Salam.
Cuba tanya orang yang terdekat...Kenapa tak nak bermadu?
Zaman sekarang, isteri yang tak mahu dirinya dimadukan adalah biasa.
Tapi isteri yang menawarkan suaminya untuk berpoligami adalah perkara luar biasa.
Sekali lagi, ianya hanyalah daripada pemerhatian dan pengalaman saya semata-mata.
Saya pernah tanya kan soalan ini kepada orang terdekat saya.
"Kenapa orang tak nak dimadukan?"
"Pedih."
"Pedih?" Saya mahukan lagi penjelasan.
"Belum rasa, belum tahu. Bila dah rasa baru tahu. Cuba bayangkan,
kamu baik dengan seorang kawan. Tiba-tiba ada kawan baru datang,
berbaik-baik dengan teman rapat kamu tu. Akhirnya, dia dan dia menjadi
kawan karib. Apa kamu rasa?
Tengok...sedangkan sesama kawan pun, kita rasa pedih. Inikan pula suami."
Ok. Saya terus mendiamkan diri. Saya faham perasaan itu.
Dulu saya ada seorang kawan yang sangat rapat. Orang sebut kami macam belangkas.
Kawan saya seorang yang peramah dan natural. Pokoknya, beliau memang disenangi oleh ramai orang. Beliau menjadi tempat mengadu nasib oleh kawan-kawan.
Beliau juga pengawas sekolah, tetapi pengawas yang dihormati kerana toleransi dan budi bahasanya.
Kami berlainan kelas ketika di Tingkatan 4 kerana aliran yang berbeza.
Waktu itu, memang ada rakan baru yang berbaik dengan beliau.
Cemburu sudah pasti, sebab perhatiannya perlu dibahagi.
Tapi apa hak saya untuk menentukan dengan siapa dia perlu berkawan?
Saya tak marah, cuma kurang senang. Tapi, untuk seorang kawan, saya tiada hak untuk memaksanya.
Bila ia datang kepada suami dan isteri, dari segi hak mungkin berbeza sedikit sebanyak.
Dari segi perasaan juga mungkin lebih daripada itu.
Pernah tonton Ketika Cinta Bertasbih?
Ana tak mahu dimadukan, sepertimana Siti Khadijah tidak dimadukan oleh Rasulullah S.A.W
sepanjang hayat Siti Khadijah.
Ada pula yang berpendapat, siapalah kita, tidak sehebat Siti Khadijah , untuk tidak dimadukan.
Terlintas juga di benak saya, siapa pula suami kita?
Pokoknya, saya bukanlah orang yang pantas mengupas isu-isu ini.
Cuma terfikir untuk ditambahkan sebagai catatan hidup saya.
"Takda. Mana ada orang lelaki sekarang yang boleh berlaku adil."
Hmmm...itu katanya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment