Salam.
Tertarik sekali dengan temubual MHI pagi tadi,
memutarkan isu REMAJA, tambahan pula dengan kehadiran
speaker nya yang banyak memberi isi penting iaitu Ustaz Hasrizal.
Memetik kesimpulan sesi tadi daripada comment facebook beliau:
1. Tenaga tidak boleh dihapuskan. Ia perlu disalurkan. Itu asas menangani remaja.
2. Jangan memandang remaja secara judgemental (rujuk kisah Ibrahim)
3. Masalah remaja adalah simptom kepada masalah di tempat lain, khususnya institusi keluarga
4. Remaja lebih selesa berkongsi masalah dengan kawan berbanding ibu bapa kerana hilang kepercayaan terhadap ibu bapa yang TIDAK DIPERCAYAI sebagai MEMAHAMI REMAJA.
5. Justeru perlu selalu meneliti tahap kepercayaan yang wujud antara ibu bapa dan anak semenjak mereka kecil.
6. Kaedah: Tidak meremehkan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka seperti orang dewasa (ajak berbual, kongsi rahsia dengan anak dll)
7. Pembetulan remaja, berbalik kepada perkara BASIC iaitu soal AQIDAH, PANDANGAN HIDUP dan NILAI
8. Pendidikan agama bukan setakat untuk persiapan menuju Akhirat, tetapi sebelum itu juga, adalah untuk kecemerlangan dunia. Menampung kecemerlangan akademik yang tidak cukup untuk CEMERLANG dalam erti kata yang sebenar.
9.Dera anak dengan putung rokok itu satu bab. Dera anak dengan api neraka kerana tidak diberi didikan agama, itu lebih sengsara.
10. Remaja berada di dua kelompok ekstrim. Satu, sangat giat dan aktif di jalan yang merugikan. Sekelompok lagi saat selesa di dunia Ipod dan PSP, tidak bergaul. Kedua-duanya mesti ditemukan di medan PERJUANGAN.
11. Remaja nature mereka mahu berjuang. Tanpa input mereka akan berjuang mempertahankan seluar ketat dan remos rambut. Mereka perlu diberi suntikan perjuangan.
12. Contoh pengisian adalah seperti kegiatan dakwah, aktivism, alam sekitar, kemasyarakatan, kemanusiaan dan segala yang membolehkan remaja merembeskan tenaga dan adrenaline mereka.
13. Menjadi tanggungjawab kita pula, untuk menjadikan aktiviti di atas mesra remaja.
Wallahua'lam
***************************
Saya mendengar isu ini dengan penuh minat...Sebagai seorang kakak kepada adik lelaki berusia 14 tahun, dan jika diizinkan Allah sebagai bakal guru sekolah menengah dan sebagai bakal ibu.
Menyaksikan sendiri bagaimana mak dan abah membesarkan adik-adik di bawah saya,
yang kadang-kadang banyak 'karenah'nya,
dan menyaksikan pergolakan masalah anak-anak masyarakat setempat,
menyebabkan saya sering terfikir,
"Proses membesarkan, mendidik, dan membimbing anak-anak bukanlah suatu proses yang mudah".
Andai terlalu dimanjakan akan rosak , dan kalau terlalu ditekan pula masalah lain yang akan timbul.
Saya sendiri tak terkata bila mendengar tentang masalah sahsiah budak-budak sekarang,
tidak terkecuali orang terdekat saya.
Jadi pening, bingung, dan keliru.
Kuatkah saya nanti bila diberi ujian hebat itu?
Anak-anak amanah yang perlu dijaga dengan perasaan 'amanah'.
Berat bagi saya.
Namun, sebagai seorang yang bakal menghadapi karenah anak-anak, remaja khususnya;
Saya sendiri sering berpesan kepada diri:
"Masalah seperti ini susah untuk dielakkan atau diselesaikan kalau saya sendiri compang camping dalam sahsiah saya".
Bukan hanya perbetulkan sahsiah sendiri, malah ilmu psikologi juga sangat penting.
Bagaimana untuk berurusan dengan anak-anak bermasalah ini?
Berleter 24 jam , cemuhan, kritikan yang tak membina, skeptikal,
tidak mampu mengubah nasib si anak.
Tapi banyak ruang yang perlu digunapakai oleh pendidik (ibu bapa dan guru khususnya)
untuk ber'kawan' dengan mereka.
Ia memerlukan 'skill' dan 'skill' ini perlu saya bina masa demi masa.
Pada ketika ini, saya juga punyai masalah untuk mendalami jiwa seorang remaja
dan cuba menariknya untuk memahami hakikat kita dilahirkan ke dunia.
Jiwa risau, sedih, memikirkan hala tuju anak-anak muda yang masih bersekolah
di sekeliling saya.
Dari masalah adab terhadap ibu bapa, lepak,samseng, ugut-mengugut, rokok, dadah, cintan
dan banyak lagi.
Saya juga insan yang berharap dapat berbuat sesuatu, tetapi masih tidak mampu
untuk mengubah semuanya.
Faghfirlana Ya Allah...
Wassalam
No comments:
Post a Comment