Thursday, April 15, 2010

Teach me how to deal with it please?

Salam.

Tertarik sekali dengan temubual MHI pagi tadi,
memutarkan isu REMAJA, tambahan pula dengan kehadiran
speaker nya yang banyak memberi isi penting iaitu Ustaz Hasrizal.

Memetik kesimpulan sesi tadi daripada comment facebook beliau:

1. Tenaga tidak boleh dihapuskan. Ia perlu disalurkan. Itu asas menangani remaja.

2. Jangan memandang remaja secara judgemental (rujuk kisah Ibrahim)

3. Masalah remaja adalah simptom kepada masalah di tempat lain, khususnya institusi keluarga

4. Remaja lebih selesa berkongsi masalah dengan kawan berbanding ibu bapa kerana hilang kepercayaan terhadap ibu bapa yang TIDAK DIPERCAYAI sebagai MEMAHAMI REMAJA.

5. Justeru perlu selalu meneliti tahap kepercayaan yang wujud antara ibu bapa dan anak semenjak mereka kecil.

6. Kaedah: Tidak meremehkan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka seperti orang dewasa (ajak berbual, kongsi rahsia dengan anak dll)

7. Pembetulan remaja, berbalik kepada perkara BASIC iaitu soal AQIDAH, PANDANGAN HIDUP dan NILAI

8. Pendidikan agama bukan setakat untuk persiapan menuju Akhirat, tetapi sebelum itu juga, adalah untuk kecemerlangan dunia. Menampung kecemerlangan akademik yang tidak cukup untuk CEMERLANG dalam erti kata yang sebenar.

9.Dera anak dengan putung rokok itu satu bab. Dera anak dengan api neraka kerana tidak diberi didikan agama, itu lebih sengsara.

10. Remaja berada di dua kelompok ekstrim. Satu, sangat giat dan aktif di jalan yang merugikan. Sekelompok lagi saat selesa di dunia Ipod dan PSP, tidak bergaul. Kedua-duanya mesti ditemukan di medan PERJUANGAN.

11. Remaja nature mereka mahu berjuang. Tanpa input mereka akan berjuang mempertahankan seluar ketat dan remos rambut. Mereka perlu diberi suntikan perjuangan.

12. Contoh pengisian adalah seperti kegiatan dakwah, aktivism, alam sekitar, kemasyarakatan, kemanusiaan dan segala yang membolehkan remaja merembeskan tenaga dan adrenaline mereka.

13. Menjadi tanggungjawab kita pula, untuk menjadikan aktiviti di atas mesra remaja.


Wallahua'lam

***************************

Saya mendengar isu ini dengan penuh minat...Sebagai seorang kakak kepada adik lelaki berusia 14 tahun, dan jika diizinkan Allah sebagai bakal guru sekolah menengah dan sebagai bakal ibu.

Menyaksikan sendiri bagaimana mak dan abah membesarkan adik-adik di bawah saya,
yang kadang-kadang banyak 'karenah'nya,
dan menyaksikan pergolakan masalah anak-anak masyarakat setempat,
menyebabkan saya sering terfikir,
"Proses membesarkan, mendidik, dan membimbing anak-anak bukanlah suatu proses yang mudah".

Andai terlalu dimanjakan akan rosak , dan kalau terlalu ditekan pula masalah lain yang akan timbul.
Saya sendiri tak terkata bila mendengar tentang masalah sahsiah budak-budak sekarang,
tidak terkecuali orang terdekat saya.
Jadi pening, bingung, dan keliru.
Kuatkah saya nanti bila diberi ujian hebat itu?
Anak-anak amanah yang perlu dijaga dengan perasaan 'amanah'.
Berat bagi saya.
Namun, sebagai seorang yang bakal menghadapi karenah anak-anak, remaja khususnya;
Saya sendiri sering berpesan kepada diri:
"Masalah seperti ini susah untuk dielakkan atau diselesaikan kalau saya sendiri compang camping dalam sahsiah saya".
Bukan hanya perbetulkan sahsiah sendiri, malah ilmu psikologi juga sangat penting.
Bagaimana untuk berurusan dengan anak-anak bermasalah ini?

Berleter 24 jam , cemuhan, kritikan yang tak membina, skeptikal,
tidak mampu mengubah nasib si anak.
Tapi banyak ruang yang perlu digunapakai oleh pendidik (ibu bapa dan guru khususnya)
untuk ber'kawan' dengan mereka.
Ia memerlukan 'skill' dan 'skill' ini perlu saya bina masa demi masa.

Pada ketika ini, saya juga punyai masalah untuk mendalami jiwa seorang remaja
dan cuba menariknya untuk memahami hakikat kita dilahirkan ke dunia.
Jiwa risau, sedih, memikirkan hala tuju anak-anak muda yang masih bersekolah
di sekeliling saya.
Dari masalah adab terhadap ibu bapa, lepak,samseng, ugut-mengugut, rokok, dadah, cintan
dan banyak lagi.
Saya juga insan yang berharap dapat berbuat sesuatu, tetapi masih tidak mampu
untuk mengubah semuanya.

Faghfirlana Ya Allah...

Wassalam

Tuesday, April 13, 2010

Talk di Cemara (2)

Salam

Seperti biasa , setiap pagi hari minggu...Sambil mengemas sambil mendengar & menonton isu-isu di MHI.
Rancangan TV yang agak menarik perhatian saya.
Pagi tadi ada mengutarakan isu menulis wasiat sebelum mati, restoran tanpa bayaran, dan kempen bijak jauhi zina.
MHI banyak membincangkan isu kemasyarakatan. Masalah, kejayaan, sejarah.
Seringkali wakil NGO atau individu yang terlibat dengan pembaikpulihan masyarakat
dipanggil untuk ditemuramah.
Juga 'public figure' yang berjaya walaupun melalui masa lampau yang susah ataupun tidak normal seperti orang lain.
Perbincangan yang diutarakan banyak sekali memaparkan realiti masyarakat.
Apabila isu permasalahan masyarakat diketengahkan,
barulah saya sedar sebenarnya sangat banyak 'kerja' yang perlu dilakukan.

Saya nak sambung perkongsian nota Mencontohi Pemikiran Ahli Hadith oleh Adlan Bin Abd. Aziz.

Beberapa Ciri Pemikiran Ahli Hadith

(a) al Ittiba' al Kamil

Menerima dan melaksanakan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadith secara sempurna.
Hadith adalah huraian kepada Al-Quran.
Al Ittiba' ini timbul disebabkan rasa cinta mereka kepada Rasulullah Sallallahua'laihiwasalam.
Al Ittiba' ini seringkali melibatkan keseluruhan isi kandungan hadith Rasulullah Sallallahua'laihiwasalam walaupun kadangkala sesuatu hadith itu tidak mengandungi hukum wajib atau sunat.

*Sikap ini perlu ada di dalam diri kita terutama pada zaman yang mencabar ini.
Sifat ini boleh terhakis daripada peribadi muslim disebabkan terlalu banyak dugaan dan cabaran-nafsu, syaitan, jin, manusia, agenda musuh Islam dan sebagainya-
Kejayaan umat terdahulu adalah disebabkan mereka kembali kepada Islam dengan al Ittiba' al Kamil dalam seluruh aspek kehidupan.

Nota tambahan saya :
Ittiba' - ikut
Kamil - sempurna

Bersambung...

Wassalam

Talk di Cemara (1)

Salam

Pagi tadi waktu susun buku, tetiba ternampak satu kelibat file.
Rasa macam kenal. Buka-buka...Betullah, memang kenal pun!
Tak sangka, nota tu masih ada!

Imbas kembali pada tahun 2006 kalau tak silap,
students INTEC ada anjurkan talk "Fiqh Luar Negara".
Speakers Ust.Maszlee dan Ust.Adlan- nama yang asing bagi saya pada ketika itu.
Waktu tu saya di Uniten, berminat juga nak join selepas dipelawa oleh si kembar.
Bertempat di Asrama Cemara (errr...betul ke nama hostel ni??..tak ingat).

Seingat saya, talk Ust.Maszlee menyentuh isu fiqh luar negara dan Al-Aqsa.
Sesi beliau memang saya beri komitmen, disebabkan Al-Aqsa dan isu Palestine
merupakan isu semasa. Juga fiqh luar negara, ilmu yang perlu saya cedok
untuk bekal sebagai musafir di tempat orang.

Manakala, talk Ust.Adlan, tentang hadis.
Bagi saya topik ini agak berat. Terlalu banyak yang saya tak tahu.
Tambah-tambah bila melihat diskusi pelajar-pelajar di situ dengan Ust Adlan
tentang hadis...
Saya tertanya; Macammana la diorang boleh terfikir soalan macam tu?

Basically, saya yang sebenarnya banyak tak ambil tahu..hehe
Ok, saya tertarik dengan nota yang Ustaz Adlan kepilkan kepada peserta;
tentang
Beberapa Ciri Pemikiran Ahli Hadith.
Sikap yang sangat perlu diberi perhatian dan diambil manfaat.
Tambah-tambah buat orang awam seperti saya.

Perkongsian nota..
Sebelum tu.

Siapakah Ahli Hadith?

Menurut sebahagian ulama terdahulu - contohnya imam al-Tirmizi
dalam bukunya al Jami'al al Kabir - ahli hadith ialah para ulama yang pakar dalam bidang hadith secara khusus
terutama dalam ilmu kritikan (Jarh wa Ta'dil).

Terdapat juga penggunaan istilah ini secara umum bagi sesiapa sahaja
yang menjadi periwayat hadith.

Muhammad Nasiruddin al Albani pula pernah menggunakan istilah ahli hadith
untuk 2 golongan:

1) Mereka yang mengetahui secara mendalam tentang pengkajian hadith secara sanad dan
matan. Maksud ini sama dengan maksud yang diterangkan sebelum ini.
2) Mereka yang bersunguh-sungguh mengamalkan hadith di dalam kehidupan seharian
samaada di dalam ibadah khusus atau umum.

(Perkongsian nota Mencontohi Pemikiran Ahli Hadith oleh Adlan Abd Aziz)

Bersambung...

Saturday, April 10, 2010

Last moment




Salam

Alhamdulillah.
Lagi 4 hari, genap sebulan saya meninggalkan bumi Pelmerston North.
3 tahun adalah masa yang terlalu singkat.
Walaupun 3 tahun permusafiran dirasakan waktu yang tidak cukup
untuk belajar tentang banyak lagi perkara,
tapi pulang berada di rumah memang cukup menenangkan.

Satu perasaan yang bebas, tenang...saya gunakan sebagai waktu senggang untuk
mencari sesuatu dan melakukan kerja yang saya tak dapat lakukan ketika sibuk bergelar pelajar.
Gembira...Tapi kadang-kadang rindukan masa lalu di New Zealand.
Suasana yang tenang, permai, indah, di sana.
Dan di sana, saya belajar hidup tanpa keluarga kandung,
apa-apa yang terjadi semuanya berkongsi dengan kawan-kawan.
Permusafiran yang sangat berharga!

2 minggu terakhir saya di sana sangat sibuk.
Setelah mendapat keputusan peperiksaan musim panas,
saya terus meminta untuk balik for good kepada pihak KPM.
Saya gembira, e-mail saya kali ini dibalas!
Sebelumnya saya meminta untuk menyambung pengajian untuk melengkapkan credit hour bagi major Statistics.
Hampa, e-mail tak pernah berbalas.
Tapi, kali ini KPM jawab e-mail saya!!! :D (Jakun sket.hehe).
Saya sibuk menguruskan urusan graduation application, accommodation, yuran yang berbaki dan seumpanya..
Juga sibuk dengan urusan packing & shipping.
Juga dengan kerja-kerja yang perlu saya selesaikan sehabis mungkin.
Juga dengan urusan mengambil gambar di sekitar Massey Uni tercinta!!

Terima kasih Noha dan Kak Sha, teman saya dan layan kopoyoyan saya yang koya..he2
Terima kasih Noha yang banyak tolong saya, teman beli kotak dan macam-macam lagi..
Sampai sekarang pun, saya masih mintak tolong awak simpankan surat-surat penting saya..
Terima kasih Kak Sha masak dan offer untuk tolong saya..
Terima kasih Laili, tolong hantarkan saya ke airport.
Terima kasih kawan-kawan semua (Zu,Kuzai, Ayu, Ain, Fairuz, K. Huserk, Laili, Noha dan Kak Sha, Kak Diana, K.Shikin, K.Fatan untuk majlis terakhir saya)
Terima kasih untuk perlawanan netball terakhir saya di Palmy.. I really enjoyed that game!
Terima kasih Kuzai, tolong bawa saya ke syarikat shipping yang jauh tu.
Terima kasih Ain, tumpangkan bilik.

Terima Kasih sekali lagi to Noha & Kak Sha yang bersama-sama saya...Saya gembira pada hari-hari terakhir saya di sana :).

Terlalu banyak yang saya perlu berterima kasih kepada semua.

Alhamdulillah.

Wassalam

Friday, April 2, 2010

3




Salam

Semalam bermalam di rumah tok, Kampung Lahar Jambu.
Kami ke sana menaiki motor.
Best banget ... dah lama sangat tak naik motor ke kampung.
Sepanjang perjalanan saya perhatikan suasana dan cara hidup di
perkampungan yang saya lalu.
Frankly speaking, saya sangat sukakan suasana yang hijau, nyaman, dan
bersederhana di kampung,
cuma saya belum terbiasa dengan waktu malam di sana yang sunyi.
Kampung sekarang dah tak macam kampung zaman kanak-kanak saya.
Zaman saya membesar bersama kembar dan kakak sulung,
di samping tok dan tok wan juga mak teh, mak cik, dan pak anjang.
Tapi sekarang, suasana berubah sedikit sebanyak.
Jalan sudah diturap, ramai yang berhijrah ke luar, masalah kebejatan sosial agak membimbangkan, tok wan dah takda,
mak teh, mak cik, pak njang semua dah berkeluarga.
I miss that time :(

OK, back to the topic..Apa yang 3 nya?
Untukmu Wanita, Adab Az-Zifaf, dan Syabab Musafir Kasih.
3 buku yang saya baru saja habis dibaca sepanjang di rumah-Perlis.

Buku Untukmu Wanita ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)
Basically, buku tersebut mengumpulkan soalan dan jawapan berkisar tentang isu wanita.
Terbahagi kepada 3 bahagian : Aurat & Maruah, Munakahat, Rumah Tangga.
Ada antaranya boleh dibaca di www.zaharuddin.net

Adab Az Zifaf - Panduan Pernikahan Cara Nabi, oleh Al-Albani.
Tapi saya ambil yang sudah diterjemah ke bahasa Indonesia.
Buku ni kena repeat ler,
tahap penguasaan Bahasa Indonesia yang lemah agak mempengaruhi kefahaman saya.

Buku yang ke-3...Syabab Musafir Kasih.
Hasil penulisan Kak Fatimah Syarha yang ke-3 saya baca selepas Tautan Hati dan Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul.
Ok, mungkin ada yang kurang berminat dengan novel-novel cerita.
Tapi saya tak dapat tipu hati perempuan saya...
Tambah-tambah dengan hasil penulisan dan gaya bahasa Fatimah Syarha,
yang sangat menyentuh hati...
Ceritanya Syabab bukanlah bermotifkan cerita yang sedih walaupun saya termenangis.
Mungkin kita boleh katakan ia cerita tentang pemuda.

Tapi, bagi saya, ia bukan sahaja menceritakan tentang pemuda,
malah banyak isu lain, ilmu, dan bimbingan yang diselitkan.
Saya katakan penulisannya adalah penulisan yang berkesan,
dan saya kagum dengan penulis ini yang pandai menyusun bahasa dan jalan cerita,
yang pada masa yang sama menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu medan dakwah beliau...Sesuai untuk peminat novel :)

Saya memandang watak Syabab sebagai watak seorang pejuang,
walaupun awal kemunculannya cuma membayangkan seorang budak kampung yang miskin, dan serba hina, selalu dicaci dan dimarahi oleh keluarga dan orang kampung,
namun Kak Zah merupakan satu-satunya yang sentiasa percaya Syabab merupakan seorang lelaki yang penuh dengan potensi.
Syabab bangkit, menjadi syabab harapan ummat.
Realitinya, masih ramaikah syabab hari ini yang menjadi pejuang?
Saya percaya masih ada.
Ummat yang tenat ini sangat memerlukan kalian.

Saya copy paste salah satu penulisan dalam cerita Syabab Musafir Kasih (m/s 202-204):

LELAKI...

Dulu,
Bila disebut lelaki,

Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira
Kini,

Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,

Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri,


Dulu,

Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih memb
ela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,

Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,

Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu dunia seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencip
ta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,

Lelaki menperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,

Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,

Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,

Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul...



Wassalam