Wednesday, November 11, 2009

Kekuatan yang perlu dibina, bukan ditunggu

Salam

Kuberfikir,
bilakah tiba masanya;
Aku bergerak menjadi lebih baik daripada hari semalam,
dan hari esok lebih baik daripada hari ini?

Aku membaca,
bahasa indah seorang gadis,
yang sangat memelihara hatinya, akhlaqnya, dan pergaulannya dengan sesiapa sahaja.
Baik tua baik muda, baik lelaki mahupun perempuan, baik keluarga mahupun rakan.
Indah sekali.

Aku melihat,
santun budi, dan wajah yang lahir daripada hati yang bersih,
biar baru pertama kali bersua,
tapi senyumnya sentiasa luhur,
sentiasa mengutamakan tamunya,
mudah didampingi,
tidak kisah diusik orang yang lebih muda,
dan bijak berinteraksi dengan yang lebih tua,
tiada sinis mahupun wajah mencuka.
Aku tertanya-tanya...
bagaimanakah si gadis ini bisa terlalu luhur pekertinya?

Selagi mana masih bernafas,
selagi itulah pencarian diri sendiri belum berakhir.
Mencari, untuk menjadi sepertimana yang diingini oleh Pemilik diri ini.
Tapi rasanya diri ini teramatlah lemah,
malu rasanya.
Ingin mengubah sesuatu,
perlu juga mengubah diri sendiri.
Ingin berubah?
Perlukan mujahadah...
Ditambah pula dengan istiqamah...
Mengapa terasa sukar untuk memperoleh mujahadah dan istiqamah ini?

Perlukah terus untuk berharap,
kehadiran seseorang yang boleh saling memberi kekuatan untuk berubah, bermujahadah, dan bersitiqamah?
Perlukah menanti?
Oh lemahnya diri ini andai sentiasa mengharap dan menanti tetapi tidak membina sendiri dengan usaha yang kuat.

Bagaimana dan di mana harusku mencari mujahadah dan istiqamah ini Ya Rabb.

******************************

Kritikan Perlu Disusuli Dengan Tindakan.



"If we don't like it, change it. If we can't change it, change ourselves!"

Wassalam

4 comments:

~Cik Hamba Allah~ said...

salam..

cantik sajak kat atas tu..
sgt mendalam maksud dia..
ada seni untuk mengolah sajak (betui ke tak word mengolah ni..huhu)

sapa la wanita itu ye.. hehe ...

selamat berjuang hana ye..

~Cik Hamba Allah~ said...

salam..

hana.. cantik sajak tu..
sgt mendalam maksud dia..
memang ada seni dalam mengolah sajak (betui ke ntah word mengolah ni.. huhu..)..

sapelah agaknya gadis itu.. hehe

Farhana & Farhani Azizan said...

salam a'laik Kak Nabil,

ada 2 orang gadis,
satu yang Hana tak pernah jumpa beliau, tapi cuma membaca penulisan beliau.
Dua, Hana pernah jumpak, tapi sekali dua saja...tapi impaknya masih terasa...luhur banget..hehe

Sihat ke akak?

You too, selamat berjuang =)

Wassalam

~Cik Hamba Allah~ said...

wassalam

ooh yg sorang penulisan dia.. dan sorang gi pernah jumpa sekali dua.. memang kira kenai la gadis ni dan pernah bersembang dan bersemuka secara depan2 ngan dia.. (heheh.. mcm rasa pelik je akak nk sebut gadis.. haha)

alhamdulillah sihat.. =)

tengah musim exam.. 2 paper gi.. hehe..