Monday, November 23, 2009

Naifkah sebenarnya kita?

Salam

Saya ditag pada sebuah nota di Facebook. Nota yang ditulis oleh bekas senior saya di kampus, Kak Ilun. Kak Ilun menceritakan perihal dirinya yang menjadi salah seorang mangsa penipuan.


Saya ditipu :(

Salam
Tujuan saya menulis ini adalah untuk memberitahu kepada rakan-rakan agar tidak ditipu seperti saya dan 300 orang rakan saya yang lain di maktab. Pada hari Jumaat yang lalu, kami telah didatangi oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Dr Jason Lee atau nama islamnya Dr Iskandar Lee, kononnya doctor perubatan yang baru pulang dari Ghaza, Palestin dalam misi sukarelawannya membantu anak-anak Palestin di sana.

Oleh itu, kami telah dihidangkan dengan berbagai-bagai cerita yang menyedihkan dan menyayat hati. Tidak pernah lekang dari mulut ‘Dr Jason Lee’ menuturkan kalimah-kalimah Allah seperti SubhanAllah, MasyaAllah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. Beliau juga dengan lancarnya telah menuturkan beberapa ayat dari Surah Al-Baqarah dengan makhraj yang betul dan sedap didengar.

Sebagai seorang yang naïf, saya sememangnya percaya seratus peratus dengan setiap apa yang dituturkannya. Hinggakan rakan di sebelah mencelah, “betul ke ni Elun?boleh percaya ke orang ni”. Saya cepat-cepat membela Dr Jason ini dengan mengatakan “ishh takkan la dia nak tipu hal-hal macam ni!”

Dengan itu, saya bersama lebih kurang 300 orang yang lain yang turut terpedaya dengan kehebatan makhluk Allah itu bercakap tentang nasib anak-anak yatim Palestin, telah membeli CD yang dibawanya, dengan niat ingin menderma kerana Allah. Gembira rasanya melihat kawan-kawan yang lain berpusu-pusu membeli CD kerana saya yakin, niat mereka hanya satu, supaya sumbangan yang sedikit itu dapat membantu anak-anak yatim Palestin.

Dan pagi ini, pagi Isnin, kami telah diberitahu bahawa lelaki yang menggelarkan dirinya Dr Jason itu adalah seorang penipu dan mengambil kesempatan terhadap simpati orang ramai kepada mangsa Palestin. Beberapa orang rakan telah menghubungi pihak MERCY dan mereka memberitahu bahawa tiada sukarelawan yang bernama Dr Jason Lee di dalam senarai sukarelawan mereka. Dan yang lebih menyedihkan saya, pihak MERCY memberitahu, mereka sudah menghentikan penghantaran sukarelawan sejak 8 bulan yang lalu. Mana mungkin ada penghantaran dalam masa terdekat ini.

Oleh itu, kepada rakan-rakan semua, jangan mudah terpedaya seperti saya dan rakan-rakan yang lain. Minta pengenalan diri ataupun kad yang memberi authority kepada mereka untuk mengutip derma daripada kita.
I have learnt my lesson a lot, people!!!


Perkara seperti ini logik saja berlaku.
Some people are willing to do everything for money..
Cuma saya rasa terkilan, perasaan simpati ummat Islam sesama saudaranya, dan perasaan belas manusia terhadap insan lain yang dizalimi,
diperkudakan sewenangnya.


*********************

Minggu lepas saya ke airport di Wellington, bandar utama di sini, menghantar 2 orang rakan yang pulang bercuti ke Malaysia, Ayu dan Zuria.

Saya dan beberapa rakan yang lain menjaga beg, sementara Ayu dan Zuria ke tandas sebelum berlepas. Sekembali dari tandas, Ayu mengkhabarkan tentang handset nya yang hilang di dalam tandas ketika ditinggalkan sebentar sahaja. Number Ayu dihubungi tapi masuk voice mail pulak.

Of course, it is expected to be stolen.

Tapi sementara masih ada masa, harapan masih ada. Sedang Ayu solat, saya dan Noha pergi ke tandas kalau-kalau berjumpa. Tengah mencari, datang pula 2 gadis (minah salleh tapi mungkin bukan orang tempatan) di pintu masuk tandas seolah-olah mencari seseorang.
Noha terlihat salah seorang gadis memegang handset, susuk handset yang sama dengan handset Ayu.
"Ha! Tu!" kata Noha.
Gadis tadi bertanya "Is this yours?"
"No, it's my friend's" jawab Noha.
2 gadis tadi memberitahu mereka cuba mencari pemilik handset tersebut,
dan cuba mendail semula nombor pemanggil yang masuk tadi, tetapi gagal memandangkan baki kredit tidak mencukupi.

Bersyukur dan tak sangka. Itu perasaanku kalau di tempat Ayu.
Mana tidaknya, perkara yang sama terjadi kepada beberapa kenalan ketika di "tempat sendiri". Kebarangkalian untuk barang berharga yang hilang dipulangkan amat tipis.
Rezeki kita, kalau yang jumpa tu orang yang jujur.

Yang disengajakan pula,
seluar disangkut di pintu tandas sekejap saja, tiba-tiba wallet di dalam poket dah hilang.
Beg yang diletakkan di hadapan kita waktu solat, bila bangun dari sujud, dah hilang.
Keluar dari komuter, poket seluar dah kempis.


Cuai kah kita? Naif kah kita kerana sering bersangka baik tidak mengira ketika?

Parah sangat kah tahap penipuan dan kecurian di negara kita,
sampaikan salah sebuah buku rujukan yang digunakan dalam subjek Human Resource di uni di sini mengambarkan sikap pemandu teksi di Malaysia yang suka menipu penumpang.

Kadang-kadang saya terfikir , apa puncanya?
Level ekonomi kita kah yang memaksa terjadinya perkara sebegini.

Atau hak rakyat tidak sekata? Prioriti terhadap rakyat salah dibahagi?

Atau memang ... tandusnya nilai murni dalam jiwa?

Wassalam

1 comment:

amiratunnadhirah said...

Disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Suhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda : “Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya.” (Hadis sahih riwayat Muslim no. 2999).