Monday, January 11, 2010
23
SaLam.
Usiaku meningkat lagi.
Ada yang membuka tirai tahun baru dengan dentuman bunga api.
Ada yang menanam pelbagai azam baru.
Ada pula yang membaca doa awal tahun dan akhir tahun.
Antara perkara yang aku fikirkan;
ialah usiaku yang bertambah.
Usia bertambah bererti hari kematianku semakin dekat.
Tambahan pula, lewat kebelakangan ini,
pelbagai cerita kematian mengejut yang aku terima,
ajal yang menjemput tidak mengira usia.
Setiap kali mendengar berita kematian,
aku pasti terfikir,
mati itu pasti,
dan sudah tentu ada suatu masa yang ditetapkan untukku,
dan aku tidak pasti bagaimana kesudahan aku nanti.
Terbit suatu perasaan janggal.
Mana tidaknya, mati itu bersendiri.
Lalu setiap kali sebelum memberi salam dalam solat [penghujung solatku],
aku memohon mati dalam IMAN,
dan aku memohon husnul khatimah [kesudahan yang baik],
aku memohon syurgaNya yang terbaik walaupun aku jauh daripada layak seperti golongan terdahulu yang terbaik,
dan aku memohon dijauhkan daripada api neraka.
Aku memohon diselamatkan daripada fitnah dunia, fitnah akhir zaman, dan fitnah dajal.
Boleh jadi, seseorang yang banyak beribadat,
tapi mati dalam keadaan syirik, dosa paling besar yang tidak diampunkan [Naudzubillah]
Kenapa?
Akibat kurangnya ilmu, dan kurang pula penghayatan terhadap agama,
tambahan pula zaman sekarang,
syirik itu seperti racun yang meresap,
cepat tetapi tidak nampak.
Halus sekali.
Waspadalah!
Dan aku,
yang mungkin nampak seperti bicara agama saja,
harus juga beringat,
mempraktikkan itu tidak semudah bercakap dan menulis.
Seperti juga ilmu dan akhlaq,
ilmu sekadar boleh dibincang-bincangkan seperti di kelas-kelas dan forum-forum,
tapi akhlaq itu melibatkan aplikasi dan praktikal, yang lahir dari iman.
Banyak ilmu masih tidak menjamin mulianya akhlaq.
Kekadang dek ilmu yang hanya senipis kulit bawang, tetapi dirasa setebal sebuah kitab,
orang muda menjadi "tidak sopan" kepada yang lebih tua,
pertanyan-pertanyaan remeh tidak dihiraukan,
bila berbeza pendapat sedikit, ada saja yang dilentingkan.
Yang berfikiran terbuka,
tidak semestinya berfikiran jauh.
Kekadang,
yang senangnya adalah memilih untuk "enjoy",
tapi,
bila memikirkan mati yang datang bila-bila,
tambah pula persediaannya pula yang satupun belum tentu siap,
enjoy pun sekadar berpada,
setakat yang dibolehkan,
sampai tidak menjadi lupa.
22 tahun aku hidup.
Apa yang telah aku lakukan selama 22 tahun?
Cukupkah aku memenuhi tujuan hidupku?
Apa sumbanganku untuk ibu bapa, keluarga, orang sekeliling, ummat negara,dan agamaku?
Apa implikasinya kewujudanku selama 22 tahun?
Jauh sangatlah jika dibandingkan dengan " golongan yang terbaik".
Melihat pula ke hadapan,
apa yang bakal aku lakukan?
Dan apa yang bakal aku sumbangkan?
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment