Sunday, March 28, 2010

Yang masih saya ingat

Salam

Saya masih ingat...
Dulu saya perlu menghadapi beberapa orang penting dalam division X,
atas hal jemputan ke suatu majlis penting yang kami (pelajar) anjurkan.

Bekerja di bahagian jemputan sedikit sebanyak mengajar saya
untuk bersemuka dan berkomunikasi dengan pelbagai pihak.

Sudah pasti yang agak susah bagi saya apabila menghadapi "orang penting".

Sewaktu tiba di division X, semua kad jemputan yang telah kami siapkan
disemak terlebih dahulu oleh Puan Y, yang memang kami kenal sebelum ini.
Pada mulanya kami beramah dengan mesra,
tapi sedang kad-kad disemak,
tiba-tiba salah satu kad dilemparkan di hadapan kami.
Muka Puan Y juga turut berubah.
Ya, kami terdiam...apa kesilapan kami?
Rupa-rupanya, ejaan nama Datin Z salah.
Silap saya juga, tidak menyemak dengan teliti.

Kami berjumpa dengan setiausaha Datin Z,
untuk memberi kad-kad yang telah sempurna kepada VVIP lain.
Tapi tiada kad untuk Datin Z, lalu setiausahanya bertanya.
Saya jawab,
"Biar kami pulang dan perbetulkan nama terlebih dahulu,
besok kami datang lagi".

Kakak A (S/u Datin Z) berkata,
"Takpe je, Datin OK ... bak sini kad tu.."
Kakak A membelek dan sekali lagi mengiakan kata-katanya tadi.

Kami duduk di bilik menunggu,
menungu Datin Z habis mesyuarat.
Bila diberitahu kedatangan kami,
Datin Z meraikannya dengan baik, menjemput kami menjamah kuih
yang dibuat bersama anak perempuannya,
dan bersikap sangat bersederhana dengan kami.
Kemudian, kami bergambar :)

Saya tak pasti pada orang lain,
tapi biasanya bagi saya,
sikap moderate dan low profile lah yang mengikat hati saya.
[Mungkin kerana kadang-kadang saya agak fussy & being idealist & having high expectation dalam sesetengah hal, jadi bila bertemu dengan orang-orang seperti ini, sekurang-kurangnya
sikap mereka menjadi pesanan kepada saya ]

Wassalam

Tuesday, March 23, 2010

Ayam (1)

Salam

Harini mak ajar masak ayam goreng kunyit,
kami panggil ayam kuning.
Mak cakap masakan tu paling senang.
Saya ikut arahan saja.
Harap praktisnya nanti ok.
Teringat nak masak ayam masak lada hitam dulu..
Masalahnya, rupa pun tak nampak :D

Wassalam

Saturday, March 20, 2010

Kosong

Salam...

Hidup terasa kosong bila ia dipandang hanya sebagai rutin yang perlu dihadapi.
Hidup terasa kosong tanpa perjuangan dan ujian.
Hidup terasa kosong pabila tidak mendapat exposure terhadap sesuatu yang baru, apabila tiada pengetahuan yang baru, apabila tiada pembaikan daripada hari sebelumnya.
Hidup terasa kosong apabila tak pasti apa yang perlu dicari.

Kadang-kadang mungkin ... kita merasakan pengalaman, kesusahan, dan pendedahan cabaran yang kita hadapi sebelum ini sudah banyak..
hampir lengkap..
untuk mematangkan kita...
untuk mengajar kita menjadi sabar, sabar, dan sabar...
untuk melatih kita banyakkan berlapang dada...
untuk berpesan kepada kita,
agar sentiasa menjadi kuat menepis keburukan...

Tapi sebenarnya..kadang-kadang kita silap menduga..
Kita rasa seperti sudah cukup besar, matang, sabar, kuat..
tapi bila berhadapan dengan realitinya..
kita kalah ... kalah dan susah untuk bangkit semula...
malah yang lebih menampakkan sifat keinsanan kita yang lemah,
kita kalah hanya dengan punca yang kecil..
emosi, ketidakperihatinan, dan memandang sesuatu yang salah sebagai kebiasaan...
ah...sampai bila?!!

Saya sedang cuba menjadi dan mencari guru yang bijak mendidik dan bisa ditegur ...
Aaameen...

Wassalam

Friday, March 12, 2010

Hari-hari terakhir

-Paris de cafe sehari sebelum bertolak

-di rumah K.Shikin bersama K.Fatan, Noha, and adorable Farah & Farzana


-Noha & Kak Sha-


-me & K.Sha di MU-

Salam,
genap 12/3/2010..saya berangkat ke Malaysia,
sebagai penanda tamatnya permusafiran bermukim di Palmerston North, NZ.
Dan juga sebagai penanda tamatnya salah satu chapter dalam perjalanan saya.

p/s: Thanks a lot to you who has been spending time with me, helping me, and teaching me.


Wassalam


Friday, March 5, 2010

Mana Mungkin

Tempat : Science B - Tower Massey University, Palmerston North, NZ.
Masa : 9.57 am
Tarikh : 6 Mac 2010

Mana mungkin,
saya mengharap pelajar yang hebat,
jika saya bukannya seorang guru yang hebat.

Mana mungkin,
saya mendapat suami yang hebat,
jika saya bukanlah isteri yang hebat.

Mana mungkin,
saya mendapat anak-anak yang hebat,
jika saya pula bukan seorang ibu yang hebat.

Mana mungkin,
saya bisa mengharap dai'e yang hebat,
jika saya pula tidak menjadi mad'u yang hebat.

Mana mungkin,
saya mengharapkan sesuatu yang hebat,
tanpa memberi dan menjadi sesuatu yang juga hebat.

Pesanan orang kepada saya;

"Kena tahu bila nak let go atau let (God) handle it. Cuba renungi kisah Nabi Yunus"

Terima kasih.

Wassalam.