Thursday, August 27, 2009

[5] Pulang malam [6] Budaya malu

[5]

Salam

Semalam, kali pertama, aku menaiki bas terakhir, 9.20 pm, dari uni ke city.

I was nervous. Takut bus tak kunjung tiba macam haritu.

Sebaik sahaja bus muncul, aku keluar dari tempat persembunyianku di marsden,
sejuk kot tunggu kat luar.

Nampak la beberapa orang keluar dari perut bus.

Aku nervous lagi. Teringat kes Suhaili sewaktu aku di Tingkatan 1.

Bus gelap rupanya pada waktu malam.

Mujur ada 2 orang wanita , Korean kot.

Yang lain semua lelaki, Muslims I guess coz they wished "assalamua'laikum"

Oh, gelapnya.. takut terlepas College Street.

Karang kena berjalan dalam kesejukan.

Nampak je station minyak Caltex, terus pushed the button.

Mujur ada jugak yang turun kat situ.

Berjalan, seorang diri, dalam gelap.

hmm..

Waktu on campus dulu pon selalu jugak buat macam tu,
tapi rasa a bit secure, sebab dah biasa.

Bila di luar rasa macam lebih banyak terdedah pada bahaya.

Ada yang pernah berkata padaku "Wanita tak boleh bermusafir tanpa mahram"

No wonder lah kan, sesetengah anak perempuan yang nak pergi belajar ke luar negara,
dikahwinkan oleh parents.

By the way, persoalan ini pun banyak kupasan ulama'.

Aku cenderung pada pendapat Yusuf Al-Qardhawi. Applicable untukku yang kini di perantauan.

*Ada yang refer mahram tu seperti ayah/abang..kalau kawan perempuan tak dikira mahram..

Anyway, i'm not an islamic scholar to clarify thing,
yang penting; memberitahu agar mencetus mahu


Wassalam

[6]

Bila hilang budaya malumu lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki. – HR. Bukhari.

Lakukanlah apa saja,

Ya lakukan~

Munkin tak kisah apa orang kata,

Saya nak buat, hak saya,

Tapi,

Allah nampak.

Saya malu.

Kan malu yang paling berhak ialah malu pada Allah.

Kalaupun tidak terasa malu pada diri sendiri dan orang lain,

ingati diri ini sendiri dengan malu yang lebih berhak.

"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)." – Hadis riwayat al-Bukhari.

Sejauh manakah nilai puasa saya andai ia tidak mampu menjadi perisai
untuk saya menjauhi kata-kata keji dan perkara yang menyalahi hukum?

Taqabbalallaahu minna wa minkum

Wassalam

Monday, August 24, 2009

[4] Gembira dan malu

Salam

Posting ke-4 untuk hari mulia yang ke-4;

Tiada drama, atau quotation daripada mana-mana sumber hari ini;

Aku sedang menghabiskan marathonku yang bergerak terlalu perlahan;

Besok due, tetapi masih punyai 1000 words lagi untuk ditaip,

Mungkin sebaik sahaja selesai, barulah aku berpeluang mengupdate upalmy dan palestine.

Mengapa ku masih punya masa untuk blog ini?

Kerana ia hanya mewakiliku,

Aku gembira dan malu;

Aku tahu Dia sentiasa mendengarkanku, keinginanku, hajatku, cita-citaku, harapanku, angan-anganku; impianku;

Dan bila saja tercapai segalanya;

Aku rasa begitu kerdil sekali;

Siapalah aku untuk menerima hadiah istimewaMu;

Justeru, pimpinlah jiwa yang sering terlupa ini untuk sentiasa mensyukuri pemberian-Mu

walaupun hanya secebis rindu daripada insan-insan yang kusayang.

Wassalam

Sunday, August 23, 2009

[3] Bagaimana caranya?

Salam

Seorang ayah ingin menebus dosa lampaunya dengan cara mengubah anak-anaknya.

Anak-anak tersebut yang asalnya pelajar international school dipindahkan serta merta secara paksa ke sekolah agama.

Mereka memberontak, setiap hari membuat hal di sekolah.
Si lelaki membuli kawan-kawan, si perempuan memaksa rakan lain supaya tidak memakai tudung.

Lalu si ibu, dengan nekad menghantar anak-anaknya tinggal di England;
bersama ibu saudara mereka.

Ibu saudara mereka pula hidup kebaratan dan longgar pegangan agama (menurut cerita si ayah)

Setelah sekian lama, anak-anak (Sheila dan Najib) dah pun besar =D
Mereka pulang ke Malaysia.

Anak-anak ini dikatakan rosak aqidah, ibadah, dan akhlaq.

Ayah dan ibu sangat susah hati;
mencari jalan untuk mengubah anak-anak mereka ke pangkal jalan~
dan demi menjaga maruah~

Langkah pertama : Menjemput ustaz ke rumah untuk menasihati anak-anak mereka

Ustaz Pertama:

Datang ke rumah, duduk berhadapan, dan memberi nasihat.

Ustaz: "Belum terlambat. Kamu berdua mesti guna masa muda untuk taat pada Allah, jangan tunggu tua, mati datang bila-bila masa, tambah kalau kamu mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat dan berpakaian macam ni"
Najib: boring....
.....

Najib dan Sheila bercakap sesama mereka ; berbahasa Inggeris.
Lalu ustaz meminta mereka berbahasa Melayu;

Sheila : Najib, let's test him
Najib: Ustaz, ustaz rasa ustaz pakai baju kain langsir, pegang biji-biji, ustaz lebih baik daripada kitorang ke?
Ustaz: Tidak, ini sunnah Nabi
Sheila: Sunnah? Ape tu? Tak pernah dengar pun
Ustaz: Sunnah Nabi adalah segala perbuatan Nabi. Contoh: Nabi pakai jubah, kita pakai jubah, itu namanya sunnah nabi
Najib: Jadi kalau saya ni pakai seluar pendek, tak ikut sunnah Nabi la
Ustaz: Tak dapat pahala sunnah
Sheila : Jadi kalau I tak nak pakai tudung, kiranya I tak ikut sunnah?
Ustaz: Itu bukan sunnah namanya , itu hukum Allah. Kita tak boleh banyak bertanya. Kite kena ikut.
Sheila: Siapa kata saya tolak hukum. Ini fashion terkini. Allah tengok hati, bukan tengok tu tu.. langsir, ni ni ape tu..putih putih..tak tau
Ustaz: Ustaz nak tanya, kalau nak beli buku nak baca isi dalamnya, kita kena tengok luar die jugak..betul tak?
Sheila: But this is what I see in Malaysia
Ustaz: Cakap Melayu boleh?
Sheila: (ketawa kecil).. Yang saya nampak kat Malaysia, yang bertudung pun perangainya buruk, yang pakai macam tu tu (sambil menunjukkan kepada ustaz)...pun boleh pecah amanah jugak...

Sheila dan Najib ketawa lagi.."Silly!" kata Sheilla

Ustaz sudah bingkas bangun dan keluar, dipujuk untuk datang lagi oleh ibu mereka
Tetapi dia menolak, tidak mahu membuang masa dengan orang-orang yang telah ditutup hati oleh Allah, dan ingin mengutamakan orang-orang yang ikhlas ingin mencari kebenaran.

Ibunya tidak berputus asa, dan menjemput seorang ustazah ke rumah

Ustazah (jemputan ke-2)

Sheila : Kenapa ustazah pakai tudung? Tak busuk? Tak panas ke? (Sambil menghembus asap rokok kepada ustazah tersebut)
Ustazah : Kalau kita nampak, cantiknya wanita bertudung, kita tak kisah panas atau sejuk
Najib: OK2, cantik tu subjektif. For me, kalau wanita tu cantik pakai tudung..kenapa Tuhan tak cipta semua wanita tu botak? Lagi senang..kan?
Sheila: Including the monks that we see in England
Najib: Yes, I can't imagine how dhirty the tudung is. A doctor can even kill their patients with the tudung.
Sheila: What do you think?
Ustazah: Itu adalah takarub kita kepada Allah. Tanda cinta.
Najib: Apa?Takalut?Takarub?
....
Sheila: Anyway, kenapa kita tak boleh bela anjing? Kan cantik..cute..sama ja macam kucing..Kenapa nak kena pakai jubah?
Najib: Tula pasal, buatpe nak pakai benda2 ni semua..eeeii
Sheila: So. ada tak jawapannya..or are you just stupid?

Ustazah bingkas bangun dan memberitahu si ibu: "...mereka seolah-olah disampuk jin barat..."

Masih tidak berputus asa, ustaz kedua pula dijemput..

Tetapi akhirnya juga pulang tanpa apa-apa perubahan; malah terbatuk-batuk akibat tidak dapat menahan asap rokok

Sheila dan Najib memerhati dari jauh sambil berbual sesama mereka

Sheila: Tau tak, Nabi yang kena baling batu tu pun boleh tahan, yang itu hisap rokok pun tak boleh tahan?
Najib: ..and he calls himself as "pewaris Nabi"

(mereka katawa lagi sambil berkata " A looser")

-Drama Cinta Sempurna; idea asal : Ustaz Hasrizal

**************************************************************************

Mungkin ada persoalan-persoalan seperti

Apa itu sebenarnya sunnah Nabi?
Adakah tidak memakai jubah tidak mendapat pahala sunnah?
Apa sebenarnya hukum berseluar pendek bagi lelaki?
Dalam keadaan bagaimanakah kita tidak boleh terlalu banyak bertanya?
...dan sebagainya

Tapi, persoalan bagiku:

1) Benarkah cara menjemput ustaz ke rumah untuk menasihati adalah cara terbaik untuk anak-anak itu?

2) Apakah sepatutnya isi ucapan pertama pada anak-anak itu? Bercerita tentang masih ada masa untuk bertaubat? masih muda?

3) Adakah kita faham selama ini apa yang kita lakukan? Atau hanya menurut kebiasaan?

4) Sejauh mana kuatnya kita berhadapan dengan anak-anak seperti ini?

Mereka anak-anak yang bijak;
Banyak persoalan dan idea di minda mereka,
tapi mungkin mereka belum berjumpa sesuatu yang dapat meyakini mereka.

Mungkin, ingin menanganinya perlu juga dengan cara yang bijak.

*Essay, sabar ya...*

[2] Drama

Salam

"Kita dikurniakan dengan 2 telinga, tetapi hanya satu mulut;
oleh itu banyaklah mendengar daripada banyak bercakap;
banyak bercakap banyak pula salahnya"

Telur atau Teh ?

-Telur apabila direbus menjadi keras;
keras juga isinya;
dan ia susah dipecahkan

-Teh apabila direbus;
Ia kekal dengan warna asal;
malah warna airnya juga cantik sepertinya;
dan pabila dihirup; enak pula~

: Jangan biarkan persekitaran mengubah kita

-Drama 2 Marhalah-



Bolehkah aku memandang drama-drama itu sebagai suatu realiti kehidupan dan realiti manusia?

Aku ingin mencari moralnya, persoalannya, solusinya, temanya, kemajuannya, cabarannya dll..

bukan sekadar hiburan dan candaan kosong;

Bolehkah?


Friday, August 21, 2009

(1) Aku Berserah diri kepada Tuhan seluruh Alam

Salam

Ku teringat cerita itu
Cerita tentang Nabi Ya'kub di saat kewafatannya;
Cerita tentang penekanan terhadap Aqidah,

Saat maut menjemput Ya'kub,
baginda berkata kepada anak-anaknya;

"Apa yang kamu sembah sepanjang peninggalanku?"

Mereka menjawab,

"Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu iaitu Ibrahim, Ismail, dan Ishak,
(iaitu) Tuhan Yang Maha Esa
dan kami hanya berserah diri kepada-Nya"

(Rujuk Surah Al-Baqarah (2;133))

Dan kuterfikir,
bisakah aku mencontohi Ya'kub?
Sehingga saat yang begitu getir,
dia kuat memperingati anak-anaknya dengan penekanan mentauhidkan Allah.

Bisakah aku mewasiatkan kalimah itu kepada anak-anakku kelak
walaupun di saat aku sedang lemah?

Anak-anakku,

Tuhan berfirman kepada Nabi Ibrahim;
"Berserah dirilah!"
Dia menjawab;
"Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh Alam"

(Rujuk Surah Al-Baqarah,2;131)

Ya bunayya,

Ibrahim mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya.
Begitu juga Ya'kub.
"Wahai anak- anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini untukmu,
maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim"

(Rujuk Surah Al-Baqarah (2;132))

Anak-anakku,
Ibumu mungkin tidak mampu mewasiatkanmu bungalow-bungalow mewah,
tanah mahal bereka-ekar, perniagaan besar,
tapi ingatkan ibumu untuk turut mewasiatkan kalimah itu;

"Aku berserah diri kepada Tuhan seluruh Alam"
"Aslamtu li Rabiil a'alamiin"

Ingatkan ibumu ketika hayatnya

Wassalam







Saturday, August 15, 2009

Nukilan~

Aku menerima panggilan daripada Residential Service Office (RSO)
sebaik tamat latihan futsal.

Kali ini aku mesti pergi, alang-alang sudah berada di luar rumah,
aku tak mahu bertangguh lagi, sepertinya sangat "urgent".

Terkejut dan cuba berlagak tenang,
apabila ditanya :"Do you realize that you signed the accommodation contract for 1 semester only?"
Really? Terus-terusan aku bertanya apa yang perlu,
tapi akhirnya pasrah,
aku perlu keluar dengan segera...
"The room has been allocated for someone else"

Aku masih berlagak tenang,
Saudari-saudari di Kairanga datang membantu,
Bilik Ain & K.sha ; menjadi bilik tumpanganku selama kurang lebih 2 bulan,
Rumah "bawah"; menjadi rumah tumpanganku selama kurang lebih 2 bulan,
dan Ain,Zu,K.Yusma,K.Sharina menjadi housemates yang menumpangkanku selama kurang lebih 2 bulan.

Dalam 2 bulan,
Bersatu games telah berlalu.
Semester baru telah bermula.
Islamic Awareness Week sedang berlangsung.

Aku yang sering "perfectionist" dan " complicated ",
cuba mengadaptasi melalui dan menjalani hidupku,
sebagai seorang yang berkelana,
yang sentiasa punyai tugas yang perlu diselesaikan,
Kadang kala payah,
tapi mungkin kerana aku yang menjemput,
maka aku perlu melayaninya.

Aku menerima khabar,
abah kini berpindah ke Subang Jaya,
mak menguruskan adik-adik,
KakAn juga bekerja di PJ,
kami kembar jauh di mata,
kesian mak..sob sob

IAW 2009
Penat tapi tak mengapa,
aku tak punya banyak pengalaman mengendalikan apa-apa acara di universiti,
semua orang yang terlibat akan penat, stress mungkin,
studies lagi,
tapi perlukah kita retak ketika ini?


..DAN sering aku singkapi hikmah disebaliknya,
walau jerih aku mencari,
ya, mungkin aku bertemu..
tapi biar menjadi rahsia hati,
antara aku dengan-Nya.

Rumah baruku..
Aku kini mencatatkan kenangan di rumah baru ini,
berjiran dengan pemuda India yang belumku tahu namanya,
Di tengah-tengah hiruk pikuk kotaraya Palmy,
setiap pagi menunggu bas,
pulang ke rumah dengan bas,
sampai hancur jadual bas ku..hehe

Kini,
aku perlu berhempas pulas dengan tugasanku,
dan mengarang surat e-mail perletakan jawatan.
Amanah tak pernah selesai,
cuma aku sedang memilih apa yang utama.
Kerana aku tak berdaya menjadikan banyak perkara itu yang utama.

Perkara yang inginku kongsi :

Ku tidak nampak cara yang lebih baik untuk sesebuah ukhuwwah itu kekal mulia dan terpelihara melainkan sikap berlapang dada.

A friend in need is a friend indeed.

Do for the sake of Allah only , however hard it is, however difficult it is, however easy it is or however fatigue we are.

LAST but not least,
thanks a lot to those who have been helping me;
Segala puji untuk Dia yang memilihku untuk berada di sini.

Wassalam..




Wednesday, August 5, 2009

Isu sensitif

As-salam

Bidaa'h.

Cukup satu kata itu disebut-sebut,
mungkin ada telinga yang akan berdesing,
atau darah yang bakal menggelegak.

Cukup di situ dulu,
saya khuatir mengundang kontroversi,
tambahan lagi,
ilmu tentang "bidaa'h" kurang daripada sejengkal mungkin,
pengertian "ibadah" belum tentu lulus,
mahu berbicara soal "bidaa'h", saya rasakan jauh sekali.

Saya hanya mampu membaca sedikit nukilan di artikel,
dan buku-buku nipis hasil kajian ilmu
mereka yang terpercaya yang mementingkan disiplin ilmu,
atau menonton "debat" 2 tokoh.

Bahasa Arab pun serba-serbi,
Kitab-kitab tak pernah pun dikaji,
Berinteraksi dengan hadis dan al-quran pun tak tahu cara,
Bidang pula matematik,
Siapalah saya.

Justeru,
marilah belajar dan mengkaji serba sedikit,
sebelum menutup telinga menerima nasihat,
sebelum menutup hati menerima teguran,
sebelum akal sudah tidak cerdas,
sebelum fizikal menjadi lemah,
sebelum memberi hukuman dan men"justify".

Di setiap sujud aku meminta semoga kita semua sentiasa digolongkan dalam
golongan yang selamat, al firqatun an najiah. aameen..

***********************************************************************



"Tak pa lah Mid, kalau tak lulus periksa nanti ayah hantar mengaji pondok"

Bila anak tak berapa perform dalam bidang sains atau akademik di sekolah dengan baik,
antara inisiatif yang lazim ialah melanjutkan pelajaran si anak dalam bidang agama.

Ke mana scorers kita?
Lazimnya di bidang sains.

Apa kesannya nanti?
Bila ada protaz muncul, jangan marah ya bang :)

*protaz = profesional ustaz

Wassalam