أعوذ باالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Nama Allah daripada Syaitan yang direjam
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Apa lagi yang boleh dilakukan andai tidak memulakan dengan diri sendiri,
inilah jalan yang paling mudah untuk permulaan perubahan.
Apa lagi yang selalu dirumit-rumitkan?
Proses menyampaikan ilmu disusahkan,
proses mengishtiharkan "revert" sebagai Islam dirumit-rumitkan..
proses nikah, cerai dan talak? [tanyalah pada yang terlibat],
Cukup di situ.
Yang penting, siapalah lagi untuk mengubahnya kalau bukan orang muda dan pelapisnya.
Jangan ketinggalan dalam perjuangan ini.
Runtuhkan tembok-tembok kejumudan yang membelenggu fikiran dan tindakan.
Ramai yang menyertai perjuangan ,
tetapi ramaikah yang IKHLAS dalam perjuangan?
IKHLAS itu sering diuji,
dan hanya kepada Pemilik hati kita memohon agar sentiasa dipandu pada apa yang diredhai-Nya.
Saya menyeru diri saya sendiri, bakal ibu bapa, bakal guru, bakal pendidik ummat, bakal pemimpin ummat,
untuk bersiap sedia mencorakkan masa depan ummat.
Tapi apa yang perlu kita ingat:
Perjuangan ikhlas tidak akan pernah sunyi daripada ujian.
Daripada sekecil-kecil ujian seperti dipandang sinis dan dikritik, sehinggalah sebesar-besar ujian.
Allahummaghfirlana.
[Ingatkan saya sentiasa Ya Rabb]
*Komen daripada Hani di facebook menyentuh isu semalam, sekali lagi menyebabkan saya sebak. Da'wah sunnah dan tajdid bukanlah da'wah pinggiran. Betapa perlu membuat kajian, agar dapat membawa Islam yang tulen. Betapa perlunya minda ummat dimerdekakan.
"Tak kisah kalau DrMAZA atau siapa2 core person sunnah ditangkap. Itu adalah antara cabaran berdakwah, apatah lg dakwah sunnah, kisah ulama' dulu2 lagi menyayat hati what, dia mampu tanggung-so Allah bg ujian ni. Cuma, sedih dann malu dengan sesetengah institusi agama MALAIZIE yang jarang skali menunjukkan kematangan dan keprofesionalan mereka.
Namun dapat kita lihat beberapa hikmah daripada kejadian ini. Dakwah sunnah ternyata dapat menyatukan mereka yg ideologinya berbeza, mereka yg pro partisan tidak mengira apa jenis parti politik, dan pelbagai peringkat umur. Sikap org2 sunnah yg slama ni mengaku sunnah juga tercermin saat bereaksi dgn kejadian ini. Ini ujian buat kita juga.
Kita dapat melihat penyokong Dr Asri (atau lebih tepat lg-dakwahnya) tidak hanya eksklusif kepada golongan tertentu sahaja, datang daripada pelbagai latar belakang professionalism dan agama. Ternyata, dakwah sunnah bukanlah satu ajaran yg memecahbelahkan orang ramai seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Tercetusnya tragedi ini juga akan membuatkan lebih ramai penduduk Malaysia yang mula berfikir utk mencari kebenaran dan apa sebenarnya intipati ‘ajaran Dr Asri?’. InsyaAllah, dakwah sunnah akan berkembang lebih pesat di Malaysia selepas ini, Malaysia yang masih jauh ketinggalan, tetapi Alhamdulillah-perkembangannya sangat baik lewat akhir kebalakangn ini.
Dr Asri-hanya satu nama, satu figur. Pasti beliau sudah memikirkan akan betapa kuat nya tentangan dan fitnah (oleh orang yg tak puas hati atas sebab kepentingan tertentu) yang bakal beliau hadapi sebelum beliau memulakan dakwah sunnah di Malaysia. Beliau sememangnya sudah bersedia-saya pasti. Yang benar tetap benar.
Orang lain-apa lagi….bila kita nak mulakan perjuangan kita pula? =)"
-Hani-
******************
Bercakap soal Dr Asri, ada pula yang mengaitkannya dengan ajaran Wahabi.
Saya berlepas diri daripada soal ini.
Cuma, sampai bilakah label-melabel ini akan diteruskan sedangkan kita pun belum tentu tempatnya di mana.
Pohonlah agar sentiasa berada di jalan yang selamat.
Kalau mahu bicara soal Wahabi,
kaji apa itu Wahabi, dari mana asalnya, apa keadaan yang memaksa tindakan wahabi pada zaman timbulnya wahabi, dan apa yang menyebabkan sebahagian tindakan wahabi dikritik.
Apapun, JAKIM telah mengesahkan wahabi tidak sesat.
Berhati-hati dalam menggelar pihak lain,
andai ia tidak benar dan dinafikan sendiri oleh yang digelar,
boleh jadi ia menjadi suatu fitnah.
Tutup bicara.
*****************************
Wassalam.
Allahummaghfirlana.
No comments:
Post a Comment