Tertarik sekali!
Saya tertarik dengan kanak-kanak 12 tahun yang genius tetapi secara fizikalnya memiliki raut wajah dan kadar kesihatan orang tua 70 tahun.
Itu yang menyebabkan saya terus menonton filem Paa sehingga tamat.
Saya juga tertarik dengan isu 'korupsi' filem-filem dari India.
Saya akan kata "Eh, tak sangka sama" :p
***
Paa:
Bermula dengan keterlanjuran sepasang kekasih yang merupakan penuntut Havard University.
Si perempuan akhirnya mengandung. Si lelaki dengan tekad untuk terus fokus pada impiannya menjadi politician yang terkenal dan tidak mahu membahagikan komitmennya untuk berkeluarga. Si perempuan yang kecewa, meneruskan hidupnya tanpa mempedulikan si lelaki yang taksub dengan cita-citanya. Dia hanya memberitahu lelaki itu bahawa masalah anak di dalam kandungannya telahpun diselesaikan.
Anaknya dilahirkan, pengidap Progeria.
Namun, dia dibesarkan dalam suasana yang sungguh positif,
malah rakan2 dan guru juga terbuka menerimanya.
Sampai satu masa,
akhirnya si ibu menceritakan perkara sebenar.
Si ibu memberitahu ayahnya kini politician yang terkenal,
malah pernah berjabat tangan dengan si anak.
Si anak bertanya "Do u want him to know?"
Si ibu menggeleng dan menjawab "Satu beban boleh mematikan impian. Saya dan awak adalah beban dia"
Pada saat anaknya nazak...
Ibu bapanya bertemu kembali.
Bapanya melamar ibunya kembali namun ditolak.
Kawan si anak yang datang melawat
tiba-tiba berkata
"Yang menyakiti itu lebih menderita daripada yang disakiti"
***
1) Maafkan saya jika saya menjadi beban.
2) Maafkan saya jika anda lebih menderita.
***
Saya sedang memberi ruang untuk anda membuat pilihan dan keputusan.
Sudah pasti bukan saya yang perlu tentukan kerana saya telah memuat pilihan saya.
Mungkin dengan ruang ini, kita dapat yakinkan hati...How passionate we are.
***
Akhir kata...Buatlah keputusan dengan pendirian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment