Bismillah
Assalamua'laikum
Semalam kohort 3-4 dapat email from cik Syarifah Ratina,
Tajuk : Status Pengajian
Antara isi e-mail tersebut :
''If you are bound to extend your studies, I am not going to bank in your allowance until I received my top management’s decision whether to allow your extension or terminate your scholarship. So prepare for the worst as I had terminated 2 students already.
To those who did well, congratulations. I hope you will maintain your good grades.
Thank you.''
Lama aku merenung e-mail ni,
setelah mendapat khabar dari Noha semalam..
Apa yang aku fikirkan?
Banyak.....
First and foremost,
Aku akan tengok pada apa yang aku telah buat sebagai pemegang biasiswa (money from tax payers)..
1) ADAKAH AKU DAH MENGGUNAKAN PELUANG DAN TEMPOH 2 TAHUN DENGAN SEBAIK MUNGKIN? ATAU AKU SEKALI SEKALA/SELALU MENGABAIKANNYA?
2)KE MANA DUIT BIASISWAKU PERGI?
GOVERNMENT SPONSOR UNTUK BELAJAR..
ADAKAH DUIT ITU TELAH MELENCONG KE MANA-MANA PEMBAZIRAN
DAN MELAMPAUI BATAS DALAM MENGGUNAKAN NI'MAT DAN REZEKI YANG
ALLAH BERIKAN?
3)AKU DIHANTAR KE SINI UNTUK BELAJAR (PRIORITY:AKADEMIK),
APAKAH AKU TELAH BERAT SEBELAH PADA AMANAH INI DENGAN
MENGUTAMAKAN HAL-HAL LAIN?
4) ADA TAK AKU FIKIR..SEBELUM BUAT APAPUN SEPANJANG AKU MEMEGANG BIASISWA, ADAKAH SPONSOR DAN PARENTS DAN TAX PAYERS SUKA..ATAU MARAH?
CONTOH: KALAU LAH ADA TAX PAYER YANG TAHU, SEORANG PEMEGANG BIASISWA MENGHABISKAN SEBAHAGIAN BESAR WANG UNTUK BERCINTA..MARAH TAK MEREKA? ATAU PONTENG KELAS..MARAH TAK SPONSOR DAN PARENTS?
secara jujurnya, aku juga pernah terbazir..
selalu beli barang masak dan makan banyak-banyak (maklum lah, nak lengkap je peti sejuk tu), tapi last2 tak makan dan tak masak..lepas tu rosak..
waktu nak buang tu, rasa menyesal sangat..
terfikir dalam hati ''membazir je duit sponsor bagi kat aku tapi tak pandai guna,
duit tu kalau sedekah kat org miskin banyak manfaat''
bab melebihkan masa untuk perkara lain berbanding prioroty anda iaitu akademik?
ada juga. tambah-tambah lagi bila ada ja isu yang aku minat..
aku akan stuck depan laptop entah berapa lama..
walaupun apa yang dibuat itu memanglah baik,
tapi aku TAK SEDAR APA PRIORITY AKU
Ponteng kelas?
oh, hampir menangis dan gerun mendengar ayat ini..
memang ada..tambah-tambah lagi di kala tiada semangat..
tambahan pula uni di sini tak ambil kedatangan...
Belajar dan assignment?bersungguh-sungguh tak?
Hmm..ikut mood agaknya..
bila kukhabarkan pada mak, mak susah hati dan tak habis-habis bagi macam-macam pesanan..
next year, aku akan teruskan battle utk 3rd year yang akan menentukan dapat buat hons or tak..
Ive decided to choose statistics..
yang pastinya,
degree adalah satu kemestian bersama kepulanganku nanti..
entah macammana nak memohon maaf pada diri sendiri, sponsor, parents dan tax payers..
tentang sponsor attitude..perlukah cakap di sini?
apapun, sebagai pemegang biasiswa
saya akan sentiasa menyemak booklet biru aka surat perjanjian..
agar hak kami tak dipijak begitu sahaja..
p/s: bila nak complaint, asyik teringat pesan mr najmi ''DO NOT COMPLAINT''
pesanan tu dah tertanam denga kukuhnya dalam otak ni..
lagi satu pesanan miss nandha ''DO NOT PAMPERED YOURSELF''
langkah seterusnya kena lebih berhati-hati..
pada yang asyik memandang sinis pada pemegang biasiswa,
inilah antara risiko which we have to pay..
wassalam