"Hati-hati melalui satu jalan yang dipenuhi duri, cabut duri, jangan sampai kaki terluka"
Ibarat hati-hati menjaga taqwa yang dipesan Pian dan Siti pagi tadi.
Sambil melipat baju-baju, sambil mendengar celoteh 2 DJ muda.
Dah lama tak dengar Warna Pagi, patut lah ramai yang puji Cik Siti ni,
best!
"Allah sedang berbicara denganmu, Fahri. Selama ini kamu rasakan kamu yang paling suci, kamu yang selalu benar. Allah sedang berbicara denganmu agar jangan sombong. Tentang ikhlas dan sabar. Ikhlas dan sabar itu Islam.."
Salah satu babak yang menarik perhatian setelah mononton Ayat2 Cinta untuk kali ke-2.
Seorang banduan yang dah lama dalam penjara, mampu menyentuh hati Fahri melalui peringatannya. Tambah pula dengan kisah Zulaikha dan Yusof.
"Antara jasmani, emosi, rohani, intelek...Yang mana satu yang paling utama?"
"Emosi"
Jawapan saya kepada interviewer.
Jawapan yang dikeluarkan setelah membaca beberapa cerita kejayaan orang
yang lebih banyak bergantung kepada EQ berbanding IQ.
Hmm..yela tu Hana. Awak tau ke dari mana datangnya kekuatan EQ tu?
Apa yang sebabkan awak tak dapat terangkan tentang asal EQ tu?
Nasihat lalu di telinga ibarat angin,
lalu di mata ibarat kain putih,
apatah lagi nak menangis kerana nasihat?
Apa tandanya tu?
Tandanya..Hati ini perlukan tarbiyah.
Sehari satu muka terjemahan, tak cukup.
5 May 2011 status fb Ahmad Fedtri yang telah selamat bergelar suami baru-baru ni
6 golongan wanita jangan dijadikan isteri:
1) Al-Ananah: Banyak mengeluh/ komplen
2) Al-Mananah: Suka mengungkit
3) Al-Hunanah: Memendam rasa pada orang lain
4) Al-Hudaqah: Suka memaksa dan mendesak
5) Al-Buraqah: Taksub berdandan & bersolek
6) Al-Salaqah: Bising. Suka ketawa dan bercakap lagha
6 Golongan Jangan Dijadikan Isteri oleh Ustaz Kazim Elias
Sekian sahaja peringatan buat Farhana Azizan untuk yang kesekian kalinya :)
Wassalam
No comments:
Post a Comment