Friday, June 12, 2009

PPSMI - im involved

Salam

(1) PPSMI

Daku bukan nak argue baik buruk/ patutkah PPSMI diteruskan atau tidak.
Sebelum ini pun dah banyak diskusi yang aku baca dan sertai tentang PPSMI,
cuma aku tak lah begitu mengkaji habis-habisan.

Personally, Im ok if PPSMI dimansuhkan..sebab..aku juga anak kampung (Perlis),
dan dapat sedikit sebanyak merasakan keperitan mereka yang punyai pendedahan minima terhadap english language.

..but, I really feel that PPSMI will be an advantage for some of us,
at least bila dah besar camgini taklah terkapai-kapai sangat nak belajar dalam English,

yes I agree, kalau PPSMI perlu dimansuhkan maka...Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah memperkasakan projek penterjemahan..
Jadikan BM juga bahasa ilmu~

*Tapi semalam,
bila membaca akhbar di sini
~entah kenapa wujud suatu rasa kesal, sedih..

..bila membaca petikan berikut...

"..lebih 800 ulama di negara ini bersetuju bahawa dasar itu wajib dihapuskan secepat mungkin berdasarkan nas-nas naqli serta dalil-dalil agama."

"Itu jelas satu bentuk kemudaratan. Berdasarkan nas-nas naqli, dinyatakan bahawa sesuatu yang mudarat dan boleh membawa kemudaratan adalah wajib dihapuskan,"

Aku tidak salahkan sesiapa,
mungkin yang dikata lain, yang ditulis lain, dan yang membaca menginterpretasikan secara berbeda juga..mungkin sama..segalanya mungkin

Lain orang lain pandangan.
Aku cuba membayangkan jika yang membacanya adalah non-Muslim.
Bila pertama kali membaca,
aku rasakan seolah-olah gaya penulisan ini memberitahu
PPSMI adalah suatu mudarat yang amat besar..
sehingga dikumpul nas-nas dan juga disertakan bilangan ulama yang memberi pendapat.

Mudaratnya begitu besar kah kepada penduduk luar bandar terutamanya ,
untuk mempelajari ilmu sains dalam bahasa Inggeris? begitu besarkah?
oh, sepertinya budaya ilmu terpinggir.
Mudarat apa yang begitu besar?
bagaimana dengan mudarat pencemar aqidah..? syirik, bomoh ?

Ya, mungkin PPSMI memudaratkan sesetengah mereka...
namun, aku tidak nampak "itu" cara terbaik untuk menguatkan hujah PPSMI wajib dimansuhkan
Oh, Islam is beautiful..tak pernah menghalang kita menuntut ilmu yang harus/wajib.
Bagi golongan yang faham tentang nas dan dalil, aku kira mungkin it's ok.
Tapi sekiranya non Muslims? atau kami yang kurang pendedahan?

Wassalam


5 comments:

miss dizzy said...

yes..yes..yes...
saya pun sangat2 terkejut bila baca akhbar tuh... rase sgt pelik...sgt2 pelik... huhu...
n terasa malaysia skng ni pendidikan nya mcm da xtentu hala...
asal tukar menteri ada je..ade lah benda nk tukar...
isk2... (sejak bile minat politik nih..hoho)
tp yg pasti nya...saya setuju ngan akk...part bile non-muslim baca..
ape yg diorg akan fikir ye?
hurm.....

Anonymous said...

ada baik dan buruknya PPSMI dijalankan..secara positif,macam yang dikatakanlah,sekurang-kurangnya takdelh kita terkapai nak belajar dalam english sekarang ni..tapi bila fikirkan tentang budak-budak kecil yang tak fikir tentang pentingnya english tersebut, kita akan melihat mereka "sakit" untuk belajar, "sakit" nya bila melihat result exam..berapa orang saja yang lulus?saya bercakap tentang fenomena di kawasan kampung, berasal dari kampung, membesar dan berpeluang melihat kanak2 dikampung belajar, saya rasa ada sesuatu yang perlu dilakukan..mereka bukannya tak pandai, cuma mereka tidak ada kesedaran..tiada yang terus cuba untuk sedarkan mereka tentang pentingnya ilmu..mereka melihat apa yang ada di depan mereka, melihat ayah, abang dan kakak sebagai contoh..ada yang menjawab mau menjadi buruh seperti ayah bila ditanya, bagi mereka cukuplah kerja itu,asalkan ada duit,tak perlu belajar pandai2..mereka tak terdedah tentang pentingnya ilmu untuk masa sekarang..

kesedaran..dan barulah ada action..kalau mereka sedar,pasti belajar dalam english itu tidak menjadi satu masalah besar sebenarnya..mereka tentu boleh berusaha.

berita tersebut memang mengejutkan..apa yang dapat kita katakan lagi?mereka yang membuat keputusan..kita tunggu dan lihat apa akan terjadi pada sistem pendidikan di Malaysia.

Anonymous said...

hmm pada pendapat saya, org melayu di selalu dlm kepompong zon selesa, susah skit nak terima perubahan, esp perubahan yg tidak menyelesakan, sbb tu org cina ble survive kat mana2 sj. sbb mereka sendiri hidup susah di negara sendiri (China), kena kerja betul2 kuat utk survive, so bila dtg n bermastautin di negara org, lebih senang nak survive, esp negara di mana rakyat tempatan susah nak usaha sekuat mana mereka berusaha. mmg kena fikirkan anak2 luar bandar dan byk perkara lain, itulah kerajaan kita sebenarnya kurang bersedia dan perlaksanaan masih lemah utk teruskan pembelajaran dalam b.inggeris. maka byk kelemahan akan timbul sehingga boleh menampakkan kemudaratan. sekarang perubahan yg kita perlu bukan 'argue' yg sampai bila takkan habis dan tamat. yg menjadi mangsa, guru dan anak2 didiknya. saya juga sgt stuju, apalah pandangan non-muslim tentang nas-nas dan dalil2 yang dinyatakan oleh alim ulama. sebenarnya semua ini hanyalah mainan politik. sama saja yg disebelah dacing mahupun bulan mahupun mata mahupun roket. saya harap smua rakyat msia khususnya Melayu terus bukakan mata dgn lebih luas dan fikirkan masa depan dan byk lg perkara2 yg lebih penting. begitulah saya jua. salam ukhwah. this is just my humble opinion.

nur said...

erk,tak pernah terpikir jauh sampai macam dalam paper tu cakap,huhu

apapun,saya percaya Allah lebih tau,iAllah.yang penting,kite usaha:)

apalagi hana,pi study;p

Farhana & Farhani Azizan said...

salam

sekali ada 2 anynom maa..

MDizzy, thanks for your voice:D

Anym 1,
saya tersentuh membaca cerita awak..
That's one of the reasons I wan to become a teacher, mahu dekat dengan anak bansa, menyelami masalah dan kelebihan, I hope I can do something..

Anym 2,
what can I say..
sdiit sebanyak saya menyokong PPSMI dari beberapa sudut,
namun, adakala dilihat sebagai Melayu yang mudah lupa

Kak Nad,
we can do something..
kalau tak besar, kecik.
Kalau tak banyak, sikit.
Everything starts from ourselves.
We should give what we expect to get:D lillaahitaa'la

Wassalam