Thursday, August 30, 2012

CUTI

Isk, nak bawak balik yg mana satu ni?
Ok, fail SPBT ni je lah. Ambik banyak2 karang tak terbuat pulak.

''Orang cuti,cuti la. Balik untuk melapangkan fikiran"
Tegur salah seorang clique.

'Ikut suka saya la'...sambil senyum.

Hidup kita berbeza.
Anda sudah berkeluarga. Saya masih bujang.
Tambah lagi cuti merdeka 3 hari ni,tinggal sorang2.
takkan nak 'koma' mengadap dinding, dan membengkakkan mata menghadap screen laptop,tv, & tidur.

Tapi, nikmat betul hidup bujang ni.....
Kalau ada anak/lelaki/mertua...nak kena amalkan hidup bersistematik, x boleh fikir diri sendiri saja, kena fikir makan dan keperluan mereka juga.
Maksudnya,x macam sekarang...walaupun bangun awal...tapi masih boleh
melepakkan diri di dalam bilik, ber facebook, ber blogging, menonton My Girl..perut lapar pon x kisah...
hmm..nikmat

Nikmat, nikmat jugak..
tapi mungkin...kurang nak rasa beratnya tanggungjawab,
nak rasa peritnya pengorbanan...

Anyway, kalau hati ikhlas, anything for You katakan,
takla berat sangat kan...
cuma rindu nak rasa hidup bujangan itu  akn kembali,
yalah...hidup bebas, bersenang-senangan.

Sekarang...nak bermesej dengan kawan2 yang dah kawin pon,
kena fikir 2,3 kali..
kena start ayat dgn 'sori ganggu....'
Takut2, memang saya betul2 mengganggu :D

********************

Kita memang x boleh salahkan perasaan.
Rasa marah, sedih suka, gembira naturally datang dalam hidup
atas sebab2 kejadian yang berlaku kat kita.

Tapi,it's the matter of how we control those feelings.
Lebih kepada macammana kita kawal..
rasa marah,suka,sedih gembira..
Macammana kita express...

Kadang2 ada perasaan, yang bagus kalau kita tunjuk:
Contohnya gembira anak murid boleh jawab soalan kita walaupun soalan senang macam kacang. Itu cara guru memotivasikan pelajar.

Tapi ada perasaan yag kita kena tunjuk,tapi berpada2.
Contohnya marah kepada pelajar kerana kurang hormat dan tak serious belajar.
Kena tunjuk ok...Kalau tidak pelajar ni tak faham yang KITA NAK DIORANG FAHAM DAN BOLEH APPLY apa yang kita ajar..
Tapi kena la berpada2, xkan sampai menyumpah ranah pelajar tu dan mengaitkan dengan ibu bapa dia (isu sensitif ni).

Ada perasaan yang kita memang tak boleh tunjuk.
Contohnya jatuh cinta kat pelajar...
oops...
haha, walaupun saya mengaku memang ada pelajar saya yang hensem,
tapi takdala sampai jatuh cinta.
Cinta I sangat susah untuk jatuh, cuma seorang...*berangan*
Dah jadi cikgu ni means we are social workers.
Hari2 kita bercakap dengan students (our clients).
Bercakap = berkomunikasi.
Bila berkomunikasi, nak ajar sampai paham, kena cakap dan pandang students.
Kita tengok depa, depa tengok kita.
Kita tanya depa jawap.
So tak mustahil la and no wonder la, selalu dengar cikgu kawin dengan students.
Tak salah pon kalau kawin, yang salah tu cikgu n pelajar bermain cinta.
Tak berapa profesional di situ, dan tidak begitu berkenan lah bila students lain nampak...mana istilah role model tu tercampak nanti?

But Im not putting blame on them...sebab soal2 perasaan ni memang susah nak diurus kalau x pandai...tambah2 kalau jatuh cinta pada yang tak sepatutnya..Pandai2la nak berpijak di bumi yang nyata balik.

Kalau kita dah start journey yang dah jauh, tiba2 tertinggal barang kat rumah..
berat rasanya nak patah balik..
So tumpang masih belum prgi jauh, baik la beringat2.

Manusia sentiasa akan berhenti dekat satu tempat yang banyak cabang jalan.
Di situ, pilihan ada....kita yang buat keputusan nak ambik jalan mana.
So jangan salahkan takdir...dan menamakan pilihan kita sebagai takdir...