Wednesday, August 27, 2008

*cantiknyaa islam...*

bismillaah..

assalamua'laikum...

copy paste dari seorang sahabat AFN yang juga berada di negara ahlulkitab:


(Taken entirely from a dars given by Sh. Muhammad
Bazmool, translated by Moosa Richardson and a fatwa
given by Sh. al-Albaani)

Istihala is when something becomes pure. It was
najis (impure) but it is now taahir, (pure). A good
example would be maitah (animal carcass): it is
najis, but should it be burned and become ashes, or
decompose and become earth, then it is taahir, it is
no longer najis. This can happen with dung or feces
or whatever. Whenever something changes from one
property to another, then the ruling likewise
changes.

Example: Let us say that someone uses the fat of a
dead animal to make soap. That fat is najis, but
the chemical change that it was put through makes it
taahir.

Ibn Hazm put it concisely when he said,

"Ruling upon an object is upon what it is named
(what it is), if the name (what it is) changes then
so does the ruling."

He also mentioned in his book of fiqh, Al-Muhalla:
"If the quality of the substance of naturally impure
objects changes the name which was given to it so
that it is no more applicable to it and it is given
a new name which is given to a pure object, so it is
no more an impure thing. It becomes a new object,
with a new rule."

Meaning that if the natural composition of a
substance changes to another substance of a
different composition, so much so that you can no
longer call the new substance by the name of what it
was-- ruling upon that substance changes too.

Proof/Example 1:

The companions (radyallahu anhum) used to eat a
cheese that came from the land of the disbelievers.
In that cheese was a part of the calf which was
slaughtered by the disbelievers in a way that is not
in accordance with Islaam. The companions knew
this, but they also knew that the prohibition was
upon the calf, what is directly from the calf, and
what could be properly called part of the calf; the
ruling is not upon that which you cannot identify as
part of the calf nor is it called any longer
such-and-such part of the calf. This is called
istihala.

Proof/Example 2:

Another proof from the Sunnah: The Prophet
(sallallahu 'alayhi wa sallam) forbade making
vinegar out of wine, but he said that if you should
come across vinegar that has been made from wine
then it is halaal.

Why?

The ruling is upon what the object is, and not what
it was. Wine is haraam; vinegar is not, and before
the wine became an intoxicant, it was halaal. Why?
Because it was fruit before that.

Proof/Example 3:

Allah says in the Qur'an:

"And surely there is a lesson for you in the cattle
we give you to drink of what is in their bellies
from between the feces and blood, pure milk,
wholesome to those who drink it." (16:66)

Allah is putting forth an example for us of how
something pure can come from something impure.

And we can also use as proof something that we've
already gone over. The Prophet (sallallahu 'alayhi
wa sallam) said that when the hide of maitah (the
carrion) is tanned, then it is taahir. He
(sallallahu 'alayhi wa sallam) gave us a method to
purify something which was first impure.

Let us examine things we are familiar with: mono and
diglycerides, whey, gluten, emulsifiers, gelatin,
and whatever else is on the international haraam
list. These by-products sometimes come from
animals, pigs even, in which case the ruling on the
initial substances is that they are haraam. But the
initial substances (e.g. fat, marrow, cartilage,
etc.) are put through chemical change so that you no
longer can even call it "pig fat" or "animal bone"
or "skin" or "cartilage", etc. because it is no
longer that, hence it is taahir, it is halaal.

What is gelatin? As Oxford dictionary of science
defines: "A colorless or pale yellow, water-soluble
protein obtained by boiling collagen with water and
evaporating the solution. It melts when water is
added and dissolves in hot water to form a solution
that sets to a gel on cooling." (page 290)

Is this a chemical change or is this not a chemical
change? Is it protein any longer? No, it is not.

You are in disbelief so you ask, "But how can it be
halaal when it came from something haraam?"

Because of the proofs mentioned above, the ruling is
not based upon what it was, the ruling is based upon
what it is. A Hanafi scholar, Ibn Abedin gave the
example: "the swine which drowns in a salt lake and
decomposes and becomes salt itself, is now halaal."

And other Hanafi scholars go on to say: "salt is
different from meat and bones. If they become salt,
they are salt."

To take the salt example further: salt consists of
sodium chloride (NaCl) when together they are the
halaal food known as salt, when separated they make
up two poisonous substances which are then haraam
for consumption.

The ahnaaf (Hanafis) also use as an example the
human semen, saying that it is najis, then when it
inseminates the egg and becomes a blood clot it is
still najis, but when it becomes flesh it is no
longer najis. And the ahnaaf are not the only ones
who take this position.

The examples are numerous and they extend beyond
food: Yesterday a man was kaafir and going towards
Hell, today he is Muslim, so what is the ruling upon
him? It is based upon what he is today.

We must be careful when we call things haraam
because it is a form of thulm (oppression).
Scholars have said that it is worse that you make
something halaal to haraam rather than making
something haraam to halaal. This deen Allah has
made yusr (easy) let us not make it 'usr (hard).

Wallahu 'Alim


*terpegun sebenarnya baca article ni.....
*sungguh la
''This deen Allah has
made yusr (easy) let us not make it 'usr (hard)''...

Tuesday, August 26, 2008

*muhasabah diri*

bismillaah..

assalamua'laikum..

seronok rasanya dapat buat tajuk ni...
seronok bila cuba keluar dari dunia sendiri,
dan cuba menjadi org yg berada di pihak lain seketika..
cuba lihat diri sendiri dari sudut pandangan orang lain,
dan cuba berada di tempat orang lain,
melihat dan mendengar pandangan orang lain,
dan yang penting,
MUHASABAH DIRI...

alhamdulillaah...
dalam usrah 2 kali berturut turut telah sentuh tentang akhlaq..
nah! ini sangat memberi peringatan kepada diri ini...
malah, apabila membaca pengalaman orang lain,
diri ini rasa begitu terkesan,
kerana seolah-olah sama saja apa yang kita hadapi...

akhlaq sangat memainkan peranan penting...
bagi saya , *sebagai seorang kelahiran utara dan sering berbahasa utara*,
mungkin kadang-kadang agak kasar perkataannya
mungkin kedengaran janggal/kasar pada umum..
dengan nadanya, dengan slank nya, dengan gaya bahasanya..hihi..
maklumla .. anak jati perlih..

dan kadang-kadang,
saya tak menafikan,
kalau saya berlembut dan berbudi bahasa pun,
saya prefer berbuat demikian kpd kaum hawa sahaja,
entah mengapa..
(*maybe rasa geli kot kalau lembut dengan kaum adam*)
mahap la kalau2 ada yang dah terasa hati...hehe

dari sudut lainnya pula,
kadang-kadang tak diakui,
susah jua nak control ''geram'' sbb menghadapi ''kedegilan''..
tapi, itulah...harap sentiasa sabar dan istiqamah minta diikhlaskan hati dan berlapang dada..
yang terlepas juga sikit sikit tu, hehe..sebagai kata-kata penegasan sahaja =D

apa yang perlu dan sentiasa de''remind'' kan dalam hati, sanubari,fikiran, dan diri ini:
ingatlah selalu akhlaq Rasulullah saallallaahua'laihiwasallam dalam usaha baginda menyampaikan da'wah dan akhlaq baginda seharian...
cun banget...cantik,hikmah,lembut...pedek kata : PERFECT lagi sempurna..

*semoga dapat dijadikan iktibar dan pengajaran pada diri ini...
*ego, keras kepala, degil, busuk hati,riak,takabbur semua perlu dibersihkan...
takutnya...

*forgive me, ya Allah...forgive them,ya Allah...sungguh, kami insan yang tak pernah sunyi dari kesilapan,sungguh kami insan yang sangat lemah,kami mohon petunjukMu...

Sunday, August 24, 2008

merayakan perayaan non-muslim..?

bismillaah..

assalamua'laikum..
tadi, sementara menunggu turn dan berlayar di internet,
terjumpa pulak satu sesi soal jawab aqidah:
rupe2nye, dah ada yang pernah bertanya tentang soalanku
di AFN tempoh hari...=)
dan...dijawab juga oleh syeikh THTL...

click di sini

ini saya copy paste kan..


Assalamualaikum. Saya seorang pelajar di sebuah kolej
yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Ada beberapa persoalan di sini.

1. Baru-baru ini berlangsung Mooncake Festival. Dan saya
merupakan salah seorang yang terlibat dalam menjayakan
persembahan pada malam itu. Apa hukumnya?

2. Tidak lama lagi Deepavali bakal menjelang.
Pihak pengurusan Deepavali nights telah melantik saya
untuk menjadi slaah seorang ahli committe pada malam itu.
Wajarkah saya menerima tawaran ini?

3. Pihak pentadbiran kolej merancang untuk
mengadakan sambutan Aidilfitri dan Deepavali serentak
(pada satu malam). Adakah perkara ini dibenarkan?

****************************************************************************

al-Jawab:

Isu ini amat sulit kerana ia bercampur dua strategi yg tidak jelas. Pertama: dasar perpaduan kebangsaan yg dianjurkan oleh Pemerintah kearah membina suatu bangsa Malaysia yang mengadunkan agama dan budaya semua kaum dan saling toleransi. Kedua: agenda Jaringan Islam Liberal (JIL) yg menyelinap masuk dalam agenda Perpaduan Nasional lalu mempromosi manhaj " semua agama saja" Many religions , One God...

Dasar Islam ialah kita berbuat baik dengan non-muslim yg juga berbuat baik kepada kita terutama yg berkongsi taraf kewarganegaraan yg sama spt Malaysia. Dalilnya: AQT 60:08 (Allah tidak melarang kamu utk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang2 yg tidak memerangi kamu kerana agama)

Dasar toleransi Islam amat jelas, bahawa kita mengiktiraf keengganan mereka untuk menolak Islam dan kekal dgn agama pilihan mereka setelah datang kepada mereka dakwah yang terang, Dalilnya: 2:256 (Tiada paksaan utk memasuki Islam). Kita isytiharkan AQT 5:3 (Pada hari ini Aku telah sempurnakan utk kamu agamamu)

Dasar Islam dalam sambutan upacara perayaan juga jelas. RasuluLlah SAW menyatakan dalam sahih Muslim dari Aisyah, " Tiap-tiap kaum mempunyai hari raya mereka dan hari ini adalah hari raya kita."

Hari Raya adalah terlalu personal kepada umat itu kerana ia berkait dengan agama dan silsilah umat itu, jika umat lain tumpang sekali utk merayakan, ia tidak membawa apa-apa erti. Maka dasar terbaik Islam ialah, membiarkan setiap umat dan agama merayakan perayaan/Ied mereka secara eksklusif.

Itulah dasar Islam, amat jelas dan tidak membawa apa-apa kesan kepada perpaduan nasional. Cuma kita bimbang dgn anasir JIL yang memasukkan jarum mereka dalam agenda perpaduan.
Mari kita lihat soalan anda satu persatu:

1) Menjadi AJK Festival Tanglung dan makan kuih Bulan.

Mooncake festival yang disambut oleh kaum China, Taiwan dan Korea adalah upacara yg bersifat tradisional kerana ia bersangkutan dgn folklore atau cerita rakyat masyarakat China. Jadi Muslim sepatutnya tidak menjadi AJK sambutannya kerana ia tidak ada kena mengena dgn kaum lain.

2) Upacara Deepavali atau Diwali adalah upacara sambutan keagamaan kaum Hindu dan Sikh. Ia merayakan kejayaan Tuhan Rama ke atas Ravana atau Tuhan Krishna ke atas Natakasura. apabila ia jelas upacara keagamaan, maka umat Islam tidak sepatutnya berganding bahu merayakan kemenangan itu. Toleransi Islam tidak sampai ke tahap ini. Kita benarkan mereka bersuka ria tapi kita tidak perlu pun bersama-sama menjadi agen pendorong.

3) Sambutan KongsiRaya ni agak sensitif kerana ia juga dilaksanakan di peringkat kebangsaan. Tapi Majlis Ulama Indonesia yg dipengerusikan oleh Bung Hamka pada tahun 80'an telah mengeluarkan fatwa haram berkongsi raya. Majlis Fatwa KSA pun menetapkan perkongsian sambutan Raya ini adalah tidak dibolehkan.

Paradigma yg benar ialah dasar toleransi Islam ialah Islam membenarkan mana-mana kaum dan agama merayakan festival mereka dengan bebas, sebgmn kita juga bebas merayakan Ied kita. Islam tidak menyuruh kita sampai ke tahap menjadi AJK sambutan festival agama lain utk menjelaskan dasar dan semangat toleransi kita.
Ini adalah deklarasi surah al-Kafirun yg jelas...
Bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami. maksudnya untukmu festival kamu, bagi kami festival kami. Kita tak mengharapkan mereka menjadi ajk sambutan Ied kita dan kita pun tak perlu menjadi ajk sambutan Ied mereka. sekian



*****************************************************************************

saya pernah terdengar ceramah Dr.Asri tentang ada sambutan Loy Kratong x silap,
ada muslim juga join sambutan ini,
jadi ditekankan di situ ummat Islam tidak boleh menyertai perayaan non-muslim..
*oh, barukutahu...patut lah selama ini ade yang bersuara kongsi raya x boleh..*

bertitik tolak dari situ, terfikir pula yang saya juga pernah menyertai sambutan satu festival...
ermmm...jadi, saya bertanyakan persoalan ini di AFN sambil memberitahu keadaan komuniti di sini dan juga bagaimana kondisi sambutan festival tersebut tahun lepas..
dan..telah mendapat maklum balasnya..

apa yang perlu diusulkan telah pun diusulkan...


cuma berharap generasi ini faham tentang perkara seumpama ini,

supaya perkara yang sama tidak berulang lagi di masa hadapan (kesian kat anak cucu...)
insyaAllah....

ukhti yg ana kasihi,yg bersama ana dari kecil....

*khas buat ukhti yang sangatt kukasihi di TM yg selalu menjenguk...maafkan adikmu...

bismillaah..

ukhti yg ana kasihi....
siapalah ana ini,
hamba Allah yang banyak sekali kekurangan..
insan biasa yang tak sunyi dari kesilapan..
insan biasa yang imannya menaik dan menurun...

namun ukhti,
ana sangat kasihkan enti,
kasih ana bukan kerana kita punyai pertalian darah,
tapi kasih ana kerana Allah,
jadi ana takut untuk biarkan enti andai suatu hari enti jauh dariNya...
begitu juga harapan ana pada ukhti,
agar x bisa membiarkan ana hanyut dan mabuk dengan duniawi
sehingga terlupa hari pertemuan dengan al-Khaaliq..
sehingga lupa hakikatnya ana lahir ke dunia...

justeru,
ana memohon maaf,
andai ana bukan pendengar yang baik buat enti,
ana juga insan lemah yang banyak sekali kekurangan,
mungkin ini antara kekurangan ana,
ana tidak dapat mendengar cerita cerita enti dengan baik,

terus terang ana katakan,
sebolehnya ana mahu mengelak dari mendengar cerita ceriti,
kerna itu kadangkala,
ana memilih untuk diam dan tidak memberi respons,
ana sangat risau,
andai cerita ceriti yang ana dengari itu,
menyebabkan timbulnya rasa kurang senang terhadap insan lain,
menyebabkan wujudnya satu gelombang yang menjauhkan ana dari insan lain,
sebolehnya ana mahu hati ini sentiasa bersih dan tenang bila berhadapan dengan insan lain,

terus terang juga ana nyatakan,
ana x bisa lagi mendengar cerita enti tentang
masalah perhubungan enti dengannya,
atau dengan sesiapa jua yang x punyai hak pada enti,
kerana ana rasakan ada cerita lain yang lebih utama untuk difikirkan,
yaini ceita tentang maslahah ummat,
seperti ana katakan semalam,
''daripada ana fikir tentang bf, lebih baik ana fikir tentang ummat,
bf is bf not a husband yet,kt xde pun tanggungjawap to bf,
but ummat; kita sentiasa ada tanggungjawap terhadap ummat''

maafkan ana kerana terlalu berterus terang,
ana cuma lemas andai selalu double meaning,
nanti masalah tak kan selesai,
jadi ana memilih untuk berterus terang semalam...

ukhtiku yang dikasihi,
sungguh ana selalu mahu enti selalu bersama ana,
enti selalu dalam doa ana,
ana juga harap enti begitu,
ana sangat sayangkan enti,
ana juga sedang lemah saat ini,
tapi ana harap dapat terus kuat dan bertahan,
ana cuma merasakan terlalu rugi,
andai masa muda kita dimabukkan dengan soal yang tak pentingkan ilmu dan perjuangan,
nanti bila semakin tua,
semakin banyak tanggungjawab kita,
andai waktu itu baru nak mencari ilmu,
susah la kita ukhti,
jadi mari kita mulakan dari sekarang,
sementara masih muda dan bujang (*aiseyh)
insyaAllah ilmu ini dapat kita manfaatkan sepanjang perjalanan,
maafkan adikmu yang lemah ini...
maafkan adikmu, maafkan adikmu ukhtiku*

Saturday, August 23, 2008

apa nak buat? terus berdiam? atau terus bersuara?

bismillaah...

assalamua'laikum...

hati ini terlalu sedih dan pilu,
di sini dengan soal ini, di sana dengan soal itu...

mungkin benar persoalan yang pernahku dengar..
''MATIKAH UMMAT INI?''

dengan soal aqidahnya,
dengan soal hilangnya nilai islam yang sepatutnya menjadi priority,
entah di mana sensitiviti terhadap perintahMu, Ya Allah
kenapa mudah sekali insan lemah sepertiku terlupa dan terleka,
andai benar aku cintakanMu,sudah pasti Engkau kujadikan priority...

soal berat seperti aqidah,
sungguh lagi menghibakan,
percanggahan ini adalah percanggahan yang dilarang..
*aku bermohon agar sentiasa di jalanMu*
*hanya Engkau sebaik baik sandaran..*

perlukah aku terus bersuara?
atau ianya hanya mengundang perbalahan?
perlukah aku terus berdiam?
atau ianya menyebabkan amanah ''amar ma'ruf nahi munkar'' ku terabai?

benarlah, zaman ini zaman fitnah..
sedih!


Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

''Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim)


“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajjal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


MATIKAH UMMAT INI?
sedarkah kami sebenarnya bahawa kami akan bertemu denganMu?
atau ia sekadar omongan di mulut?
tanpa kami fahami apa itu pertemuan denganMu?
andai kami faham, mengapa kami abaikan perintahMu?
mengapa kami mendahulukan apa yang tidak penting bagi kami?

*kami pohon keampunan dan hidayahMu, ya Allah...sungguh,hati ini penat...penat memikirkan..tapi kupohon agar tidak lemah dalam perjuangan ini, ampuni kami ya Allah...*

***************************************************

Thursday, August 21, 2008

''Hari Quds sedunia..what actually happened?''

assalamua'laikum..

21 ogos 2008....harini, alhamdulillaah aku masih bisa bernafas,

secara straight to the point nya,
nak berkongsi tentang ''the remembrance of al-quds''

well, last year, my twin ada forwardkan message tentang ''remembrance of al quds'' ni,
rasanya still keep that message in my hand set..

dan sungguh terharu dengan status status YM yang mengingatkan tentang
''remembrance of al quds''

mana tak nya,
sebelum ni tarikh apa yang saya ingat?
birthday sendiri je (hehe..ni kesan SS),

*birthday adik lelaki boleh pulak terlupa*aiseyman (maaf, kak ana memang lambat nak ingat tarikh2 ni, tarikh senang macam 4 syaa'ban atau 1 march senang la nak ingat..hehe*)


ok2, back to the main point,
secara jujurnya, saya juga tak ingat the exact date dan masih lagi samar samar tentang
''the remembrance of al-quds'' walaupun banyak kali dah dengar...
malah status YM sahabat sahabat juga banyak menyentuh tentangnya,
tapi sikap mengambil peduli entah di mana tahapnya...

bukannya tak pernah diberitahu, cuma mungkin masih kurang initiatives untuk mengkhatam isu ini..

*saya cadangkan beli buku ustaz maszlee malek, tentang
AL AQSA DALAM BAHAYA..murah saja..(mungkin ada usulan lain?silakan mari berkongsi...sharing is caring
*)


maka, saya bertanya kepada seorang,

''Hari Quds sedunia..what actually happened?''

Jawabnya:

''
21/08/69...seorang zionist kristian dari Switzerland - Dennis Michael membakar sebahagian dari ruang utama masjidil aqsa/al-quds.Mimbar musnah, org ramai usaha padamkan kebakaran. OIC pun pilih tarikh ni as rememberance of Al-Quds .''



Saya cari dari sumber lain pula, jumpalah article dari

Utusan Malaysia ARKIB : 22/08/2007 (Oleh MOHD. SAFWAN SAPARUDIN)

''TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al- Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’, dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.''

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.........................................................................................................

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.''


jom tengok ceramah ni, ade menyentuh tentang ''mempertahankan Al Aqsa adalah tanggungjawab ummat Islam, bukan rakyat Palestine sahaja''



*apa yang boleh saya buat?

*nah! saya terpaku memikirkan tentang apa yg telah dan akan saya buat untuk tanggungjawab ini... sikap mengambil peduli terlalu sedikit dibandingkan dengan sikap tidak mengambil peduli,
malah, entah ke mana hilangnya sensitiviti saya terhadap tanggungjawab ini
sehinggakan apa sebenarnya yang berlaku pada 21/08/69 pun saya tidak pasti!

Yang pasti, kesilapan yang sama tak boleh diulangi...ayuh!

*sesungguhnya ummat islam itu bersaudara...(kita pertahankan al aqsa, bantu rakyat Palestine, pada masa yang sama tidak lupa pada Muslim~sunni di Iraq, dan juga muslims di seluruh dunia...bahkan ummat Islam Malaysia juga perlu dibantu,kerana semakin banyak unsur parah yang menyelinap...)

*terus bertanya pada diri sendiri = ''Apa yang dapat dan perlu saya lakukan???cakap tapi x buat tiada maknanya...''

Friday, August 15, 2008

fadhilat yasin?

TAKHRIJ HADIS FADHILAT YASIN: (dari al-fikrah.net-FATHI_ALI1427h@YAHOO.COM)


1) “Ertinya : Siapa yang membaca surah Yasin pada malam hari, maka ketika ia bangun pada paginya diampuni dosanya dan siapa yang membaca surah Ad-Dukhan pada malam Jumaat maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya”.(Ibnul Jauzi Al-Maudhu'at 1/247).

takhrij:

Keterangan : Hadis ini Palsu, dinilai tidak sahih oleh imam ad-Daraquthni.

Ibnul Jauzi mengatakan, hadis ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata : Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadis ini adalah tukang memalsukan hadis. (rujuk: Al-Maudhu'at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I'tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua'ah hal. 268 No. 944).

2). “Ertinya : Siapa yang membaca surah Yasin pada malam hari kerana mencari keredhaan Allah, nescaya Allah mengampuni dosanya”.

takhrij:

Keterangan : Hadis ini Tidak Sahih, rawinya kata imam al-Bukhari ''Mungkarul hadis''.

Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu'jamul Ausath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalam sanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam
Bukhari, ia munkarul hadis. Kata Ibnu Ma'in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat).
(rujuk : Mizanul I'tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I : 464-465).



3). “Ertinya : Siapa yang terus menerus membaca surah Yasin pada setiap malam, kemudian ia mati maka ia mati syahid”.

takhrij:

Keterangan : Hadis ini Tidak sahih.

Hadis ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu'jam Shaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya ada Sa'id bin Musa Al-Azdy, ia seorang pendusta dan dikatakan oleh Ibnu Hibban sering memalsukan hadis. (rujuk : Tuhfatudz Dzakirin, hal. 340, Mizanul I'tidal II : 159-160, Lisanul Mizan III : 44-45).

4). “Ertinya : Siapa yang membaca surah Yasin pada permulaan siang (pagi hari) maka akan diperkenankan semua hajatnya”.

takhrij:

Keterangan : Hadis ini Tidak Sahih.

Ia diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari jalur Al-Walid bin Syuja'. Atha' bin Abi Rabah, pembawa hadis ini tidak pernah bertemu Nabi SAW. Sebab ia lahir sekitar tahun 24H dan wafat tahun 114H. (Rujuk : Sunan Ad-Darimi 2:457, Misykatul Masabih, takhrij No. 2177, Mizanul I'tidal III:70 dan Taqribut Tahdzib II:22).



5). “Ertinya : Siapa yang membaca surah Yasin sekali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an dua kali”. (Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman).

takhrij:

Keterangan : Hadis ini Palsu menurut al-Albani.
(Lihat Dha'if Jami Shaghir, No. 5801 oleh Syaikh Al-Albani).



6). “Ertinya : Siapa yang membaca surah Yasin sekali, seolah-olah ia membaca Al-Qur'an sepuluh kali”.
(Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu'abul Iman).

takhrij:

Keterangan : Hadis ini Palsu menurut al-Albani.
(Lihat Dha'if Jami' Shagir, No. 5798 oleh Syaikh Al-Albani).

7). “Ertinya : Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati (inti)Al-Qur'an itu ialah surah Yasin. Siapa yang membacanya maka Allah akan memberikan pahala bagi bacaannya itu seperti pahala membaca Al-Qur'an sepuluh kali”.

takhrij:


Keterangan : Hadis ini Batil, dinilai Batil oleh Imam Abu Hatim.


Hadis ini diriwayatkan oleh At-Tirmidzi (No. 3048) dan Ad-Darimi 2:456. Di dalamnya terdapat Muqatil bin Sulaiman. Ibnu Abi Hatim berkata, ayah kau berkata : Aku mendapati hadis ini di awal kitab yang di susun oleh Muqatil bin Sulaiman. Dan ini adalah hadis batil, tidak ada asalnya. (rujuk : Silsilah Hadis Dha'if No. 169, hal. 202-203) Imam Waqi' berkata : Ia adalah tukang dusta. Kata Imam Nasa'i : Muqatil bin Sulaiman sering dusta. (rujuk : Mizanul I'tidal IV:173).

8). “Ertinya : Siapa yang membaca surah Yasin di pagi hari maka akan dimudahkan (untuknya) urusan hari itu sampai petang. Dan siapa yang membacanya dii awal malam (petang hari) maka akan dimudahkan urusannya malam itu sampai pagi”.

takhrij:

Keterangan : Hadis ini Lemah.
Hadis ini diriwayatkan Ad-Darimi 2:457 dari jalur Amr bin Zararah. Dalam sanad hadis ini terdapat Syahr bin Hausyab. Kata Ibnu Hajar : Ia banyak memursalkan hadis dan banyak keliru. (rujuk : Taqrib I:355, Mizanul I'tidal II:283).



9).
“Ertinya : Bacakanlah surah Yasin kepada orang yang akan mati di antara kamu”.

Keterangan : Hadis ini Tidak Sahih.
Diantara yang meriwayatkan hadis ini adalah Ibnu Abi Syaibah (4:74), Abu Daud No. 3121. Hadis ini lemah karena Abu Utsman, di antara perawi hadis ini adalah seorang yang majhul (unknown), demikian pula dengan ayahnya. Hadis ini juga mudtharib (goncang sanadnya/tidak jelas).

10). “Ertinya : Tidak seorang pun akan mati, lalu dibacakan Yasin di sisinya(maksudnya sedang nazak) melainkan Allah akan memudahkan (kematian itu) atasnya”.

Keterangan : Hadis ini dinilai Tidak Sahih oleh Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasaie, Abu Hatim.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Akhbaru Ashbahan I :188. Dalam sanad hadis ini terdapat Marwan bin Salim Al Jazari. Imam Ahmad dan Nasa'I berkata, ia tidak boleh dipercayai. Imam Bukhari, Muslim dan Abu Hatim berkata, ia munkarul hadis. Kata Abu 'Arubah Al Harrani, ia sering memalsukan hadis.
(Periksa : Mizanul I'tidal IV : 90-91).

Saturday, August 9, 2008

sesak nafasku....

sesak nafasku

bila terkenang ilmu yang sedikit

selalu membatasi aku

selalu mengganggu

sesak nafasku

ingin keluar dari kelam gelita

ingin keluar dari prasangka dan was was

ingin keluar dari gelumangnya jahiliah

ingin keluar dari ikut ikutan

ingin keluar dari gelombang fitnah


perlu kukutip ilmu ilmu itu

perlu kudekati golongan alim

perlu kumencari dan

perlu kugagahi

sangat sukar kutangkis perasaan sedih dan hiba

terkenangkan kejahilan dan ketidakpedulian

sungguh menggunung harapan yang satu

agar aku selalu di jalanMu, agar aku selalu dekat denganMu...

Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba' da idz hadaitanaa wahab lanaa minladunkarahmah; innaka anntal wahhab (3;8)

Sunday, August 3, 2008

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya Kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga
peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...
Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.
Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!

************

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..


~dipetik dari e-mail hadis 40~