Thursday, August 21, 2008

''Hari Quds sedunia..what actually happened?''

assalamua'laikum..

21 ogos 2008....harini, alhamdulillaah aku masih bisa bernafas,

secara straight to the point nya,
nak berkongsi tentang ''the remembrance of al-quds''

well, last year, my twin ada forwardkan message tentang ''remembrance of al quds'' ni,
rasanya still keep that message in my hand set..

dan sungguh terharu dengan status status YM yang mengingatkan tentang
''remembrance of al quds''

mana tak nya,
sebelum ni tarikh apa yang saya ingat?
birthday sendiri je (hehe..ni kesan SS),

*birthday adik lelaki boleh pulak terlupa*aiseyman (maaf, kak ana memang lambat nak ingat tarikh2 ni, tarikh senang macam 4 syaa'ban atau 1 march senang la nak ingat..hehe*)


ok2, back to the main point,
secara jujurnya, saya juga tak ingat the exact date dan masih lagi samar samar tentang
''the remembrance of al-quds'' walaupun banyak kali dah dengar...
malah status YM sahabat sahabat juga banyak menyentuh tentangnya,
tapi sikap mengambil peduli entah di mana tahapnya...

bukannya tak pernah diberitahu, cuma mungkin masih kurang initiatives untuk mengkhatam isu ini..

*saya cadangkan beli buku ustaz maszlee malek, tentang
AL AQSA DALAM BAHAYA..murah saja..(mungkin ada usulan lain?silakan mari berkongsi...sharing is caring
*)


maka, saya bertanya kepada seorang,

''Hari Quds sedunia..what actually happened?''

Jawabnya:

''
21/08/69...seorang zionist kristian dari Switzerland - Dennis Michael membakar sebahagian dari ruang utama masjidil aqsa/al-quds.Mimbar musnah, org ramai usaha padamkan kebakaran. OIC pun pilih tarikh ni as rememberance of Al-Quds .''



Saya cari dari sumber lain pula, jumpalah article dari

Utusan Malaysia ARKIB : 22/08/2007 (Oleh MOHD. SAFWAN SAPARUDIN)

''TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al- Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan ‘gila’, dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.''

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.........................................................................................................

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.''


jom tengok ceramah ni, ade menyentuh tentang ''mempertahankan Al Aqsa adalah tanggungjawab ummat Islam, bukan rakyat Palestine sahaja''



*apa yang boleh saya buat?

*nah! saya terpaku memikirkan tentang apa yg telah dan akan saya buat untuk tanggungjawab ini... sikap mengambil peduli terlalu sedikit dibandingkan dengan sikap tidak mengambil peduli,
malah, entah ke mana hilangnya sensitiviti saya terhadap tanggungjawab ini
sehinggakan apa sebenarnya yang berlaku pada 21/08/69 pun saya tidak pasti!

Yang pasti, kesilapan yang sama tak boleh diulangi...ayuh!

*sesungguhnya ummat islam itu bersaudara...(kita pertahankan al aqsa, bantu rakyat Palestine, pada masa yang sama tidak lupa pada Muslim~sunni di Iraq, dan juga muslims di seluruh dunia...bahkan ummat Islam Malaysia juga perlu dibantu,kerana semakin banyak unsur parah yang menyelinap...)

*terus bertanya pada diri sendiri = ''Apa yang dapat dan perlu saya lakukan???cakap tapi x buat tiada maknanya...''

No comments: