Wednesday, September 5, 2012

Cerita sedekad


Cerita kita tidak semudah yang lain..
Mungkin ada silapku, bila sukakan apabila ia menjadi sukar..
Ibarat doa, meminta cabaran..
Kononnya dapat menguji kekuatan.
Tapi rupanya,
sukar itu sengsara.
Mujur saja aku bertahan.
Mujur juga dia sanggup.
Bukan saja diuji dengan masa..malah jarak..
dan kini...getir lagi terasa,
kerana yang perlu melepaskan
tegas menyatakan...masa belum tiba...
Melihat itu,
kadang rasa khuatir, kadang rasa kabur.
Bila saja katanya dia pasti,
aku jadi kuat.
Namun aku faham,
tiada kuasa menandingi ketetapanNya.
Cukupkah aku duduk berdoa
ia dipermudahkan?
Padahal aku sendiri tidak menjelaskan siapa,
tapi meminta apa yang Dia tahu terbaik buatku.
Sebab rahsia masa depan Dia yang tahu.
Sebab diri hambaNya Dia lebih mengerti.
Memikirkan hati yang sukar melupakan,
dan penantian penuh tanda tanya sedekad lamanya...
Aku yang memang sukar mengubah hati.
Itulah hakikatnya..
Sesuatu yang tidak pasti penghujungnya tidak patut dibazirkan dengan perasaan derita.
Jadi, teruskan bersabar walaupun sukar.

Saturday, September 1, 2012

Plot


Andai kata...
Kisah kehidupan kita
dapat disusun
seperti plot drama tv.....

Kita tak boleh memilih
dalam kehidupan bagaimana kita dilahirkan...
tapi..
kita boleh memilih
kehidupan bagaimana yang kita mahukan

Ada sesuatu yang telah diatur untuk kita..