Salam
Saya terkesan dengan satu lagi pesanan beliau [Ustaz Hasrizal],
"Kurangkan 'sepatutnya' dalam hidup"
'Sepatutnya' bererti kita memberi "expectation" atau pengharapan.
Semakin banyak "sepatutnya", semakin banyak pengharapan kita.
Semakin banyak "harapan", semakin besar risikonya untuk kecewa.
Semakin banyak "berharap", semakin besar risikonya untuk tidak bersikap "concern" kepada tanggungjawab.
*************
Dulu,
mak membahagikan tugas kepada anak-anaknya.
Kalau Kak An basuh pinggan, Hani picit mak, Hana pulak kena kemas rumah.
[and the list just go on].
Begitu rutin kami,
sekiranya satu kerja dah dibuat oleh salah seorang daripada kami,
"task" seterusnya akan dibuat oleh orang lain pula.
Pokoknya, orang yang sama takkan buat semua kerja.
Sampailah,
kami berfikir, "Tadi Hana dah buat, Kak An la pulak".
"Tadikan Hana dah buat, Hani la pulak".
Masing-masing "berharap".
Sampai suatu ketika, semua kami duduk beku dan "malas" memulakan kerja masing-masing kerana "berharap".
Abah yang menyedari keadaan tersebut, terus bersuara,
"Abah tak mau kamu semua asyik berharap ja. Orang tu harap orang ni, orang ni harap orang tu. Nanti bila mak abah tua, kakak harap adik jaga mak abah, adik pula harap kakak jaga mak abah"
***********************
Pesanan abah saya ingat sampai sekarang, insyaAllah sampai bila-bila.
Abah, walaupun jarang "berceramah" seperti mak,
tapi isinya banyak yang masih terngiang-ngiang.
**********************
Blog saifulislam.com: Di dalam Dunia yang serba TIDAK PATUT ini
Wassalam
No comments:
Post a Comment