Wednesday, November 4, 2009

Poem

Salam
Sewaktu berlegar di AFN, terbaca suatu puisi...
Mungkin, antara isi puisi ini, ada yang mengambarkan;
apakah persepsi sebahagian daripada orang kita yang "allergic"
dengan Wahabi.
Dari sudut yang lain, menceritakan kisah diri yang pantang saja "membuka bicara", dia digelar Wahabi.

Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi

Namun ...

Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku
dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi...




copy paste from: http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=167234.html#167234

*****************************

Tetiba teringat balik summer bulan 12 last year;
heee...

Mak tanya "Mak dok dengaq orang dok cakap Asri ni wahabi..."
"Sapa yang cakap"
"Haritu ada Shahidan dok bagitau kat radio, orang dok cakap kat dia Wahabi"
"Jadi awat kalau wahabi mak? :D"
"Wahabi tu apa tak tau la..elok elok sama...Allah dah cakap, yang betul tu satu ja"
"A ah..yang betul memang satu ja...Tapi yang satu tu, takkan datang sendiri kalau kita tak cari .. kan mak? :) "
......Mak ulang lagi pesanannya..
Baik mak, saya dengar cakap mak..
Cuma, bagi Hana,
nak dapat yang satu tu,
sesuatu yang selalu kena ingat dan kena jaga;
ialah hati yang ikhlas..ikhlas seikhlasnya...
senang? atau susah?
;p

Wassalam

No comments: