Wednesday, May 26, 2010

Skeptik Wanita Terhadap "Ustaz"

"Kantoi dowh"
"Kenapa?"
"Ustaz Awie...tadi makan kat sini dengan sorang perempuan"
"Alaa.. isteri agaknya...isteri dia kan still maintain"
"Free hair, pakai legging...Muda lagi..isteri ustaz ke tu?"
"Anak sedara kot.."
"Dia nampak papa, papa duduk baik punya strategik..depan Ustaz Awie..
Tapi tak tegur pun..makan cepat-cepat, terus balik"
"Sangka baik...hehe"
"Tulah, pesan pada mama..Jangan lah typical taste.. Asal nampak baik dan alim saja
semua nak berkenan"
"Aduh...Perli kita la ni...Lelaki ramainya sama..fitrahnya tak cukup sorang..
Do you think lelaki gemuk takde perempuan nak tackle? (nah, kenakan awak pulak).
Lelaki yang takde ape pun, perempuan suka tackle ok...Lelaki tu layan ke tak je"
"Alaa..Memang lelaki macam tu..Tapi better dari orang tu kite dah tau dia
kurang baik dari orang yang berpura-pura baik dan alim. Dah banyak jumpa macam tu.
Cakap agama baik punya...Tapi hipokrit. Kite memang anti ah dengan lelaki macam tu.
Pijak semut tak mati. Baik jadi diri sendiri.."

**Bukan nama sebenar.
[Petikan SMS seorang kakak (yang sedang makan malam dengan papa di kedai) bersama adik perempuannya (di rumah)]

Kasihan sungguh...
Saya kasihan .. Disebabkan peristiwa-peristiwa begini,
terus pemikiran seorang perempuan menjadi skeptik.
Apatah lagi apabila pesanan "utamakan yang beragama" disisihkan.

Kadang-kadang yang buat sebegini..berapa kerat sangat..
Tapi bila perkara yang agak "menjelekkan" ini dilakukan oleh
golongan yang berlabel "ustaz"...
terus-terusan di highlight kan kesilapan itu..
Besar sangat nampak kesilapan tersebut..

Ustaz juga manusia...Rambut sama hitam ..hati lain-lain..
What do we expect from an ustaz??
He's a human being..Like us!

Saya percaya "Beza antara manusia hanyalah taqwa"
Seorang yang bukan berlabel ustaz juga boleh menjadi insan bertaqwa,
begitulah sebaliknya.

Saya juga akui..Wanita adalah kelemahan lelaki...
Hebat ilmu dan hafazan sekalipun, tak semestinya hebat menolak
godaan wanita.

Seorang ustaz yang saya segani, mempunyai pemikiran global,
pun turut berpesan...
"Perempuan, tolong jangan terlalu percayakan lelaki..Termasuk ustaz sendiri"
Seorang ustaz yang lain yang kadangkala diberi jolokan seorang yang agak "syadid"
berpesan:
"Lelaki tak sama macam wanita. Wanita boleh nak setia betul-betul pada seorang saja..
Yang itulah hidup dan yang itulah mati...
Tapi lelaki lain...jiwanya tak semestinya untuk seorang..
Jiwanya boleh diisi lebih daripada seorang...Kadang-kadang lelaki ni, bila jumpa yang lain yang hidung mancung sikit..mulalah dia.."
Lelaki yang lain pula pernah menulis,
"Lelaki jangan dihalang-halang..Lagi dihalang lagi nak buat.."

"Tak nak lah dengan ustaz..Nanti anak ramai..Nanti kena pakai labuh-labuh.."
Wow! Lagi skeptik wanita kepada insan bergelar "ustaz"..
Saya tak dapat nak berkomentar tentang ini...We make our choice ae?

Terpulanglah kepada persepsi masing-masing.
Kita yang membuat pilihan sendiri.

Tetapi timbul juga perasaan keliru..
Kenapa "agamawan" ada yang suka menimbulkan fitnah atas nama agama...?
Sampai digelar "hipokrit"...Suatu gelaran yang agak kasar saya fikir..
Masyarakat jadi hilang percaya kepada "agamawan"..
Kasihan sunguh...

Kasihan bila kita hanya melihat apa yang ada di dalam dunia kita sendiri..
Dunia kita sebenarnya bukan cukup luas untuk kita mengadili sebegitu rupa..
Berapa ramai lagi ustaz atau lelaki yang benar-benar ikhlas yang belum kita jumpa?
Yang tawaddhuk, yang bertanggungjawab, yang berkepimpinan, yang diredhai Allah ilmu dan akhlaqnya?

Kalaulah kita tidak mampu sekalipun untuk mengawal lelaki yang kita percaya
supaya tidak mengkhianati kita...
Lebih baik kita mengawal diri sendiri, hati sendiri...untuk tetap kuat
pergantungan kepada Allah .. dan tetap kuat sangka baik kepada Allah..
Walau apapun yang terjadi...
Risau...Jika terkena pada kita sendiri..terus hilang arah...

Satu kisah..
Suami dan isteri sama-sama orang yang berdakwah sejak bergelar pelajar..
Setelah lama bersama..Suami curang..Lalu mereka bercerai..
Bekas isteri yang asalnya bertudung labuh, berganti dengan tudung yang lebih kecil
dengan alasan bertudung labuh susah untuk mendapat pekerjaan..

Lelaki...jadilah pelindung wanita..
Wanita...kita dikurniakan dengan hati yang cekal,
jangan terlalu beremosi menyalahkan sesuatu yang lain,
tapi bantulah diri kita sendiri menjadi lebih tinggi di sisi Illahi.

[Harapanku, setiap penulisanku menjadi peringatan untuk diriku sendiri..
Suatu hari nanti, apabila aku mengimbas kembali coretanku,
aku berharap ia menjadi penguatku]

Wassalam...

Tuesday, May 25, 2010

Nak cari yang sempurna

"He's perfect!"
Mengomel saya sendirian dalam hati...
Sekarang, awak nampak semuanya sempurna..
Bila tinggal sebumbung, menghadap mukanya hampir 24 jam sehari,
hidup dengannya bertahun-tahun...
baru awak tahu apa ertinya sempurna.

Cukupkah sempurna dilabel sebagai seorang yang kaya, segak dan serba boleh?
Atau...cukup lah jadi baik, rajin ke masjid, penyayang....itu yang anda rasakan sempurna?..
Betulkah anda rasa cukup dengan itu sahaja?

Saya tak bermaksud untuk menjadi terlalu pesimis.
Cuma apa yang saya risaukan ...
Kita memiliki expectation terhadap perkataan sempurna itu..
Sehingga kita memiliki perasaan "cukup".
Cukup untuk berpuas hati.

Dari jauh, selagi tidak tinggal bersama dalam jangka waktu yang panjang...
Kita sering memandang seseorang yang kita rasa dia memiliki segala-galanya sebagai "sempurna".
Tapi apabila kita benar-benar kenal, misalnya ahli keluarga kita sendiri,
kita pasti tahu sedikit sebanyak kelemahannya.
Benarlah, kita dianjurkan untuk bermusafir dalam satu tempoh untuk mengenali seseorang.

Tidakkah akhirnya kita sendiri yang kecundang dan kecewa apabila ia tidak
sesempurna yang kita sangka?
Saya seorang yang memiliki expectation dalam setiap kerja yang saya lakukan.
Dan saya sering hilang "mood" sekiranya ia tak menepati expectation sendiri.
Saya selalu dipesan "Don't expect too much"...
Muhasabah...dan saya merasakan sangat perlu,
untuk saya sentiasa bersedia menghadapi apa jua kekurangan dan kelemahan sesuatu.
Jadi tugas saya adalah untuk meminimakan kelemahan tersebut selagi termampu.

Saya teringatkan...
Jika anda seorang suami..
Setelah lama anda hidup bersama dengan isteri anda..
Banyak kelemahannya yang anda tidak suka...
Lalu anda mencari seseorang yang anda rasakan lebih sempurna untuk dijadikan isteri kedua
sebagai langkah penyelesaian..
Pada mulanya, anda merasakan masalah anda telah selesai..
Sekian lama kelemahan lain pula yang timbul daripada isteri ke-2..
Lalu isteri ke-3 adalah penyelesaian anda...
Sehinggalah isteri ke-4...
Adakah anda akan menceraikan salah seorang untuk mencari yang ke-5?
Akan selesaikah masalah anda?
Sedangkan seorang suami dinasihati untuk bersabar sekiranya tidak suka kepada isteri.
Sedangkan tiada sesiapa yang perfect dan sempurna di dunia ini.

Begitulah jika kita di dalam sesebuah institusi/ persatuan/ atau jamaa'h.
Perlukah kita melompat-lompat dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk mencari yang lebih baik?
Atau sebenarnya kita tidak gagah untuk membaiki kelemahan yang sedia ada
untuk menjadikan institusi kita lebih baik?

Suatu realiti yang kita perlu sedar..
Bila namanya makhluk Allah...Tiada yang sempurna di dunia ini.


Wednesday, May 19, 2010

Over Protective

Benarkah wanita kebanyakannya bersikap over protective?
Benarkah wanita adakalanya terlalu possessive?

Sebagai wanita, saya tak dapat menyangkal persoalan tersebut.
Saya bersetuju lebih daripada 50%.
Walaupun saya akui, tidak semua wanita bersikap terlalu mengongkong dan mengawal.

Saya percaya,
seorang ibu yang protective akan sentiasa berhati-hati dalam memberi perhatian kepada anak-anak.
Seorang isteri yang protective sentiasa mengambil tahu tentang suaminya.
Seorang kawan yang protective sentiasa memastikan rakannya tidak dihancurkan oleh
orang lain.
Seorang kakak akan sentiasa mengambil berat tentang adik-adiknya.
Sikap protective sememangnya sangat perlu untuk menyisihkan sikap invidualistik,
namun yang mendatangkan masalah ialah sikap over protective.
Yang mungkin lahir daripada perasaan over possessive.

Tapi wanita,
ingin saya berkongsi pesanan emak kepada saya;
"Lelaki bukan untuk dikawal. Lelaki bukan untuk didesak supaya sentiasa mengikut rentak kita"

Sememangnya saya setuju dengan pesanan mak.
Walaupun saya percaya,
wanita perlu 'let him' and give men freedom, and avoid forcing men,
namun saya, selaku perempuan, tak dapat lari daripada
perasaan risau dan bimbang untuk memberi kebebasan itu.

Don't talk too much to boys.












Monday, May 10, 2010

Kita dari 2 dunia berbeza

Kita dilahirkan daripada perut ibu yang berbeza.
Kita dibesarkan oleh ibu bapa yang berbeza.
Sudah pasti cara didikan terhadap kita sedikit sebanyak berbeza.
Mungkin lembut, mungkin tegas, mungkin garang, mungkin manja.
Kita dibesarkan dalam keadaan yang mungkin berbeza.
Mungkin susah, mungkin senang. Mungkin kaya, mungkin berkecukupan.
Suasana keluarga kita juga berbeza.
Mungkin ramai, mungkin sikit. Mungkin anak sulung, mungkin anak bongsu.
Penekanan yang diberikan oleh ibu bapa sejak kecil juga mungkin berbeza.
Mungkin agama, mungkin sahsiah, mungkin pelajaran, mungkin harta,.
Mungkin dunia, mungkin akhirat.

Kawan-kawan kita pula mungkin ada yang sama, mungkin banyak yang lain.
Pekerjaan kita pula mungkin berbeza.Mungkin sibuk, mungkin tidak.
Latar belakang pelajaran kita juga mungkin berbeza. Mungkin diploma, ijazah, master, atau phD.
Tempat belajar dan bekerja kita juga mungkin berbeza.
Pengalamn kita juga berbeza. Cabaran kita juga berbeza.

Tetapi,
apabila kita yang berasal dari dua dunia berbeza ini,
hidup bersama...
Terlalu banyak perbezaan mungkin akan menimbulkan masalah.
Adapun perbezaan yang tidak begitu kronik,
mampukah kita mengadaptasi perbezaan-perbezaan antara kita
untuk terus sejahtera bersama?

Sikap berlapang dada dan bersabar dengan apa yang tidak kita sukai
sangat diperlukan.
Kebijaksanaan untuk mengawal emosi sangat mustahak.
Komunikasi sangat penting.
Dan lagi...dan lagi...
Yang ramai sudah tahu apa yang perlu sebenarnya.

Tapi ..
Praktikal tidak semudah teori.

***********************************

Fobia.

Tidak sedikit orang yang pernah memberitahu saya (perempuan khususnya),
mereka fobia untuk berkahwin.
Sama ada daripada pengalaman sendiri ataupun pemerhatian sendiri.
Saya tak nafikan,
walaupun tidak terlalu berkait rapat dengan keadaan saya yang masih belum berumah tangga,
tapi kadang-kadang fobia itu turut menghantui.
Banyak masalah rumah tangga yang saya dengar,
malah ada yang membawa kepada perceraian yang menyakitkan.
'Tak tahulah' apa yang tak kena.
Mungkin saya sentiasa perlu belajar memelihara hati sendiri daripada tercemar.

Saturday, May 1, 2010

It's not an option

Bismillah

Salam

Syurga hanya akan didiami oleh orang-orang yang hebat,
maka kita tiada pilihan melainkan menjadi orang yang hebat.
Untuk menjadi orang yang hebat, kita perlukan mujahadah untuk berubah menjadi lebih baik!

Saya yakin ramai yang sering berharap ada kehidupan yang lebih baik,
pendek kata "improvement" dari masa ke masa.

Ramai yang teringin nak jadi baik, dan dapat keluaga yang baik, dapat kawan-kawan yang baik.
Bila nampak orang yang sangat elok akhlaqnya,
kita sendiri 'motivated' untuk memiliki perilaku yang lebih baik;
"Aku nak jadi baik macam dia...Macammana nak buat? Di mana nak mula?"
Untuk menjadi lebih baik, itu adalah fitrah manusia.
Buktinya, yang menganut agama yang bukan fitrah sekalipun (agama selain Islam),
sering mengingatkan sesama sendiri yang mana yang "nice" dan "not nice".

Saya pernah begitu.
Bila jumpa sendiri dengan kenalan yang sangat baik perilakunya, sahsiahnya,
saya selalu berfikir, "Macammana saya boleh jadi baik macam awak?"
Walaupun bagi saya, berubah menjadi lebih baik itu agak susah sebenarnya.
Saya selalu kata pada diri
"Saya nak berubah sebab saya yang nak, bukan sebab keterpaksaan".
Ternyata, nak berubah memerlukan mujahadah yang sangat tinggi.

I notice, sometimes, bila saya selalu persoalkan kelemahan orang,
bila saya selalu bisik pada hati , "Saya tak suka manusia plastik",
ianya hanya mengurangkan sifat rendah hati saya.
Saya jadi susah untuk nampak kebaikan yang perlu saya contohi,
mungkin saya terlalu mengejar "perfection".
Ianya hanya melambatkan proses untuk 'berubah'.
Sejak itu, saya sering pujuk hati saya,
"Kaburkanlah pandanganku pada kelemahan orang, dan cari sesuatu pada orang lain yang boleh
saya contohi , untuk tarbiyah saya".
Ya, tak semestinya saya dah suka pada yang plastik,
sekurang-kurangnya saya tak terlalu appoint kesilapan itu.

Saya selalu ingat masa saya bersama keluarga dan kawan-kawan.
Duduk di rumah, mak, abah, dan adik beradik lah yang selalu tegur kesilapan saya.
Abah selalu cakap "Siapa lagi nak tegur kalau bukan mak dan abah".
Kalau bersama kawan-kawan mesti ada yang segan nak tegur kita.
Saya rasakan bermusafir bersama kawan-kawan sebanyak 3 tahun di NZ dulu
banyak mengajar saya.
Tinggal dengan kawan-kawan, banyak yang dapat belajar dan perlu belajar.
Variety of friends make us learn!
Tak kiralah dari segi ilmu agama sampailah soal menjalani hidup harian.
Kita sentiasa belajar, daripada rakan yang rapat mahupun yang tidak.

Tapi kadang-kadang, kita mungkin lupa dengan segala bekal yang kita dapat,
apabila kita kalah dengan emosi.
Bila marah, kita tak mampu hentikan perasaan itu.
Bila kecewa dan sedih,
kita tak dapat kawal perasaan itu.
Habisnya, kita juga tak ke mana.
Hanya sebab kalah dengan emosi!

berkongsi status fb pemilik http://saifulislam.com/:"Sungguh unik. Selepas Muslim daripada aspek Aqidah, Ibadah, Akhlaq dan Rumahtangga, jangan terus berbicara tentang Dunia Islam dan Kemenangan Islam, sebelum selesai bab "Mestilah Mengawal Diri Dengan Mengambil Kira Aspek Syaitan dan Nafsu". Itu mesej Fathi Yakan. Hal...angan Kemenangan Islam ialah kekalahan kita kepada Setan dan Hawa Nafsu! Mahukah belajar sesuatu?"

Apa yang saya dapat kenal pasti daripada pesanan Fathi Yakan,
"sebelum apa-apa yang lebih besar, sila pastikan kita sendiri kuat untuk tepis
hasutan syaitan dan hawa nafsu".

Emosi emosi...
Seorang pernah menghentak saya,
dengan pesanan kepada kaum perempuan,
"Orang perempuan kena kuat, jangan asyik layan emosi".

Ilmu.
Tak cukup sekadar menjadikan perwatakan orang baik yang kita jumpa untuk dicontohi untuk jadi lebih baik.
Bila kita jauh daripada dia, kita mungkin seperti 'hilang pedoman'.
Tapi kalau kita selalu belajar,
InsyaAllah, semoga ilmu yang baik menjadi pembimbing kita.
Semakin hari semakin banyak yang kita belajar,
semakin banyak pesanan untuk kita.
Sama ada kita 'apply' atau tidak.
Inilah pentingnya bergaul dengan orang berilmu.

Refleksi diri.
Bukan sekadar tengok cermin.
Bila kita ingat masa lampau kita,
tambah-tambah kalau ada kesilapan yang kita buat,
kita pasti malu.
Malu pada semua.
Harap-harap sikap malu juga dapat motivate kan diri kita untuk jadi lebih baik.

Semoga Allah sentiasa lembutkan hati kita untuk terima sesuatu yang baik,
dan berubah jadi lebih baik.
Nak dapatkan sesuatu yang baik,
duduk goyang kaki bukanlah cara yang betul.
Nak dapatkan sesuatu yang baik,
mesti ada cabaran.
Macam nak masuk syurga,
"Adakah kamu mengira akan masuk syurga, sedangkan kamu belum diuji seperti orang terdahulu?"
Ujian saya belum sebesar itu.

Walaupun selemah manapun diri anda, anda tetap mengajar saya tentang hidup.
Everyone teaches me!

Wassalam