Friday, October 30, 2009

FR dan masa depan



Salam

Selesai bacaan Hisnul Muslim tadi, aku tertanya-tanya;
"Nak buat apa ni..? Tidur ka ? Laundry ? Buka maths physics ? "

Ternyata, menganalisa 5 data dalam masa hanya 2 jam,
boleh membuatkan otak dan jasad sangat letih,
sampai sekarang masih terasa sengal-sengal pada otot,
Alhamdulillah kepala sudah ringan.

*********************

Cik, adik paling bongsu.
Zaman cik lebih mencabar,
bersiap lah,
Kak Ana doakan cik.

"Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang Melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredai Allah. Demikian syirik, kufur, bidaah, maksiat, pembunuhan, ketidak tenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah. Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang memeritkan. Sehingga kadangkala insan akan terpinga-pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul".
(copy paste from : Pasrah di zaman badai fitnah, DRMAZA )

“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(copy paste from : Pasrah di zaman badai fitnah, DRMAZA )

“Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim).
(copy paste from: Pasrah di zaman badai fitnah, DRMAZA )

Kak Ana akan jadi seorang cikgu,
akan menghadapi anak-anak sezaman dengan cik,
Kak Ana pun perlu bersiap sedia.
Zaman kita tak sama.
Jadi, doakan lah ,
walau apapun matlamat hanya SATU.
Andai jelas, sedikit yang terjatuh dan terluka tak dihiraukan lagi.
Selalulah ingatkan Kak Ana dengan matlamat itu.

Cik,
macammana nak pastikan kita sentiasa gembirakan mak dan abah?
Tak kiralah di dunia, atau di tempat yang tak berpenghujung nanti.
Bersiaplah :)
Sayang cik, sayang In,
kamu berdua "permata" kakak-kakak.

Wassalam

No comments: