Friday, July 11, 2008

'''WeAr GrEeN oN yOuR WeDdInG''

SALAM~

setelah 2 tahun, tiba-tiba terimbas kembali kenangan tentang sepucuk surat..
tatkala bosan mendengar celoteh lecturer di dalam kelas,
dia terus menarikan mata pena~
sambil mengajukan satu soalan kepada si gadis manis
''who are your housemates?''
lantas persoalan itu dijawab dengan senyuman oleh si gadis manis~
satu demi satu nama ditulis
dan disampaikan apa yang terlintas~

si gadis manis pulang dari kelas dan meminta kami, membacanya..

sedikit sebanyak, kumasih teringat kata-kata di atas helai kertas itu untuk ruangan 'HANA'
''kawin nanti, pakai baju hijau''

haha! bernas sungguh nasihat itu..
walaupun surat itu ditulis atas atas tujuan yang tidak terlalu penting mungkin bagi si penulis,
tetapi kusimpan, malah kumagnetkan surat itu di bingkai pintu..
entah!
terasa unik..
walaupun surat itu ditujukan khas buat si gadis manis dan housemates,
tapi kurasakan ia amat UNIK...
dia kukira berbakat menjadi pendidik, tetapi kebolehannya lebih diperlukan untuk profesionalisme yang lebih mencabar (~mungkin..)

pendapat itu sentiasa disemat...
tersenyum sendiri..bukan kerana angan-angan yang panjang tentang 'baju hijau di hari perkahwinan'..
cuma kerana hati tercuit dek kelucuan pendapat yang dia coretkan..
sungguh UNIK..
apapun, terimakasih...jazakallaah~

1 comment:

cik adik sebelh bilik said...

kawen pki bj ijau..:)
nk kawen pki bj putehh
:D