Monday, February 8, 2010

Chemistry & Wanita.



Salam

Turun dari bas dan berjalan menuju ke lab komputer,
saya ditegur oleh seorang yang berbangsa Fiji
(mungkin-disebabkan slang English nya yang jelas).

"Where are you from?"
"Malaysia"
"Are you having an exam?"
"Yes, I'm".
"Are you a full time student?"
"Yup.. "
"O good.."
"You're having exam too?"
"Yea.."
"What time?"
"2.15. Where is your partner? Are you studying with your partner?"
"Partner?"
"Your husband?"
"Oh, no..(geleng kepala)..Ok, I'm going to the lab. See ya"
"Ok.Good luck!"
"Same goes to you!"

Masuk lab dan selak chemistry dalam sejam sebelum exam bermula.
Sambil menjawab soalan exam, sudah terbayang wajah-wajah mereka di rumah,
adik-adikku yang telah lama aku tinggal,
dan mak dan abah yang setahun sekali saja sempat aku bersama sepanjang 3 tahun ni.
Cemburu rasanya pada mereka yang dapat luangkan banyak masa dengan orang tua,
berbakti dan menyenangkan hati orang tua.
Walaupun saya hanya mampu buat apa yang termampu dari jauh,
tapi ia tetap tidak sama,
kerana kami yang jauh mungkin "menghukum" mereka dengan perasaan rindu dan bimbang.


***

Semalam tak dapat tidur,
sejam lebih cuba untuk lena tapi tak berjaya,
tiba-tiba banyak sangat yang datang masuk menari dalam fikiran.
Dan semuanya tentang masa depan.

***

Saya banyak menerima pesanan,
"Jodoh tidak datang bergolek, jodoh tidak hanya dengan kita duduk tunggu dan ia jatuh dari langit, jodoh perlu diusahakan."

Apa pandangan anda tentang perempuan yang menawarkan dirinya kepada lelaki yang baik
untuk dijadikan isteri?

Saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang pelik,
cuma saya memandangnya sebagai sesuatu yang sukar dipraktikkan.

Wanita adakalanya merasa rendah diri,
walaupun dia mahukan suami yang baik, tapi dia sering tertanya "Layakkah aku?"

Ya, wanita sering muncul dalam kepalanya pelbagai persoalan,
kadang-kadang suatu persoalan yang remeh tetapi dipandang besar,
sehinggakan untuk bertindak benar sekalipun,
sering fikirnya macam-macam.
Yang kadang-kadang, yang macam-macam itulah
menjadi penghalang wanita untuk menjadi berani.

Wanita juga memiliki perasaan halus yang penuh emosi.
Ya lagi-lagi emosi,
sehingga kadang-kadang hanya kerana emosi tindakan wanita jadi kurang rasional.
Semoga berjaya menjadi wanita yang kuat yang mampu menepis emosi
yang tidak membina, dan mampu mengambil rasional yang membina.

Wanita oh wanita...Kadang-kadang membentuknya memerlukan seni~

Sekarang, mari fikirkan apa hubungannya chemistry dan wanita?

Wassalam

No comments: