Sunday, July 17, 2011

Pandanglah saya sebagai peluang dakwah kalian


Yes, I really mean it.

Kepada ibu bapa, kenalan baik di alam maya mahupun realiti,
keluarga, pelajar,

pandanglah saya sebagai peluang dakwah kalian.

Ibu bapa banyak berdakwah kepada saya tentang adab dan sikap.
Kenalan juga banyak berkongsi contoh peribadi yang perlu diikuti.
Pelajar? Mungkin mengajar saya menjadi lebih bersabar dan expressive.

Terima kasih kepada kalian yang bersabar menghadapi baik buruk saya.
Kehadiran kalian sebenarnya amat bererti,
kerana Allah tidak menjadikan sesuatu secara sia-sia.

Saya sedang dan berharap sentiasa dapat mempersiapkan diri,
membuka fikiran dan hati,
untuk menerima nasihat, tarbiyah,
dan mencontohi sikap baik kalian.
Walaupun saya akui, hati ini tidak lah se'tough' mane.

Tanpa mempersiapkan diri untuk bersedia ditarbiyah,
mana mungkin dapat bersifat terbuka menerima nasihat dan kritikan,
dan mana mungkin dapat berubah diri menjadi lebih baik,
biarpun berada di dalam biah soleh.

Tapi nampaknya..
seperti saya yang menunggu untuk menerima,
kan?

Apa sebenarnya yang dapat saya beri?

Berfikir untuk memberi sebenarnya adalah lebih mudah dan menenangkan
berbanding berfikir untuk menerima.

Dulu saya pernah 'berangan',
menjadi ummu A'sim. (A'sim = sejahtera).
Kerana saya bercita-cita ingin melahirkan
sosok khalifah Umar Abdul Aziz.
(Wah, tinggi sungguh cita-cita!)

Ingat : Behind every great man, there's a great woman!

Kuncinya, jadilah great woman ;)

Ya saya akui,
great woman tidak semestinya yang hebat tampil di hadapan khalayak,
petah bercakap membetulkan itu dan ini...Tidak semestinya.

Jujurnya pada saya;
great woman adalah:

1) isteri yang bijak membantu suami menakhoda rumah tangga yg sentiasa dalam redha Allah
dan redha suami.
2) ibu yang dapat melahirkan anak2 menjadi khalifah seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Eh, yang tak kawin macammane?

1) Bermanfaat untuk ummat (termasuk ibu bapa dan keluarga)

Come on me! Walk the talk!

Angan-angan dan berkata-kata jauh berjuta kali sangat mudah,
berbanding melaksanakan.

Setuju.

Ya, kalau boleh saya nak hadiahkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz kepada ummat,
tapi itu cuma angan-angan.

Nak merealisasikan tu perlu ada MUJAHADAH, MUJAHADAH, dan MUJAHADAH.

Saya mula terkesan dengan sejarah Khalifah Umar Abdul Aziz setelah mendengar ceritanya daripada video Dr.Asri.

Ya, mereka sentiasa fikirkan ummat. Sebab tu pentingnya memilih pasangan soleh
supaya dapat berbuat sesuatu untuk ummat.
Mereka berjuang, berkepimpinan, dan tidak mementingkan kepentingan sendiri.

Hei, siapa yang telefon sj kawan2, jumpa saja kawan2, lepak dengan family dan kawan;
butir bicaranya adalah tentang UMMAT?

Sewaktu masyarakat tengah heboh pasal demonstrasi BERSIH, UZAR menulis di FB: DRMAZA called beliau dan mereka berbincang tentang UMMAT.

Hmm..seingat saya, saya, sy tak selalu ambil peduli 'isu berat' :s Isu hati sendiri yg selalu dibualkan.sobs.
Mahu tak mahu, akhirnya saya perlu akui, saya perlu ubah diri...supaya nanti tidak lah serba salah mendidik anak, dan tidak jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan.
Saya tahu cita2 itu terlalu tinggi dan can be considered as tidak realistik, tapi saya tidak akan bergerak tanpa cita-cita.
Akhir kata walk the talk, actions speak louder than words. Anak2 zaman sekarang sangat mencabar:)
Berani nak sahut cabaran tu?



No comments: