Tuesday, May 5, 2009

"Sayang abang " ... Budaya siapa?



Bismillaah

Salam

Bila isteri menyebut kepada suami , "...Sayang abang.."

Perkara lazim bukan?
Apalah salahnya meluahkan rasa sayang kepada yang berhak,
malah ia dituntut bukan?
Siapa yang mahu rumahtangga tawar dan hambar?
Walaupun ada pasang surut,
tapi isteri mukminah itu tegar setia dengan ungkapan .."sayang abang.."
Budaya mukminah muslim sejati ;)

Tapi,
ini case berbeda ..

andai dia bukan suamiku,
tetapi aku sewenangnya memanggil dia "abang"/"hubby"/ seumpamanya
dan dia pula sewenangnya memanggil aku "sayang"/"manja"/"honey",

apakah salah?
Sedangkan wujud rasa cinta antara kami,
sedangkan kami berjani untuk setia dengan janji?
Apakah salah?
Walau hanya dengan panggilan itu?

Mari kita soal semula:


1) Budaya siapa semua itu? Ada dalam budaya salaf atau budaya Islam?
Maaf, aku bukan orang yang alim, malah ilmuku cetek sekali,
Jika ada, sila nyatakan kisahnya berserta hujah.
Mari kita aplikasikan ilmu yang sahih ini.

2) Apa tiada sorotan hawa nafsu yang "evil" daripada panggilan itu?
Kalau "ya" jawapannya, jauhkan lah..lalu tinggalkan lah.
Kalau "tidak", rasaku itu jawapan yang mustahil benar.
Aku juga insan yang pernah terkena penangan cinta monyet,
Tapi semonyet-monyet cintaku,
Aku sangat malu memanggil "sayang",
Kerana ada yang Maha Mendengar.

3) Mari kita refleksi diri.
Kita berjaya harungi cabaran dalam dakwah.
Kita berjaya harungi cabaran dalam menuntut ilmu.
Tapi, mengapa kita perlu TEWAS?
Hanya pada persaan "cinta kau dan aku yang belum mengikat ikatan sah"
Di manakah letaknya kekuatan kita sebagai pemuda Islam,
jikalau hanya pada perasaan, kita awal-awal lagi kalah tersungkur?

"BERJUANG BUKAN HANYA DI MEDAN DAKWAH, BERJUANG BUKAN HANYA DI MEDAN ILMU, BERJUANG JUGA ADALAH MENDIRIKAN DAULAH ISLAMI DALAM DIRI KITA"

*buat renungan aku dan yang aku sayangi - kerana ikatan kita bukan hanya di dunia =)

7 comments:

Anonymous said...

SETUJU!

Anonymous said...

xtau lh budaya sape,kita xde abang as "abang",tp ada 2 abang kt umah dan seorg adik yg dipanggil abang jugk..

xprnh ckp syg abg,tp slalu je ckp syg awk kt kwn2..farhana,sy syg awk jugk.haha.

pening2.

nur said...

sy syg farhana jugak.tak pernah lagi cakap 'syg abang' kat sape stakat nie,hehe;p

owh nak cakap jugaklah,sayang farhana,hehe:)

Owner said...

SAYYYAAAANG KAKak NADIAH :X

NAK BAGI THE WHOLE WORLD DENGAR..=P

tringin wat gathering : kak ilun, kak lela, kak zura...dan kita2 yg bersama2 dari dulu ni..
insyaAllah, harap tercapai impian ni :x
sayang dan rindu semua :x

wassalam

Owner said...

oh, Noha..

saya pun sayang awak..

tapi x nak lah tunjuk sangat..

hahahahaha=p

Owner said...

alamak. terasa, huahua. ok2.

nur said...

haha
korang dua,balik cepat2!!!
opss,i mean after completed your study lah
:D