa "sejadah berdiri",
Wallahua'lam,
Saya tidaklah mahu turut memperlekeh dan mengejek-ejek,
tambahan pula saya tidak mengetahui dari siapa atau keadaan sebenar kejadian,
cuma sedikit tertanya-tanya,
kenapa isu sebegitu begitu menjadi tumpuan hangat,
orang ramai berkumpul,
lalu tunggu sehingga sejadah jatuh satu persatu.
Tidak adakah perkara lebih mustahak dan perlu diutamakan daripada menunggu sejadah jatuh?
Ini bukanlah isu yang baru,
sebelum ini telah pun diulas,
sekiranya peristiwa tersebut adalah permainan jin,
ternyata kita telah berjaya dilalaikan.

Adapaun suatu nasihat yang lebih baik, daripada seorang yang lebih baik ilmu dan pengalamannya, perlulah diutamakan:
Ulasan Ustaz Zaharuddin (UZAR) : http://www.zaharuddin.net/content/view/883/72/

Begitulah juga,
isu dan gossip para artis dan orang politik,
kalau benar antaranya yang boleh dijadikan pengajaran,
mungkinlah tidak sampai ke tahap membuka keaiban orang lain,
dan orang kita...
sangat suka dan gemar,
dengan isu dan gossip hangat.

Kenapa ya?
Perkara-perkara sebegini yang menjadi tumpuan ramai.
Perkara mistik, ajaib, kisah-kisah orang.
Sangat suka diperbincangkan.

Saya tidak menafikan,
sememangnya saya juga turut ada rasa tertarik
dengan semua itu.
Cuma bergantung, sekuat mana keinginan untuk bertumpu kepada perkara yang tidak penting perlu dihentikan dan dimatikan.
Kadang menang kadang kalah.

Tapi ada perkara,
yang kita elak untuk berfikir tentangnya.
Ada perkara,
yang kita elak untuk berbincang tentangnya.
Ada perkara,
yang kita tidak mahu untuk mendalami dan memahaminya.
Apa..haknya tidak kita tunaikan?

Kadang-kadang permainan syaitan itu hebat ;
(ok, mungkin most of the time),
Mereka selalu membisik;
"Jangan belajar lebih-lebih, nanti sesat"
"Jangan fikir lebih-lebih, nanti terpesong"
Sedangkan telah pun dijanjikan,
Anak Adam tidak akan sesat selagi berpegang kepada 2 perkara;
Al Quran dan As-Sunnah.
Justeru, yang bukan ahlinya dalam bidang hadis dan tafsir atau fiqh etc,
perlulah mendekati ahlinya, untuk dipimpin.

Ironinya,
tidakkah orang yang malas berfikir dan mengkaji itu yang lebih banyak mudharatnya?

Buktinya,
Kesan daripada malas mengkaji dan mencari ilmu,
kepercayaan-kepercayaan karut dan berbomoh-bomohan sangat sebati dengan orang kita,
perkara mistik jadi tumpuan,
yang ajaib jadi buruan.

*[Yet, ilmu itu luas, maths is one of those]



Contoh kepercayaan karut:

1)Bunyi burung hantu, ada orang nak meninggal
2)Bila isteri mengandung, suami jangan buat yang tak elok kepada binatang, nanti jadi kenan
3)Tangan gatal , nak dapat duit
4)2 Pusar dia atas kepala = bantah
5)Kupu-kupu masuk rumah, ada orang nak datang meminang
6)Pinggan pecah, mungkin ada bala yang menimpa
.
.
.
.

Begitu juga kuiz kuiz meramal masa hadapan seperti jodoh rezeki etc [perkara ghaib];
Walaupun hanya untuk suka-suka,
melawak pun perlu bertempat,
sepertinya melawak tentang perkara yang sudah ditulis di Lauh Mahfuz itu perkara biasa?

Sedarkah kita, masalah yang nampak kecil dan biasa ini,
malah sebati dengan orang kita,
merupakan masalah Aqidah.
Pencemaran aqidah bukanlah suatu perkara yang kecil,
tetapi masalah yang SANGAT SERIUS.
Bagaimana caranya untuk membanteras perkara sedemikian?

Wassalam

1 comment:

afnan said...

kelakar gak cerita sejadah berdiri

jgn smpai sy buat duvet sy berdiri gak.haha