Sunday, February 21, 2010

Pahlawanku



Saya mengimpikan,
seni didikan yang bisa
melahirkan pahlawan.

Tak kira pahlawan lelaki ataupun perempuan.


Saya rindukan
generasi yang ikhlas, berani, dan juga bijak.
Generasi yang mampu berfikir benar, jauh, matang, dan adil,

yang tidak hanya mengikut secara meng'khinzir' buta,
yang tidak hanya mengikut haluan ramai,

yang tidak hanya berdiri di tengah dan berdiam diri.


Saya mengimpikan,
seni didikan, yang mampu melahirkan pahlawan ikhlas, berani dan bijak.

Berani walaupun bersendiri,

berani dengan jati diri,

berani walaupun menegur kesilapan gurunya,

berani berkata apa yang sepatutnya.


Pahlawanku,
jadilah pejuang yang ikhlas.
Ikhlas mu itu, yang bakal mendorongmu terus menjadi pahlawan gagah,

gagah walau dipuji atau dicaci,
kamu tidak riak ketika dipuji,
dan tidak pula berputus asa ketika dicaci.

Mohonlah supaya diampuni, seandainya tingkahmu melampaui batas.


-Guru yang mencari pahlawan yang ikhlas, berani, dan bijak-

Tuesday, February 9, 2010

Ultimate Goal




Poem First Read From : http://amiratunnadhirah.blogspot.com/

Polygamy, hmm tell me my sister, what is the big deal

Your husband, my husband can have up to four wives if Allaah may will.

Explain to him why are you stressing as though all the responsibilities are on you.

Fast Ramadan, guard your salah, obey your husband and do what you do.

We as women are not like the men.

We take our husbands to be our best and closest friend


But Allah did not create the men like the women.


Take two, three or four so don't blame him sister if he want more.


Why make haram for him what Allah has made halal.


You deny him of this, then have the courage to stand before him looking all wild.

Polygamy is something that is easier said than done. On the brother's part and on the sister's part.

But don't worry about who he loves more in his heart.

This matter is with Allaah, so strive to please your Lord.

Your destination is the Jannah, this dunya is just room and board.

Sister please don't worry yourself with "what are they doing". You continue to do what you do.

Have your stuff planned out, laid out and be beautified for the time that he spends with you.

Yes I understand polygamy can be very hard on the first wife.

And for some of us it cuts worst than the sharpest knife.

But what about your new co-wife? Who don't know your husband like you do.

So, it has to be scary for her too.

Sure, go ahead explain to her how he like his meat cooked.

And she will share with you her favorite cookbook.

Remember you are striving for the Jannah,

not only for the love of this man,


If he is your ultimate goal, then my sister you have the wrong game plan.


This deen is good advice and this is mine to you.

Don't worry about what they are doing,

just handle yours when it's time for him to be with you.

****

Bismillah..
Salam.

Sememangnya siapalah saya ingin bicara soal poligami,
sedangkan merasai hidup memikul tanggungjawab sebagai isteri pun belum pernah.
Cuma saya lebih banyak memerhati dan cuba mendalami, sekiranya saya di tempat mereka.

Keluarga-keluarga terdekat saya juga ada yang mengamalkan poligami.
Saya juga mempunyai rakan-rakan yang pernah berkongsi pengalaman ibu bapa mereka dalam kehidupan berpoligami.
Tidak kurang kenalan-kenalan maya yang sering mendedahkan saya dengan isu poligami.
Juga adik kembar saya yang pernah suatu ketika "memperjuangkan" pemikiran positif terhadap poligami.

Saya dahulu perasaannya terlalu biasa, tidak menentang dan tidak pula menggalakkan.
Dalam mencari suatu penilaian yang adil,
saya cuba untuk tidak mengehadkan penilaian saya cuma kepada apa yang saya tonton di TV,
atau contoh poligami yang kurang enak yang saya lihat sendiri.

Sejak sekolah, saya selalu melihat Pengerusi PIBG sekolah yang beristeri dua,
biasanya ke mana saja beliau pergi, kedua-dua isteri berjalan seiring dan hubungan mereka nampak sangat erat.
Kini, saya pula ditemukan dengan seorang kenalan maya,
yang masih muda (muda daripada saya), dan mencari calon isteri kedua buat suaminya.
Waktu sekolah dulu, ustazah saya yang merupakan seorang ibu tunggal,
dipinang sendiri oleh isteri seorang guru lelaki yang sangat baik akhlaqnya.
Dan kini, saya juga membaca pengalaman seorang kenalan maya,
yang dipinang sendiri oleh isteri pertama si suami.

Apa yang berbeza mungkin dari sudut manakah kita menilai dan dari sudut manakah pula polygamists mempraktikkannya.

Yes, polygamy is easier said than done I'd say.
Tetapi menyedari hakikat lelaki diciptakan berbeza fitrahnya dengan wanita,
dan saya pernah disedarkan dengan hakikat yang;
tujuan utama kita dalam hidup bukanlah untuk "memiliki" suami,
sedangkan suami juga merupakan alat untuk menuju the ultimate goal : Allah,
maka hati ini cuba saya kendurkan sedikit sebanyak
memberanikan diri untuk menyediakan ruang dalam hati kepada poligami.

Namun begitu, mengiakan poligami bagi seorang perempuan,
bukan sahaja bererti bersedia jika suami ingin bernikah lagi,
tapi ia juga bererti bersedia untuk menjadi isteri ke-2/3/4.
Nah, bukan sedikit ujian yang dihadapi.
Saya hormat kepada mereka yang berjaya memberi contoh yang baik,
dalam masa yang sama membantu saya dan orang lain untuk mengubah persepsi
negatif/negatif total terhadap poligami.

Wassalam.



Monday, February 8, 2010

Chemistry & Wanita.



Salam

Turun dari bas dan berjalan menuju ke lab komputer,
saya ditegur oleh seorang yang berbangsa Fiji
(mungkin-disebabkan slang English nya yang jelas).

"Where are you from?"
"Malaysia"
"Are you having an exam?"
"Yes, I'm".
"Are you a full time student?"
"Yup.. "
"O good.."
"You're having exam too?"
"Yea.."
"What time?"
"2.15. Where is your partner? Are you studying with your partner?"
"Partner?"
"Your husband?"
"Oh, no..(geleng kepala)..Ok, I'm going to the lab. See ya"
"Ok.Good luck!"
"Same goes to you!"

Masuk lab dan selak chemistry dalam sejam sebelum exam bermula.
Sambil menjawab soalan exam, sudah terbayang wajah-wajah mereka di rumah,
adik-adikku yang telah lama aku tinggal,
dan mak dan abah yang setahun sekali saja sempat aku bersama sepanjang 3 tahun ni.
Cemburu rasanya pada mereka yang dapat luangkan banyak masa dengan orang tua,
berbakti dan menyenangkan hati orang tua.
Walaupun saya hanya mampu buat apa yang termampu dari jauh,
tapi ia tetap tidak sama,
kerana kami yang jauh mungkin "menghukum" mereka dengan perasaan rindu dan bimbang.


***

Semalam tak dapat tidur,
sejam lebih cuba untuk lena tapi tak berjaya,
tiba-tiba banyak sangat yang datang masuk menari dalam fikiran.
Dan semuanya tentang masa depan.

***

Saya banyak menerima pesanan,
"Jodoh tidak datang bergolek, jodoh tidak hanya dengan kita duduk tunggu dan ia jatuh dari langit, jodoh perlu diusahakan."

Apa pandangan anda tentang perempuan yang menawarkan dirinya kepada lelaki yang baik
untuk dijadikan isteri?

Saya tidak memandangnya sebagai sesuatu yang pelik,
cuma saya memandangnya sebagai sesuatu yang sukar dipraktikkan.

Wanita adakalanya merasa rendah diri,
walaupun dia mahukan suami yang baik, tapi dia sering tertanya "Layakkah aku?"

Ya, wanita sering muncul dalam kepalanya pelbagai persoalan,
kadang-kadang suatu persoalan yang remeh tetapi dipandang besar,
sehinggakan untuk bertindak benar sekalipun,
sering fikirnya macam-macam.
Yang kadang-kadang, yang macam-macam itulah
menjadi penghalang wanita untuk menjadi berani.

Wanita juga memiliki perasaan halus yang penuh emosi.
Ya lagi-lagi emosi,
sehingga kadang-kadang hanya kerana emosi tindakan wanita jadi kurang rasional.
Semoga berjaya menjadi wanita yang kuat yang mampu menepis emosi
yang tidak membina, dan mampu mengambil rasional yang membina.

Wanita oh wanita...Kadang-kadang membentuknya memerlukan seni~

Sekarang, mari fikirkan apa hubungannya chemistry dan wanita?

Wassalam