Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan ini...

bismillaah..

assalamua'laikum..

banyak sungguh ilmu yang perlu tahu tentang ramadhan..
tentang sunnah berbuka, sunnah sewaktu bersahur, amalan sunnah di bulan Ramadhan..

banyak...tak khatam khatam lagi..
nak copy paste di blog ni,
malangnya laptop perlu diformat,
jadi ambil masa yang sedikit ni (ana di lab)
untuk copy paste kan dulu
nasihat berharga buat ana di perantauan;
dari mana lg kalau tak dari AFN..hehe..

Tajuk thread : Ramadhan al-Mubarak utk AFNetterz

Syeikh THTL:

''Kepada seluruh AFNetterz diucapkan selamat menyambut kedatangan madrasah Ramadhan yang penuh berkah, bulan intensif ibadah, terbuka seluruh kebaikan, ditutup pintu2 kejahatan dan di dalamnya terdapat satu malam yg sungguh bernilai.

antara program yg akan kita rancang ialah:

majlis iftar bersama afnetterz

dan pertemuan idilfitri afn...

* tertakluk kpd budget, sponsorship dan kelapangan
''

Dr. Phaidee

''
Budak-budak lepas berkhatan,

Emak sediakan sup haruan,

Ramadhan membawa 1001 keberkatan,

Pahala & rahmah jadi buruan.


Pergi memancing di kuala,

Di pantai menjala pula,

Ramadhan sudah pun tiba,

Semoga mendapat taqwa di akhirnya.
''

Hanazan:

''bismillaah,,

assalamua'laikum..

selamat berpuasa buat semua ummat islam khususnya al fikrah netters..

doakan ana di perantauan nie (sob sob..) Sedih

assalamua'laikum..(*smoga Ramadhan kali ini tak terlepas begitu sahaja..aamiin*)


Yipi
''

Syeikh THTL
''Hanazan,

ana pun biasa posa kat USA...rasa lebih meriah sebab pak Arab selalu menaja majlis iftar dan morey. Kalau ramai komuniti arab di NZ, maka akan meriah juga kot.
''

Hanazan:

''
bismillaah,
assalamua'laikum..

sheikh thtl, kat sini pun brothers omani dok masak jamu budak2 mesia n students islam lain,

kemeriahan memang lebih terasa la, baik dari segi ramadhan mahupun syawal (aiseyh..)

tapi sebab ana letak ''sob sob'' tu , sebab rindu nak berpuasa dengan mak dan abah dan adik-adik..

walaubagaimanapun, puasa kat sini alhamdulillaah, baik-baik saja..
tahun ni tahun kedua ramadhan di bumi kiwi..

Great

assalamua'laikum..
''

Syeikh THTL:
''
Maka bacalah kitab La Tahdzan
pada no 20, syaikh al-Qarny kata:

اقبلِ الحياة كما هي

Jalani kehidupan di atas realiti yang ada

Allah mengkehendaki dunia ini tempat bertemu dua hal yg saling berlawanan (baik vs buruk, nikmat dan duka, bahagian vs derita), begitu juga Allah campurkan ramuan dunia dgn keindahan, kenikmatan dan warna warni, digaul dgn ramuan kecemasan, kesedihan dan kesukaran...

Maka jalanilah kehidupan anda sesuai dengan keadaan yg ada disekeliling anda.
''

*Kumengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..*Ramadhan yang penuh dengan harapan-hana..

No comments: