Thursday, April 30, 2009

Jangan Menggoda....Nanti bahaya -_-

Bismillaah..

Aku pesan, " Oh, JANGAN menggoda!"

Aku pesan, "Hey, JANGAN mudah tergoda!"

Kita bertemu orang yang baru silih berganti,

rasa terpikat, tergoda, terpesona, terjatuh hati...

pada keayuan, kecantikan, kelembutan, kebaikan...

sangat mudah!

Tapi, aku selalu berpesan,

"Hey, jangan menggoda!"
"Hey! jangan tergoda!"

Pernah terperangkap dalam mainan perasaan yang tiada penghujung?

Maka kita akan lebih berhati-hati.

Manusia ini punyai banyak pilihan,
tetapi suka mencari dan menggunakan peluang-peluang yang ada untuk membuat pilihan,
akhir sekali,
ada hati yang terluka.
Kenapa pernah mengenali?

Maka aku berpesan ;

"Hey! Jangan menggoda! Nanti bahaya!"

Dan aku bertegas pada diri "Aku takkan mudah tergoda "

Biar kenal, baru selamat.... =)

kenal melalui orang yang mengenali ^.~ V

Wassalam

Monday, April 27, 2009

Aku Yang Merindu

Dulu

Aku mula punyai telefon tangan,
sejak hampir usiaku 18 tahun.

Dulu,

Aku mula guna telefon tangan (kepunyaan abah) waktu usiaku 16 tahun.
Lepas pindah dari sekolah lama, lagi lah aku selalu guna..buat macam hak sendiri..hehe

Habis SPM, aku beli telefon tangan.
Setiap kali mahu tidur , pasti SMS.

Lama-lama,
terbiasa.

Dulu,
waktu di Uniten,
sementara menunggu mata tertutup,
aku pasti SMS.

Dulu,
waktu baru tiba di NZ,
aku tak mahu TXT2000.
Aku pasti SMS sebelum tidur.

Kini,
credit aku habis.
Tinggal cuma TXT2000.
Aku akan text melalui Voip ke luar NZ.

Tapi semalam,
aku merindu.
Merindu seperti dulu,
sms sebelum melelapkan mata.

Hati resah,
siapa yang perlu di sms?

Credit ke luar NZ dah habis,
laptop dah off,
voip tak dapat guna.
pilihan : orang-orang NZ saja..

Lalu,
seorang menjadi mangsa..
hehe
maaf kalau dah tidur =p

-Aku yang merindu-

Saturday, April 25, 2009

malam Sabtu datang lagi

*tipu je..

bukan malam sabtu pun, tapi sabtu malam..

sama je dengan malam sabtu..

tadi melangkah pulang dari usrah..

keluar Kairanga masuk Rotary..

setiap kali pulang dari usrah,

itulah yang aku nampak..

gadis-gadis pakai skirt, kasut tinggi,

fashion sana fashion sini

make up

all in all boleh kata sexy la jugak

berlari-lari keluar dari bilik, keluar gate, berkumpul..

ke mana lagi malam sabtu kan?

bergembiranya mereka..

aku fikir

apa erti keseronokan bagi mereka?

clubbing seronok? apa yang mereka dapat? hanya seronok?

hmmmh~

-pregnancy macam dah jadi masalah biasa
-belek majalah : lesbian pun masalah biasa..menular-nular

hmmmh~

apa lah yang aku yang kerdil ni perlu buat agaknya?

yelah, aku tahu mereka bukan muslim,
apa yang mereka faham,
tapi mereka pun tahu apa benda tu semua "negative",

aku fikir lagi..

orang Islam, x solat, x pakai tudung pun susah aku nak cakap..

aku kaku membeku tak buat apa-apa lagi..

aku fikir lagi..

orang berdakwah sana sini,

dah berapa ramai orang bukan islam yang kenal islam?

oh, jangan salah sangka..
ini bukan kritikan..
cuma apa yang aku terfikir..

jadi, aku perlu buat sesuatu..itu saja..

wassalam

Tuesday, April 14, 2009

kawen kawen kawen! cakap berasap beb..ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS!

Bismillaah
Salam

Does the title sound emotional?
Saja nak tunjuk garang sikit..kuang3x!

daku juga remaja,
daku juga ada impian,
daku juga kadangkala kesunyian,
daku juga punyai fitrah yang normal (not against normality),
daku juga punya harapan.

tapi tolonglah..
tolong berfikir panjang,
tolong jangan terlalu gelojoh,
tolong tenangkan hati dan perasaan,
tolong bertenang!

do u think kahwin adalah untuk berteman semata-mata?
do u think kahwin adalah untuk punyai anak-anak comel semata-mata?
do u think kahwin adalah untuk mengisi kekosongan semata-mata?
do u think kahwin is only for yourself?
do u think MARRIAGE IS THAT SMALL?
DO YOU THINK MARRIAGE IS THAT CHEAP?
TERNYATA, scope pemikiran anda sangat kecil.

Saya hormat,
mereka yang bernikah/ingin bernikah
untuk sempurnakan agama,
untuk ittiba' pada sunnah Rasulullah sallallahua'laihiwassalam
dan pada masa yang sama,
mereka BEKERJA ke arah itu.
KUMPUL ILMU, BAIKI AKHLAQ, KUMPUL WANG,
etc

Saya hormat,
mereka yang mampu berfikir,
nikah bukan untuk sehari dua,
nikah bukan sekadar keseronokan,
nikah itu perlukan persediaan,
tanggungjawab dan amanah itu besar,
nikah bukan sekadar kita dengan dia,
nikah itu juga untuk kebaikan ummat.

kita selalu hanya fikirkan kita.
tak nampakkah ummat sekarang ni?
makin mati...
makin merosot..
makin lemah ..
nampak macam ulam..
sana sini gejala sosial..
teruk!..memang teruk!
tak payah tengok jauh,
tengok diri sendiri dulu..
waktu lapang dibazir-bazirkan begitu saja..
bangun solat malam pun susah..

my point is,
tolonglah buat sesuatu untuk ummat kita.
bermula dari diri kita sendiri.
baiki diri.
kemudian, keluarga.
tolonglah pilih teman hidup,
yang insyaAllah dengan izin Allah,
dapat sama-sama tolong kita didik anak-anak kita,
untuk tolong agama Allah dan perbaiki ummat yang kian mati ni..
tolonglah fikir untuk scope yang lebih luas.

jangan begitu gelojoh,hanya kerana kesunyian.
jika kamu impikan yang baik,
jadikanlah diri kamu tu baik..
mulalah dari hati kamu.
ikhlaskan hati kamu kerana Dia dalam apa-apa saja yang kamu buat.
tak rugi .
kamu akan jumpa yang baik juga.
Allah Maha Adil.

Saya muak dengar keluhan ''nak kawin..nak kawin..nak kawin.."
Tapi, apa yang kamu buat untuk kawin??
Apa yang kamu fikir tentang kawin??

Jangan fikir terlalu mudah,
tolong belajar untuk bertanggungjawab.

wassalam

Friday, April 10, 2009

rihlah fi esplanade






bismillaah
salam

c, kami dah berjaya berusrah+berihlah di esplanade..alhamdulillaah..
this is my third year,
might be my last year here in palmey,
hence, i won't let any chance which i think is worth for me,
just go like that=)

bila mengimbau semua bloggers palmey (tipu je semua...hhehe)
dah upload pix esplanade, maka daku pon nak bersekongkol...=)

my hope is,
kalau xda pun orang yang boleh hadiahkan daku taman bunga sebegini, (aka rose garden),
tolonglah hadiahkan daku sepasu rose untuk dibela..hehe

my palmey friends, luv u all :x
*daku tak reti pulak nak susun pix semua ni..

wassalam, jumpa lagi
-away to weely==>auckland~is waiting permission from my parents

Wednesday, April 8, 2009

Are you really Malaysian?

Bismillaah
Salam

2 tahun lebih aku di sini.
Hajat di hati cuma nak dapatkan degree.
Lama-lama aku fikir, bukan semua yang ada peluang ni.
Nanti balik orang interview,
tanya apa yang kamu dapat?
habis tu , nak jawab ''degree bach of science-maths'' saja ka?

Aku bukan yang jenis mengambil tahu.
dari harga barang, jalan ke sesuatu tempat, nama jalan, berita akhbar pon aku tak peduli.
Patutlah, aku rasa kurang kritis.
Ternyata aku tak pandai ambil kesempatan.
Takkan nak sama saja dari mula-mula datang sampai balik Malaysia?
Rugi ja duit rakyat..

Culture orang Kiwi & Maori pun tak banyak yang aku tahu.
Cukup apa yang aku nampak dalam kelas, dalam uni, atau di tepi jalan.

Bila dah tahun ketiga,
akhirnya Allah bagi aku peluang..
sedikit sebanyak dapat juga aku belajar sesuatu.

Dari tahun pertama sampai tahun kedua,
housmatesku semua orang Malaysia..
aku masih di zon selesa,
cakap melayu, masak melayu,...
bergaul dengan Melayu..

bila ada discussion dalam kelas, aku tak sembang serancak group mates yang lain,
aku hanya mampu bagi isi penting, dan explain isi aku,
tapi bila aku explain orang tak faham..
nampak sangat english ku hampes.

Bila ada benda yang tak faham dalam kelas,
jadi segan nak tanya lecturer,
sebab malas nak mengatur ayat dalam bahasa inggeris.
Nak tak nak, aku study sendiri dan tanya kawan-kawan Malaysia - course mates aku.

Waktu lecture, kadang-kadang susah nak tangkap slang pure NZ sesetengah lecturers,
buat lah lawak macam mana pun,
sememangnya aku terpaksa jadi serius dalam kelas sebab tak faham apa yang diketawakan.

Yang pasti, apa yang berubah,
aku dah tau masak sikit-sikit.
Kalau duk kat rumah tu, susah la nak belajar sebab asyik harapkan mak.
begitu juga terms sesetengah bahan masakan dalam bahasa inggeris
-lemon grass, tumeric, corriender, paprica, capcicum, oregano, condensed milk etc..

Waktu second year, barulah terbuka hati aku nak bercakap dengan orang luar.
Semuanya kerana studies.
Aku nak tanya assignment, nak mintak nota kelas yang aku skip,
semua tu memaksa aku untuk berbaik dengan classmates.
tapi tak semua,
entah kenapa aku agak memilih dalam berkawan.
Aku tak reti nak berkawan dengan orang Kiwi,
aku hanya approach yang nampak lembut dan baik je.

Third year,
kini housmates ku sorang Malaysian, sorang Maldivian, dan sorang Pakistanese.
All muslims.
I have to force myself to speak in English regularly,
I cook and eat with them, I walk with them,
I chat with them in the kitchen whenever I'm free.

In a way it's good.
Kami bercakap tentang negara masing-masing,
tentang Islam,
tentang studies,
tentang NZ dan New Zealanders.
Lebih mudah rasanya saat ini, untuk approach lecturers,
hanya perlu cakap, tak perlu lagi menyusun kata untuk di translate.
Tambahan pula subjects 3rd year semakin mencabar minda.

Banya isu yang aku bincang bersama housemates.
Aku tanya mereka ''Hows your country?''

Baru kutahu rupa-rupanya di Pakistan,
selalu saja di bom.
Ekonomi mereka tak seberapa.
Kawanku si Pakistanese,
datang ke NZ atas pembiayaan ibu bapa,
katanya tak cukup kalau mengharapkan wang dari parents semata-mata.
They have to work.
Mereka tak biasa gunakan computer.
Even Microsoft Word pun, dia tak pernah guna.
Bila datang ke NZ, baru beli komputer dan belajar guna semua tu.
Kalau tak, tak boleh lah siapkan assignment.
Katanya di Pakistan,
wanita yang keluar pakai jubah, tudung besar dan
women will cover their faces.

Tapi kawanku ni tak bertudung di sini,
itu yang membuatkan aku hairan..
samalah jugak dengan rakan-rakan aku sebelum ini yang datang dari negara Islam yang lain,
tapi tak bertudung bila di NZ .
Sesetengah mereka hanya bertudung waktu Hari Raya.
Kadang-kadang waktu solat pun pakai selendang ja, masih nampak rambut.
Sesetengah mereka bertudung di negara asal hanya kerana undang-undang negara.

Aku pernah tanya pada Pakistanese,
''Do you touch dog?''
Dia jawab ''Yes''.
Aku tanya pula pada Maldivian ''How about you?''
Dia jawab ''No''
Pakistanese tanya ''Why?It is God's creature''
Si Maldivian buat muka dan jawab ''Muslims can't touch dog''
Aku senyum.

Aku pernah bersembang panjang dengan Maldivian.
Aku cerita tentang PPSMI implementation di negaraku Malaysia.
Aku tanya ''When did you start learning English?''
Dia cakap orang Malldives memang diajar cakap english since thay are young.
Dalam kelas, bahasa pengantar ialah Bahasa Inggeris. No other languages.
Tapi di rumah mereka cakap bahasa sendiri.
No wonder, si Maldivian ni fluent dalam BI.

Dia pun cerita tentang isu Wahabi di negara Maldives.
Tak kusangka, rupa-rupanya bukan Malaysia saja.
Ceteknya pengetahuanku.
Katanya, orang yang pakai niqab, orang yang lain sikit ja dari orang lain pasti dihentam wahabi.
Pernah jemaah di suatu kawasan tak mahu solat di masjid yang baru didirikan kerajaan,
kerana masjid tu dibina atas kuburan/grave.
Mereka dituduh Wahabi dan polis datang menyerang.
They fight each other.
Aku menghela nafas,
Come on Muslims!

Habis dengar cerita negara orang..
Aku tanya mereka (kebetulan suami Madivian belajar di Malaysia dan dia pernah ke Malaysia)
dan aku pernah tanya kawan kawan yang lain tentang Malaysia.
Ini gambaran mereka:

-Malaysians are islamic(compared to Maldives perhaps)
-Malaysia is peaceful (compared to Maldives and Pakistan)
-Malaysians are racist
-Malaysians are humid
-Malays do not work so much (lazy)
-Malays think Chinese are stingy
-Malays always priorotize bumiputra
-KLIA and KLCC ~ common trademark of Malaysia

*Yang cakap Malaysian humid and racist tu orang Maldives,
sebab mereka (dia dan suami) berkulit gelap,
katanya orang-orang Malaysia cakap kasar terutamanya dengan suami dia,
sebab kulit suaminya lebih gelap-ala2 Somalian

*about what Malays think about Chinese and also about bumiputra,
from my friend yang study Human Resource di sini..it is in the book.

~Dulu sewaktu pre-departure talk, kami dipesan..
''Jangan burukkan Malaysia..Jangan jadi anak derhaka''

Waktu tu aku tak berperasaan, pesanlah bagaimanapun, yang kufikirkan aku ingin cepat-cepat di NZ.

Tapi sekarang bila dengar persepsi kurang baik tentang Malaysia dari orang luar,
aku rasa....''Hey, please do not talk bad about my country!''

Tapi apakan daya..kadang-kadang terfikir..
mungkin itulah realitinya..
Kenapa susah sekali untuk terima kritikan?
Kadang-kadang kita kena memandang dari luar..
apa yang kita dan orang-orang kita buat selama ni?
adakah kita selama ni syok sendiri dan asyik rasa kita semua dah berada di tempat yang baik?