Saturday, January 23, 2010

Prioritizing & Adapting

Salam
Satu lagi input untuk disimpan dalam arkib blog ini;
Sumber: http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=204700.html#204700



IbnuHassan wrote:
Ana bertugas menjaga disiplin pelajar, bagaimana sekiranya ana minta pelajar2 ana potong janggut dan misai mengikut peraturan Institut?

1. Dosa tak ana suruh potong sedangkan pelajar kata dia nak ikut sunnah.
2. mana didahulukan tanggungjawab ana atau suruhan supaya lelaki simpan janggut, misai dan jambang.


Salam,

JAWABAN RINGKAS

1- Jika pelajar itu khatam Al-Qur'an setiap 30 hari, atau 15, atau 10, atau 7 atau 3, maka biarkanlah.

2- Jika pelajar itu salat malam 11 atau 13 raka`at setiap malam, maka biarkanlah.

3- Jika tidak, ketahuilah bahawa sunnah di atas adalah yang utama untuk diikut dan dipertahankan.


Adou_Fr


*Banyak kesilapan yang kita lakukan kerana tersilap meletakkan prioriti.
*Quotation di atas bukanlah membawa contoh tersilap meletakkan prioriti,
tetapi ia memberi contoh seorang yang cerdik, bijak meletakkan prioriti.

***************************

Satu lagi menyentuh isu GLOBALISASI,
salah satu isu yang menjadi topik utama sewaktu kem bina negara.

Sumber: http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=10762/postdays=0/postorder=asc/start=0.html

farhani_azizan:

Bismillah
Assalamualaikum

Beberapa dialog yang pernah dilemparkan kepada saya oleh teman2 wanita:-

[1] "Say NO to polygamy! Poligami menghancurkan wanita!" -Feminisme

[2] "Farhani, ko' ga' make celana jeans kaya' kita? Gaul donk.." (Farhani, kenapa tak pakai seluar jeans macam kita2 ni, baru la nampak sama/bercampur")

[3] "Main futsal yuk, buat happy2 doank" (saya diajak oleh classmates bermain futsal untuk team wanita).

Beberapa situasi di persekitaran:

[1] Setiap kali ada majlis, konsert tak akan pernah miss.

[2] Fenomena Facebook, Blackberry, iPhone, online dating, ICT- cari hadis pun di hujung jari.

[3] Berpacaran merupakan satu kewajipan dan kalau takde pacar dipandang asing.

[4] Berpakaian ketat, seksi, mengikut fesyen semasa. Begitu juga fesyen rambut. Budaya kuning turut diserap.

[5] Hiburan di TV 24 jam - gosip artis saja dah berapa rancangan, konsert artis yang penuh dengan percampuran muda mudi dan keobsesan - pagi petang siang malam, boleh kata setiap kali on TV. Rancangan realiti- spt Malaysian/indonesian Idol, AF, Idola Cilik (kanak2), Take Me Out, Missing Lyrics, dan banyak lagi yang mengimitasi rancangan2 di Barat. Tak lupa juga program humor dan program bercorak Paranormal.

[6] Semua agama sama saja- perkahwinan campur, dan dah tiada lagi beza antara penganut agama Islam dan agama lain- Pluralisme.

[7] KFC, MCD, Pizza -kegemaran saya dan kawan2 bila ada duit.

[8] ekonomi - sitem kapitalisme, money-oriented.

[9] bahasa Inggeris - Memainkan peranan penting dalam komunikasi merentas budaya dan bangsa.

[10] shopping - pilih stuff brand dari luar negara.

[11] Media Massa - BBC, CNN, Reuters dll.


Di atas adalah sebahagian contoh kecil kesan globalisasi budaya dan pemikiran yang real dan terdapat di persekitaran saya, samaada sedar atau tanpa sedar. Persekitaran saya bermaksud saya berada di sebuah negara yang majoritinya penganut agama Islam (202.9 m) [source- news.bbc.co.uk/2/hi/in...6200.stm].

Sebagai seorang yang memahami agama/sunnah dengan baik, dan sebagai seorang Muslim yang berperanan untuk menunjukkan bahawa Islam ini sememangnya global, apakah reaksi anda terhadap globalisasi ini?
Adakah anda mahu menangkisnya? Atau tidak mahu ketinggalan? Atau sudah berada di comfort zone dan nak rigid saja? Atau anda mahu berinteraksi/mengendalikannya dengan bijak?

Kongsikan pengalaman, buah fikiran, dan tips2 dari anda.

Saya tertarik dengan buah fikiran daripada abulharith, for me it's a well-said thought:

Umum mengetahui globalisasi tercetus ledakan teknologi komunikasi & maklumat. Dunia seolah tiada sempadan pemisah & menjadi satu. Konsert artis yang terletak 20000km dari sini juga boleh dilihat live, tanpa perlu travel 7 bulan ke sana macam orang dulu2.

Namun, ceramah Dr. MAZA juga boleh didengar oleh Ahchonx di German sehari selepas itu menlalui YouTube. Maka apa sahaja perkembangan komunikasi, maklumat, pendidikan samaada melalui wacana Facebook, YouTube, Blackberry, blog untuk kita berceramah, berforum, berdebat, bertukar pandangan adalah suatu yang positif. Ia alat ledakan pengetahuan.

Namun tidak dinafikan, apabila dunia menjadi seolah satu kampung (global village), kepelbagaian manusia akan menemukan pertembungan pelbagai variasi budaya & agama. Dalam hal ini, mahu atau tidak, akhirnya kita akan terjerumus dalam permainan 'survival of the fittest'.

Kaum yang lemah akhirnya terpaksa tunduk kepada resmi kaum lain. Dalam hal ini, sikap Muslim yang inferior dengan identiti sendiri dan juga jahil tanpa sebarang filter minda akhirnya berasimilasi dengan budaya lain terutamanya Barat dari segi agama, fesyen, cara hidup, pemakanan, hiburan, struktur keluarga dan juga cara fikir.

Itulah peraturan pentas globalisasi. Jika Muslim mahu survive, mereka sendiri perlu appear superior dengan identiti mereka untuk mengubah suasana. Mereka perlu jadi soleh & musleh. Jika mereka memilih untuk lari dari game globalisasi ini, maka kita akan jadi sama saja dengan native aborigin yang masih duduk dalam gua, tak tahu apa sudah jadi dengan dunia luar. Namun ini bukannya satu pilihan buat kita yang menggelarkan diri sebagai Khaira Ummah & juga Khalifah muka bumi.

Mmmm.. Nampak senang bila diungkap lidah lembut tidak bertulang, namun hanya hati yang jitu imannya, jiwa yang kental iltizamnya, minda yang teguh pendiriannya dan tulang empat kerat yang kuat jihadnya akan berjuang untuk survive & membantu orang lain turut bersama survive dalam menempuhi arus globalisasi ni.




*Muslim sebagaimanakah yang kuat untuk survive dan dalam masa yang sama masih mempunyai jati diri yang tinggi, masih menjadi sepertimana yang diredhai Allah, dengan cara yang diteladani daripada Rasulullah sallallahua'laihiwasalam dan golongan terbaik.

*Muslim yang bagaimana?

*Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari, bukan hanya untuk tahu, tapi juga untuk difikirkan


WA

Wassalam

No comments: