Sunday, August 24, 2008

ukhti yg ana kasihi,yg bersama ana dari kecil....

*khas buat ukhti yang sangatt kukasihi di TM yg selalu menjenguk...maafkan adikmu...

bismillaah..

ukhti yg ana kasihi....
siapalah ana ini,
hamba Allah yang banyak sekali kekurangan..
insan biasa yang tak sunyi dari kesilapan..
insan biasa yang imannya menaik dan menurun...

namun ukhti,
ana sangat kasihkan enti,
kasih ana bukan kerana kita punyai pertalian darah,
tapi kasih ana kerana Allah,
jadi ana takut untuk biarkan enti andai suatu hari enti jauh dariNya...
begitu juga harapan ana pada ukhti,
agar x bisa membiarkan ana hanyut dan mabuk dengan duniawi
sehingga terlupa hari pertemuan dengan al-Khaaliq..
sehingga lupa hakikatnya ana lahir ke dunia...

justeru,
ana memohon maaf,
andai ana bukan pendengar yang baik buat enti,
ana juga insan lemah yang banyak sekali kekurangan,
mungkin ini antara kekurangan ana,
ana tidak dapat mendengar cerita cerita enti dengan baik,

terus terang ana katakan,
sebolehnya ana mahu mengelak dari mendengar cerita ceriti,
kerna itu kadangkala,
ana memilih untuk diam dan tidak memberi respons,
ana sangat risau,
andai cerita ceriti yang ana dengari itu,
menyebabkan timbulnya rasa kurang senang terhadap insan lain,
menyebabkan wujudnya satu gelombang yang menjauhkan ana dari insan lain,
sebolehnya ana mahu hati ini sentiasa bersih dan tenang bila berhadapan dengan insan lain,

terus terang juga ana nyatakan,
ana x bisa lagi mendengar cerita enti tentang
masalah perhubungan enti dengannya,
atau dengan sesiapa jua yang x punyai hak pada enti,
kerana ana rasakan ada cerita lain yang lebih utama untuk difikirkan,
yaini ceita tentang maslahah ummat,
seperti ana katakan semalam,
''daripada ana fikir tentang bf, lebih baik ana fikir tentang ummat,
bf is bf not a husband yet,kt xde pun tanggungjawap to bf,
but ummat; kita sentiasa ada tanggungjawap terhadap ummat''

maafkan ana kerana terlalu berterus terang,
ana cuma lemas andai selalu double meaning,
nanti masalah tak kan selesai,
jadi ana memilih untuk berterus terang semalam...

ukhtiku yang dikasihi,
sungguh ana selalu mahu enti selalu bersama ana,
enti selalu dalam doa ana,
ana juga harap enti begitu,
ana sangat sayangkan enti,
ana juga sedang lemah saat ini,
tapi ana harap dapat terus kuat dan bertahan,
ana cuma merasakan terlalu rugi,
andai masa muda kita dimabukkan dengan soal yang tak pentingkan ilmu dan perjuangan,
nanti bila semakin tua,
semakin banyak tanggungjawab kita,
andai waktu itu baru nak mencari ilmu,
susah la kita ukhti,
jadi mari kita mulakan dari sekarang,
sementara masih muda dan bujang (*aiseyh)
insyaAllah ilmu ini dapat kita manfaatkan sepanjang perjalanan,
maafkan adikmu yang lemah ini...
maafkan adikmu, maafkan adikmu ukhtiku*

No comments: