Salam
Semalam bermalam di rumah tok, Kampung Lahar Jambu.
Kami ke sana menaiki motor.
Best banget ... dah lama sangat tak naik motor ke kampung.
Sepanjang perjalanan saya perhatikan suasana dan cara hidup di
perkampungan yang saya lalu.
Frankly speaking, saya sangat sukakan suasana yang hijau, nyaman, dan
bersederhana di kampung,
cuma saya belum terbiasa dengan waktu malam di sana yang sunyi.
Kampung sekarang dah tak macam kampung zaman kanak-kanak saya.
Zaman saya membesar bersama kembar dan kakak sulung,
di samping tok dan tok wan juga mak teh, mak cik, dan pak anjang.
Tapi sekarang, suasana berubah sedikit sebanyak.
Jalan sudah diturap, ramai yang berhijrah ke luar, masalah kebejatan sosial agak membimbangkan, tok wan dah takda,
mak teh, mak cik, pak njang semua dah berkeluarga.
I miss that time :(
OK, back to the topic..Apa yang 3 nya?
Untukmu Wanita, Adab Az-Zifaf, dan Syabab Musafir Kasih.
3 buku yang saya baru saja habis dibaca sepanjang di rumah-Perlis.
Buku Untukmu Wanita ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)
Basically, buku tersebut mengumpulkan soalan dan jawapan berkisar tentang isu wanita.
Terbahagi kepada 3 bahagian : Aurat & Maruah, Munakahat, Rumah Tangga.
Ada antaranya boleh dibaca di www.zaharuddin.net
Adab Az Zifaf - Panduan Pernikahan Cara Nabi, oleh Al-Albani.
Tapi saya ambil yang sudah diterjemah ke bahasa Indonesia.
Buku ni kena repeat ler,
tahap penguasaan Bahasa Indonesia yang lemah agak mempengaruhi kefahaman saya.
Buku yang ke-3...Syabab Musafir Kasih.
Hasil penulisan Kak Fatimah Syarha yang ke-3 saya baca selepas Tautan Hati dan Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul.
Ok, mungkin ada yang kurang berminat dengan novel-novel cerita.
Tapi saya tak dapat tipu hati perempuan saya...
Tambah-tambah dengan hasil penulisan dan gaya bahasa Fatimah Syarha,
yang sangat menyentuh hati...
Ceritanya Syabab bukanlah bermotifkan cerita yang sedih walaupun saya termenangis.
Mungkin kita boleh katakan ia cerita tentang pemuda.
Tapi, bagi saya, ia bukan sahaja menceritakan tentang pemuda,
malah banyak isu lain, ilmu, dan bimbingan yang diselitkan.
Saya katakan penulisannya adalah penulisan yang berkesan,
dan saya kagum dengan penulis ini yang pandai menyusun bahasa dan jalan cerita,
yang pada masa yang sama menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu medan dakwah beliau...Sesuai untuk peminat novel :)
Saya memandang watak Syabab sebagai watak seorang pejuang,
walaupun awal kemunculannya cuma membayangkan seorang budak kampung yang miskin, dan serba hina, selalu dicaci dan dimarahi oleh keluarga dan orang kampung,
namun Kak Zah merupakan satu-satunya yang sentiasa percaya Syabab merupakan seorang lelaki yang penuh dengan potensi.
Syabab bangkit, menjadi syabab harapan ummat.
Realitinya, masih ramaikah syabab hari ini yang menjadi pejuang?
Saya percaya masih ada.
Ummat yang tenat ini sangat memerlukan kalian.
Saya copy paste salah satu penulisan dalam cerita Syabab Musafir Kasih (m/s 202-204):
LELAKI...
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri,
Dulu,Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas, binasaDulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu dunia seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki menperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul...
Wassalam
No comments:
Post a Comment