Tuesday, July 26, 2011

Pokok yang mati itu keras, pokok yang hidup itu lembut

Wahai pokok yang hidup, saya doa Allah bantu saya pelihara hati ini untuk jadi seperti kamu.

Seperti biasa, saya mendengar slot Prof Mohaya dengan teruja.
Hari ini isunya tentang penjara.

Penjara ada 2 jenis..secara fizikal atau mental.

Contoh orang yang dipenjarai fizikal tetapi tidak mentalnya adalah Nelson Mandela dan Syed Qutb.
Contoh orang yang bebas fizikalnya, tetapi terpenjara mindanya itu...Ramai sekali...Apabila kita sering takut tentang apa yang orang kata,lalu membantutkan kita untuk bertindak kreatif, maka kita akan terus terpenjara dengan pelbagai 'takut-takut' itu.

Habis itu apa kaitannya dengan pokok hidup dan pokok mati?

Seorang pendengar slot suri menghantar sms:
"Bagaimana nak deal dengan orang yang anggap dirinya saja yang betul?"

Saya yang mendengar, terlintas:
"Ah, akukah? Yang kadang-kadang susah mengalah apabila merasakan aku di pihak yang benar"

Lalu saya mendengar dengan teliti.

Orang yang merasakan dirinya saja yang betul, sebenarnya adalah orang yang tiada apa-apa.
(And the list just goes on)

Cara untuk deal : Iakan saja apa yang dikatanya. Lama2 dia akan sedar.

Perumpamaan pokok yang mati itu keras...Umpama manusia yang mati hatinya disebabkan kekerasan hati, tak sudi bersikap fleksibel.
Perumpamaan pokok yang hidup itu lembut...Ibarat manusia yang hidup hatinya, lembut menerima nasihat atau kritikan, untuk terus 'grow up'.

Ya Allah...
Kadang kala kedangkalan akal kami menyebabkan kami berkeras mempertahankan
hak, terlalu banyak menuntut hak..Terlalu banyak berfikir 'sepatutnya itu...sepatutnya ini..'...Terlalu banyak mempertikai, mengeluh, dan complaint.
Faghfirlana ..

Bagaimana mungkin seorang wanita dapat menjadi isteri solehah,
jika terlalu banyak mengungkit?
Bagaimana mungkin seorang insan dapat jadi orang soleh, jika tak berperibadi bersyukur dan hilang sikap qanaa'h?

***

Betapa pentingnya hubungan kita sesama manusia banyak bergantung kepada KUALITI KOMUNIKASI.

Perkataan, Intonasi, Fisiologi.

Adakalanya perkataan kita manis2 belaka bagaikan madu, tetapi intonasinya boring, fisiologinya bertindak seolah2 memberitahu perasaan 'menyampah'...
Maka apakah ini komunikasi berkualiti?

Tidak.
Maka tidalah rindu dendam antara suami isteri, kerana komunikasi yang tidak berkualiti.

*Terima kasih pemberi tips di atas...Walaupun saya takde suami, tapi saya ada mak abah, saya ada kawan2, saya ada pelajar saya*

***


Semalam saya membaca blog Kak Nurul : Bersediakah berkongsi suami

Kak Nurul menulis nisbah2 lelaki dan perempuan,
dan sebagai mathematician...saya memandangnya sebagai sesuatu yang sangat rasional.

Jadi, saya pun tak nak mengada-ngada dan tak nak panjangkan cerita.
Sekalipun sekarang saya lega, tapi masa depan saya belum tahu.
Dengan itu, saya melenturkan hati untuk lebih terbuka.

I trust u, I will.

Wassalam.

No comments: