Lama sudah tak menaip di papan dash ni..
Bukan tiada isu, bukan tiada coretan untuk mencatat perjalan yang masih belum luas,
tetapi sebenarnya, menulis itu terasa sukar
untuk seorang yang tidak begitu hebat menyusun kata
untuk mempamerkan apa yang pantas menari di dalam benak
dan apa yang terlintas di dalam hati.
Sayalah orangnya...Seorang yang tidak begitu berkemahiran
untuk melahirkan rasa hati..
Baik melalui penulisan ataupun perlakuan..
Melangkah usia 22...Saya kira ia adalah usia tua saya..
Yang mendorong untuk banyak berfikir sebelum bertindak,
yang kadang-kadang tak dapat dikawal,
sehingga sebuah tugasan yang sepatutnya simple menjadi complicated.
Melangkah usia ini, perasaan sayang lebih dipamerkan dalam bentuk tindak tanduk,
menunaikan hak dan tanggungjawab kita kepada sekeliling.
Sayang melalui kata-kata adalah sesuatu yang berat untuk diungkap
melainkan kepada kanak-kanak kecil.
Itu saya, dan orang-orang yang mempunyai persamaan dengan saya.
Risau;
iaitu sikap defensive kepada diri sendiri.
Saya takut sekiranya sikap ini menjadi halangan untuk bersikap profesional, bijak mengawal emosi, terbuka menerima pendapat dan mungkin halangan untuk
memiliki hati yang kuat dalam mendidik.
Cepat merajuk apabila ditegur, bertindak reaktif apabila marah, membela diri atas kritikan..
Semua itu sikap defensive yang tidak boleh disuburkan.
Dunia sekarang, dunia mencabar.
Teori itu selalu indah...
Pemikiran itu selalu jauh..
Harapan pula selalu tinggi..
Tapi,
teori tinggal teori,
pemikiran terkubur begitu saja,
dan harapan melayang entah ke mana..
kalau
diri ini sendiri tidak bertindak.
Lama
Lama itu memang membosankan...
Tapi ia perlu disuburkan...
Demi memiliki indahnya buah sabar...
Lama itu bukan tempoh yang sia-sia...
Tapi ia tempoh menguji perjuangan diri...
Kerana hayat masih ada...
No comments:
Post a Comment