Mohd Masri Mohd Ramli: Kita Manusia Berdosa
copy paste from : http://www.facebook.com/photo.php?pid=35719&id=100000347793403&op=1&view=global&subj=100000049151994#/masriTampin?v=app_2347471856
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bukanlah aneh kita membaca tulisan, atau kata-kata begini:
"Buat apa pakai tudung, tapi mulut kuat mengumpat"
"Buang masa sahaja kau solat, aurat tak tutup"
"Huh pakai kopiah, tapi mata melilau tengok perempuan".
Inilah perkataan-perkataan biasa. Boleh jadi ada manusia yang sangat baik zahirnya, menutup aurat, solat tidak tinggal, tetapi kuat mengumpat orang lain. Sebaliknya pula, bukanlah pelik kita melihat si gadis bermini skirt menderma wang kepada orang yang memerlukan.
Ini kerana kita semua manusia. Tiada manusia yang sempurna. Kita boleh jadi mempunyai kelebihan dari satu sisi, tetapi mempunyai kelemahan pada sisi yan lain.
Menidakkan kebaikan manusia hanya kerana kelemahan dia pada sudut yang lain adalah satu kezaliman.
Apalah hak kita menidakkan hak seorang gadis yang memakai skirt untuk menderma wang kepada yang memerlukan.
Apalah hak kita untuk menyekat si lelaki yang suka merenung perempuan daripada menjadi kaki masjid.
Apalah hak kita untuk menghalang pasangan yang sedang masyuk ber'dating' daripada menunaikan solat jemaah di masjid apabila masuk waktunya.
Yang salah ditegur, dinasihati, yang benar tetap benar, walau siapapun pelakunya.
Kerana kita semua manusia yang berdosa, dan sebaik manusia-manusia yang berdosa ialah yang bertaubat kepada Allah.
Maka, fahamilah bahawa sangat salah kata-kata begini:
"Kau ni baik tak payah pakai tudung, buat malu sahaja pakai tudung tapi keluar dengan jantan"
Tegurlah yang salah, buat apalah mengeji kebaikan yang dia lakukan.
Kita, dia, aku, engkau semua adalah manusia yang berdosa. Kita lahir dengan fitrah dan suci, tetapi semakin kita membesar, terus menerus dosa dilakukan sama ada sedar atau tidak.
Itulah fungsinya taubat yang akan menghapuskan noda-noda hitam di dalam diri kita.
Setelah menyedari bahawa kita adalah insan yang berdosa, lalu, wajarlah kita terima manusia seadanya, terima kelebihan mereka, dan nasihati kelemahan mereka.
Bersyukur atas kelebihan kita, dan menerima nasihat atas kelemahan yang ada.
Tetapi, menjadi manusia bukanlah alasan buat kita menjadi pelaku dosa. Jangan kita pula berbangga menjadi manusia pelaku dosa lantaran wujudnya hadis yang menyatakan Islam akan ditegakkan oleh insan-insan pelaku dosa (:insan jahat).
******************************************************************
Mengapa kita sukar menerima sesuatu yang selalu berbeza dengan kita?
Mengapa kita sering menilai tanpa sikap adil?
Mengapa perlu wujud pesimis?
Mengapa kita sukar berlapang dada kepada sesuatu yang kita tidak sukai?
Sedangkan kita juga manusia berdosa.
Itu...hakikat yang sukar kita sedari,
lantas ...
kita selalu mengharapkan kesempurnaan,
sedangkan kesempurnaan bukan milik kita... yang bernama makhluk Allah.
Wassalam
No comments:
Post a Comment