Saturday, August 23, 2008

apa nak buat? terus berdiam? atau terus bersuara?

bismillaah...

assalamua'laikum...

hati ini terlalu sedih dan pilu,
di sini dengan soal ini, di sana dengan soal itu...

mungkin benar persoalan yang pernahku dengar..
''MATIKAH UMMAT INI?''

dengan soal aqidahnya,
dengan soal hilangnya nilai islam yang sepatutnya menjadi priority,
entah di mana sensitiviti terhadap perintahMu, Ya Allah
kenapa mudah sekali insan lemah sepertiku terlupa dan terleka,
andai benar aku cintakanMu,sudah pasti Engkau kujadikan priority...

soal berat seperti aqidah,
sungguh lagi menghibakan,
percanggahan ini adalah percanggahan yang dilarang..
*aku bermohon agar sentiasa di jalanMu*
*hanya Engkau sebaik baik sandaran..*

perlukah aku terus bersuara?
atau ianya hanya mengundang perbalahan?
perlukah aku terus berdiam?
atau ianya menyebabkan amanah ''amar ma'ruf nahi munkar'' ku terabai?

benarlah, zaman ini zaman fitnah..
sedih!


Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

''Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


MATIKAH UMMAT INI?
sedarkah kami sebenarnya bahawa kami akan bertemu denganMu?
atau ia sekadar omongan di mulut?
tanpa kami fahami apa itu pertemuan denganMu?
andai kami faham, mengapa kami abaikan perintahMu?
mengapa kami mendahulukan apa yang tidak penting bagi kami?

*kami pohon keampunan dan hidayahMu, ya Allah...sungguh,hati ini penat...penat memikirkan..tapi kupohon agar tidak lemah dalam perjuangan ini, ampuni kami ya Allah...*

***************************************************

No comments: