Bismillah
Assalamua'laikum
Semalam kohort 3-4 dapat email from cik Syarifah Ratina,
Tajuk : Status Pengajian
Antara isi e-mail tersebut :
''If you are bound to extend your studies, I am not going to bank in your allowance until I received my top management’s decision whether to allow your extension or terminate your scholarship. So prepare for the worst as I had terminated 2 students already.
To those who did well, congratulations. I hope you will maintain your good grades.
Thank you.''
Lama aku merenung e-mail ni,
setelah mendapat khabar dari Noha semalam..
Apa yang aku fikirkan?
Banyak.....
First and foremost,
Aku akan tengok pada apa yang aku telah buat sebagai pemegang biasiswa (money from tax payers)..
1) ADAKAH AKU DAH MENGGUNAKAN PELUANG DAN TEMPOH 2 TAHUN DENGAN SEBAIK MUNGKIN? ATAU AKU SEKALI SEKALA/SELALU MENGABAIKANNYA?
2)KE MANA DUIT BIASISWAKU PERGI?
GOVERNMENT SPONSOR UNTUK BELAJAR..
ADAKAH DUIT ITU TELAH MELENCONG KE MANA-MANA PEMBAZIRAN
DAN MELAMPAUI BATAS DALAM MENGGUNAKAN NI'MAT DAN REZEKI YANG
ALLAH BERIKAN?
3)AKU DIHANTAR KE SINI UNTUK BELAJAR (PRIORITY:AKADEMIK),
APAKAH AKU TELAH BERAT SEBELAH PADA AMANAH INI DENGAN
MENGUTAMAKAN HAL-HAL LAIN?
4) ADA TAK AKU FIKIR..SEBELUM BUAT APAPUN SEPANJANG AKU MEMEGANG BIASISWA, ADAKAH SPONSOR DAN PARENTS DAN TAX PAYERS SUKA..ATAU MARAH?
CONTOH: KALAU LAH ADA TAX PAYER YANG TAHU, SEORANG PEMEGANG BIASISWA MENGHABISKAN SEBAHAGIAN BESAR WANG UNTUK BERCINTA..MARAH TAK MEREKA? ATAU PONTENG KELAS..MARAH TAK SPONSOR DAN PARENTS?
secara jujurnya, aku juga pernah terbazir..
selalu beli barang masak dan makan banyak-banyak (maklum lah, nak lengkap je peti sejuk tu), tapi last2 tak makan dan tak masak..lepas tu rosak..
waktu nak buang tu, rasa menyesal sangat..
terfikir dalam hati ''membazir je duit sponsor bagi kat aku tapi tak pandai guna,
duit tu kalau sedekah kat org miskin banyak manfaat''
bab melebihkan masa untuk perkara lain berbanding prioroty anda iaitu akademik?
ada juga. tambah-tambah lagi bila ada ja isu yang aku minat..
aku akan stuck depan laptop entah berapa lama..
walaupun apa yang dibuat itu memanglah baik,
tapi aku TAK SEDAR APA PRIORITY AKU
Ponteng kelas?
oh, hampir menangis dan gerun mendengar ayat ini..
memang ada..tambah-tambah lagi di kala tiada semangat..
tambahan pula uni di sini tak ambil kedatangan...
Belajar dan assignment?bersungguh-sungguh tak?
Hmm..ikut mood agaknya..
bila kukhabarkan pada mak, mak susah hati dan tak habis-habis bagi macam-macam pesanan..
next year, aku akan teruskan battle utk 3rd year yang akan menentukan dapat buat hons or tak..
Ive decided to choose statistics..
yang pastinya,
degree adalah satu kemestian bersama kepulanganku nanti..
entah macammana nak memohon maaf pada diri sendiri, sponsor, parents dan tax payers..
tentang sponsor attitude..perlukah cakap di sini?
apapun, sebagai pemegang biasiswa
saya akan sentiasa menyemak booklet biru aka surat perjanjian..
agar hak kami tak dipijak begitu sahaja..
p/s: bila nak complaint, asyik teringat pesan mr najmi ''DO NOT COMPLAINT''
pesanan tu dah tertanam denga kukuhnya dalam otak ni..
lagi satu pesanan miss nandha ''DO NOT PAMPERED YOURSELF''
langkah seterusnya kena lebih berhati-hati..
pada yang asyik memandang sinis pada pemegang biasiswa,
inilah antara risiko which we have to pay..
wassalam
Wednesday, December 17, 2008
Sunday, November 16, 2008
PULANG
Bismillaah..
Assalamua'laikum...
Alhamdulillaah, perjalanan dari NZ ke Perlis lancar dan selamat..
Tak lama lagi kak Nora dan mak long Suriati akan bernikah..
Tadi, borak dengan mak dan abah, termasuk lah bab nikah kahwin ni..
im so surprise that my mom is not that traditional..hehe
Mak cakap, sebenarnya tak digalakkan akad nikah di masjid,
tambahan lagi ianya mengundang banyak masalah
(bergambar, tidak solat sunnat tahiyatul masjid bising dan sebagainya)
mak juga cakap,
kalau boleh mak nak buat simple..
tak ada hantaran pun tak pa, (cuma mulut orang la)
sebab mak fikir banyak yang kena belanja tambah bila ada hantaran,
mak tak mau orang lain 'kena',
*p/s: anak-anak mak 4 perempuan, sorang je laki
mak juga cakap,
akad nikah cukup,
tak perlu lah ada upacara sarung cincin dan pembatalan air sembahyang di hadapan orang ramai tu,
mak cakap lagi,
kenduri tak perlu lah buat bunga telur sebab membazir,
buat benda yang nice and sweet
abah pula cakap,
bagi duit pada tuan rumah kenduri dah jadi satu trend,
ada tuan rumah yang membanyakkan bilangan tetamu
untuk mendapatkan 'pulangan'..
wallahua'lam..
ok,
ni pula dari sudut pandangan daku,
seriously, aku pun turut merasakan yang wang hantaran tu membebankan pihak lelaki,
kalau yang tak kisah dan yang mampu tu ok lagi,
tapi yang baru masuk kerja?yang tak mampu? kasihan...
Kahwin itu perkara sunnah,
Tapi bila campur adat-adat ni, ia jadi susah..
sampaikan ramai lelaki takut nak kahwin sebab 'mahal',
jalan pintasnya bercinta..(nak kena sekeh ni..hehe)
memanglah, kata orang wang hantaran tu untuk buktikan,
betapanya pihak lelaki sudah bersedia,
dan ia melambangkan kesungguhan si lelaki untuk mendapatkan si bunga,
tidakkah mahar sudah mencukupi?
entahlah,
kerana isu besarnya hantaran dilihat sebagai sesuatu yang membebankan ,
sedangkan nikah adalah perkara sunnah , perkara mulia,
ni lah kesannya bila ada campur tangan manusia,
nak top-up sana sikit, add up sini sikit..
kasihan!
wang hantaran tu , kan lebih best,
kalau si lelaki kumpul duit ,
dan guna duit tu untuk nafkah isteri selepas nikah nanti,
daripada guna untuk wang hantaran..hehe
lagi satu,
dari sudut pandangan dan hati aku,
aku lebih memandang usaha si lelaki dan kesungguhan si lelaki
untuk mendapatkan si bunga,
adalah melalui kesungguhan beliau mencari ilmu agama yang sahih (bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk orang-orang dibawah pimpinannya),
kesungguhan beliau untuk menjaga kehormatan wanita tersebut
dengan merisiknya/meminangnya melalui ibu bapa atau orang tengah yang dipercayai,(tidak sekali-kali bersenang lenang dalam ucapan atau tindakan dengan si bunga)
kesungguhan beliau untuk ubah sikap (lebih matang, buang sikap yang buruk),
kesungguhan beliau kumpul duit (bukan semata-mata untuk hantaran, tapi buat bekal masa hadapan..belajar la siap-siap),
pendek kata...seorang yang bersunggunh-sungguh membaiki diri ke arah yang lebih baik, nanti senang la nak didik isteri dan anak-anak..mulakan dari diri sendiri dulu..bukan tunggu nikah baru nak plan..plan dari sekarang
(isu ini umum)
wallahua'lam

Tuesday, September 9, 2008
Mengapa? dan.. Bukan ku tak Tahu...
Bismillaah...
Assalamua'laikum..
Mengapa kamu ni berani sangat? saya rasa pelik...dan look strange , janggal, lagi menakutkan..nampak asing!
Jawapan :
AQ(7;164) : Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata, ''Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?''
Mereka menjawab ''Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa''
Kadang-kadang jadi hairan, bunyinya seorang cendekiawan yang hebat, tapi apabila dikemukan hujjah Al-Quran dan sunnah, masih teragak-agak untuk menerima, malah bila datang sesuatu yang menghalang keinginan diri, terus mencari tentang hukum-hakam...tapi biasanya, sudah tahu apa yang salah, tapi dibuat juga, dan tak terfikir pun mahu mencari hukum-hakam sewaktu itu....apa panduan hidup di dunia sebenarnya?hawa nafsu? bisikan iblis? al-quran as sunnah?
AQ(7;176) : Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu, tapi dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah) , maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya juga. Demikianlah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
Bukan ku tak tahu akan kesannya, akan apa yang diperkata-katakan...
Walaupun tiba masanya, kadang-kadang hati ini juga lemah lalu air mata pun jatuh,
tapi kewajipan dan prinsip dalam berpegang pada panduan Quran dan sunnah takkan pernah terpadam!
Hidayah itu milik Allah, maka soal itu aku pasrah padaNya,
tapi untuk menyampaikan tetap merupakan suatu kewajipan...
Aku lihat manusia semakin ceria dan girang melakukan larangan-Nya tanpa rasa berdosa dan takut pada Allah malah merasa biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku, seperti tidak pernah diperingati...
Apa puncanya?
Lemah aqidah?
Lebih memikirkan dunia?
12 Punca Ummat Islam lemah Jati Diri
Ditulis oleh Dr. Azwira dan disemak oleh Kapten/Ustaz Hafiz Firdaus..
mungkin boleh ku syorkan sebgai buku wajib dibeli..hehe..murah ja,
xpun mintak ja kat UHF, beliau selalu bagi buku free (tapi malu la..),
di situ, ada dibincangkan apa sebenarnya anasir yang tersembunyi dalam ummat
sehingga lemah jati diri, tak dapat membezakan yang haq dan yang bathil,
dan banyak lagi masalah yang kita lihat sekarang...
*Ampuniku Ya Allah, i didnt do my best for the test, kuatkan aku untuk kemampuanku menghadapi yang seterusnya...ampuni aku bila aku salah, aku pohon sentiasa di jalanMu,aku pohon petunjuk hidayahMu, dalam setiap perlakuan gerak geriku, dan hati nuraniku
AQ (7;199) : Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.

Ruling on women going to the masjid (mosque)
Ruling on women going to the masjid (mosque) (CLICK HERE TO BE DIRECTED TO THE ISLAM QA)
QUESTION:
Here in my country (Surinam, South America), the Ahl al-Sunnah wa’l-Jamaa‘ah forbid women to go to the mosque, saying that the first Imaam (Imaam Abu Haneefah) learned to do what pleases the Holy Prophet SAWS (peace be upon him), and he had said once that it is better for the women to perform prayer at home, because there is more sawaab (reward) in that, and as we come here to earn sawaab, it is better to do this
Is it right to forbid women to go to the mosque? If so, where in the Holy Qur’aan or the ahaadeeth can I find this?
ANSWER:
Praise be to Allah.
There is no doubt that a woman’s prayer in her house is better for her than praying in the mosque, as is indicated by the Sunnah of the Prophet (Peace & Blessings of Allaah be upon Him). He said: "Do not prevent your women from going to the mosque, even though their houses are better for them." (Reported by Abu Dawud in al-Sunan, Baab maa jaa’a fee khurooj al-nisaa’ ilaa’l-masjid: Baab al-tashdeed fee dhaalik. See also Saheeh al-Jaami‘, no. 7458).
Whenever a woman prays in a place that is more private and more hidden, that is better for her, as the Prophet (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said: "A woman’s prayer in her house is better than her prayer in her courtyard, and her prayer in her bedroom is better than her prayer in her house." (Reported by Abu Dawud in al-Sunan, Baab maa jaa’a fee khurooj al-nisaa’ ilaa’l-masjid. See also Saheeh al-Jaami‘, no. 3833
Umm Humayd, the wife of Abu Humayd al-Saa‘idi reported that she came to the Prophet (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) and said: "O Messenger of Allaah, I love to pray with you." He said: "I know that you love to pray with me, but praying in your house is better for you than praying in your courtyard, and praying in your courtyard is better for you than praying in the mosque of your people, and praying in the mosque of your people is better for you than praying in my mosque." So she ordered that a prayer-place be built for her in the furthest and darkest part of her house, and she always prayed there until she met Allaah (i.e., until she died). (Reported by Imaam Ahmad; the men of its isnaad are thiqaat (trustworthy)).
But the fact that praying at home is preferable does not mean that that women are not permitted to go to the mosque, as is clear from the following hadeeth:From ‘Abdullah ibn ‘Umar, who said: "I heard the Messenger of Allaah SAWS (peace be upon him) say: ‘Do not prevent your women from going to the mosque if they ask your permission.’" Bilaal ibn ‘Abdullah said, "By Allaah, we will prevent them." (Ibn ‘Umar) turned to him and told him off in an unprecedented fashion, saying: "I tell you what the Messenger of Allaah (Peace & Blessings of Allaah be upon Him) said, and you say ‘By Allaah, we will prevent them’!!" (reported by Muslim, 667).
But there are conditions attached to the permission for women to go to the mosque, as follows:
(1) She should wear complete hijaab.
(2) She should not go out wearing perfume.
(3) She should have the permission of her husband.
Her going out should not involve any other kind of prohibited acts, such as being alone in a car with a non-mahram driver. If a woman does something wrong like that, her husband or guardian has the right to stop her; in fact it is his duty to do so. And Allaah knows best
Islam Q&A Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid

Tuesday, September 2, 2008
Articles berkaitan Ramadhan
Bismillah..
Assalamua'laikum..
Pengumuman : Segala article berkaitan Ramadhan
ana copy paste..sumber ada diberitahu pada setiap posting
sebagai rujukan buat diri ini..dan pembaca mungkin..
(ana pun belum habis baca, cuma sedang kumpul ilmu di bulan Ramadhan,
tentang amalan sunnah dan sebagainya..)
semoga bermanfaat..
Credit to the writers..
*Selamat berpuasa..
assalamua'laikum..

Keistimewaan Bulan Ramadan
Keistimewaan Bulan Ramadan. Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )
Sumber: http://akob73.blogspot.com/
Kehadiran bulan ramadan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba-NYA. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini. Bulan Ramadan telah dimuliakan oleh ALLAH dengan pelbagai keistimewaan berbanding bulan-bulan ALLAH yang lain. Antara keistimewaan yang terdapat pada bulan Ramadan ialah:
1. Disyariatkan Ibadah Puasa
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana pada bulan ini disyariatkan ibadah yang amat mulia di sisi ALLAH, iaitu puasa. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang penuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu agar berpuasa pada bulan itu." - Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya , hadis no: 9133.
2. Bulan Diturunkan Al-Quran
Kalamullah al-Quran telah diturunkan pada bulan ini. Seluruh umat Islam beriman bahawa al-Quran merupakan kitab yang menjadi petunjuk bagi sekalian hamba ALLAH untuk membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Firman ALLAH S.W.T:
"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.
3. Pintu Syurga Terbuka Luas
Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga dibuka seluas-luasnya pintu syurga bagi mereka yang beriman dan taat kepada perintah ALLAH. Bahkan, di bulan yang mulia ini jugalah ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-NYA yang menjadi penyebab memudahkan mereka masuk ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1898.
4. Pintu Rahmat (Belas Kasihan Terhadap Hamba-NYA) Terbuka Luas
Pada bulan Ramadan pintu-pintu Rahmat dibuka. ALLAH meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1079.
5. Pintu Langit Terbuka Luas
ALLAH membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan limpahan rahmat-NYA kepada sekalian hamba-hamba-NYA serta segala amalan-amalan berbentuk ketaatan kepada-NYA akan naik secara terus kepada-NYA. Sabda Rasulullah s.a.w :
"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.
6. Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat
Pintu-pintu neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. Ia menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan yang mulia ini hamba-hamba ALLAH yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-NYA terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan-perbuatan terlarang yang boleh menjadi penyebab untuk mereka dicampakkan ke dalam api neraka. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup." - Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, hadis no: 1899.
7. Syaitan dan Jin Dirantai
Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang-orang yang beriman. Ada juga ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain. Ini kerana, ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila tibanya malam pertama bulan Ramadan dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang derhaka." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 618.
Namun, persoalan yang timbul di sini bahawa sekiranya syaitan dan jin dibelenggu pada bulan Ramadan mengapa manusia masih melakukan kemungkaran pada bulan ini? Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:
"Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan." - Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.
Mungkin ada yang akan tertanya-tanya tentang kebenaran fakta kewujudan syaitan mahupun jin dari jenis manusia. Sebenarnya ALLAH sendiri telah memerintahkan kita agar berwaspada dan memohon perlindungan kepada-NYA dari hasutan kelompok seperti ini.
Firman ALLAH S.W.T:
"Katakanlah (wahai Muhammad): AKU berlindung kepada (ALLAH) Pemelihara sekalian manusia, yang Menguasai sekalian manusia, TUHAN yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik) dari kalangan jin dan manusia." – Surah al-Nas: 1-6.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya maksiat dan kemungkaran masih wujud pada bulan Ramadan yang mulia ini. Malah, pada bulan ini kita sebenarnya berkesempatan untuk berkenalan dengan spesis syaitan atau jin dari kalangan kaum manusia. Ya! kita dapat mengenali spesies ini melalui sikap mereka yang enggan mentaati perintah ALLAH. Semoga kita semua terhindar dari tergolong dalam kelompok yang hina ini.
8. Pada Bulan Ini Terdapat Lailatul Qadar
Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar.
Firman ALLAH S.W.T:
"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5.
Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.
Apakah itu Lailatulqadar?
Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu. Selain itu, apa sahaja yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya ditetapkan oleh ALLAH pada malam itu.
Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Disebabkan oleh kekeliruan ini, mereka telah menciptakan pelbagai ibadah yang khusus seperti membaca surah Yasin sebanyak tiga kali diselang-selikan dengan doa-doa yang tertentu agar tahun yang mendatang bakal lebih baik dari tahun itu. Ternyata amal ibadah itu termasuk bid’ah paling mungkar kerana tidak ada contoh daripada Rasulullah s.a.w dan wajib ditinggalkan. Rasulullah s.a.w telah mencela amalan bid’ah melalui sabdanya:
"Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (sunnah) serta seburuk-buruk perkara adalah sesuatu yang diada-adakan dalam agama dan setiap yang diada-adakan termasuk kategori bid’ah dan semua bid'ah itu menyesatkan." - Hadis riwayat Muslim dalam Sahihnya, hadis no: 867.
Keistimewaan malam yang penuh berkat ini diperjelaskan lagi oleh ALLAH melalui firman-NYA:
"Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang penuh berkat. (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba Kami tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran) pada malam yang berkat itu, di samping menjelaskan (kepada malaikat) semua perkara yang mengandungi hikmah serta takdir yang akan berlaku." – Surah al-Dukhaan: 3-4.
Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, hadis no: 2017.
Sabda Rasulullah s.a.w :
"Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1165.
Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Ini kerana, pada sepuluh malam terkahir inilah Rasulullah s.a.w mempergiatkan ibadahnya.
Aisyah r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, hadis no: 1174.
Ibadah yang amat dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w ketika berada di bulan Ramadan, antaranya mempergiatkan ibadah qiamullail (solat malam), memperbanyakkan doa, berzikir, membaca al-Quran dan amal soleh yang lain. Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):
"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU." – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Khabar-khabar Gembira yang diberitakan oleh ALLAH dalam bulan Ramadhan:
Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan
Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )
Sumber: http://akob73.blogspot.com/
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat. Allah melimpahkan kasih sayang-Nya kepada seluruh hamba-hamba-Nya yang bertakwa. Ganjaran pahala kurniaan-Nya untuk hamba-Nya yang beribadah pada bulan Ramadan juga berlipat kali ganda melebihi bulan-bulan yang lain. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya bagi golongan yang beriman mereka berlumba-lumba untuk mempertingkatkan amal ibadah mereka pada bulan yang mulia ini. Berikut adalah beberapa amalan-amalan yang disyari’atkan bagi seluruh umat islam sempena Ramadan al-Mubarak ini.
Apabila seseorang melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya bulan Ramadan, dia hendaklah berdoa dengan doa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w iaitu :
"Ya Allah munculkanlah anak bulan ini ke atas kami dengan membawa keberkatan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." - Hadis riwayat al-Tirmizi, no: 3373.
Pada bulan Ramadan ini disyariatkan untuk berpuasa yakni meninggalkan makan dan minum serta segala perbuatan yang keji dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Sabda Nabi:
"Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan puasa ke atas kamu semua." - Hadis riwayat Ahmad, no: 9133.
Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)." – Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894.
Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.
Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.
Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain. Ibn Abbas r.a berkata:
Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.
Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:
"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.
Para salafussoleh adalah antara umat Nabi s.a.w yang diiktiraf sebagai generasi terbaik. Terdiri daripada kalangan mereka para sahabat baginda s.a.w, para tabi’in dan tabi’ al-tabi’in. Mereka amat mengambil berat amalan membaca al-Quran pada bulan Ramadan dan sudah menjadi kelaziman bagi mereka mengkhatam al-Quran berkali-kali pada bulan Ramadan.Bulan Ramadan adalah bulan di mana pintu Rahmat (kasih sayang) dan pintu keampunan Allah dibuka seluas-luasnya serta ganjaran pahala dilipat gandakan kepada hamba-Nya tanpa batasan. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan kepada-Nya kerana pahalanya akan digandakan jauh lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lain.
Jika berkemampuan, berusahalah untuk mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana pahalanya menyamai pahala mengerjakan ibadah haji. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1782.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Pahala umrah pada bulan Ramadan menyamai pahala haji. Tetapi, bukan bererti umrah tersebut dapat mengugurkan kewajipan haji. Berdasarkan ijmak ulama, umrah tidak dapat menggantikan kewajipan ibadah haji hinggakan orang yang telah melaksanakan umrah (pada bulan Ramadan) tetap berkewajipan melaksanakan haji." – Rujuk Fathul Baari, jil. 10, ms. 27
Pada bulan Ramadan terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding melakukan ibadah selama seribu bulan yang dipanggil sebagai lailatulqadar. Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Menurut pengetahuanmu, apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." - Surah al-Qadr: 1-5.
Justeru itu, kita semua hendaklah menggandakan ibadah kita pada sepuluh malam yang akhir di bulan Ramadan terutamanya pada malam-malam yang ganjil, iaitu malam ke 21, 23, 24, 27 dan malam ke 29 demi mendapatkan malam al-Qadar. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang hidup untuk melakukan ibadah sambil beri’tikaf di masjid. Ketika beri’tikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain. Aisyah r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain." – Hadis riwayat Muslim, no: 1174.
Solat Tarawih atau Qiyam Ramadan merupakan satu sunnah yang amat dituntut. Umat Islam perlu menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan amal ibadah seperti solat-solat sunat. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." – Hadis riwayat Imam Muslim, no: 759.
Semoga huraian ringkas mengenai sunnah menyambut bulan Ramadan al-Mubarak ini dapat meningkatkan keazaman semua pihak untuk mencontohi Rasulullah s.a.w demi memanfaatkan keutamaan yang dianugerahkan oleh Allah pada bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Bersahur Cara Rasulullah
Bersahur Cara Rasulullah Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 )
Sumber: http://akob73.blogspot.com/
Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:
"Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.
Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h: "Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur." – Rujuk Fathul Baari, Jil. 11, ms. 120.
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w:
"Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasaahli kitab ialah makan sahur." - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 643
Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :
"Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." - Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.
Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.
Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:
"Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)." - Surah al-Baqarah: 187
Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:
"Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w ." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1920.
Qadi Iyadh r.h berkata: "Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar." - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11, ms. 114.
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.
Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Berbuka Puasa Mengikut Sunnah
Berbuka Puasa Mengikut Sunnah |
Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus ( akob73 ) Sumber: http://akob73.blogspot.com/ Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Antara adab-adab itu ialah: a. Membaca doa yang thabit daripada Nabi s.a.w. Ibn ‘Umar r.a berkata: "Apabila berbuka puasa, Nabi s.a.w akan membaca: Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala. (Dzahabaz zhoma u wabtallatil 'uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud, no: 2010. Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: "Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku. (Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi'ta kulla syai in an taghfirali)" - Hadis riwayat Ibn Majah, no: 1743. Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka." – Hadis riwayat Ibn Majah, hadis no: 1743. b. Menyegerakan Berbuka Puasa. Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: "Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa." – Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957. Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman: "Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa." - Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636. c. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air. Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w. Anas bin Malik r.a berkata: "Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air." - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632. d. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib. Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solatMaghrib. Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaantenang." - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674. Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208: "Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk." e. Berbuka Puasa Secara Sederhana. Firman Allah S.W.T: "Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas." – Surah al-A’raaf : 31 Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w: "Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan." - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302. f. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa. Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin,anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. Firman Allah S.W.T: "Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih." - Surah al-Insaan: 8-9. Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda s.a.w: "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit." - Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735. |
Wahai srikandiku! Uzur bukan penghalang ibadah
Article oleh abu_usamah(Masri Ramli) Assalamualaikum WBT. Saya menggodek-godek weblog ini lalu terjumpa satu posting saya tahun lalu yang saya dedikasikan khas kepada muslimah-muslimah tercinta di luar sana. Jalan ke syurga amat luas, keuzuran bukanlah penghalang mencari jalan ke syurga. Seorang saudari se Islam memberi komen di dalam blog ini. Katanya beruntunglah para lelaki yang dapat beribadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan ini. Masakan tidak, si lelaki tidak mempunyai uzur yg mengharamkan mereka daripada beribadah, bersolat membaca al-Quran dan lain-lain. Sedang kan bagi si wanita, datang sahaja haidh, maka berehatlah mereka daripada beribadah. Dari satu segi ia menampakkan satu kecintaan untuk mendekatkan diri kepada Allah, akan tetapi dari satu segi ia seolah menunjukkan ada sedikit kerapuhan di dalam aqidah. Seolah-olah wujud keraguan kepada keadilan Allah. Dari mana puncanya? Aku melihat bahawa ini berlaku apabila skop ibadah disempitkan. Skop mendekatkan diri kepada Allah dibataskan kepada solat sahaja. Wahai saudari-saudari muslimahku, Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haidh tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan dzikir-dzikir yang Nabi Muhammad SAW amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua dzikir-dzikir yang ada di dalamnya. Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haidh maka kami kurang beribadah berbanding lelaki. Wahai saudari-saudari seaqidahku, Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam. Wahai srikandiku, Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian. Wahai srikandiku, Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah SAW amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun. Wahai saudariku, Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku. Wahai saudariku, Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan dirumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat. Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku. Ya ukhti, Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempun jalan mudha ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu. Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci. Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hokum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hokum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini. Wahai saudariku, Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya. Ya ukhti, Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya. Wallahu’alam. |
(37 reads) |
Senarai Semak amalan-amalan sunnah sepanjang Ramadhan
Senarai semak amalan-amalan sunnah disepanjang Ramadhan
Editor : Bro_aiman
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW
3) Mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah (bagi lelaki).
4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:
"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as.
4) Mengerjakan solat fardu secara berjemaah (bagi lelaki) dan solat sunat sunnah yang diajar nabi.
Anata solat sunat sunnah : solat sunat rawatib 12 rakaaat (qabliah dan ba'diah),solat sunat wudhuk, solat sunat dhuha
5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
6) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
7) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
8) Sunnah berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi (Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani
10) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta terutamanya bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.
Ibn Abbas r.a berkata:
Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.
Nabi SAW bersabda :
من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi
Disebut dalam sebuah hadis lain
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi
11) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.
Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.
12) Memperbanyakkan bersiwak .
Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa :
1.Meninggalakan perkara2 mazmumah
Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)." Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894
2. Meninggalakan perbuatan yang lagha (sia-sia)
Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.
3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.
Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.
Rujukan :
1. Bonus Belanjawaan Vs Bonus Ramadhan oleh Ust. Zaharuddin Abdul Rahman (www.zaharuddin.net)
2. Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan oleh Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (www.al-fikrah.net)
3. Bersahur dan berbuka puasa cara Rasulullah Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (www.al-fikrah.net)
Sumber : http://ibnu-qayyim.blogspot.com/
Senarai semak amalan-amalan sunnah disepanjang Ramadhan
Editor : Bro_aiman
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW
3) Mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah (bagi lelaki).
Editor : Bro_aiman
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW
3) Mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah (bagi lelaki).
4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Disunnahkan kepada seluruh umat Islam agar bertadarus (membaca dan mempelajari) al-Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata:
"Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w ) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1902.
Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as.
4) Mengerjakan solat fardu secara berjemaah (bagi lelaki) dan solat sunat sunnah yang diajar nabi.
Anata solat sunat sunnah : solat sunat rawatib 12 rakaaat (qabliah dan ba'diah),solat sunat wudhuk, solat sunat dhuha
5) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.
Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-
ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع
Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" Riwayat Al-BazaarSebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم
Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)
6) Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka
Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :
إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد
Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak (Riwayat Ibn Majah ; Sohih7) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.
Berdasarkan hadith Nabi SAW :
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" Riwayat Al-Bukhari, 4/1957.Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita. Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).
8) Sunnah berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء
Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi (Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).
Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"
Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani
10) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta terutamanya bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.
Umat Islam sepatutnya menggunakan kesempatan di bulan Ramadan yang penuh berkat ini dengan menggandakan amal kebajikan seperti bersedekah. Rasulullah s.a.w yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawan sentiasa memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.
Ibn Abbas r.a berkata:
Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawanan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1902.
Nabi SAW bersabda :
من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi
Disebut dalam sebuah hadis lain
ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة
Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi
11) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.
Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.
12) Memperbanyakkan bersiwak .
Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa berpuasa :
1.Meninggalakan perkara2 mazmumah
Berpuasa bukan sekadar meninggalkan makanan dan minuman. Tetapi, untuk memperolehi kesempurnaan di dalam berpuasa seseorang seharusnya juga meninggalkan perkataan-perkataan yang keji serta perbuatan-perbuatan orang jahil. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) atau berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum)." Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1894
2. Meninggalakan perbuatan yang lagha (sia-sia)
Justeru, disunnahkan bagi orang yang berpuasa meninggalkan perbualan yang lagha (tidak berfaedah), mengumpat, bercakap kotor, mencerca orang lain dan sebagainya. Puasa juga mendidik seseorang untuk menjadi penyabar. Oleh itu, seseorang yang berpuasa disunnahkan bersabar apabila dicerca mahupun diperangi oleh pihak lain dengan mengucapkan “sesungguhnya aku sedang berpuasa” sebagaimana sabda rasulullah s.a.w:
"Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali). ” Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.
3. Meninggalkan perbuatan mencerca dan memerangi termasuk percakapan bohong.
Semoga melalui ucapan itu dapat mencegah pihak lain dari mencerca atau memeranginya. Berbohong boleh mencacatkan kesempurnaan puasa. Oleh itu, syariat melarang seseorang bercakap bohong ketika berpuasa dan Allah melarang keras perbuatan dengan ancaman tidak akan menerima ibadah puasanya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan melakukan perbuatan it uterus menerus, Allah langsung tidak berhajat (memandang) perbuatannya yang meninggalkan makan dan minum (puasa)." Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1903.
Rujukan :
1. Bonus Belanjawaan Vs Bonus Ramadhan oleh Ust. Zaharuddin Abdul Rahman (www.zaharuddin.net)
2. Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan oleh Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (www.al-fikrah.net)
3. Bersahur dan berbuka puasa cara Rasulullah Akhi Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (www.al-fikrah.net)
Sumber : http://ibnu-qayyim.blogspot.com/
Senarai semak amalan-amalan sunnah disepanjang Ramadhan
Editor : Bro_aiman
1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.
2) Mengtakhirkan Besahur di akhir malam .
Nabi SAW bersabda :" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" Hadis Riawayat Muslim, 2/770
Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim
Waktu yang terbaik untuk makan sahur : adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
"Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat." - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Peringatan !! : Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW
3) Mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah (bagi lelaki).
Risalah Bulan Ramadhan
RISALAH BULAN RAMADHAN
Oleh Kholid bin Abdullah Al-Hamudiy
Saudaraku muslim dan muslimah…
Assalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu
Kami sampaikan risalah ini kepada anda dengan penuh kerinduan dan penghormatan. Kami sampaikan risalah ini dari lubuk hati kami yang paling dalam, disertai luapan rasa cinta kami kepada anda kerana Allah. Kita mohon kepada Allah yang Maha Perkasa agar Dia mempertemukan kami dan anda kelak di Syurga-Nya yang penuh dengan kenikmatan dan rahmat.
Saudaraku muslim dan muslimah…
Sehubungan dengan akan datangnya bulan Ramadhan, kami sampaikan sebuah nasihat sebagai sebuah hadiah yang berharga. Kami tidaklah membuat sesuatu yang baru dalam nasihat ini, melainkan sebagai suatu pengingatan yang insya Allah akan bermanfaat untuk orang-orang yang beriman. Kami harap, semoga Anda berkenan menerimanya dengan lapang dada dan mendoakan kita semua agar senantiasa dijaga, dibimbing oleh Allah Yang Maha Kuasa di jalan yang diredhai-Nya.
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala mengkhususkan bulan Ramadhan dari bulan-bulan yang lainnya. Diantara kekhususan dan keutamaan Ramadhan antara lain:
(1). Bau mulut orang yang berpuasa, lebih harum di sisi Allah, daripada minyak wangi kasturi.
(2). Para malaikat senantiasa mendoakan ampunan bagi orang yang berpuasa sampai dia berbuka puasa.
(3). Dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka.
(4). Terdapat Lailatul Qadar, yaitu suatu malam yang lebih baik dari pada seribu bulan
(5). Terdapat ampunan bagi orang yang berpuasa
(6). Diikatnya syaithan
Saudaraku muslim dan muslimah...
Bagaimanakah kita menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan kekhususan dan keutamaan ini? Apakah disambut dengan perbuatan yang sia-sia? Berjaga semalaman? Berfoya-foya? Naudzu billahi min dzalika.
Sesungguhnya hamba yang soleh akan menyambut kehadiran bulan Ramadhan ini dengan taubat yang murni kepada Allah, meminta ampunan kepada Allah dan bertekad kuat dan jujur, serta berupaya meningkatkan amal soleh dengan tetap mengharap pertolongan Allah agar Dia memudahkan kita untuk beribadah kepada-Nya.
Saudaraku muslim dan muslimah...
Berikut ini adalah beberapa amal soleh yang wajib dikerjakan atau sangat dianjurkan dilakukan:
(1). BERPUASA
Dalam sebuah hadits qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Imam Muslim, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Ertinya : Setiap amal manusia adalah untuk dirinya, satu perbuatan baik akan dibalas dengan sepuluh kebaikan sampai tujuh ratus kali ganda, kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk Aku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwatnya, makanannya, minumannya untuk Aku. Orang yang berpuasa memiliki dua kebahagian, yaitu kebahagian saat berbuka puasa dan kebahagiaan saat berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada harumnya minyak wangi kasturi.”
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda.
”Ertinya : Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu.” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
Saudaraku muslim dan muslimah...
Tidak diragukan lagi bahawa balasan yang sangat agung tersebut tidaklah diberikan kepada orang yang sekadar meninggalkan makanan atau minuman saja! Akan tetapi hanya sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :
”Ertinya : Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan keji serta amal perbuatan keji, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak memerlukan puasanya yang sekadar meninggalkan makanan dan minuman” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)

”Ertinya : Puasa itu perisai, maka apabila seseorang berpuasa, hendaklah dia tidak berbuat lucah (perbuatan yang menjurus kepada hubungan seksual), tidak berbuat kefasikan, tidak berbuat suatu kebodohan. Apabila seseorang mencaci makinya, hendaklah dia mengatakan: Saya sedang berpuasa!” (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
Saudaraku muslim dan muslimah...
Bila Anda berpuasa, maka hendaknya puasa pula pendengaran, penglihatan dan lisan Anda, serta berpuasalah juga seluruh anggota tubuh Anda! Janganlah keadaan Anda saat berpuasa sama dengan keadaan Anda ketika tidak berpuasa!
(2). QIYAMU RAMADHAN YAITU SHALAT TARAWIH
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda :
”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan Qiyamu Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” ( Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
Ada sebuah peringatan penting, yaitu hendaknya kita menyempurnakan solat tarawih berjama’ah di masjid bersama imam solat, agar kita dicatat sebagai orang-orang yang mendirikan qiyamu Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam :
”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu Ramadhan bersama Imamnya sampai selesai, maka dicatat baginya pahala Qiyamu Ramadhan semalam penuh’ ( Hadits Riwayat Ahlus Sunan)
(3). BERSEDEKAH
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan. Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertiya : Seutama-utama sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan” (Hadits Riwayat Tirmidzi).
Diantara bentuk-bentuk sedekah di bulan Ramadhan adalah:
(a). Memberi makanan
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
”Ertinya : Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka Kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera”. (Al-Insan : 8 – 12)
Sesungguhnya salafus soleh (generasi pendahulu umat Islam yang soleh) amat bersemangat untuk memberikan makanan baik kepada yang memerlukan atau kepada teman yang soleh, melebihi semangat menjalankan amal yang lainnya.
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Seorang mukmin yang memberikan mukmin yang lapar maka kelak Allah akan memberi makan kepadanya daripada buah-buahan syurga, dan barang siapa yang memberi minum seorang mukmin, maka kelak Allah akan memberi air minum dari syurga” (Hadit Hasan Riwayat Tirmidzi).
Sebahagian salafus soleh ada yang memberikan makanan kepada saudara-saudaranya kaum muslimin, padahal dia sendiri berpuasa, mereka tidak sekadar memberi makanan, tetapi juga turut duduk sambil berkhidmat (melayani) keperluan mereka.
(b). Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang memberi makan orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa tadi.” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, An Nasa’i dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)
(4). BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM MEMBACA AL-QUR’AN AL-KARIM, MEMPELAJARI TAFSIRNYA DAN MEMAHAMINYA
Saudaraku muslim dan muslimah...
Bersungguh-sungguhlah dalam membaca Al Qur’an Al- Karim. Bacalah dengan penuh tadabur dan kekhusyuan. Sesungguhnya salafus soleh, semoga Allah merahmati mereka, benar-benar tersentuh hatinya dan terpengaruh dengan Al Qur’an Al-Karim. Dalam sebuah hadits riwayat Imam Baihaqi dari sahabat Abu Hurairoh, semoga Allah meredhainya, beliau berkata: ”Ketika turun ayat Al Qur’an :
”Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?” (An-Najm : 59-60)
Ahlus Sufah (para shahabat Nabi yang tinggal di Masjid Nabawi) menangis, berlinang air matanya. Ketika Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam mendengarnya, maka beliau pun turut menangis. Kami (para shahabat Nabi) pun menangis kerananya. Rasulullah Shalallahu alaihi wa sallam bersabda: ”Tidak akan disentuh api neraka, orang yang menangis kerana takut kepada Allah”.
(5). TETAP DUDUK DI MASJID SETELAH SOLAT SUBUH BERJAMA’AH SAMPAI TERBIT MATAHARI
Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa duduk di tempatnya setelah solat subuh sampai terbit matahari. (Hadits Riwayat Imam Muslim)
Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Barang siapa yang solat subuh berjama’ah lalu tetap duduk setelahnya, berdzikir kepada Allah sampai matahari terbit, lalu dia solat dua raka’at maka dia mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna” (Hadits Riwayat Tirmidzi, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani rahimahullah)
Saudaraku muslim dan muslimah...
Besarnya pahala yang Allah berikan atas amalan tersebut adalah amal yang dilakukan di hari-hari biasa, maka apalagi seandainya amal tersebut dikerjakan di bulan Ramadhan?
Marilah kita solat subuh berjama’ah di masjid, lalu setelahnya membaca dzikir atau wirid sesudah shalat, lalu membaca dzikir pagi dan petang yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam, atau membaca Al-Qur’an Al-Karim sampai terbit matahari, lalu setelah terbit matahari, solat sunat dua raka’at. Sungguh Allah telah menjanjikan pahala yang besar, seperti pahala haji dan umrah!
(6). I’TIKAF
Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam senantiasa i’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, dan di tahun terakhir sebelum wafatnya, beliau beri’tikaf selama dua puluh hari terakhir bulan Ramadhan. (Hadits Riwayat Imam Bukhori)
I’tikaf sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan yaitu berdiam diri di masjid, tidak keluar dari masjid sampai malam Aidil Fitri dengan melaksanakan berbagai amal ketaatan kepada Allah seperti solat wajib berjamaah, solat sunat, memperbanyak berdoa, berdzikir, beristighfar, bertaubat, membaca Al-Qur’an Al-Karim dan amal soleh lainnya.
(7). UMRAH DI BULAN RAMADHAN
Umrah di bulan Ramadhan memiliki pahala yang amat besar, bahkan sama dengan pahala haji. Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda:
”Ertinya : Umrah di bulan Ramadhan menyamai haji atau haji bersamaku” (Hadits Riwayat Imam Bukhori)
Tetapi wajib diketahui, meskipun umrah di bulan Ramadhan berpahala menyamai haji, tetapi ia tidak boleh menggugurkan kewajiban haji bagi orang wajib melakukannya.
Demikian pula halnya solat di Masjidil Haram di Mekah dan solat di Masjid Nabawi di Madinah pahalanya dilipatgandakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala .
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memudahkan kita untuk dapat umrah di bulan Ramadhan, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
(8). MENCARI LAILATUL QADAR
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Ertinya : Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” (Al-Qodr: 1-5)

”Ertinya : Barang siapa yang mendirikan qiyamu lail pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (Hadits Riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim)
Adapun qiyamu lail yang dimaksud adalah menghidupkan malam tersebut dengan solat tarawih, membaca Al -Qur’an Al-Karim, berdoa, berdzikir, beristighfar dan bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala .
Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam senantiasa berusaha kuat untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau memerintahkan para shahabatnya untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Beliau pun membangunkan keluarganya pada malam-malam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dengan harapan agar mendapatkan malam lailatul qadar. Malam lailatul qadar terjadi pada suatu malam diantara malam-malam ganjil di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Ummul Mukminin, Aisyah, semoga Allah meredhainya, pernah bertanya kepada Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam : Wahai Rasulullah, bila aku mendapati malam lailatul qadar, doa apakah yang sebaiknya saya baca? Maka Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam bersabda: Bacalah
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibul al-afwa fa’ fu ‘anniy” :
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan suka untuk memberi ampunan, maka ampunilah aku ” (Hadits Riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan dishahihkannya)
(9). MEMPERBANYAK DZIKIR, DO’A DAN ISTIGHFAR
Saudaraku muslim dan muslimah...
Siang dan malam hari di bulan Ramadhan adalah waktu yang memiliki keutamaan, maka isilah dengan memperbanyak dzikir, doa, istighfar, khususnya di waktu-waktu tertentu dikabulkannya doa, antara lain yaitu:
(a). Saat berbuka puasa. Bagi orang yang berpuasa ketika berbuka puasa memiliki doa yang tidak akan ditolak oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala
(b). Sepertiga malam yang terakhir, saat Allah Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia.
(c). Beristighfar di waktu sahur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
”Ertinya : Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.” (Adz- Dzariyat: 18)
(d). Mencari suatu saat dikabulkannya doa di hari Jumaat, yaitu di suatu waktu antara asar dan maghrib di hari Jumaat.
Saudaraku muslim dan muslimah...
Ada beberapa perbuatan yang harus kita tinggalkan atau jauhi baik di luar Ramadhan, terlebih lagi di bulan Ramadhan, diantaranya:
(1). Menjadikan malam seperti siang dan menjadikan siang seperti malam. Maksudnya di malam hari dihabiskan untuk berjaga sambil bersembang, menonton TV atau perbuatan sia-sia lainnya. Sementara di siang hari dihabiskan untuk tidur.
(2). Tidur di sebahagian waktu solat wajib.
(3). Berlebih-lebihan dalam makanan dan minuman
(4). Terlalu cepat makan sahur, lalu tertidur saat waktu solat subuh sehingga tidak solat subuh berjama’ah di masjid.
(5). Berbohong dan berbuat perbuatan sia-sia
(6). Menyia-nyiakan waktu
(7). Berkumpul bersama teman-teman untuk kegiatan yang sia-sia, mengata,mengumpat, gosip dan semisalnya
(8). Kaum wanita menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk memasak makanan.
Saudaraku muslim dan muslimah...
Ketahuilah bahawa hal yang tak kalah pentingnya adalah ikhlas! Betapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan dahaga! Betapa banyak orang yang mendirikan solat terawih tidak mendapatkan apa-apa selain penat dan letih! Kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dari hal demikian. Oleh kerana itu Nabi Muhammad Salallahu alaihi wa sallam menekankan dalam banyak sabdanya : ” Dengan keimanan dan mengharap pahala Allah”. Kita mohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar menganugerahkan keikhlasan dalam ucapan, amalan kita, baik ketika sendirian maupun bersama orang banyak. Ya Allah, kabulkan permohonan kami ini.
Saudaraku muslim dan muslimah...
Perhatikanlah nikmat usia dan kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita! Sungguh umur kita terbatas! Pernakah Anda berfikir, mana orang-orang yang tahun lalu berpuasa Ramadhan bersama kita? Ke manakah orang-orang yang tahun lalu solat tarawih bersama kita? Sebahagian mereka ada yang sudah dijemput oleh malaikat maut! Sebahagian lagi terbaring sakit! Sehingga mereka tidak kuat berpuasa dan solat tarawih. Maka pujilah Allah! Bersyukurlah kepada Allah, wahai Saudaraku!
Berbekalah mulai sekarang juga! Sungguh, sebaik-baik bekal adalah taqwa!
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami kesempatan untuk berpuasa Ramadhan dan mendirikan Qiyamu Ramadhan, dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang diterima amalan-amalannya dan jadikanlah kami di bulan Ramadhan orang-orang yang dibebaskan dari api neraka. Amin.
Semoga selawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Akhir doa kami adalah Alhamdulillahi rabbil ’alamin.
Wassalamu alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu
(Diterjemahkan (dengan penyesuaian) dari buletin ”Risalah Syahri Ramadhan” karya Kholid bin Abdullah Al Hamudiy oleh Bukit Adhinugraha, Bogor 16 Sya’ban 1428 Hijriyah)
Dari Bulletin Friendster
*copy paste from AFN

Tuntutan Sunnah dalam Bulan Ramadhan
bismillaah..
assalamua'laikum..
(ana pun belum baca, perlu copy paste untuk rujukan,
since duit printer dah habis..sebab article di AFN keep updated,
so takut tertinggal...senang sikit kumpul di blog..)
Tuntutan al-Sunnah dalam bulan Ramadhan
Oleh Ustaz Fadlan Mohd Othman
Sumber : http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/
Setelah melepasi bulan Sya’ban, tibalah masanya untuk seseorang muslim melaksanakan satu ibadah mulia yang merupakan salah satu daripada rukun-rukun Islam yang lima. Di dalam perbincangan mengenai tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w. di dalam bulan mulia ini, penekanan akan dibuat berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang sahih sahaja serta kata-kata ulamak yang muktabar, seperti berikut:
1- Apabila melihat anak bulan Ramadhan bacakan:
Maksudnya: Ya Allah, munculkanlah bulan sabit ini ke atas kami dengan keberkatan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.
2- Dirikan Solat sunat al-Tarawih dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala:
Maksudnya: Siapa yang bangun Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan akan diampunkan dosanya yang terdahulu.
- Jumlah bilangan solat sunat al-Tarawih yang terbaik ialah 11 raka‘at mengikut bilangan solat Nabi s.a.w.:
Maksudnya: Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa beliau telah bertanya Aisyah r.a. ‘Bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan?’ Beliau menjawab, ‘Baginda tidak pernah menambah dalam bulan Ramadhan dan bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, janaganlah engkau tanya kecantikannya dan panjangnya. Kemudian Baginda solat empat rakaat, janganlah engkau tanya kecantikannya dan panjangnya. Kemudian Baginda solat tiga rakaat.’ Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, adakah engkau tidur sebelum berwitir?’ Jawab Baginda, “Wahai Aisyah, sesungguhnya mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur.”
- Bilangan ini juga telah diarahkan oleh Umar r.a. semasa beliau melantik imam-imam untuk solat Tarawih di zamannya seperti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dengan sanad yang sahih daripada alSaib bin Yazid katanya:
Umar telah mengarahkan Ubai bin Ka’b dan Tamim alDari supaya mengimamkan orang ramai sebanyak 11 rakaat...
Di sana ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Umar mengumpulkan orang ramai berimamkan Ubai bin Ka’b dan mengarahkannya supaya solat 20 atau 21 rakaat. Akan tetapi riwayat itu adalah lemah dan tidak sabit, sepertimana diterangkan oleh al-Syaikh al-Albani rahimahullah[5].
- Laksanakanlah solat sunat al-Tarawih bersama imam sehingga selesai:
Maksudnya: Sesungguhnya siapa yang bangun bersama imam sehingga imam itu selesai, Allah menulis untuknya bangun satu malam.
Sekiranya berimamkan imam yang berpendapat bilangan solat Tarawih ialah 23 rakaat, adalah digalakkan supaya menyelesaikan solat bersama imam untuk mendapat ganjaran bangun seluruh malam. Pun begitu jika hendak berhenti setengah jalan, perlulah diingatkan bahawa solat Tarawih adalah sunat hukumnya. Dalam erti kata lain perkara ini adalah dibenarkan.
3- Pastikan berniat untuk melaksanakan puasa Ramadhan pada waktu malam:
Maksudnya: Siapa yang tidak meniatkan puasa pada waktu malam sebelum fajar, maka tiada puasa baginya.
- Niat tempatnya dalam hati iaitu dengan berdetiknya dalam hati bahawa seseorang itu ingin melakukan sesuatu amalan. Al-Imam al-Nawawi telah berkata:
“Dan niat itu ialah tujuan (al-Qasd). Justeru orang yang sembahyang menghadirkan dalam fikirannya zat solat dan apa-apa yang wajib daripada sifat-sifat solat seperti zuhur, fardhu dan sebagainya. Kemudian dia menuju kenyataan-kenyataan ini dengan tujuan yang seiringan dengan takbir yang pertama. Tidak disyaratkan mengiringkan niat selepas takbir. Akan tetapi disyaratkan tidak mendatangkan perkara yang membatalkannya. Jika dia berniat di pertengahan solat untuk keluar darinya, batal solatnya.”[8]
- Al-Imam al-Suyuti juga telah berkata:
“Daripada bid‘ah (yang sayyiah) itu adalah was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda. Mereka tidak pernah melafazkan sedikit pun niat solat melainkan (terus) takbir. ”[9]
4- Usahakan untuk bersahur seketika sebelum masuknya waktu fajar:
Maksudnya: Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan.
- Bersahur adalah satu amalan yang amat-amat digalakkan walaupun dengan seteguk air:
Maksudnya: Sahur ialah santapan berkat, janganlah kamu semua tinggalkannya walaupun dengan meneguk seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang yang bersahur.
- Sekiranya masuk waktu fajar, tidak dibenarkan makan dan minum. Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:187):
Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
- Akan tetapi terdapat kelonggaran untuk makan dan minum walaupun azan berkumandang bagi mereka yang memegang minuman atau makanan:
Maksudnya: Sekiranya seorang daripada kamu mendengar azan sedang bekas air di tangannya, janganlah dia letakkan sehingga dia selesai minum apa yang perlu.
- Sahur sewajarnya dilewatkan sehingga ke penghujung waktu iaitu seketika sebelum masuknya waktu fajar:
Maksudnya: Tiga perkara merupakan akhlak kenabian; mencepatkan buka puasa, melewatkan sahur dan meletak tangan kanan atas tangan kiri dalam solat.
- Imsak dikira oleh para ulamak sebagai satu amalan yang tidak berpaksikan dalil yang sahih. Ibnu Hajar telah berkata:
“Di antara bid‘ah-bid‘ah yang munkar ialah apa yang berlaku di zaman ini iaitu melaungkan azan kedua sebelum waktu subuh dengan anggaran satu pertiga jam pada bulan Ramadhan, di samping memadamkan pelita-pelita yang dijadikan tanda pengharaman makan dan minum bagi mereka yang ingin berpuasa. Perbuatan ini dianggap satu usaha berjaga-jaga dalam ibadat. Perkara ini tidak diketahui kecuali oleh segelintir manusia. Perbuatan ini juga telah menarik mereka untuk tidak melaungkan azan kecuali selepas terbenamnya matahari seketika untuk memastikan waktu –pada sangkaan mereka-. Dengan ini mereka telah melewatkan berbuka dan mencepatkan bersahur dan mereka telah menyalahi al-Sunnah. Disebabkan inilah kebaikan menjadi sedikit di kalangan mereka dan keburukan menjadi banyak di antara mereka. Allah jualah yang dipohon pertolongan.”[14]
5- Berpuasalah dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala:
Maksudnya: Siapa puasa Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.
6- Tegahlah diri daripada makan, minum dan lebih penting lagi kata-kata keji dan amalan-amalan keji:
Maksudnya: Siapa yang tidak meninggalkan kata-kata keji dan amalam keji, Allah tidak mempunyai hajat dalam usahanya meninggalkan makann dan minumannya.
- Orang yang terlupa lalu makan dan minum semasa dia menjalankan ibadah puasa, perbuatannya ini tidak membatalkan puasanya. Akan tetapi sekiranya dia teringat semasa sedang makan atau minum, hendaklah dia segera berhenti. Orang yang melihatnya makan dan minum juga hendaklah menegurnya kerana memberi nasihat dalam agama adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya: Sesiapa yang terlupa semasa dia berpuasa lalu dia makan atau minum, hendaklah dia sempurna (atau teruskan) puasanya kerana sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum.
- Terdapat beberapa orang yang dikecualikan daripada berpuasa. Mereka dapat dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut:
a- Dikecualikan daripada berpuasa tetapi mestilah menggantinya apabila tiada halangan.
· Orang sakit yang boleh sembuh,
· Pengembara.
Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:184):
Maksudnya: Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.
b- Dikecualikan daripada berpuasa dan tidak perlu menggantinya apabila tiada halangan, akan tetapi perlu membayar fidyah dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.
· Lelaki tua yang tidak mampu berpuasa,
· Wanita tua yang tidak mampu berpuasa.
· Orang sakit yang tidak boleh sembuh
· Wanita yang hamil
· Wanita yang menyusukan anak
Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:184):
Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin
Terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas yang menerangkan pendapat ini seperti berikut:
Riwayat pertama:
Maksudnya: Daripada ‘Ata’ bahawa dia mendengar Ibnu ‘Abbas membaca { Dan wajib atas orang-orang yang diberatkan puasa (kerana tua dan sebagainya)} maka mereka tidak mampu berpuasa, {membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin}. Ibnu ‘Abbas berkata ‘Ayat ini tidak mansukh. Mereka ialah orang tua lelaki dan wanita yang tidak mampu berpuasa maka mereka memberi makan bagi setiap hari seorang miskin.’
Riwayat kedua:
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas {Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin} katanya ‘Dahulu ini adalah kelonggaran bagi orang tua lelaki dan wanita yang mana kedua-duanya berdaya berpuasa untuk memberi makan setiap hari seorang miskin, juga wanita hamil dan menyusu jika kedua-duanya takut. Berkata Abu Daud iaitu takut atas anak mereka, mereka buka dan memberi makan.
7- Mempergandakan amalan-amalan kebajikan di bulan ini:
Maksudnya: Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satu pun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satu pun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, ‘Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam.
- Memperbanyakkan bacaan al-Quran al-Karim dan juga mendengar bacaan al-Quran al-Karim. Firman Allah Ta’ala (alBaarah 2:185):
Maksudnya: (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sebab pemilihan bulan Ramadhan sebagai bulan puasa ialah kerana al-Quran diturunkan dalam bulan ini. Jadi wajarlah dipertingkatkan bacaan al-Quran dan diperbanyakkan mendengar bacaan al-Quran serta tinggalkanlah lagu-lagu.
- Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa.
Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang puasa, dia akan dapat seperti pahalanya tanpa dikurangkan pahalanya sedikitpun.
- Membuat Umrah di bulan ini, pahalanya ibarat membuat haji:
Maksudnya: Sekiranya datang Ramadhan hendaklah kamu berumrah kerana sesungguhnya umrah dalam Ramadhan menyaingi haji.
8- Di bulan ini, Allah Ta‘ala membuka peluang seluas-luasnya untuk hamba-hambaNya menghentikan amalan-amalan buruk dan keji:

9- Memperbanyakkan doa di setiap masa semasa puasa:
Maksudnya: Tiga doa yang mustajab tanpa syak. Doa orang berpuasa, doa orang dizalimi dan doa orang mengembara.
10- Apabila tenggelamnya matahari, berbukalah dengan segera:
Maksudnya: Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka segera berbuka puasa.
Maksudnya: Sekiranya malam datang dari sini, siang pergi dari sini dan terbenamnya matahari maka berbukalah orang berpuasa.
11- Semasa berbuka, mulakan dengan rutob (kalau tiada) tamar (kalau tiada) dengan air:
Maksudnya: Anas berkata ‘Kebiasaannya dahulu Rasulullah s.a.w. berbuka dengan kurma muda sebelum solat. Jika tiada kurma muda maka dengan kurma tua. Jika tiada maka dengan beberapa teguk air.
12- Selepas berbuka bacakan:
Maksudnya: Marwan bin Salim telah berkata ‘Aku telah melihat Ibnu Umar menggenggamjanggutnya dan memotong apa yang melebihi tapak tangan. Beliau berkata ‘Kebiasaannya dahulu Rasulullah s.a.w. apabila berbuka Baginda akan berkata “Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat. Dan telah tetap pahala dengan izin Allah.”
13- Apabila sampainya sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, tingkatkan kegigihan beribadat, pastikan malam al-Qadr tidak terlepas:
Maksudnya: Daripada ‘Aisyah r.a. katanya ‘Kebiasaannya dahulu Nabi s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan, Baginda akan bersungguh-sungguh, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.’
14- Sekiranya berkesempatan beri‘tikaflah di salah satu dari 3 masjid iaitu al-Masjid al-Haram, al-Masjid al-Nabawi dan al-Masjid al-Aqsa (menurut satu pendapat):
Maksudnya: Tiada iktikaf kecuali di tiga masjid sahaja.
- Pendapat kedua pula ialah Masjid Jami‘. Bagi mereka yang mengambil pendapat pertama, masih boleh juga turut serta beribadat dengan mereka yang beri‘tikaf di masjid-masjid Jami‘:
Maksudnya: Para malaikat berdoa ke atas seseorang dari kamu selagimana dia berada di dalam tempat solatnya selagimana dia tidak batal wudhuk ‘Ya Allah ampunkanlah dia, Ya Allah rahmatilah dia.’ Seorang daripada kamu dikira berada dalam solatnya selagimana solat itu menghalangnya, tiada yang melarangnya balik kepada keluarganya kecuali solat.
15- Bersungguh-sungguh pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan:
Maksudnya: Siapa bangun malam keagungan dengan keimanan dan pengharapan akan diampunkan untuknya dosanya yang terdahulu.
- Di malam al-Qadr bacalah:
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah aku.
- Tanda malam al-Qadar:
Maksudnya: Daripada Zirr katanya ‘Aku mendengar Ubay bin Ka‘b berkata apabila dikatakan kepadanya bahawa Abdullah bin Mas‘ud berkata ‘Siapa bangun sepanjang tahun dia akan dapat malam keagungan.’ Ubay berkata ‘Demi Allah yang tiada tuhan yang hak selainnya, malam itu di dalam Ramadhan.’ Beliau bersumpah tanpa pengecualian. ‘Dan demi Allah, sesungguhnya aku tahu malam manakah ia. Ianya ialah malam yang Nabi s.a.w. perintahkan kami bangun padanya. Ianya ialah malam pagi 27. Tandanya ialah matahari terbit pada paginya putih tanpa cahaya silau.
16- Apabila sampai dua atau tiga hari sebelum berakhirnya Ramadhan, bersedialah untuk mengeluarkan zakat fitrah seperti berikut:
- Hukumnya fardhu:
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum ke atas hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan dewasa dari kalangan orang-orang Islam. Baginda juga memerintahkan supaya zakat ini dikeluarkan sebelum orang ramai keluar untuk solat.
- Bentuk zakat fitrah:
Maksudnya: Daripada ‘Iyad bin Abdullah bin Sa‘d bin Abi Sarh al-‘Amiri bahawa dia mendengar Abu Sa‘id al-Khudri r.a. berkata (Dahulu kami sering mengeluarkan zakat fitrah sebanyak segantang makanan atau segantang gandum atau segantang kurma atau segantang susu ‘kering’ atau segantang kismis.)
- Masa keluarkan zakat fitrah:

Maksudnya: Daripada Ibnu ‘Abbas katanya Rasulullah telah memfardhukan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada kata-kata kosong dan kata-kata lucah, di samping menjadi makanan kepada orang-orang miskin. Siapa yang menunaikannya sebelum solat, ia adalah zakat yang diterima. Siapa yang menunaikannya selepas solat, ia adalah sedekah seperti mana-mana sedekah.
- Kepada siapa diberikan zakat fitrah:

Demikianlah sedikit-sebanyak berkenaan tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w. di dalam bulan Ramadhan. Semoga dapatlah kita berusaha dengan gigih agar menepati tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. junjungan kita dalam mengharungi hari-hari dalam bulan-bulan ini. Kita juga memohon agar Allah Ta’ala memberkati niat dan amalan kita di muka bumi ini dan mengizinkan kita memasuki syurgaNya di akhirat nanti. Amin ya Rabb al-alamin…
[1] HR al-Tirmizi, Kitab al-Da‘awat (Doa-doa), Bab Ma Yaqul ‘Ind Ru’yat al-Hilal (Apa yang disebut semasa melihat anak bulan), No. 3373. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi No. 3451.
[2] HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih (Solat Tarawih), Bab Fadl Man Qam Ramadhan (Kelebihan orang yang bangun Ramadhan), No. 1870. Juga Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha (Solat pengembara-pengembara dan memendekkannya), Bab al-Targhib Fi Qiyam Ramadhan Wa Huwa al-Tarawih (Galakan bangun Ramadhan iaitu Tarawih), No. 1266.
[3] HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih (Solat Tarawih), Bab Fadl Man Qam Ramadhan (Kelebihan orang yang bangun Ramadhan), No. 1874. Juga Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha (Solat pengembara-pengembara dan memendekkannya), Bab Solat al-Lail Wa ‘Adad Raka‘at al-Nabi s.a.w. Fi al-Lail Wa Anna al-Witr Rak‘at Wa Anna al-Rak‘at Solah Sahihah (Solat malam dan bilangan rakaat Nabi s.a.w. di waktu malam, dan sesungguhnya witir itu satu rakaat, serta sesungguhnya satu rakaat itu solat yang sah). No. 1219.
[4] HR Malik, Kitab alNida’ li alSolah, Bab Ma Ja’a fi Qiyam Ramadhan, No. 232.
[5] Sila lihat Solat al-Tarawih oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani, al-Maktab al-Islami, Beirut, Cetakan ke2 1405h-1985, hlm. 55 dan 65.
[6] HR al-Nasa’i, Kitab Qiyam al-Lail Wa Tatawwu‘ al-Nahar (Bangun malam dan solat sunat siang), Bab Qiyam Shar Ramadhan (Bangun bulan Ramadhan), No. 1587. dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa‘i No. 1604.
[7] HR al-Nasa’i, Kitab al-Siyam (Puasa), Bab Zikr Ikhtilaf al-Naqilin Li Khabar Hafsah Fi Zalik (al-Niyyah Fi al-Siyam) (Penerangan tentang perbezaan para periwayat hadith Hafsah berkenaan perkara ini (niat dalam puasa)), No. 2292. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa’i No. 2330.
[8] Sila lihat al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Raudah al-Talibin, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1421H-2000, hlm. 332.
[9] Sila lihat Mohd. Asri Zainul Abidin, Bid’ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2005, hlm. 44. (al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba‘ Wa al-Nahy ‘an al-Ibtida‘, hlm. 100.)
[10] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Barakah al-Sahur Min Ghair Ijab, No. 1789. Juga Muslim, Kitab al-Siyam (Puasa), Bab Fadl al-Sahur WaTa’kid Istihbabih Wa Istihbab Ta’khirih Wa Ta‘jil al-Fitr (Kelebihan bersahur dan penekanan sunatnya serta sunatnya dilewatkan sahur dan dicepatkan berbuka), No.1835.
[11] HR Ahmad, Baqi Musnad al-Mukthirin, Musnad Abi Sa‘id al-Khudri, No. 10664. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, No. 3683.
[12] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab Fi al-Rajul Yasma‘ al-Nida’ Wa al-Ina’ Fi Yadih, No. 2003. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1394.
[13] HR al-Tabarani, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, No. 3038.
[14] Sila lihat al-‘Asqalani, Ali bin Hajar, Fath al-Bari, jil. 4, hlm. 199.
[15] HR al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Saum Ramadhan Ihtisaban Min al-Iman, No. 37. Juga Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha (Solat pengembara-pengembara dan memendekkannya), Bab al-Targhib Fi Qiyam Ramadhan Wa Huwa al-Tarawih (Galakan bangun Ramadhan iaitu Tarawih), No.1268.
[16] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Man Lam Yada‘ Qaul al-Zur Wa al-‘Amal Bih Fi al-Saum, No.1770.
[17] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Akl al-Nasi Wa Shurbih Wa Jima‘ih La Yufattir, No. 1952. Juga al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab al-Saim Iza Akal Aw Syarib Nasiyan, No. 1797.
[18] HR al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, Bab Qaulih Ta‘ala ‘Ayyaman Ma‘dudat...’, No. 4145.
[19] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab Man Qal Hiya Muthbatah Li al-Syaikh Wa al-Hubla, No. 1974. Dihukum
[20] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, No. 682.
[21] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Man Fattar Saima, No. 735. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, No. 807.
[22] HR Muslim, Kitab al-Haj, Bab Fadl al-‘Umrah Fi Ramadhan, No. 2201.
[23] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, No. 682.
[24] HR al-‘Uqaili, al-Baihaqi dan Ibnu ‘Asakir, dihukum sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1797.
[25] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Ta‘jil al-Iftar, No. 1821. Juga Muslim, No. Kitab al-Siyam (Puasa), Bab Fadl al-Sahur WaTa’kid Istihbabih Wa Istihbab Ta’khirih Wa Ta‘jil al-Fitr (Kelebihan bersahur dan penekanan sunatnya serta sunatnya dilewatkan sahur dan dicepatkan berbuka), No. 1838.
[26] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Mata Yahill Fitr al-Saim, No. 1818. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Bayan Waqt Inqida’ al-Saum Wa Khuruj al-Nahar, No. 1841.
[27] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab Ma Yuftir ‘Alaih, No. 2009. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud, No. 2040.
[28] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab al-Qaul ‘Ind al-Iftar, No. 2010. Dihukum Hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, No. 4678.
[29] HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih, Bab al-‘Amal Fi al-‘Ashr al-Awakhir Min Ramadhan, No. 1884.
[30] HR al-Isma‘ili (al-Mu‘jam) dan al-Baihaqi (al-Sunan) seperti dinyatakan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 2786. Dihukum Sahih oleh al-Albani.
[31] HR al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Man Jalas Fi al-Masjid Yantazir al-Solat Wa Fadl al-Masajid, No. 619. Juga Muslim, Kitab al-Masajid Wa Mawadi‘ al-Solat, Bab Fadl Solat al-Jama‘ah Wa Intizar al-Solat, No. 1060.
[32] HR al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Qiyam Lailah al-Qadr Min al-Iman, No. 34.
[33] HR Ibnu Majah. Kitab al-Du‘a, Bab al-Du‘a Bi al-‘Afw Wa al-‘Afiyah, No. 3840. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah, No. 3119.
[34] HR Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha, Bab al-Targhib Fi Qiyam Ramadhan Wa Huwa al-Tarawih, No. 1272.
[35] HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Fard Sadaqah al-Fitr, No. 1407.
[36] HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Sadaqah al-Fitr Sa‘ Min Ta‘am, No. 1410.
[37] HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Fard Sadaqah al-Fitr, No. 1407.
[38] HR Abu Daud, Kitab al-Zakat, Bab Zakat al-Fitr, No. 1371. Juga Ibnu Majah, Kitab al-Zakat, Bab Sadaqah al-Fitr, No. 1817. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 1427 dan Sahih Ibnu Majah No. 1492.
[39] HR Abu Daud, Kitab al-Zakat, Bab Zakat al-Fitr, No. 1371. Juga Ibnu Majah, Kitab al-Zakat, Bab Sadaqah al-Fitr, No. 1817. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 1427 dan Sahih Ibnu Majah No. 1492.
copy paste from AFN

اللَّهُمَّ أَهْلِلْهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ وَالسَّلَامَةِ وَالْإِسْلَامِ رَبِّي وَرَبُّكَ اللَّهُ [1]
Maksudnya: Ya Allah, munculkanlah bulan sabit ini ke atas kami dengan keberkatan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.
2- Dirikan Solat sunat al-Tarawih dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ [2]
Maksudnya: Siapa yang bangun Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan akan diampunkan dosanya yang terdahulu.
- Jumlah bilangan solat sunat al-Tarawih yang terbaik ialah 11 raka‘at mengikut bilangan solat Nabi s.a.w.:
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَأَلَ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَيْفَ كَانَتْ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَمَضَانَ فَقَالَتْ مَا كَانَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلَا فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلَا تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّي ثَلَاثًا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَنَامُ قَبْلَ أَنْ تُوتِرَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ عَيْنَيَّ تَنَامَانِ وَلَا يَنَامُ قَلْبِي [3]
Maksudnya: Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa beliau telah bertanya Aisyah r.a. ‘Bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan?’ Beliau menjawab, ‘Baginda tidak pernah menambah dalam bulan Ramadhan dan bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, janaganlah engkau tanya kecantikannya dan panjangnya. Kemudian Baginda solat empat rakaat, janganlah engkau tanya kecantikannya dan panjangnya. Kemudian Baginda solat tiga rakaat.’ Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, adakah engkau tidur sebelum berwitir?’ Jawab Baginda, “Wahai Aisyah, sesungguhnya mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur.”
- Bilangan ini juga telah diarahkan oleh Umar r.a. semasa beliau melantik imam-imam untuk solat Tarawih di zamannya seperti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dengan sanad yang sahih daripada alSaib bin Yazid katanya:
أَمَرَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ وَتَمِيمًا الدَّارِيَّ أَنْ يَقُومَا لِلنَّاسِ بِإِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً ...[4]
Umar telah mengarahkan Ubai bin Ka’b dan Tamim alDari supaya mengimamkan orang ramai sebanyak 11 rakaat...
Di sana ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Umar mengumpulkan orang ramai berimamkan Ubai bin Ka’b dan mengarahkannya supaya solat 20 atau 21 rakaat. Akan tetapi riwayat itu adalah lemah dan tidak sabit, sepertimana diterangkan oleh al-Syaikh al-Albani rahimahullah[5].
- Laksanakanlah solat sunat al-Tarawih bersama imam sehingga selesai:
إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ قِيَامَ لَيْلَةٍ [6]
Maksudnya: Sesungguhnya siapa yang bangun bersama imam sehingga imam itu selesai, Allah menulis untuknya bangun satu malam.
Sekiranya berimamkan imam yang berpendapat bilangan solat Tarawih ialah 23 rakaat, adalah digalakkan supaya menyelesaikan solat bersama imam untuk mendapat ganjaran bangun seluruh malam. Pun begitu jika hendak berhenti setengah jalan, perlulah diingatkan bahawa solat Tarawih adalah sunat hukumnya. Dalam erti kata lain perkara ini adalah dibenarkan.
3- Pastikan berniat untuk melaksanakan puasa Ramadhan pada waktu malam:
مَنْ لَمْ يُبَيِّتْ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ [7]
Maksudnya: Siapa yang tidak meniatkan puasa pada waktu malam sebelum fajar, maka tiada puasa baginya.
- Niat tempatnya dalam hati iaitu dengan berdetiknya dalam hati bahawa seseorang itu ingin melakukan sesuatu amalan. Al-Imam al-Nawawi telah berkata:
“Dan niat itu ialah tujuan (al-Qasd). Justeru orang yang sembahyang menghadirkan dalam fikirannya zat solat dan apa-apa yang wajib daripada sifat-sifat solat seperti zuhur, fardhu dan sebagainya. Kemudian dia menuju kenyataan-kenyataan ini dengan tujuan yang seiringan dengan takbir yang pertama. Tidak disyaratkan mengiringkan niat selepas takbir. Akan tetapi disyaratkan tidak mendatangkan perkara yang membatalkannya. Jika dia berniat di pertengahan solat untuk keluar darinya, batal solatnya.”[8]
- Al-Imam al-Suyuti juga telah berkata:
“Daripada bid‘ah (yang sayyiah) itu adalah was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi s.a.w. dan para sahabat Baginda. Mereka tidak pernah melafazkan sedikit pun niat solat melainkan (terus) takbir. ”[9]
4- Usahakan untuk bersahur seketika sebelum masuknya waktu fajar:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً [10]
Maksudnya: Bersahurlah kerana dalam sahur itu ada keberkatan.
- Bersahur adalah satu amalan yang amat-amat digalakkan walaupun dengan seteguk air:
السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ [11]
Maksudnya: Sahur ialah santapan berkat, janganlah kamu semua tinggalkannya walaupun dengan meneguk seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang yang bersahur.
- Sekiranya masuk waktu fajar, tidak dibenarkan makan dan minum. Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:187):
Maksudnya: Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar.
- Akan tetapi terdapat kelonggaran untuk makan dan minum walaupun azan berkumandang bagi mereka yang memegang minuman atau makanan:
إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمْ النِّدَاءَ وَالْإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلَا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ [12]
Maksudnya: Sekiranya seorang daripada kamu mendengar azan sedang bekas air di tangannya, janganlah dia letakkan sehingga dia selesai minum apa yang perlu.
- Sahur sewajarnya dilewatkan sehingga ke penghujung waktu iaitu seketika sebelum masuknya waktu fajar:
ثلاث من أخلاق النبوة: تعجيل الإفطار وتأخير السحور ووضع اليمين على الشمال في الصلاة [13]
Maksudnya: Tiga perkara merupakan akhlak kenabian; mencepatkan buka puasa, melewatkan sahur dan meletak tangan kanan atas tangan kiri dalam solat.
- Imsak dikira oleh para ulamak sebagai satu amalan yang tidak berpaksikan dalil yang sahih. Ibnu Hajar telah berkata:
“Di antara bid‘ah-bid‘ah yang munkar ialah apa yang berlaku di zaman ini iaitu melaungkan azan kedua sebelum waktu subuh dengan anggaran satu pertiga jam pada bulan Ramadhan, di samping memadamkan pelita-pelita yang dijadikan tanda pengharaman makan dan minum bagi mereka yang ingin berpuasa. Perbuatan ini dianggap satu usaha berjaga-jaga dalam ibadat. Perkara ini tidak diketahui kecuali oleh segelintir manusia. Perbuatan ini juga telah menarik mereka untuk tidak melaungkan azan kecuali selepas terbenamnya matahari seketika untuk memastikan waktu –pada sangkaan mereka-. Dengan ini mereka telah melewatkan berbuka dan mencepatkan bersahur dan mereka telah menyalahi al-Sunnah. Disebabkan inilah kebaikan menjadi sedikit di kalangan mereka dan keburukan menjadi banyak di antara mereka. Allah jualah yang dipohon pertolongan.”[14]
5- Berpuasalah dengan penuh keimanan dan pengharapan pahala:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ [15]
Maksudnya: Siapa puasa Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.
6- Tegahlah diri daripada makan, minum dan lebih penting lagi kata-kata keji dan amalan-amalan keji:
مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ [16]
Maksudnya: Siapa yang tidak meninggalkan kata-kata keji dan amalam keji, Allah tidak mempunyai hajat dalam usahanya meninggalkan makann dan minumannya.
- Orang yang terlupa lalu makan dan minum semasa dia menjalankan ibadah puasa, perbuatannya ini tidak membatalkan puasanya. Akan tetapi sekiranya dia teringat semasa sedang makan atau minum, hendaklah dia segera berhenti. Orang yang melihatnya makan dan minum juga hendaklah menegurnya kerana memberi nasihat dalam agama adalah wajib. Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ [17]
Maksudnya: Sesiapa yang terlupa semasa dia berpuasa lalu dia makan atau minum, hendaklah dia sempurna (atau teruskan) puasanya kerana sesungguhnya Allah telah memberinya makan dan minum.
- Terdapat beberapa orang yang dikecualikan daripada berpuasa. Mereka dapat dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut:
a- Dikecualikan daripada berpuasa tetapi mestilah menggantinya apabila tiada halangan.
· Orang sakit yang boleh sembuh,
· Pengembara.
Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:184):
Maksudnya: Maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.
b- Dikecualikan daripada berpuasa dan tidak perlu menggantinya apabila tiada halangan, akan tetapi perlu membayar fidyah dengan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.
· Lelaki tua yang tidak mampu berpuasa,
· Wanita tua yang tidak mampu berpuasa.
· Orang sakit yang tidak boleh sembuh
· Wanita yang hamil
· Wanita yang menyusukan anak
Firman Allah Ta‘ala (al-Baqarah 2:184):
Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin
Terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas yang menerangkan pendapat ini seperti berikut:
Riwayat pertama:
عَنْ عَطَاءٍ سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ يَقْرَأُ وَعَلَى الَّذِينَ يُطَوَّقُونَهُ فَلَا يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَيْسَتْ بِمَنْسُوخَةٍ هُوَ الشَّيْخُ الْكَبِيرُ وَالْمَرْأَةُ الْكَبِيرَةُ لَا يَسْتَطِيعَانِ أَنْ يَصُومَا فَيُطْعِمَانِ مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا [18]
Maksudnya: Daripada ‘Ata’ bahawa dia mendengar Ibnu ‘Abbas membaca { Dan wajib atas orang-orang yang diberatkan puasa (kerana tua dan sebagainya)} maka mereka tidak mampu berpuasa, {membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin}. Ibnu ‘Abbas berkata ‘Ayat ini tidak mansukh. Mereka ialah orang tua lelaki dan wanita yang tidak mampu berpuasa maka mereka memberi makan bagi setiap hari seorang miskin.’
Riwayat kedua:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ قَالَ كَانَتْ رُخْصَةً لِلشَّيْخِ الْكَبِيرِ وَالْمَرْأَةِ الْكَبِيرَةِ وَهُمَا يُطِيقَانِ الصِّيَامَ أَنْ يُفْطِرَا وَيُطْعِمَا مَكَانَ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا وَالْحُبْلَى وَالْمُرْضِعُ إِذَا خَافَتَا قَالَ أَبُو دَاوُد يَعْنِي عَلَى أَوْلَادِهِمَا أَفْطَرَتَا وَأَطْعَمَتَا [19]
Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas {Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin} katanya ‘Dahulu ini adalah kelonggaran bagi orang tua lelaki dan wanita yang mana kedua-duanya berdaya berpuasa untuk memberi makan setiap hari seorang miskin, juga wanita hamil dan menyusu jika kedua-duanya takut. Berkata Abu Daud iaitu takut atas anak mereka, mereka buka dan memberi makan.
7- Mempergandakan amalan-amalan kebajikan di bulan ini:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ [20]
Maksudnya: Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satu pun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satu pun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, ‘Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam.
- Memperbanyakkan bacaan al-Quran al-Karim dan juga mendengar bacaan al-Quran al-Karim. Firman Allah Ta’ala (alBaarah 2:185):
Maksudnya: (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa sebab pemilihan bulan Ramadhan sebagai bulan puasa ialah kerana al-Quran diturunkan dalam bulan ini. Jadi wajarlah dipertingkatkan bacaan al-Quran dan diperbanyakkan mendengar bacaan al-Quran serta tinggalkanlah lagu-lagu.
- Menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa.
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ [21]
Maksudnya: Siapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang puasa, dia akan dapat seperti pahalanya tanpa dikurangkan pahalanya sedikitpun.
- Membuat Umrah di bulan ini, pahalanya ibarat membuat haji:
فَإِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فَاعْتَمِرِي فَإِنَّ عُمْرَةً فِيهِ تَعْدِلُ حَجَّةً [22]
Maksudnya: Sekiranya datang Ramadhan hendaklah kamu berumrah kerana sesungguhnya umrah dalam Ramadhan menyaingi haji.
8- Di bulan ini, Allah Ta‘ala membuka peluang seluas-luasnya untuk hamba-hambaNya menghentikan amalan-amalan buruk dan keji:
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ [23]
Maksudnya: Apabila masuknya malam pertama daripada bulan Ramadhan para syaitan dan pengganas jin akan dirantai, pintu-pintu neraka akan ditutup, tiada satu pun akan dibuka, pintu-pintu syurga dibuka, tiada satu pun akan ditutup. Akan ada seseorang yang akan melaungkan, ‘Wahai orang yang inginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang inginkan kekejian, berhentilah. Allah mempunyai orang-orang yang dibebaskan daripada neraka pada setiap malam.
9- Memperbanyakkan doa di setiap masa semasa puasa:
ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْصَائمِ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ [24]
Maksudnya: Tiga doa yang mustajab tanpa syak. Doa orang berpuasa, doa orang dizalimi dan doa orang mengembara.
10- Apabila tenggelamnya matahari, berbukalah dengan segera:
لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ [25]
Maksudnya: Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mana mereka segera berbuka puasa.
إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا وَغَرَبَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ. [26]
Maksudnya: Sekiranya malam datang dari sini, siang pergi dari sini dan terbenamnya matahari maka berbukalah orang berpuasa.
11- Semasa berbuka, mulakan dengan rutob (kalau tiada) tamar (kalau tiada) dengan air:
…أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ [27]
Maksudnya: Anas berkata ‘Kebiasaannya dahulu Rasulullah s.a.w. berbuka dengan kurma muda sebelum solat. Jika tiada kurma muda maka dengan kurma tua. Jika tiada maka dengan beberapa teguk air.
12- Selepas berbuka bacakan:
…حَدَّثَنَا مَرْوَانُ يَعْنِي ابْنَ سَالِمٍ الْمُقَفَّعَ قَالَ رَأَيْتُ ابْنَ عُمَرَ يَقْبِضُ عَلَى لِحْيَتِهِ فَيَقْطَعُ مَا زَادَ عَلَى الْكَفِّ وَقَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ [28]
Maksudnya: Marwan bin Salim telah berkata ‘Aku telah melihat Ibnu Umar menggenggamjanggutnya dan memotong apa yang melebihi tapak tangan. Beliau berkata ‘Kebiasaannya dahulu Rasulullah s.a.w. apabila berbuka Baginda akan berkata “Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat. Dan telah tetap pahala dengan izin Allah.”
13- Apabila sampainya sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan, tingkatkan kegigihan beribadat, pastikan malam al-Qadr tidak terlepas:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ [29]
Maksudnya: Daripada ‘Aisyah r.a. katanya ‘Kebiasaannya dahulu Nabi s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan, Baginda akan bersungguh-sungguh, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.’
14- Sekiranya berkesempatan beri‘tikaflah di salah satu dari 3 masjid iaitu al-Masjid al-Haram, al-Masjid al-Nabawi dan al-Masjid al-Aqsa (menurut satu pendapat):
لا اعتكاف إلا في المساجد الثلاثة [30]
Maksudnya: Tiada iktikaf kecuali di tiga masjid sahaja.
- Pendapat kedua pula ialah Masjid Jami‘. Bagi mereka yang mengambil pendapat pertama, masih boleh juga turut serta beribadat dengan mereka yang beri‘tikaf di masjid-masjid Jami‘:
الْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ لَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا دَامَتْ الصَّلَاةُ تَحْبِسُهُ لَا يَمْنَعُهُ أَنْ يَنْقَلِبَ إِلَى أَهْلِهِ إِلَّا الصَّلَاةُ [31]
Maksudnya: Para malaikat berdoa ke atas seseorang dari kamu selagimana dia berada di dalam tempat solatnya selagimana dia tidak batal wudhuk ‘Ya Allah ampunkanlah dia, Ya Allah rahmatilah dia.’ Seorang daripada kamu dikira berada dalam solatnya selagimana solat itu menghalangnya, tiada yang melarangnya balik kepada keluarganya kecuali solat.
15- Bersungguh-sungguh pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan:
مَنْ يَقُمْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ [32]
Maksudnya: Siapa bangun malam keagungan dengan keimanan dan pengharapan akan diampunkan untuknya dosanya yang terdahulu.
- Di malam al-Qadr bacalah:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي [33]
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sukakan kemaafan, maka maafkanlah aku.
- Tanda malam al-Qadar:
عَنْ زِرٍّ قَالَ سَمِعْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ يَقُولُ وَقِيلَ لَهُ إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ مَنْ قَامَ السَّنَةَ أَصَابَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَقَالَ أُبَيٌّ وَاللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ إِنَّهَا لَفِي رَمَضَانَ يَحْلِفُ مَا يَسْتَثْنِي وَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هِيَ هِيَ اللَّيْلَةُ الَّتِي أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقِيَامِهَا هِيَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِي صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لَا شُعَاعَ لَهَا [34]
Maksudnya: Daripada Zirr katanya ‘Aku mendengar Ubay bin Ka‘b berkata apabila dikatakan kepadanya bahawa Abdullah bin Mas‘ud berkata ‘Siapa bangun sepanjang tahun dia akan dapat malam keagungan.’ Ubay berkata ‘Demi Allah yang tiada tuhan yang hak selainnya, malam itu di dalam Ramadhan.’ Beliau bersumpah tanpa pengecualian. ‘Dan demi Allah, sesungguhnya aku tahu malam manakah ia. Ianya ialah malam yang Nabi s.a.w. perintahkan kami bangun padanya. Ianya ialah malam pagi 27. Tandanya ialah matahari terbit pada paginya putih tanpa cahaya silau.
16- Apabila sampai dua atau tiga hari sebelum berakhirnya Ramadhan, bersedialah untuk mengeluarkan zakat fitrah seperti berikut:
- Hukumnya fardhu:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ [35]
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum ke atas hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan dewasa dari kalangan orang-orang Islam. Baginda juga memerintahkan supaya zakat ini dikeluarkan sebelum orang ramai keluar untuk solat.
- Bentuk zakat fitrah:
عَنْ عِيَاضِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي سَرْحٍ الْعَامِرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ [36]
Maksudnya: Daripada ‘Iyad bin Abdullah bin Sa‘d bin Abi Sarh al-‘Amiri bahawa dia mendengar Abu Sa‘id al-Khudri r.a. berkata (Dahulu kami sering mengeluarkan zakat fitrah sebanyak segantang makanan atau segantang gandum atau segantang kurma atau segantang susu ‘kering’ atau segantang kismis.)
- Masa keluarkan zakat fitrah:
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ [37]
Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a. katanya Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah segantang kurma atau segantang gandum ke atas hamba, merdeka, lelaki, wanita, kecil dan dewasa dari kalangan orang-orang Islam. Baginda juga memerintahkan supaya zakat ini dikeluarkan sebelum orang ramai keluar untuk solat.
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ [38]
Maksudnya: Daripada Ibnu ‘Abbas katanya Rasulullah telah memfardhukan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada kata-kata kosong dan kata-kata lucah, di samping menjadi makanan kepada orang-orang miskin. Siapa yang menunaikannya sebelum solat, ia adalah zakat yang diterima. Siapa yang menunaikannya selepas solat, ia adalah sedekah seperti mana-mana sedekah.
- Kepada siapa diberikan zakat fitrah:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ [39]
Maksudnya: Daripada Ibnu ‘Abbas katanya Rasulullah telah memfardhukan zakat fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa daripada kata-kata kosong dan kata-kata lucah, di samping menjadi makanan kepada orang-orang miskin. Siapa yang menunaikannya sebelum solat, ia adalah zakat yang diterima. Siapa yang menunaikannya selepas solat, ia adalah sedekah seperti mana-mana sedekah.
Demikianlah sedikit-sebanyak berkenaan tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w. di dalam bulan Ramadhan. Semoga dapatlah kita berusaha dengan gigih agar menepati tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. junjungan kita dalam mengharungi hari-hari dalam bulan-bulan ini. Kita juga memohon agar Allah Ta’ala memberkati niat dan amalan kita di muka bumi ini dan mengizinkan kita memasuki syurgaNya di akhirat nanti. Amin ya Rabb al-alamin…
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم. وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.
[1] HR al-Tirmizi, Kitab al-Da‘awat (Doa-doa), Bab Ma Yaqul ‘Ind Ru’yat al-Hilal (Apa yang disebut semasa melihat anak bulan), No. 3373. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi No. 3451.
[2] HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih (Solat Tarawih), Bab Fadl Man Qam Ramadhan (Kelebihan orang yang bangun Ramadhan), No. 1870. Juga Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha (Solat pengembara-pengembara dan memendekkannya), Bab al-Targhib Fi Qiyam Ramadhan Wa Huwa al-Tarawih (Galakan bangun Ramadhan iaitu Tarawih), No. 1266.
[3] HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih (Solat Tarawih), Bab Fadl Man Qam Ramadhan (Kelebihan orang yang bangun Ramadhan), No. 1874. Juga Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha (Solat pengembara-pengembara dan memendekkannya), Bab Solat al-Lail Wa ‘Adad Raka‘at al-Nabi s.a.w. Fi al-Lail Wa Anna al-Witr Rak‘at Wa Anna al-Rak‘at Solah Sahihah (Solat malam dan bilangan rakaat Nabi s.a.w. di waktu malam, dan sesungguhnya witir itu satu rakaat, serta sesungguhnya satu rakaat itu solat yang sah). No. 1219.
[4] HR Malik, Kitab alNida’ li alSolah, Bab Ma Ja’a fi Qiyam Ramadhan, No. 232.
[5] Sila lihat Solat al-Tarawih oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani, al-Maktab al-Islami, Beirut, Cetakan ke2 1405h-1985, hlm. 55 dan 65.
[6] HR al-Nasa’i, Kitab Qiyam al-Lail Wa Tatawwu‘ al-Nahar (Bangun malam dan solat sunat siang), Bab Qiyam Shar Ramadhan (Bangun bulan Ramadhan), No. 1587. dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa‘i No. 1604.
[7] HR al-Nasa’i, Kitab al-Siyam (Puasa), Bab Zikr Ikhtilaf al-Naqilin Li Khabar Hafsah Fi Zalik (al-Niyyah Fi al-Siyam) (Penerangan tentang perbezaan para periwayat hadith Hafsah berkenaan perkara ini (niat dalam puasa)), No. 2292. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Nasa’i No. 2330.
[8] Sila lihat al-Nawawi, Yahya bin Syaraf, Raudah al-Talibin, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1421H-2000, hlm. 332.
[9] Sila lihat Mohd. Asri Zainul Abidin, Bid’ah Hasanah Istilah Yang Disalah Fahami, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa, 2005, hlm. 44. (al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba‘ Wa al-Nahy ‘an al-Ibtida‘, hlm. 100.)
[10] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Barakah al-Sahur Min Ghair Ijab, No. 1789. Juga Muslim, Kitab al-Siyam (Puasa), Bab Fadl al-Sahur WaTa’kid Istihbabih Wa Istihbab Ta’khirih Wa Ta‘jil al-Fitr (Kelebihan bersahur dan penekanan sunatnya serta sunatnya dilewatkan sahur dan dicepatkan berbuka), No.1835.
[11] HR Ahmad, Baqi Musnad al-Mukthirin, Musnad Abi Sa‘id al-Khudri, No. 10664. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, No. 3683.
[12] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab Fi al-Rajul Yasma‘ al-Nida’ Wa al-Ina’ Fi Yadih, No. 2003. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1394.
[13] HR al-Tabarani, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, No. 3038.
[14] Sila lihat al-‘Asqalani, Ali bin Hajar, Fath al-Bari, jil. 4, hlm. 199.
[15] HR al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Saum Ramadhan Ihtisaban Min al-Iman, No. 37. Juga Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha (Solat pengembara-pengembara dan memendekkannya), Bab al-Targhib Fi Qiyam Ramadhan Wa Huwa al-Tarawih (Galakan bangun Ramadhan iaitu Tarawih), No.1268.
[16] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Man Lam Yada‘ Qaul al-Zur Wa al-‘Amal Bih Fi al-Saum, No.1770.
[17] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Akl al-Nasi Wa Shurbih Wa Jima‘ih La Yufattir, No. 1952. Juga al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab al-Saim Iza Akal Aw Syarib Nasiyan, No. 1797.
[18] HR al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, Bab Qaulih Ta‘ala ‘Ayyaman Ma‘dudat...’, No. 4145.
[19] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab Man Qal Hiya Muthbatah Li al-Syaikh Wa al-Hubla, No. 1974. Dihukum
[20] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, No. 682.
[21] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Man Fattar Saima, No. 735. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, No. 807.
[22] HR Muslim, Kitab al-Haj, Bab Fadl al-‘Umrah Fi Ramadhan, No. 2201.
[23] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Fadl Shahr Ramadhan, No. 618. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, No. 682.
[24] HR al-‘Uqaili, al-Baihaqi dan Ibnu ‘Asakir, dihukum sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1797.
[25] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Ta‘jil al-Iftar, No. 1821. Juga Muslim, No. Kitab al-Siyam (Puasa), Bab Fadl al-Sahur WaTa’kid Istihbabih Wa Istihbab Ta’khirih Wa Ta‘jil al-Fitr (Kelebihan bersahur dan penekanan sunatnya serta sunatnya dilewatkan sahur dan dicepatkan berbuka), No. 1838.
[26] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Mata Yahill Fitr al-Saim, No. 1818. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Bayan Waqt Inqida’ al-Saum Wa Khuruj al-Nahar, No. 1841.
[27] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab Ma Yuftir ‘Alaih, No. 2009. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud, No. 2040.
[28] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab al-Qaul ‘Ind al-Iftar, No. 2010. Dihukum Hasan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jami‘, No. 4678.
[29] HR al-Bukhari, Kitab Solat al-Tarawih, Bab al-‘Amal Fi al-‘Ashr al-Awakhir Min Ramadhan, No. 1884.
[30] HR al-Isma‘ili (al-Mu‘jam) dan al-Baihaqi (al-Sunan) seperti dinyatakan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 2786. Dihukum Sahih oleh al-Albani.
[31] HR al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Man Jalas Fi al-Masjid Yantazir al-Solat Wa Fadl al-Masajid, No. 619. Juga Muslim, Kitab al-Masajid Wa Mawadi‘ al-Solat, Bab Fadl Solat al-Jama‘ah Wa Intizar al-Solat, No. 1060.
[32] HR al-Bukhari, Kitab al-Iman, Bab Qiyam Lailah al-Qadr Min al-Iman, No. 34.
[33] HR Ibnu Majah. Kitab al-Du‘a, Bab al-Du‘a Bi al-‘Afw Wa al-‘Afiyah, No. 3840. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Ibnu Majah, No. 3119.
[34] HR Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha, Bab al-Targhib Fi Qiyam Ramadhan Wa Huwa al-Tarawih, No. 1272.
[35] HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Fard Sadaqah al-Fitr, No. 1407.
[36] HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Sadaqah al-Fitr Sa‘ Min Ta‘am, No. 1410.
[37] HR al-Bukhari, Kitab al-Zakat, Bab Fard Sadaqah al-Fitr, No. 1407.
[38] HR Abu Daud, Kitab al-Zakat, Bab Zakat al-Fitr, No. 1371. Juga Ibnu Majah, Kitab al-Zakat, Bab Sadaqah al-Fitr, No. 1817. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 1427 dan Sahih Ibnu Majah No. 1492.
[39] HR Abu Daud, Kitab al-Zakat, Bab Zakat al-Fitr, No. 1371. Juga Ibnu Majah, Kitab al-Zakat, Bab Sadaqah al-Fitr, No. 1817. Dihukum sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud No. 1427 dan Sahih Ibnu Majah No. 1492.
copy paste from AFN
Subscribe to:
Posts (Atom)