Tuesday, August 26, 2008

*muhasabah diri*

bismillaah..

assalamua'laikum..

seronok rasanya dapat buat tajuk ni...
seronok bila cuba keluar dari dunia sendiri,
dan cuba menjadi org yg berada di pihak lain seketika..
cuba lihat diri sendiri dari sudut pandangan orang lain,
dan cuba berada di tempat orang lain,
melihat dan mendengar pandangan orang lain,
dan yang penting,
MUHASABAH DIRI...

alhamdulillaah...
dalam usrah 2 kali berturut turut telah sentuh tentang akhlaq..
nah! ini sangat memberi peringatan kepada diri ini...
malah, apabila membaca pengalaman orang lain,
diri ini rasa begitu terkesan,
kerana seolah-olah sama saja apa yang kita hadapi...

akhlaq sangat memainkan peranan penting...
bagi saya , *sebagai seorang kelahiran utara dan sering berbahasa utara*,
mungkin kadang-kadang agak kasar perkataannya
mungkin kedengaran janggal/kasar pada umum..
dengan nadanya, dengan slank nya, dengan gaya bahasanya..hihi..
maklumla .. anak jati perlih..

dan kadang-kadang,
saya tak menafikan,
kalau saya berlembut dan berbudi bahasa pun,
saya prefer berbuat demikian kpd kaum hawa sahaja,
entah mengapa..
(*maybe rasa geli kot kalau lembut dengan kaum adam*)
mahap la kalau2 ada yang dah terasa hati...hehe

dari sudut lainnya pula,
kadang-kadang tak diakui,
susah jua nak control ''geram'' sbb menghadapi ''kedegilan''..
tapi, itulah...harap sentiasa sabar dan istiqamah minta diikhlaskan hati dan berlapang dada..
yang terlepas juga sikit sikit tu, hehe..sebagai kata-kata penegasan sahaja =D

apa yang perlu dan sentiasa de''remind'' kan dalam hati, sanubari,fikiran, dan diri ini:
ingatlah selalu akhlaq Rasulullah saallallaahua'laihiwasallam dalam usaha baginda menyampaikan da'wah dan akhlaq baginda seharian...
cun banget...cantik,hikmah,lembut...pedek kata : PERFECT lagi sempurna..

*semoga dapat dijadikan iktibar dan pengajaran pada diri ini...
*ego, keras kepala, degil, busuk hati,riak,takabbur semua perlu dibersihkan...
takutnya...

*forgive me, ya Allah...forgive them,ya Allah...sungguh, kami insan yang tak pernah sunyi dari kesilapan,sungguh kami insan yang sangat lemah,kami mohon petunjukMu...

No comments: