Wednesday, November 25, 2009

Tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak ikut

Salam

Pola fikir kita tidak sama

Faham kita juga mungkin berbeza

Pendedahan kita juga mungkin berlainan

Kita fikir ikut rasa? Atau fikir dengan panduan?

Cinta kita di mana? Jika hilang ittiba'nya?

*.*.*

Tiba-tiba terasa ia tidak semudah yang disangka

Sebelum berkata;

benarnya ia , atau salahnya ia,

biar wujud rasa cinta.

Dengan cinta, mudahlah pula ittiba'nya.

Tandus cinta, terus-terusan kita berkata.
Berkata pula, mengikut rasa.

Ingin bercinta,
perlu mengenali.
Ingin kenal,
perlu belajar.

Maklumlah, dia sudah pergi.

*.*.*.*.*

Monday, November 23, 2009

Naifkah sebenarnya kita?

Salam

Saya ditag pada sebuah nota di Facebook. Nota yang ditulis oleh bekas senior saya di kampus, Kak Ilun. Kak Ilun menceritakan perihal dirinya yang menjadi salah seorang mangsa penipuan.


Saya ditipu :(

Salam
Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu kepada rakan-rakan agar tidak ditipu seperti saya dan 300 orang rakan saya yang lain di maktab. Pada hari Jumaat yang lalu, kami telah didatangi oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Dr Jason Lee atau nama islamnya Dr Iskandar Lee, kononnya doctor perubatan yang baru pulang dari Ghaza, Palestin dalam misi sukarelawannya membantu anak-anak Palestin di sana.

Oleh itu, kami telah dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita yang menyedihkan dan menyayat hati. Tidak pernah lekang dari mulut ‘Dr Jason Lee’ menuturkan kalimah-kalimah Allah seperti SubhanAllah, MasyaAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. Beliau juga dengan lancarnya telah menuturkan beberapa ayat dari Surah Al-Baqarah dengan makhraj yang betul dan sedap didengar.

Sebagai seorang yang naïf, saya sememangnya percaya seratus peratus dengan setiap apa yang dituturkannya. Hinggakan rakan di sebelah mencelah, “betul ke ni Elun?boleh percaya ke orang ni”. Saya cepat-cepat membela Dr Jason ini dengan mengatakan “ishh takkan la dia nak tipu hal-hal macam ni!”

Dengan itu, saya bersama lebih kurang 300 orang yang lain yang turut terpedaya dengan kehebatan makhluk Allah itu bercakap tentang nasib anak-anak yatim Palestin, telah membeli CD yang dibawanya, dengan niat ingin menderma kerana Allah. Gembira rasanya melihat kawan-kawan yang lain berpusu-pusu membeli CD kerana saya yakin, niat mereka hanya satu, supaya sumbangan yang sedikit itu dapat membantu anak-anak yatim Palestin.

Dan pagi ini, pagi Isnin, kami telah diberitahu bahawa lelaki yang menggelarkan dirinya Dr Jason itu adalah seorang penipu dan mengambil kesempatan terhadap simpati orang ramai kepada mangsa Palestin. Beberapa orang rakan telah menghubungi pihak MERCY dan mereka memberitahu bahawa tiada sukarelawan yang bernama Dr Jason Lee di dalam senarai sukarelawan mereka. Dan yang lebih menyedihkan saya, pihak MERCY memberitahu, mereka sudah menghentikan penghantaran sukarelawan sejak 8 bulan yang lalu. Mana mungkin ada penghantaran dalam masa terdekat ini.

Oleh itu, kepada rakan-rakan semua, jangan mudah terpedaya seperti saya dan rakan-rakan yang lain. Minta pengenalan diri ataupun kad yang memberi authority kepada mereka untuk mengutip derma daripada kita.
I have learnt my lesson a lot, people!!!


Perkara seperti ini logik saja berlaku.
Some people are willing to do everything for money..
Cuma saya rasa terkilan, perasaan simpati ummat Islam sesama saudaranya, dan perasaan belas manusia terhadap insan lain yang dizalimi,
diperkudakan sewenangnya.


*********************

Minggu lepas saya ke airport di Wellington, bandar utama di sini, menghantar 2 orang rakan yang pulang bercuti ke Malaysia, Ayu dan Zuria.

Saya dan beberapa rakan yang lain menjaga beg, sementara Ayu dan Zuria ke tandas sebelum berlepas. Sekembali dari tandas, Ayu mengkhabarkan tentang handset nya yang hilang di dalam tandas ketika ditinggalkan sebentar sahaja. Number Ayu dihubungi tapi masuk voice mail pulak.

Of course, it is expected to be stolen.

Tapi sementara masih ada masa, harapan masih ada. Sedang Ayu solat, saya dan Noha pergi ke tandas kalau-kalau berjumpa. Tengah mencari, datang pula 2 gadis (minah salleh tapi mungkin bukan orang tempatan) di pintu masuk tandas seolah-olah mencari seseorang.
Noha terlihat salah seorang gadis memegang handset, susuk handset yang sama dengan handset Ayu.
"Ha! Tu!" kata Noha.
Gadis tadi bertanya "Is this yours?"
"No, it's my friend's" jawab Noha.
2 gadis tadi memberitahu mereka cuba mencari pemilik handset tersebut,
dan cuba mendail semula nombor pemanggil yang masuk tadi, tetapi gagal memandangkan baki kredit tidak mencukupi.

Bersyukur dan tak sangka. Itu perasaanku kalau di tempat Ayu.
Mana tidaknya, perkara yang sama terjadi kepada beberapa kenalan ketika di "tempat sendiri". Kebarangkalian untuk barang berharga yang hilang dipulangkan amat tipis.
Rezeki kita, kalau yang jumpa tu orang yang jujur.

Yang disengajakan pula,
seluar disangkut di pintu tandas sekejap saja, tiba-tiba wallet di dalam poket dah hilang.
Beg yang diletakkan di hadapan kita waktu solat, bila bangun dari sujud, dah hilang.
Keluar dari komuter, poket seluar dah kempis.


Cuai kah kita? Naif kah kita kerana sering bersangka baik tidak mengira ketika?

Parah sangat kah tahap penipuan dan kecurian di negara kita,
sampaikan salah sebuah buku rujukan yang digunakan dalam subjek Human Resource di uni di sini mengambarkan sikap pemandu teksi di Malaysia yang suka menipu penumpang.

Kadang-kadang saya terfikir , apa puncanya?
Level ekonomi kita kah yang memaksa terjadinya perkara sebegini.

Atau hak rakyat tidak sekata? Prioriti terhadap rakyat salah dibahagi?

Atau memang ... tandusnya nilai murni dalam jiwa?

Wassalam

Tuesday, November 17, 2009

Fasting during summer is great ;)

Salam

People learn by experience,
so do I.
(typical sentence for SPM's passage ;p)

This is going to be my first summer holiday in New Zealand.
I'm doing 2 papers for summer school, and
yes..I plan to work, but it seems that I don't have much ample time to do so.

The exam's result for semester 2 will be released next month,
only after that I'm certain, when will I go back
for good to my lovely hometown. Yes, probably.

...and I'm sure, I'll miss NZ so much.
I'll miss the weather, I'll miss the sounds of the birds in the morning,
I'll miss to observe people from different cultures and countries,
I'll miss the sunset, I'll miss the lecturers and friends,
I'll miss walking in town, I'll miss to hear kids going to school, and coming back from school,
I'll miss to use the free-bus services, I'll miss to cook often,
I'll miss the high-speed internet;p

I'll miss everything when I'm not anymore belongs to here.

Aha!
Raya haji is just around the corner,
and this is my first time celebrating Raya Haji outside Malaysia.
I wonder how it will be.
I wish I can see people slaughtering the cows/sheep in NZ;p

************

Harini dah 1 Zulhijjah,
rasa macam baru tau yang berpuasa dari 1-9 Zulhijjah, atau sebahagian daripadanya adalah dianjurkan.
9 Zulhijjah pula, dah ramai yang sedia maklum kan, Hari Arafah.
Juga dianjurkan untuk berpuasa.

Saya petik sikit daripada INTIS :

Bagi orang yang tidak melakukan haji , dianjurkan untuk menunaikan puasa Arafah iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah. Hal ini berdasarkan hadits Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِى بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِى قَبْلَهُ

“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”[24] Hadits ini menunjukkan bahawa puasa Arafah lebih utama daripada puasa ‘Asyura. Di antara alasannya, Puasa Asyura berasal daripada Nabi Musa, sedangkan puasa Arafah berasal daripada Nabi kita Muhammad shallallahu ’alaihi wa sallam.[25] Keutamaan puasa Arafah adalah iaakan menghapuskan dosa selama dua tahun dan dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil. Atau boleh pula yang dimaksudkan di sini adalah diringankannya dosa besar atau ditinggikannya darjat.[26]


Ok, ni sebahagian saja.
Ada lagi penerangan tentang keutamaan-keutamaan 10 awal bulan Zulhijjah
di http://intisonline.wordpress.com/2009/11/17/keutamaan-10-awal-bulan-zulhijjah/


dan, sedikit diskusi tentangnya di :
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=9095/postdays=0/postorder=asc/start=0.html


*******************

Puasa waktu summer memang menarik...Subuh around 4am dan berbuka pula around 8pm,
sekali sekala merasa puasa yang panjang, best jugak.
Yang sedikit tapi istiqamah tu yang penting :)

Personally, istiqamah ni susah nak dapat,
tapi nak dapat sesuatu yang baik dengan jalan yang mudah, hanya angan-angan kan?

Wassalam

Pengorbanan

Copy paste from http://lobaitampin.blogspot.com/2009/11/mendulang-mutiara-hikmah-perjalanan.html

Mendulang Mutiara Hikmah Perjalanan Hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam

Al-Ustaz Ruwaifi’ bin Sulaimi

edited by Mohd Masri

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam Seorang Teladan Yang Baik

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam adalah seorang teladan yang baik. Perjalanan hidupnya sentiasa berpijak di atas kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya. Posisinya di dalam agama amat tinggi (seorang imam) yang sentiasa patuh kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan mempersembahkan segala ibadahnya hanya untuk-Nya semata. Beliau juga tidak pernah lupa mensyukuri segala nikmat dan kurnia ilahi. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ إِبْرَاهِيْمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. شَاكِرًا لِأَنْعُمِهِ

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan selalu berpegang kepada kebenaran serta tidak pernah meninggalkannya (hanif). Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat Allah.” (An-Nahl: 120-121)

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam merupakan pembawa panji-panji tauhid.

Perjalanan hidupnya yang panjang sarat dengan dakwah kepada tauhid dan segala liku-likunya. Bahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan beliau sebagai teladan dalam hal ini, sebagaimana dalam firman-Nya:



قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيْمَ وَالَّذِيْنَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللهِ وَحْدَهُ إِلاَّ قَوْلَ إِبْرَاهِيْمَ لِأَبِيْهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللهِ مِنْ شَيْءٍ رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ. رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ

“Sesungguhnya telah ada suri teladan yang baik bagi kalian pada Ibrahim dan orang-orang yang bersamanya; ketika mereka berkata kepada kaumnya: ‘Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kalian dan apa yang kalian sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran) kalian serta telah nyata antara kami dan kalian permusuhan dan kebencian untuk selama-lamanya, sehinggalah kalian beriman kepada Allah saja. Kecuali perkataan Ibrahim kepada bapanya; ‘Sesungguhnya aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan aku tidak dapat menolak sesuatu pun daripada kamu (seksaan) Allah’. (Ibrahim berkata): ‘Ya Rabb kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal dan hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir, dan ampunilah kami ya Rabb kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Mumtahanah: 4-5)

Demikian pula, beliau selalu mengajak umatnya kepada jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala serta mencegah mereka daripada sikap taqlid buta terhadap ajaran sesat nenek moyang. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِذْ قَالَ لِأَبِيْهِ وَقَوْمِهِ مَا هَذِهِ التَّمَاثِيْلُ الَّتِي أَنْتُمْ لَهَا عَاكِفُوْنَ. قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءَنَا لَهَا عَابِدِيْنَ. قَالَ لَقَدْ كُنْتُمْ أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ فِي ضَلاَلٍ مُبِيْنٍ. قَالُوا أَجِئْتَنَا بِالْحَقِّ أَمْ أَنْتَ مِنَ اللاَّعِبِيْنَ. قَالَ بَل رَبُّكُمْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ الَّذِي فَطَرَهُنَّ وَأَنَا عَلَى ذَلِكُمْ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ. وَتَاللهِ لَأَكِيْدَنَّ أَصْنَامَكُمْ بَعْدَ أَنْ تُوَلُّوا مُدْبِرِيْنَ. فَجَعَلَهُمْ جُذَاذًا إِلاَّ كَبِيْرًا لَهُمْ لَعَلَّهُمْ إِلَيْهِ يَرْجِعُوْنَ

“(Ingatlah), ketika Ibrahim berkata kepada ayahnya dan kaumnya: ‘Patung-patung apakah ini yang kalian tekun beribadah kepadanya?’ Mereka menjawab: ‘Kami mendapati bapa-bapa kami menyembahnya.’ Ibrahim berkata: ‘Sesungguhnya kalian dan bapa-bapa kalian berada dalam kesesatan yang nyata.’ Mereka menjawab: ‘Apakah kamu datang kepada kami dengan bersungguh-sungguh atau apakah kamu termasuk orang-orang yang bermain-main?’ Ibrahim berkata: ‘Sebenarnya Rabb kalian adalah Rabb langit dan bumi, Yang telah menciptakannya; dan aku termasuk orang-orang yang boleh memberikan bukti atas yang demikian itu. Demi Allah, sesungguhnya aku akan melakukan tipu daya terhadap berhala-berhala kalian sesudah kalian pergi meninggalkannya.’ Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berkeping-keping kecuali yang terbesar (induk) daripada patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya.” (Al-Anbiya`: 52-58)

Allah Subhanahu wa Ta’ala memilihnya, menunjukinya ke jalan yang lurus, serta mengurniakan kepadanya segala kebaikan dunia dan akhirat. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

اجْتَبَاهُ وَهَدَاهُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ. وَآتَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَإِنَّهُ فِي اْلآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِيْنَ

“Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus. Dan Kami kurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan sesungguhnya dia di akhirat termasuk orang-orang yang soleh.” (An-Nahl: 121-122)

Bahkan Allah Subhanahu wa Ta’ala mengangkatnya sebagai khalil (kekasih). Sebagaimana dalam firman-Nya:

وَاتَّخَذَ اللهُ إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلاً

“Dan Allah mengangkat Ibrahim sebagai kekasih.” (An-Nisa`: 125)

Dengan setiap keutamaan itulah, Allah Subhanahu wa Ta’ala mewahyukan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengikuti agama beliau ‘alaihissalam. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

“Kemudian Kami wahyukan kepadamu (Muhammad): ‘Ikutilah agama Ibrahim seorang yang hanif.’ Dan dia bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah.” (An-Nahl: 123)

Demikianlah sekelumit tentang perjalanan hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan segala keutamaan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala kurniakan kepadanya. Barangsiapa mempelajarinya dengan penuh penghayatan, nescaya dia akan mendulang mutiara hikmah dan pelajaran berharga daripadanya. Apatah lagi pada sejumlah perkara di dalam bulan Zulhijjah yang hakikatnya tidak boleh dipisahkan daripada Nabi Ibrahim ‘alaihissalam.

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan Beberapa Amalan Mulia di Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan mulia di dalam Islam. Ini kerana di dalamnya terdapat amalan-amalan mulia; puasa Arafah, haji ke Baitullah, ibadah korban, dan sebagainya, yang mana sebahagiannya tidak boleh dipisahkan daripada diri Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Di antara amalan mulia tersebut adalah:

a) Haji ke Baitullah
Haji ke Baitullah merupakan ibadah yang sangat mulia dalam agama Islam. Kemuliaannya nan tinggi meletakkanya sebagai salah satu daripada lima rukun Islam. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَصِيَامِ رَمَضَانَ، وَحَجِّ الْبَيْتِ

“Agama Islam dibangun di atas lima perkara; bersyahadat bahawasanya tidak ada yang berhak diibadahi kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala dan beliau Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah.” (HR. Al-Bukhari no. 8 dan Muslim no.16, dari sahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma)

Ibadah haji yang mulia ini tidaklah boleh dipisahkan daripada Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Apatah lagi tatkala kita menyaksikan jutaan umat manusia yang datang berbondong-bondong dari segenap penjuru bumi yang jauh menuju Baitullah, menyambut panggilan ilahi dengan lantunan talbiyah:

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

“Kusambut panggilan-Mu Ya Allah, kusambut panggilan-Mu tiada sekutu bagi-Mu, kusambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat, dan kerajaan hanyalah milik-Mu tiada sekutu bagi-Mu.”

Hal ini mengingatkan kita akan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوْكَ رِجَالاً وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِيْنَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيْقٍ. لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ

“Dan berserulah (wahai Ibrahim) kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka.” (Al-Hajj: 27-28)

Asy-Syaikh Abdullah Al-Bassam berkata: “Ibadah haji mempunyai hikmah yang besar, mengandung rahsia yang tinggi serta tujuan yang mulia, dari kebaikan duniawi dan ukhrawi. Sebagaimana yang terkandung di dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

لِِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ

“Untuk menyaksikan segala yang bermanfaat bagi mereka.” (Al-Hajj: 28)

Haji merupakan saat pertemuan yang besar bagi umat Islam seluruh dunia. Allah Subhanahu wa Ta’ala pertemukan mereka semua di waktu dan tempat yang sama. Sehingga terjalinlah suatu perkenalan, kedekatan, dan saling merasakan satu dengan sesamanya, yang dapat membuahkan kuatnya tali persatuan umat Islam, serta terwujudnya manfaat bagi urusan agama dan dunia mereka.” (Taudhihul Ahkam, juz 4 hal. 4)

Lebih dari itu, ibadah haji mempunyai banyak hikmah dan pelajaran penting yang apabila digali rahsianya maka sangat terkait dengan agama dan diri Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, baik di dalam hal keimanan, ibadah, muamalah, dan akhlak yang mulia. Di antara hikmah dan pelajaran penting tersebut adalah:

1. Mengwujudkan tauhid yang murni daripada noda-noda kesyirikan di dalam hati sanubari ketika para jamaah haji bertalbiyah.
2. Pendidikan hati untuk sentiasa khusyu’, tawadhu’, dan menghambakan diri kepada Rabbul ‘Alamin, ketika melakukan thawaf, wukuf di Arafah, serta amalan haji lainnya.
3. Pembersihan jiwa untuk sentiasa ikhlas dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika menyembelih haiwan korban di hari-hari haji.
4. Kepatuhan di dalam menjalankan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya tanpa diiringi rasa berat hati, ketika mencium Hajar Aswad dan mengusap Rukun Yamani.
5. Tumbuhnya kesatuan hati dan jiwa ketika berada di tengah-tengah saudara-saudara seiman dari seluruh penjuru dunia, dengan pakaian yang sama, berada di tempat yang sama, serta menunaikan amalan yang sama pula (haji). (Lihat Durus ‘Aqadiyyah Mustafadah Min Al-hajj)

b) Menyembelih Haiwan Korban

Menyembelih haiwan korban pada hari raya Idul Adha (tanggal 10 Zulhijjah) dan hari-hari tasyriq (tanggal 11,12, 13 Zulhijjah) merupakan amalan mulia di dalam agama Islam. Di antara bukti kemuliaannya adalah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sentiasa melakukannya semenjak berada di kota Madinah hingga wafatnya. Sebagaimana yang diberitakan sahabat Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhuma:

أَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَدِيْنَةِ عَشْرَ سِنِيْنَ يُضَحِّي

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam selama sepuluh tahun tinggal di kota Madinah sentiasa menyembelih haiwan korban.” (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi, dia -At-Tirmidzi- berkata: ‘Hadits ini hasan’)

Penyembelihan haiwan korban, bila dilihat sejarahnya, juga tidak lepas daripada Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan putera beliau Nabi Ismail ‘alaihissalam. Sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta’ala beritakan dalam kitab suci Al-Qur`an:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ. فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِيْنِ. وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيْمُ. قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِيْنَ. إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِيْنُ. وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيْمٍ. وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي اْلآخِرِيْنَ. سَلاَمٌ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ

“Maka tatkala anak itu (Ismail) telah sampai (pada umur sanggup) untuk berusaha bersama-sama Ibrahim, berkatalah Ibrahim: ‘Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ Dia menjawab: ‘Hai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaallah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.’ Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim telah membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia: ‘Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu,’ sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian, (iaitu) ‘Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim’.” (Ash-Shaffat: 102-109)

Demikianlah Ibrahim, yang sentiasa patuh terhadap segala sesuatu yang Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan kepadanya walaupun berkaitan dengan diri si anak yang amat dicintainya. Tidak ada keraguan sedikit pun di dalam hatinya untuk menjalankan perintah tersebut. Ini tentunya menjadi teladan mulia bagi kita semua, di dalam hal ketaatan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan Para Da’i (Pendakwah)

Perjalanan hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam mengandungi banyak pelajaran berharga bagi para da’i. Di antara pelajaran berharga tersebut adalah:

a) Para da’i hendaknya melakukan dakwah berlandaskan ilmu syar’i. Hal ini sebagaimana yang dicontohkan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam ketika mendakwahi ayahnya (dan juga kaumnya):

يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا

“Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian daripada ilmu yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.” (Maryam: 43)

Dan demikianlah sesungguhnya jalan dakwah yang ditempuh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, si uswatun hasanah. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

قُلْ هَذِهِ سَبِيْلِي أَدْعُو إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيْرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ

“Katakanlah (hai Muhammad): ‘Inilah jalanku, aku berdakwah di jalan Allah di atas ilmu, demikian pula orang-orang yang mengikuti jejakku. Maha Suci Allah dan aku tidaklah termasuk orang-orang musyrik’.” (Yusuf: 108)

b) Para da’i hendaknya berusaha menyampaikan kebenaran yang diketahuinya secara utuh kepada umat, serta memperingatkan mereka daripada segala bentuk kebatilan. Kemudian bersabar dengan segala akibat yang akan dihadapinya. Hal ini sebagaimana yang difirmankan Allah Subhanahu wa Ta’ala tentang Nabi Ibrahim ‘alaihissalam:

وَإِبْرَاهِيْمَ إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ اعْبُدُوا اللهَ وَاتَّقُوْهُ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ. إِنَّمَا تَعْبُدُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ أَوْثَانًا وَتَخْلُقُوْنَ إِفْكًا إِنَّ الَّذِيْنَ تَعْبُدُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ لاَ يَمْلِكُوْنَ لَكُمْ رِزْقًا فَابْتَغُوا عِنْدَ اللهِ الرِّزْقَ وَاعْبُدُوْهُ وَاشْكُرُوا لَهُ إِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ. وَإِنْ تُكَذِّبُوا فَقَدْ كَذَّبَ أُمَمٌ مِنْ قَبْلِكُمْ وَمَا عَلَى الرَّسُوْلِ إِلاَّ الْبَلاَغُ الْمُبِيْنُ

“Dan (ingatlah) Ibrahim, ketika dia berkata kepada kaumnya: ‘Beribadahlah kalian kepada Allah semata dan bertaqwalah kalian kepada-Nya. Yang demikian itu lebih baik bagi kalian jika kalian mahu mengetahui. Sesungguhnya apa yang kalian ibadahi selain Allah itu adalah berhala, dan kalian telah membuat dusta. Sesungguhnya yang kalian ibadahi selain Allah itu tidak mampu memberi rezeki kepada kalian, maka mintalah rezeki itu dari sisi Allah dan beribadahlah hanya kepada-Nya serta bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nya lah kalian akan dikembalikan. Dan jika kalian mendustakan, maka umat sebelum kalian juga telah mendustakan dan kewajipan Rasul itu hanyalah menyampaikan (agama Allah) dengan seterang-terangnya.” (Al-‘Ankabut: 16-18)

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam pun tetap bersabar dan istiqamah di atas jalan dakwah ketika mana umatnya melancarkan segala bentuk penentangan dan permusuhan terhadapnya, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلاَّ أَنْ قَالُوا اقْتُلُوْهُ أَوْ حَرِّقُوْهُ فَأَنْجَاهُ اللهُ مِنَ النَّارِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُوْنَ

“Maka tidak ada lagi jawapan kaum Ibrahim selain mengatakan: ‘Bunuhlah atau bakarlah dia!’, lalu Allah menyelamatkannya daripada api (yang membakarnya). Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman.” (Al-‘Ankabut: 24)

Demikian pula Nabi besar Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam, perjalanan dakwah beliau merupakan simbol kesabaran di alam semesta ini.

Sosok Nabi Ibrahim ‘alaihissalam merupakan teladan bagi para da’i secara khusus dan masing-masing individu secara umum dalam hal kepedulian terhadap keadaan umat dan negeri. Hal ini sebagaimana yang tergambar pada kandungan doa Nabi Ibrahim yang Allah Subhanahu wa Ta’ala abadikan dalam Al-Qur`an:

رَبِّ اجْعَلْ هَذَا بَلَدًا آمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ أَمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ

“Wahai Rabbku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian.” (Al-Baqarah: 126)

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan Para Orangtua

Perjalanan hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, merupakan cermin bagi para orangtua dalam perkara pendidikan dan agama anak cucu mereka. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيْمُ بَنِيْهِ وَيَعْقُوْبُ يِا بَنِيَّ إِنَّ اللهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّيْنَ فَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

“Dan Ibrahim telah mewasiatkan kalimat itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya’qub. (Ibrahim berkata): ‘Hai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagi kalian, maka janganlah sekali-kali kalian mati kecuali dalam keadaan memeluk agama Islam’.” (Al-Baqarah: 132)

Bahkan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam tidak segan-segan berdoa dan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kesolehan anak cucunya, sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta’ala abadikan dalam Al-Qur`an:

رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ اْلأَصْنَامَ

“Wahai Rabb-ku, jadikanlah negeri ini (Makkah) negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku dari perbuatan menyembah berhala.” (Ibrahim: 35)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Rabbku, jadikanlah aku beserta anak cucuku orang-orang yang selalu mendirikan solat. Wahai Rabb kami, kabulkanlah doaku.” (Ibrahim: 40)

Setiap orangtua memikul amanat yang besar untuk menjaga anak cucu dan keluarganya daripada azab api neraka. Sehingga dia mesti memerhatikan pendidikan, agama dan ibadah mereka. Sungguh keliru apabila melihat orangtua acuh tak acuh terhadap keadaan anak-anaknya. Yang selalu diperhatikan hanyalah keadaan fizikal dan kesihatannya sementara perkara agama dan ibadahnya diabaikan. Ingatlah akan seruan Allah Subhanahu wa Ta’ala:

يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيْكُمْ نَارًا

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu daripada azab api neraka.” (At-Tahrim: 6)

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan Para Anak

Perjalanan hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam juga mengandungi pelajaran berharga bagi para anak, kerana beliau adalah seorang anak yang amat berbakti kepada kedua orangtuanya serta selalu menyampaikan kebenaran kepada mereka dengan cara yang terbaik. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِذْ قَالَ لِأَبِيْهِ يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لاَ يَسْمَعُ وَلاَ يُبْصِرُ وَلاَ يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا. يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا. يَا أَبَتِ لاَ تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَنِ عَصِيًّا. يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنَ الرَّحْمَنِ فَتَكُوْنَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا

“Ingatlah ketika dia (Ibrahim) berkata kepada bapanya: ‘Wahai bapaku, mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak dapat mendengar, tidak pula dapat melihat dan menolongmu sedikitpun? Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian daripada ilmu yang tidak datang kepadamu. Maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus. Wahai bapaku, janganlah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Allah Dzat Yang Maha Pemurah. Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir engkau akan ditimpa azab daripada Allah Dzat Yang Maha Pemurah, maka engkau akan menjadi kawan bagi syaitan.” (Maryam: 42-45)

Ketika si bapa menentangnya dengan keras, seraya mengatakan (sebagaimana dalam ayat):

أَرَاغِبٌ أَنْتَ عَنْ آلِهَتِي يَا إِبْرَاهِيْمُ لَئِنْ لَمْ تَنْتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَ وَاهْجُرْنِي مَلِيًّا

“Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim? Jika kamu tidak berhenti (daripada menasihatiku) nescaya kamu akan kurejam! Dan tinggalkanlah aku di dalam waktu yang lama.” (Maryam: 46)

Maka dengan tabahnya Ibrahim ‘alaihissalam menjawab:

سَلاَمٌ عَلَيْكَ سَأَسْتَغْفِرُ لَكَ رَبِّي إِنَّهُ كَانَ بِي حَفِيًّا

“Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Rabbku, sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.” (Maryam: 47)

Demikianlah sayugianya seorang anak kepada orangtuanya, selalu berusaha memberikan yang terbaik di masa hidupnya serta selalu mendoakannya di masa hidup dan juga sepeninggalnya.

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dan Para Suami-Isteri

Perjalanan hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam juga mengandungi pelajaran berharga bagi para suami-isteri, agar selalu membina kehidupan rumah tangganya di atas redha Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini tercermin daripada dialog antara Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dengan isterinya yang bernama Hajar, ketika Nabi Ibrahim membawanya beserta anaknya ke kota Makkah (yang masih tandus dan belum berpenghuni) atas perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Diriwayatkan daripada sahabat Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata: “Kemudian Ibrahim membawa Hajar dan si putera Ismail –di dalam usia susuan– menuju Makkah dan ditempatkan pada pohon besar, di atas (bakal/calon) sumur Zamzam di lokasi (bakal) Masjidil Haram. Ketika itu Makkah belum berpenghuni dan tidak memiliki sumber air. Maka Ibrahim menyiapkan satu bungkus kurma dan satu qirbah/bekas air, kemudian ditinggallah keduanya oleh Ibrahim di tempat tersebut. Hajar, ibu Ismail pun mengikutinya seraya mengatakan: ‘Wahai Ibrahim, hendak pergi kemana engkau, apakah engkau akan meninggalkan kami di lembah yang tidak berpenghuni ini?’ Dia mengulangi kata-kata tersebut, namun Ibrahim tidak menoleh kepadanya. Hingga berkatalah Hajar: ‘Apakah Allah yang memerintahkanmu berbuat seperti ini?’ Ibrahim menjawab: ‘Ya.’ Maka (dengan serta-merta) Hajar mengatakan: ‘Kalau begitu Dia (Allah) tidak akan menyeksa kami.’ Kemudian Hajar kembali ke tempatnya semula.” (Lihat Shahih Al-Bukhari, no. 3364)

Atas dasar itulah, seorang suami mesti berusaha membina isterinya dan menjaganya daripada azab api neraka. Demikian pula si isteri, hendaklah mendukung segala amal soleh yang dilakukan suaminya, serta mengingatkannya bila terjatuh ke dalam kemungkaran.

Para pembaca yang semoga dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala, demikianlah mutiara hikmah dan pelajaran berharga dari perjalanan hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam yang menyentuh beberapa elemen penting di dalam masyarakat kita. Semoga kilauan mutiara hikmah tersebut dapat menyinari perjalanan hidup kita semua, sehingga tampak jelas segala jalan yang membawa kepada Jannah-Nya. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

sumber: http://sunniy.wordpress.com/2007/12/22/mendulang-mutiara-hikmah-dari-perjalanan-hidup-nabi-ibrahim-%E2%80%98alaihissalam/

********

Teringat soalan abah tahun lepas sewaktu pulang cuti summer :

"Sebab apa ummat Islam sambut raya haji?"

Wassalam

Thursday, November 12, 2009

Aku cuma seorang musafir?

Salam

Ya, aku memang seorang musafir.
Tapi aku bukan hanya seorang musafir.

Aku memang penuntut ilmu.
Tapi aku bukan hanya seorang penuntut ilmu.

Aku seorang hamba,
hamba kepada Tuhannya,
Tuhan yang Maha Satu.

Aku diberi izin oleh-Nya untuk lahir di dunia,
lahirku untuk beribadah kepadaNya,
ibadah ku bererti aku meniatkan segalanya untuk Tuhanku,
dan aku pastikan segala caraku seperti yang Tuhanku mahu.

Lahirku pula dalam ni'mat iman dan Islam,
ni'mat paling berharga tiada tandingnya daripada Tuhanku.
Tapi entah bagaimana syukurku kepada Tuhanku.
Bagaimana memperoleh hati yan bersyukur itu Ya Tuhanku?

Cukupkah,
sekadar menjaga diri sendiri?
Cukupkah sekadar berbuat baik kepada orang lain?
Cukupkah sekadar memajukan diri sendiri?
Itupun masih lemah serba-serbi.

Aku masih Kau beri nafas ini Ya Tuhan,
sementara aku masih punyai pinjaman ini,
aku memohon petunjukMu,
bagaimanakah caranya Ya Allah,
untuk aku manfaatkan seluruh kehidupanku,jiwa dan ragaku semata-mata untukMu?



Wassalam

Wednesday, November 11, 2009

Kekuatan yang perlu dibina, bukan ditunggu

Salam

Kuberfikir,
bilakah tiba masanya;
Aku bergerak menjadi lebih baik daripada hari semalam,
dan hari esok lebih baik daripada hari ini?

Aku membaca,
bahasa indah seorang gadis,
yang sangat memelihara hatinya, akhlaqnya, dan pergaulannya dengan sesiapa sahaja.
Baik tua baik muda, baik lelaki mahupun perempuan, baik keluarga mahupun rakan.
Indah sekali.

Aku melihat,
santun budi, dan wajah yang lahir daripada hati yang bersih,
biar baru pertama kali bersua,
tapi senyumnya sentiasa luhur,
sentiasa mengutamakan tamunya,
mudah didampingi,
tidak kisah diusik orang yang lebih muda,
dan bijak berinteraksi dengan yang lebih tua,
tiada sinis mahupun wajah mencuka.
Aku tertanya-tanya...
bagaimanakah si gadis ini bisa terlalu luhur pekertinya?

Selagi mana masih bernafas,
selagi itulah pencarian diri sendiri belum berakhir.
Mencari, untuk menjadi sepertimana yang diingini oleh Pemilik diri ini.
Tapi rasanya diri ini teramatlah lemah,
malu rasanya.
Ingin mengubah sesuatu,
perlu juga mengubah diri sendiri.
Ingin berubah?
Perlukan mujahadah...
Ditambah pula dengan istiqamah...
Mengapa terasa sukar untuk memperoleh mujahadah dan istiqamah ini?

Perlukah terus untuk berharap,
kehadiran seseorang yang boleh saling memberi kekuatan untuk berubah, bermujahadah, dan bersitiqamah?
Perlukah menanti?
Oh lemahnya diri ini andai sentiasa mengharap dan menanti tetapi tidak membina sendiri dengan usaha yang kuat.

Bagaimana dan di mana harusku mencari mujahadah dan istiqamah ini Ya Rabb.

******************************

Kritikan Perlu Disusuli Dengan Tindakan.



"If we don't like it, change it. If we can't change it, change ourselves!"

Wassalam

Sunday, November 8, 2009

Kenapa?

Kata al Imam Hasan al Basri,"Wahai manusia, sesungguhnya aku sedang menasihati kalian, dan bukan bererti aku yang terbaik di antara kalian, bukan pula orang yang paling soleh di antara kalian. Sungguh akupun telah banyak melampaui batas terhadap diriku... Andaikata seorang muslim tidak memberi nasihat kepada saudaranya kecuali setelah dirinya menjadi sempurna, nescaya tidak akan ada para pemberi nasihat. Akan menjadi sedikit jumlah orang yang mahu memberi peringatan dan tidak akan ada orang yang berdakwah di jalan Allah.." Rujuk Mawa'izh lil Imam Hasan al Basri, m/s 185-187. semoga kita terus berusaha untuk perbaik diri dan dalam masa yang sama tidak pernah berhenti untuk saling mengingatkan dan menasihati. alLahu a'lam

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?"Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa."
(Al-A'raf 7;164)

Wednesday, November 4, 2009

Poem

Salam
Sewaktu berlegar di AFN, terbaca suatu puisi...
Mungkin, antara isi puisi ini, ada yang mengambarkan;
apakah persepsi sebahagian daripada orang kita yang "allergic"
dengan Wahabi.
Dari sudut yang lain, menceritakan kisah diri yang pantang saja "membuka bicara", dia digelar Wahabi.

Aku nasihatkan, rujukan kita adalah al-Qur'an dan sunnah Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, hadis hendaklah dipastikan sahih dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan ibadatku mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku cuba amalkan solat mengikut cara Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku nasihatkan bahawa amalan itu dan ini bukan dari Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan ramai guru-guru kini tidak mengajar dengan kaedah yang asli
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku bertanya guru, apakah dalil sahih untuk aku ikuti
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan agama ini tidak semesti semuanya mengikut as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan, khurafat, syirik dan bid'ah amat dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku tidak hadiri kenduri arwah kerana ianya dilarang oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku mengatakan kenduri arwah juga dilarang oleh as-Syafie
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku katakan amalan khusus Nisfu Sya'ban bukan diajar oleh Nabi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku juga katakan ianya juga dilarang oleh al-Qaradhawi
Lalu aku dipanggil Wahabi

Aku pun tidak tahu, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku bertanya lagi, siapakah sebenarnya Wahabi?

Kata mereka Wahabi adalah Wahabi

Aku semakin bingung siapa itu Wahabi

Namun ...

Jika benar Wahabi adalah yang nak ikut sunnah Nabi... Biarlah aku
dipanggil Wahabi

Jika benar Wahabi yang melarang khurafat, syirik dan bid'ah dari diikuti... Biarlah aku dipanggil Wahabi

Jika Wahabi hanya beramal dengan amalan yang sahih dari
Nabi...Biarlah aku dipanggil Wahabi

Aku ingin mendapat keredhaan dari Ilahi
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Semoga di akhirat bersama Nabi aku berdiri
Biarlah aku dipanggil Wahabi
Aku hanya inginkan syafaat Nabi untuk syurga yang kekal abadi
Biarlah aku terus dipanggil Wahabi...




copy paste from: http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=167234.html#167234

*****************************

Tetiba teringat balik summer bulan 12 last year;
heee...

Mak tanya "Mak dok dengaq orang dok cakap Asri ni wahabi..."
"Sapa yang cakap"
"Haritu ada Shahidan dok bagitau kat radio, orang dok cakap kat dia Wahabi"
"Jadi awat kalau wahabi mak? :D"
"Wahabi tu apa tak tau la..elok elok sama...Allah dah cakap, yang betul tu satu ja"
"A ah..yang betul memang satu ja...Tapi yang satu tu, takkan datang sendiri kalau kita tak cari .. kan mak? :) "
......Mak ulang lagi pesanannya..
Baik mak, saya dengar cakap mak..
Cuma, bagi Hana,
nak dapat yang satu tu,
sesuatu yang selalu kena ingat dan kena jaga;
ialah hati yang ikhlas..ikhlas seikhlasnya...
senang? atau susah?
;p

Wassalam

Tuesday, November 3, 2009

Ustaz Maszlee's article

A SHEER HUMILIATION TO THE ACADEMICS
Higher learning institutions have long regarded as the brains producers in any society. There,
cream of the crops being moulded to be the trustees of the intellectual tradition. Degrees obtained
by those who succeeded their litmus test in bearing the responsibility as learned person is but
recognition of their achievement and capability. This tradition was not a mere post-
Enlightenment Western product, but had long practiced by the Muslims throughout the centuries.
The recognition of one to be a scholar is heavily based on their achievement in their performance
in the campus years.


However, this consensus agreed convention was denied in Malaysia through the pseudodetention
of the former mufti of Perlis, Dr Mohd. Asri Zainul Abidin by the religious authority in
Selangor (JAIS). Nobody really knows the motive of the lynch-mob style detention at one of the
bungalows in Taman Ukay. Not only the detention were committed without any permit, even the
JAIS personnel keep changing their words in justifying it. Thank God, a press statement made by
JAIS chairman, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, eventually solved the enigma. It’s all about
‘preaching Islam without ‘Tauliah’ (ratification or should I coin a ‘license’) from JAIS. So it’s
all about showing to the people, who are the boss!


I wouldn’t argue about the legal provision in the ‘Tauliah’ matter. The curbing of any teaching
of the cults and heretics will be a nice justification for such. The problem remains in the former
mufti case is about what else do they want from a former mufti and a PhD holder in Islamic
studies? If the detention happened to Ayah Pin, or Haji Kahar the Malay Prophet, public will
never find any objection towards it. But when it happens to a former mufti, the highest level of a
religious authority in any Malaysian state after the Sultan and Agong, something is definitely not
right. In the same vein, how does JAIS evaluate his scholarship? Doesn’t the PhD in Islamic
Studies he obtained from International Islamic University Malaysia after his long journey in
knowledge seeking brings any weight before the authority’s eyes?


Personally, as an academic, and a lecturer in the institute where Dr Mohd Asri obtained his
doctorate from, I felt humiliated by the detention and the argument given to support the
detention. If the doctorate holder produced from the academia world of my working place has no
value in compared to the tauliah, what else should we expect from us the academics? So what
about the JKKK and YBs that normally doing their ceramah occasionally at the mosques and
suraus? And what about the Tabligh jamaat that moving from one mosque to another preaching
people about religion?, and what about those good hearted mosque goers that reciting hadith and
Quranic verses after some prayers at the mosques?


To the religious authorities, I suggest a modification on their prerequisites in allowing people to
preach Islam within their jurisdiction. To be more accepted by the public and for the largest
interest of Islam and the ummah, their current attitude towards the scholars and academics with
Islamic studies background must be altered and renovated. Or else, the aforementioned policy
will continue to be a sheer humiliation towards the academics and scholars of Islamic studies. I
am wondering how Islam had and continuing flourished and spread all around the globe
especially in the Europe by the scholars, preachers and academics despite of their non-‘tauliah’
status by the authorities.


Maszlee Malik
President of Durham University Islamic Society
Advisor of Durham Malaysian Scholars.

Copy paste from : http://drmaza.com/home/wp-content/a_sheer_humiliation_to_the_academics.pdf

Monday, November 2, 2009

Runtuhkan tembok yang membelenggu

أعوذ باالله من الشيطان الرجيم
Aku berlindung dengan Nama Allah daripada Syaitan yang direjam
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Apa lagi yang boleh dilakukan andai tidak memulakan dengan diri sendiri,

inilah jalan yang paling mudah untuk permulaan perubahan.

Apa lagi yang selalu dirumit-rumitkan?

Proses menyampaikan ilmu disusahkan,
proses mengishtiharkan "revert" sebagai Islam dirumit-rumitkan..
proses nikah, cerai dan talak? [tanyalah pada yang terlibat],

Cukup di situ.

Yang penting, siapalah lagi untuk mengubahnya kalau bukan orang muda dan pelapisnya.
Jangan ketinggalan dalam perjuangan ini.
Runtuhkan tembok-tembok kejumudan yang membelenggu fikiran dan tindakan.
Ramai yang menyertai perjuangan ,
tetapi ramaikah yang IKHLAS dalam perjuangan?
IKHLAS itu sering diuji,
dan hanya kepada Pemilik hati kita memohon agar sentiasa dipandu pada apa yang diredhai-Nya.

Saya menyeru diri saya sendiri, bakal ibu bapa, bakal guru, bakal pendidik ummat, bakal pemimpin ummat,
untuk bersiap sedia mencorakkan masa depan ummat.
Tapi apa yang perlu kita ingat:
Perjuangan ikhlas tidak akan pernah sunyi daripada ujian.
Daripada sekecil-kecil ujian seperti dipandang sinis dan dikritik, sehinggalah sebesar-besar ujian.
Allahummaghfirlana.
[Ingatkan saya sentiasa Ya Rabb]

*Komen daripada Hani di facebook menyentuh isu semalam, sekali lagi menyebabkan saya sebak. Da'wah sunnah dan tajdid bukanlah da'wah pinggiran. Betapa perlu membuat kajian, agar dapat membawa Islam yang tulen. Betapa perlunya minda ummat dimerdekakan.


"Tak kisah kalau DrMAZA atau siapa2 core person sunnah ditangkap. Itu adalah antara cabaran berdakwah, apatah lg dakwah sunnah, kisah ulama' dulu2 lagi menyayat hati what, dia mampu tanggung-so Allah bg ujian ni. Cuma, sedih dann malu dengan sesetengah institusi agama MALAIZIE yang jarang skali menunjukkan kematangan dan keprofesionalan mereka.

Namun dapat kita lihat beberapa hikmah daripada kejadian ini. Dakwah sunnah ternyata dapat menyatukan mereka yg ideologinya berbeza, mereka yg pro partisan tidak mengira apa jenis parti politik, dan pelbagai peringkat umur. Sikap org2 sunnah yg slama ni mengaku sunnah juga tercermin saat bereaksi dgn kejadian ini. Ini ujian buat kita juga.

Kita dapat melihat penyokong Dr Asri (atau lebih tepat lg-dakwahnya) tidak hanya eksklusif kepada golongan tertentu sahaja, datang daripada pelbagai latar belakang professionalism dan agama. Ternyata, dakwah sunnah bukanlah satu ajaran yg memecahbelahkan orang ramai seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Tercetusnya tragedi ini juga akan membuatkan lebih ramai penduduk Malaysia yang mula berfikir utk mencari kebenaran dan apa sebenarnya intipati ‘ajaran Dr Asri?’. InsyaAllah, dakwah sunnah akan berkembang lebih pesat di Malaysia selepas ini, Malaysia yang masih jauh ketinggalan, tetapi Alhamdulillah-perkembangannya sangat baik lewat akhir kebalakangn ini.

Dr Asri-hanya satu nama, satu figur. Pasti beliau sudah memikirkan akan betapa kuat nya tentangan dan fitnah (oleh orang yg tak puas hati atas sebab kepentingan tertentu) yang bakal beliau hadapi sebelum beliau memulakan dakwah sunnah di Malaysia. Beliau sememangnya sudah bersedia-saya pasti. Yang benar tetap benar.

Orang lain-apa lagi….bila kita nak mulakan perjuangan kita pula? =)"

-Hani-

******************

Bercakap soal Dr Asri, ada pula yang mengaitkannya dengan ajaran Wahabi.
Saya berlepas diri daripada soal ini.

Cuma, sampai bilakah label-melabel ini akan diteruskan sedangkan kita pun belum tentu tempatnya di mana.

Pohonlah agar sentiasa berada di jalan yang selamat.

Kalau mahu bicara soal Wahabi,
kaji apa itu Wahabi, dari mana asalnya, apa keadaan yang memaksa tindakan wahabi pada zaman timbulnya wahabi, dan apa yang menyebabkan sebahagian tindakan wahabi dikritik.


Apapun, JAKIM telah mengesahkan wahabi tidak sesat.

Berhati-hati dalam menggelar pihak lain,
andai ia tidak benar dan dinafikan sendiri oleh yang digelar,
boleh jadi ia menjadi suatu fitnah.

Tutup bicara.

*****************************

Wassalam.

Allahummaghfirlana.

Sunday, November 1, 2009

SEBAHAGIAN ummat ini .. parah!

Salam

Sedih dan kesal!

Pihak berautoriti kadang-kadang tersilap menggunakan prioriti autoritinya.

Sentiasa menampakkan hukuman tidak adil.

Apakah tujuan kekecohan ditimbulakan?

Di mana dan apa yang silap?

Hairan sunguh! Hairan...

Apakah sebenarnya yang diperjuangkan?

Pelik..Sungguh pelik!

Jangan dicalar maruah Islam dengan tindakan yang pelik ini.

Merdekakan minda kita!

Ummatku, merdekakan minda kita!

Wassalam

Memilukan dan sedih

Bismillah

Salam

Sedih! Sedih!

Dia diuji lagi,
bertali arus,

apakah kamu mengira akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu (2;214)

Ya Rabb, pimpinlah hati-hati kami agar sentiasa ikhlas berjuang kerana-Mu, agar sentiasa memiliki sifat sabar, dan sentiasa punyai hati yang bersyukur. Bukakanlah pintu-pintu hati kami untuk mencari dan menerima hidayah dan petunjuk daripadaMu. Pe;iharalah kami agar sentiasa berada di jalanMu. Kami berserah diri hanya kepadaMu.
Aameen.

Wassalam