Friday, July 22, 2011

Cikgu Z, kita sama .

Pengikut siri Juvana, TV3, Isnin, 9 pm..
Pasti kamu kenal Cikgu Zakiah :)

Oh, saya tidak se'kuat'itu untuk ke sekolah seperti Wira Bakti,
walau saya percaya permainan psikologi itu dapat membantu
memulihkan 'mind setting' pelajar yang bermasalah.

Tengok video 'The Invigilator' pon dah rasa...
"oooooooooh....Ive faced some of those situation...Quitting? might be not...but..
TIRING..yes, it is"

Cuma di sini apa yang saya perlu tegaskan:

Saya mahu dan ingin sekali membuktikan sesuatu.
Sesuatu tentang kerjaya guru.
Saya sebenarnya mengambil risiko the moment I accepted the offer from KPM.
Risiko kekecewaan harapan abah, risiko menahan pedih telinga mendengar kata sinis,
risiko yang kononnya bidang tak sepadan result, risiko naik pangkat lambat, risiko berhadapan dengan pelajar bermasalah sosial, risiko gaji sikit.

Apa saya peduli.
Yang penting saya tahu apa yang saya buat.
Saya tahu apa yang saya cari.
Saya tahu apa kemampuan saya.
Selagi mana saya yakin,
selagi itu saya akan berusaha.
Walaupun mungkin penat dan lelah di tengah jalan,
saya tak akan patah balik dan saya tak akan menyesal.
Bila saya bertekad, saya akan berusaha penuhi.
Sungguh! saya tak peduli persepsi orang terhadap apa yang saya pilih ni.

Saya memang berjauh hati apabila career guru dipandang rendah,
tapi saya mengaku..Saya juga pernah memandang rendah..
Tapi waktu itu saya terlalu muda untuk menilai.

Saya terima tawaran KPM pada mulanya kerana rasa terasing setelah mendengar ramai kawan yang juga sedang membuat persediaan ke luar negara.

Tetapi menjadi guru bukanlah masalah besar bagi saya,
malah sebenarnya ia cita-cita saya yang terakhir sebelum menduduki SPM.
Waktu itu saya sedang bergelut.
Bergelut mengenalpasti kelemahan saya dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.
Sekian lama, banyak kelemahan dan 'ketakutan' yang dapat saya atasi.
Dan keyakinan itulah juga yang saya ingin tanamkan kepada pelajar saya
jika ditakdirkan saya menjadi guru.
Keyakinan bahawa 'Ketakutan itu perlu diatasi dengan menghadapinya, bukan terus mengelak'.

Semakin umur bertambah,
semakin banyak keperluan untuk menjadi guru.
Medium ini boleh saya gunakan untuk menyampaikan 'pemikiran'.
Biar anak bangsa saya berfikir.

Sampai sekarang...
Orang cakap..
Cikgu lambat naik pangkat, gaji sikit.

Saya geram dan saya nak buktikan,
Guru adalah profesion terbaik untuk saya!
InsyaAllah.

No comments: