Saturday, December 18, 2010
Can't wait any longer
I've once stumbled upon a blog,
which I'm not sure how to get back to that blog,
but it belongs to a Malaysian student who studies in Sheffield Uni.
There was an entry, telling about a man,
a man with a though heart, struggling with a cancer.
And last night, I saw his name in saifulislamdotcom.
He passed away.
I read through his blog http://www.masafzal.blogspot.com/
Then,
I say to myself... I can't wait any longer. I can't wait any longer.
I can't wait any longer.
Wassalam
Monday, December 6, 2010
Logam
Rasanya lebih kurang macam ni lah tajuk WHI [Wanita Hari Ini].
Salah sorang yang ditemu ramah ialah Farra.
Yang memang famous dengan lagu "Puteri" kot dulu-dulu.
Sekarang dah jadi ahli perniagaan, macam busana muslim
dan terlibat dalam Alim Kids Programme, sebagai tenaga pengajar.
Dia pun ada tekankan tentang kepentingan ilmu untuk hijrah.
Ada lagi tetamu lain tapi lebih teruja dengan kisah Farra ni ;p
“Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham.” (Bukhari & Muslim)
Sunday, December 5, 2010
Trigger
Dah lama saya nak cakap;
Saya kagum dengan sikap kawan-kawan LIMT 2 yang proaktif.
They collected some money to be given to the mangsa banjir [which is including me].
I just think, it wont cross my mind to start suggesting such deed.
Unless reminded, sebab I'm one of the mahasiswi yang agak lack of common sense
like what have been said by the adults yang merungut tentang sikap mahasiswa sekarang~
Semalam ke kenduri Wani di kampung.
Dah married pon dia. Same age with us.
K.Nora and Kak Siti, same age as K. An..Dah ada anak sorang dah.
Semua ni 'geng raya' kat kampung dulu-dulu.
Setiap orang ada bahagian masing-masing kan.
***
Saya teringin nak berkongsi penulisan-penulisan ni:
Ok, itu saja..
Wassalam.
Saturday, December 4, 2010
VIEWS
Norma suggested the departure date.
I couldn't promise anything.
Nanti simpan harapan, makan hati berulam jantung pulak.
So, I just said "Ok, nantila Kak Ana nak habiskan kerja dulu".
Alhamdulillah, urusan untuk dapat lesen dipermudahkan.
Thank you to my teacher, parents, mak teh and mak cik, Kak An yang banyak bagi tips.
I feel so relief.
Maybe sebab this is kinda practical test,
very different from the theory tests I've ever had before.
end of my update :)
******************
VIEWS = PANDANGAN
Early this year, I read a quote:
Kita memberitahu , orang kata menunjuk. Niat kita ingin membantu, orang kata kita menghalang. Benar bagi kita, salah bagi orang. Kita berjenaka, orang kata mengutuk. Kita menyeru, orang kata kita menyusah.
Realitinya, keadaan di atas biasa berlaku kepada sesiapa sahaja.
Kadang-kadang, kita bertindak supaya tak nak susahkan orang,
tapi rupanya itu yang menyusahkan orang.
Sebab...
Setiap orang might have different views and perceptions.
Saya pernah salahkan orang sebab satu unexpected peristiwa,
then my friend adviced me:
"Dalam perkara ni, semua orang bersalah [or takleh salahkan sesiapa],
sebab each of us has different views".
Ok, saya cool down and istighfar.
Memang betul pun nasihat tu.
Thank you sebab train me to think fairly.
Dan kalau kita nak jadikan others' views same as ours,
letih la beb ;p
Perbezaan ni perlu diraikan :D
It will be such a dull life if everyone has similar patterns of thought ;)
O you who believe! Stand out firmly for Allâh as just witnesses and let not the enmity and hatred of others make you avoid justice. Be just: that is nearer to piety, and fear Allâh. Verily, Allâh is Well-Acquainted with what you do. (5;8)Wassalam
Wednesday, November 24, 2010
Kisah Azri
Sedang menonton Bersamamu.
Kisah Azri yang disimbah asid sehingga keadaan fizikal dan kehidupan hariaannya terjejas.
Tengok cara Azri bercakap pun memang nampak perit.
Antara kesannya: kulit gatal-gatal, retina hampir musnah, sukar bernafas dan masalah keseimbangan badan.
Pokoknya memang perlu bantuan orang lain untuk jaga Azri
dan penjagaan tu perlulah sangat rapi.
Nak kena titis vitamin kat mata, pembaik pulihan kulit, operation dan sebagainya.
Sangat kasihan.
Tapi beliau sangat bertuah.
Bayangkan kawan lelaki yang takda pertalian darah sanggup ambil tugas untuk jaga Azri,
sanggup berhenti kerja untuk jaga Azri.
Lazimnya, lelaki susah la sikit untuk buat sesuatu yang 'renyah'.
Tapi sangatlah baik kawan-kawan Azri ni.
Walaupun Azri dah tak sempurna, still ada orang yang be by his side.
Azri ada tunjukkan gambar dia sebelum kena asid,
he was a good looking person.
Dan ini sangat menakjubkan.
Bila-bila saja ni'mat yang kita ada boleh hilang kan.
Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur. Aameen~
Sunday, November 21, 2010
Inspiring thoughts - Please share :)
*Credit to sis Shareena who introduced this via email. Thank you*Don't compare yourself with any one in this world. If you compare, you are insulting yourself.
Life laughs at you when you are unhappy... Life smiles at you when you are happy...Life salutes you when you make others happy...
Every successful person has a painful story.Every painful story has a successful ending. Accept the pain and get ready for success.
Easy is to judge the mistakes of others.Difficult is to recognize our own mistakes. It is easier to protect your feet with slippers than to cover the earth with carpet.
No one can go back and change a bad beginning; But anyone can start now and create a successful ending.
If a problem can be solved, no need to worry about it. If a problem cannot be solved what is the use of worrying?
If you miss an opportunity don't fill the eyes with tears. It will hide another better opportunity in front of you
"Changing the Face" can change nothing.But "Facing the Change" can change everything. Don't complain about others;Change yourself if you want peace.
Mistakes are painful when they happen. But year's later collection of mistakes is called experience, which leads to success.
Be bold when you loose and be calm when you win.
Heated gold becomes ornament. Beaten copper becomes wires. Depleted stone becomes statue. So the more pain you get in life you become more valuable
Friday, November 19, 2010
Life is like a cup of coffe? What do u think?
Salam.
Again, a bit of my update.
Semalam keluar pekan Kangar yang 'urban' tu [Perlis maju 2015]
with Noma, Kak An, n adik-adik.
I should have snapped some pictures~
Tumpang Noma baru habis PMR n Kak An ada, so better having this chance to hang out sekali
and belanja adik-adik ni.
Terpaksa saya cancelkan hajat tetamu yang ingin ke rumah
sebab semalam pun kami busy.
Melawat ke bowling center tu, tak berminat dan laluannya agak scary.
Macam x sesuai untuk keluarga.
Maybe waktu nya pun tak sesuai.
*************
Nak kongsi satu video yang dapat daripada link UZAR.
Tentang life is like a cup of coffee.
I love the thought and the soft music, and how the person arranged the words ;)
This is what commented by UZAR:
Tumpukan lebih perhatian & usaha untuk mendapatkan 'Coffee' yang terbaik, bukan sekadar 'Cawan' indah & mahal tetapi berkopi pahit. Pandangan Islam Coffee itu bukan sekadar 'Life' tetapi juga 'After Life'. Awasi kesibukan diri utk sesuatu yg bersifat kosmetik. Ia biasanya bukan sumber kebahagian hakiki, hanya membekal kepuasan fatamorgana yg sementara.
Ok, from my perception pulak after watching the video, I actually nodded my head a few times.
Denoting agreement.
I realized, I want what is best for me. It might be not the best, but it is best for me.
In order to achieve that, life is such a pressure.
Kita tertekan sebab kita nak yang terbaik.
Nak dapat yang terbaik, nak buat yang terbaik, nak beri yang terbaik.
Walaupun bukan yang tebaik, tapi mesti ada expectation yang kita letak.
Tinggi atau rendah, sikit atau banyak expectation tu terpulang bagi setiap orang.
Tapi sementara nak capai, sedikit sebanyak ada tekanannya.
And yes, kadang-kadang when we are facing a very stressful situation,
it seems that we are thinking about it for the whole life.
We forgot to view it broader. We forgot that life is a test.
The test is compulsory for each of us.
When we are getting older, the challenge is even worse.
But somehow, if we see it as a chance to be a better person,
if we see it as a chance to train the patience,
if we see the problems we are facing currently is a way to make us stronger,
then it will be less pressure.
It's part of life.
When I'm tested, please try not to fail it,
Overcome it wisely and rationally.
Because we'll never know apa lagi ujian yang sedang berbaris menanti kita in the future,
And we never know how dasyat the ujian will be.
Tambah-tambah bila dah bekerja, berkeluarga sendiri.
We have to manage it properly especially in terms of emotions.
Our first act when being tested determine how patient we are.
And everyone adalah orang yang bersabar actually.
It's just that, we are having the patience in different parts.
Ada orang boleh bersabar dengan pasangannya yang heartless,
ada orang boleh bersabar dengan rengekan bayi,
ada orang boleh bersabar dengan bunyi yang bising.
ada orang tak boleh dengan semua tu, tapi boleh bersabar dengan suami yang kurang rasa tanggungjawab.
Yes, semua orang pun adalah orang yang sabar.
Be grateful.
Every1 prays to be in paradise rite [in fact everyone dreams for it].
And, once we ask and choose to be in that place,
we should have expected,
life won't be that easy for us because
in order to be in an extremely good place,
is not by having nice time for the whole life.
Adakah kita sangka kita mendapat syurga sedangkan kita belum diuji seperti orang terdahulu?
So, get ready, and we pray hard He will make it easy for us ok :)
The video touches that the cups are just the tools.
Yes.
Ujian, kawan, suami, ibu, bapa and everything we are given chance to have those,
are just the tools that borrowed to us to reach our main goal;)
So why do we have to bother a lot on the tools
seems the tools and the main goal are switching their places rite.
Pesan Dr. Razi dalam fb: Fokus.
*I got an inspiring flash from Kak Shareena and I don't know how to share it in this blog, salin je kot but tak larat lagi..And I have this song suddenly come into my head*
" Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
from : http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/212-antara-displin-islam-dalam-pertunangan.html
Wassalam
Tuesday, November 16, 2010
I miss this!
Dear blog yang sudah bersarang lelabah,
u have been abandoned for quite a long time.
Sorry the morry ya!
Now I realize how a busy life actually is.
[???]
Dulu, dekat uni tengah assignment berderet pun masih sempat nak update blog.
Ok, perhaps faktor internet speed pun menyumbang.
Tapi internet speed kat Penang not bad kot~
And sekarang..kat maktab...strugling for a diploma..in Education..
yes, I'd say it was very tiring for the first few months.
Now we are done with the first semester.
Another semester left! Wee~
*Kepada sapa2 yang nak masuk KPLI, jangan risau..it's not bad :P
Setakat pressure je, dan rasanya semua pun dah 'lali' nak layan perasaan 'pressure' tu.
So whether u make it to be happy, or sebaliknya, or terima je la...I'm the third part :)
Dan memang rindu gile kot nak dengar orang kasi ceramah agama kat diri ni.
Face to face aka talaqqi. Memang rindu gile ok.
Tapi determination tak kuat untuk bergerak jauh dari area maktab.
[Monolog: Ya Allah, grant me a husband yang slalu bg ceramah tak kisahla dari aspek apapun, chemical bonding ke, sosial ke, kebersihan ke, hormat menghormati ke, cara masak yang ideal ke..or even nak berleter pasal jenis ikan pun..asalkan I dapat input to be a better me, please ... Aameen] :]
Besok Raya Haji. Rumah baru lepas kena banjir.
Dan sudah tentulah ada part rumah ni yang not terurus dengan baik lagi after banjir.
So memang buat ala kadar ja persiapan rumah ni.
Maafla kepada tetamu2 yang sudah text saya nak datang beraya,
Kali ni ada ketupat dengan laksa ja for the first day raya.
Lepas tu banyak kenduri kan :D
Kenduri korban, aqiqah, kawen.
Smua pun mesti busy dengan kenduri + daging korban yang maniss ;)
Dan.....jangan lupa kisah Nabi Ibrahim :)
*When I've nothing to say...that means.. I'm not interested*
Ok baby...[cik said dia paling ingat kak ani sebab kak ani panggil dia baby]
OMG, I should call her sunshine or princess or sweetheart or cayang..
Saya takde baju raya kalini. Pakai je apa yang ada.
Kak Yusma, mari berjumpa ya...Saya nak jumpa dengan awak di pekan Kangar yang urban tu jugak :P Jom!
Siti Nurul Aini.
This name remains in my heart.
Tq! It's like patah tak tumbuh, hilang tak berganti :)
Ok, menunggu hari kedua raya - kenduri di rumah tok - mari explore dunia kenduri yang sudah lama ditinggalkan-
Lesen kereta.
IQ.
Leaving for KL kot since Norma pun dah habis PMR, and I guess she might be interested to spend some times there...'party' time with Kak An~
Papai, wassalam~
Friday, September 17, 2010
Raya after 3 years !!
Our best friend from SMK Derma.
Saya selalu terkesima bila tengok Syud cakap.
Lancar, terang & jelas + peramah..hehe
Sebelum raya lagi dah text jemput beraya kat rumah.
On hari raya itself, Syud nampak kami kat MADI Jejawi for solat hari raya
& she text us "wajib datang rumah saya".
Ok cikgu, kami menurut perintah.
Kan awak dah tak sampai rumah, kami yang sampai dulu..hehe =P
Syud masak nasi daging..Sedapp..Hilang keyakinan nak bagi Syud makan my cook =P
Syud, tq sebab still sudi keep in touch dengan kami.
Raya ke-2.
Petang tu boboy datang. Lepas tu secara spontannya mak suruh ajak kawan-kawan yang lain.
Saya pun ajak Kak Yusma, Fifi & Laili datang lagi waktu malam.
Kebetulan, Jannah pun datang malam tu.
Kawan kami kayuh basikal sama-sama waktu di SMKD.
I felt happy coz it's kinda small reunion for x-new zealanders =p
*Seronok tengok adik Kak Yusma yang comel makan laksa
Di rumah Kak Yusma.
Sanggup meredah hujan untuk datang makan bihun sup mak K.Yusma yang sedapp..
Bukan senang nak jumpa bihun sup yang sedapp.
Tq to Kak Yus & family sebab bagi kami tapau =)
Tapi kami lupa bawak bekas kuih akak =(
Jumpa lagi nanti ya =)
Raya ke-5.
BARULAH berkesempatan nak bergambar the WHOLE family.
After 3 years..After 3 years..I LOVE IT!
Tetiba kawan2 sekolah rendah called nak datang rumah.
It was a small gathering..but satisfaction tu sangat terasa.
Walaupun korang datang kejap ja.
And everyone changes. Cuma tumbesar je yang tak berubah sangat =D
Mungkin saya kalut =P
OK..aSSIGNMENT BERGERAK SEPERTI SIPUT DI KALA RAYA.
Tambah2 orang lain xda assignment...Lagilaaah :D
OMG...Dah kena balik Penang...Saya risau + resah..Besok yang lain2 dah nak berangkat ke KL.
I'm sad :(
Wassalam
Tuesday, September 7, 2010
Bila yang khilaf dipanjangkan cerita
To start of - I'm not an ustazah or an islamic scholar & seumpamanya.
But this is what an ignorant observer feels
apabila :
Membaca perbincangan tentang isu yang sudah dinyatakan dari awal bahawa ianya isu KHILAF,
tapi masih lagi diulang bincang 'berjuta' kali,
+ ada yang keras juga nak pertahankan pilihan masing-masing,
+ at last no conclusion at all.
This is what I realize, bila isu khilaf bincang panjang berjela,
lastly there's no absolute conclusion.
I think it's clear everyone should have realized what the concusion will be.
Why waste time?
Unless u want to share what the islamic scholar said.
But it happens like' thousand' times?
And it just make orang awam macam saya
pening and just don't make people feel bore please :))
Make it sweet and simpler.
Wassalam.
Friday, August 13, 2010
My sisters, I love you.
Farhana Azizan I expect semua maktab macam Maktab Perlis :(( Nak balik :((
August 10 at 12:24am Friends Only · · ·- Nurul Yusma Hanim Ahmadall maktab are the same, i guess. being sponsored and bonded by anybody has advantages and disadvantages. one of the disadvantages is u cannot run away if u dont like the system. by hook or by crook u have to follow them even though some of... them do not make sense!.
our lives in NZ such a wonderful memory to be remembered. there must be a reason why Allah sent us to maktab, undergoing all this 'meaningful' life.
take care my dear. have faith in whatever u do, be strong.miss u heaps!
wassalamAugust 10 at 12:53am · · 1 personFarhani Azizan likes this. · - Elun Hanaffi jangan mudah mengeluh.like wenli said, its not easy to be a good teacher. its long,and not that easy road. yet, remember, we want to educate children. do not compare our life in NZ with in maktab. we are LUCKY enough coz at least we got the chance to live 4 years in that heavenly country. once you guys da sampai tempat macam akak, korang akan rasa kemanisan and kenikmatannye insyaAllah. just bersabar ok :)August 10 at 2:39am · ·
- Farhana Azizan Thanks a lot for the support and advices sisters...this life reflects my hostel life years ago, and after 5 months staying at home, i think i'm facing a deep feeling - homesickAugust 10 at 11:01am · ·
- Farhani Azizanu r comparing maktab perlis yg baru dibina dgn maktab lain yg agak old fashion, sistem sama gak kan?. u never know how worst living in here, especially when u have to face with the unorganized system+corruption that u have no power to chang...e them, not like our country. We really have to learn to accept everything without complaining, bcoz we are sponsored and 'bonded' by the gomen and the campus itself. If we try to fight with the system, jgn harap boleh berjaya. No special treatment given to us eventhough we are foreigners/their guests. And thats why we have to undergo a very loooong journey here, sumtimes rasa nak masuk wad sakit jiwa dgn sistem di sini, n thats why i prefer just to keep silent, . Lecturers always say, theres no easy way out to be a doctor, same as teacher. Kawan2 je yg akan paham. Kita kena sentiasa bersedia terima perubahan, dari satu sistem ke sistem lain, dari satu suasana ke suasana lain, dari satu alam ke alam lain. Dlm psikologi cakap, dalam setiap fase hidup, kita ada tanggungjawab yg perlu diselesaikan, supaya kita lebih mudah sesuaikan diri dgn fase hidup selepas tu. fase=phase.
See MoreAugust 10 at 12:02pm · · - Elun Hanaffidun worry hana,
i felt homesick until the final week staying in maktab
how was that?
hahaha
you will be fine my dear
...just fine
insyaAllah :)
***************************************************
Ok, this time I'm not talking about my twin, Hani.
But it's about my two sisters, both of them are currently in Johor.
They are not my sisters kandung, but I love to call them sisters.
I love them.
Dari dulu, waktu zaman saya masih 'berhingus' tahun pertama di Palmy NZ,
sampai lah sekarang...They keep giving support and advices.
They never stop.
They are people with tough hearts.
I miss both of you, Kak Ilun & K.Yusma.
Yes, I think it's not wise to complaint this and that.
Bukannya tak pernah hidup susah.
Pernah je, but...maybe 5 month-duration at home before I came, was too comfortable for me.
Even Ayu, a year younger than me looks far more mature
when she wrote on ym "OK la tu daripada takda (tempat tidur)".
After I told her that we have to stay in bilik TV.
Come on Hana, I think I seek to be pampered with comfortness kot.
That's why lah 'ter'express kejap ketidakpuasan hati itu.
I miss you..Kak Nad, Kak Nabil, Kak Hani.
Walaupun jarang contact with the three of you,
but your kindness still sangat terngiang-ngiang in my mind.
My first year in Palmy is now a memory, and it's one of the sweetest memories.
Wassalam.
Friday, July 16, 2010
Kenapa Tak Nak Bermadu?
Cuba tanya orang yang terdekat...Kenapa tak nak bermadu?
Zaman sekarang, isteri yang tak mahu dirinya dimadukan adalah biasa.
Tapi isteri yang menawarkan suaminya untuk berpoligami adalah perkara luar biasa.
Sekali lagi, ianya hanyalah daripada pemerhatian dan pengalaman saya semata-mata.
Saya pernah tanya kan soalan ini kepada orang terdekat saya.
"Kenapa orang tak nak dimadukan?"
"Pedih."
"Pedih?" Saya mahukan lagi penjelasan.
"Belum rasa, belum tahu. Bila dah rasa baru tahu. Cuba bayangkan,
kamu baik dengan seorang kawan. Tiba-tiba ada kawan baru datang,
berbaik-baik dengan teman rapat kamu tu. Akhirnya, dia dan dia menjadi
kawan karib. Apa kamu rasa?
Tengok...sedangkan sesama kawan pun, kita rasa pedih. Inikan pula suami."
Ok. Saya terus mendiamkan diri. Saya faham perasaan itu.
Dulu saya ada seorang kawan yang sangat rapat. Orang sebut kami macam belangkas.
Kawan saya seorang yang peramah dan natural. Pokoknya, beliau memang disenangi oleh ramai orang. Beliau menjadi tempat mengadu nasib oleh kawan-kawan.
Beliau juga pengawas sekolah, tetapi pengawas yang dihormati kerana toleransi dan budi bahasanya.
Kami berlainan kelas ketika di Tingkatan 4 kerana aliran yang berbeza.
Waktu itu, memang ada rakan baru yang berbaik dengan beliau.
Cemburu sudah pasti, sebab perhatiannya perlu dibahagi.
Tapi apa hak saya untuk menentukan dengan siapa dia perlu berkawan?
Saya tak marah, cuma kurang senang. Tapi, untuk seorang kawan, saya tiada hak untuk memaksanya.
Bila ia datang kepada suami dan isteri, dari segi hak mungkin berbeza sedikit sebanyak.
Dari segi perasaan juga mungkin lebih daripada itu.
Pernah tonton Ketika Cinta Bertasbih?
Ana tak mahu dimadukan, sepertimana Siti Khadijah tidak dimadukan oleh Rasulullah S.A.W
sepanjang hayat Siti Khadijah.
Ada pula yang berpendapat, siapalah kita, tidak sehebat Siti Khadijah , untuk tidak dimadukan.
Terlintas juga di benak saya, siapa pula suami kita?
Pokoknya, saya bukanlah orang yang pantas mengupas isu-isu ini.
Cuma terfikir untuk ditambahkan sebagai catatan hidup saya.
"Takda. Mana ada orang lelaki sekarang yang boleh berlaku adil."
Hmmm...itu katanya.
Wassalam.
Tuesday, July 6, 2010
Lama
Bukan tiada isu, bukan tiada coretan untuk mencatat perjalan yang masih belum luas,
tetapi sebenarnya, menulis itu terasa sukar
untuk seorang yang tidak begitu hebat menyusun kata
untuk mempamerkan apa yang pantas menari di dalam benak
dan apa yang terlintas di dalam hati.
Sayalah orangnya...Seorang yang tidak begitu berkemahiran
untuk melahirkan rasa hati..
Baik melalui penulisan ataupun perlakuan..
Melangkah usia 22...Saya kira ia adalah usia tua saya..
Yang mendorong untuk banyak berfikir sebelum bertindak,
yang kadang-kadang tak dapat dikawal,
sehingga sebuah tugasan yang sepatutnya simple menjadi complicated.
Melangkah usia ini, perasaan sayang lebih dipamerkan dalam bentuk tindak tanduk,
menunaikan hak dan tanggungjawab kita kepada sekeliling.
Sayang melalui kata-kata adalah sesuatu yang berat untuk diungkap
melainkan kepada kanak-kanak kecil.
Itu saya, dan orang-orang yang mempunyai persamaan dengan saya.
Risau;
iaitu sikap defensive kepada diri sendiri.
Saya takut sekiranya sikap ini menjadi halangan untuk bersikap profesional, bijak mengawal emosi, terbuka menerima pendapat dan mungkin halangan untuk
memiliki hati yang kuat dalam mendidik.
Cepat merajuk apabila ditegur, bertindak reaktif apabila marah, membela diri atas kritikan..
Semua itu sikap defensive yang tidak boleh disuburkan.
Dunia sekarang, dunia mencabar.
Teori itu selalu indah...
Pemikiran itu selalu jauh..
Harapan pula selalu tinggi..
Tapi,
teori tinggal teori,
pemikiran terkubur begitu saja,
dan harapan melayang entah ke mana..
kalau
diri ini sendiri tidak bertindak.
Lama
Lama itu memang membosankan...
Tapi ia perlu disuburkan...
Demi memiliki indahnya buah sabar...
Lama itu bukan tempoh yang sia-sia...
Tapi ia tempoh menguji perjuangan diri...
Kerana hayat masih ada...
Monday, June 14, 2010
Eiffel
Actually this is not wholly about Eiffel.
A friend was in Paris and it reminds me to a movie yang berlatar belakangkan Eiffel tower;)
I watched it like 3.5 years ago..(perhaps)
Can't deny it anymore, from the screen's view, it's a very wonderful place.
I just love thousands of light!!
As far as I concern, it's one of the most romantic place in the world.
Well, I bet paradise would be even infinitely greater than that!
I'm currently in Wangsa Maju, staying with my father, and babysitting my "baby tua" - an 8-year-old baby.
I didn't do that much work (as in household work), but it's still tiring taking care of
this 'quite naughty' 8-year-old girl and cooking simple dishes.
My little sister is quite fussy when it comes to eating meals..
(Yang ni tak mau, yang tu tak mau..until I have no idea what to cook..then I have to repeat cooking the same menu again and again).
If mak is here, for sure she'll be given a long yet 'sweet' speech from mak...[serve your right cik ;p] -kena paksa makan jugak-jugak dengan mak.."jangan ngada-ngada ok! blabla bla bla.."
Today, I skipped giving bath to her ..*kuang..kuang..kuang, bangun lewat lagi...Kak Ana tak larat k bila dah sampai tengah hari..*
..But if mak knows this, of course it will be my turn to listen to mak's speech...
Mom won't allow cik taking her bath tengah-tengah hari + mandi sendiri..
If so, she will easily fall sick.
Have been here a week...
Surely, life is getting harder without mom..
(Sebab cik tak takut Hana marah tapi takut bila mak yang marah,
sebab kalau mak ada...lagi sedap masakan mak..
kalau mak ada, mak lebih tau berbelanja + budget berapa banyak food nak beli,
kalau mak ada, boleh tumpangkan Hana ke JJ untuk beli food..Now I have to walk ok..
Walking here isn't like walking in Palmy..It's hot :p)
Report in person.
Alhamdulillah...It has been settled last week,
(as it's my main purpose to stay here..even though I have to skip the feasts in Perlis :((
dah lama tak makan kenduri...)
I know KPM scholarship division dah moved out from Putrajaya,
but I didn't get the new address. (Actually, I didn't try to get that new address).
The only possible person to contact is Pn. Arniza..but it's so malas la to ring her up..
Sebab I know she's pregnant...Afraid that will disturb her..
It was raining heavily on my way to Putrajaya...
As expected, the person at the counter told me that the division has been relocated
to Cyberjaya and he gave me the new address...
Again, we started our 'journey' to Cyberjaya...It took nearly an hour to find the exact place..
(Lain kali, you should put "Bangunan Mustapha Kamal ok..)
Dah la bahagian tajaan tak sebumbung dengan KPM...It makes the journey harder..:(
Fortunately, my prayer granted...(Ya, Allah..permudahkanlah urusanku..)
Even though it was 5.30 dah, MOE's rep was still there..
Alhamdulillah...Settle!!!
Now I have about 1 and a half month before KPLI starts..
And I'm quite "kalut" thinking what to do within this remaining time..
Buku tak habis baca, driving license belum ambik, belajar masak pun gitu-gitu je,
should I review my brother's add maths revision book?? Should I??
Phewww...wit..
Kita merancang, Allah yang tentukan...
At least, Ive been spending some times with my family, before going to the work field,
before entering a new world...Thank you Allah for everything You have given to me..
Even though mine isn't that perfect, but the imperfections teach me to be stronger..
Thank you Allah...I love You.
Wassalam :))
Wednesday, May 26, 2010
Skeptik Wanita Terhadap "Ustaz"
"Kenapa?"
"Ustaz Awie...tadi makan kat sini dengan sorang perempuan"
"Alaa.. isteri agaknya...isteri dia kan still maintain"
"Free hair, pakai legging...Muda lagi..isteri ustaz ke tu?"
"Anak sedara kot.."
"Dia nampak papa, papa duduk baik punya strategik..depan Ustaz Awie..
Tapi tak tegur pun..makan cepat-cepat, terus balik"
"Sangka baik...hehe"
"Tulah, pesan pada mama..Jangan lah typical taste.. Asal nampak baik dan alim saja
semua nak berkenan"
"Aduh...Perli kita la ni...Lelaki ramainya sama..fitrahnya tak cukup sorang..
Do you think lelaki gemuk takde perempuan nak tackle? (nah, kenakan awak pulak).
Lelaki yang takde ape pun, perempuan suka tackle ok...Lelaki tu layan ke tak je"
"Alaa..Memang lelaki macam tu..Tapi better dari orang tu kite dah tau dia
kurang baik dari orang yang berpura-pura baik dan alim. Dah banyak jumpa macam tu.
Cakap agama baik punya...Tapi hipokrit. Kite memang anti ah dengan lelaki macam tu.
Pijak semut tak mati. Baik jadi diri sendiri.."
**Bukan nama sebenar.
[Petikan SMS seorang kakak (yang sedang makan malam dengan papa di kedai) bersama adik perempuannya (di rumah)]
Kasihan sungguh...
Saya kasihan .. Disebabkan peristiwa-peristiwa begini,
terus pemikiran seorang perempuan menjadi skeptik.
Apatah lagi apabila pesanan "utamakan yang beragama" disisihkan.
Kadang-kadang yang buat sebegini..berapa kerat sangat..
Tapi bila perkara yang agak "menjelekkan" ini dilakukan oleh
golongan yang berlabel "ustaz"...
terus-terusan di highlight kan kesilapan itu..
Besar sangat nampak kesilapan tersebut..
Ustaz juga manusia...Rambut sama hitam ..hati lain-lain..
What do we expect from an ustaz??
He's a human being..Like us!
Saya percaya "Beza antara manusia hanyalah taqwa"
Seorang yang bukan berlabel ustaz juga boleh menjadi insan bertaqwa,
begitulah sebaliknya.
Saya juga akui..Wanita adalah kelemahan lelaki...
Hebat ilmu dan hafazan sekalipun, tak semestinya hebat menolak
godaan wanita.
Seorang ustaz yang saya segani, mempunyai pemikiran global,
pun turut berpesan...
"Perempuan, tolong jangan terlalu percayakan lelaki..Termasuk ustaz sendiri"
Seorang ustaz yang lain yang kadangkala diberi jolokan seorang yang agak "syadid"
berpesan:
"Lelaki tak sama macam wanita. Wanita boleh nak setia betul-betul pada seorang saja..
Yang itulah hidup dan yang itulah mati...
Tapi lelaki lain...jiwanya tak semestinya untuk seorang..
Jiwanya boleh diisi lebih daripada seorang...Kadang-kadang lelaki ni, bila jumpa yang lain yang hidung mancung sikit..mulalah dia.."
Lelaki yang lain pula pernah menulis,
"Lelaki jangan dihalang-halang..Lagi dihalang lagi nak buat.."
"Tak nak lah dengan ustaz..Nanti anak ramai..Nanti kena pakai labuh-labuh.."
Wow! Lagi skeptik wanita kepada insan bergelar "ustaz"..
Saya tak dapat nak berkomentar tentang ini...We make our choice ae?
Terpulanglah kepada persepsi masing-masing.
Kita yang membuat pilihan sendiri.
Tetapi timbul juga perasaan keliru..
Kenapa "agamawan" ada yang suka menimbulkan fitnah atas nama agama...?
Sampai digelar "hipokrit"...Suatu gelaran yang agak kasar saya fikir..
Masyarakat jadi hilang percaya kepada "agamawan"..
Kasihan sunguh...
Kasihan bila kita hanya melihat apa yang ada di dalam dunia kita sendiri..
Dunia kita sebenarnya bukan cukup luas untuk kita mengadili sebegitu rupa..
Berapa ramai lagi ustaz atau lelaki yang benar-benar ikhlas yang belum kita jumpa?
Yang tawaddhuk, yang bertanggungjawab, yang berkepimpinan, yang diredhai Allah ilmu dan akhlaqnya?
Kalaulah kita tidak mampu sekalipun untuk mengawal lelaki yang kita percaya
supaya tidak mengkhianati kita...
Lebih baik kita mengawal diri sendiri, hati sendiri...untuk tetap kuat
pergantungan kepada Allah .. dan tetap kuat sangka baik kepada Allah..
Walau apapun yang terjadi...
Risau...Jika terkena pada kita sendiri..terus hilang arah...
Satu kisah..
Suami dan isteri sama-sama orang yang berdakwah sejak bergelar pelajar..
Setelah lama bersama..Suami curang..Lalu mereka bercerai..
Bekas isteri yang asalnya bertudung labuh, berganti dengan tudung yang lebih kecil
dengan alasan bertudung labuh susah untuk mendapat pekerjaan..
Lelaki...jadilah pelindung wanita..
Wanita...kita dikurniakan dengan hati yang cekal,
jangan terlalu beremosi menyalahkan sesuatu yang lain,
tapi bantulah diri kita sendiri menjadi lebih tinggi di sisi Illahi.
[Harapanku, setiap penulisanku menjadi peringatan untuk diriku sendiri..
Suatu hari nanti, apabila aku mengimbas kembali coretanku,
aku berharap ia menjadi penguatku]
Wassalam...
Tuesday, May 25, 2010
Nak cari yang sempurna
Mengomel saya sendirian dalam hati...
Sekarang, awak nampak semuanya sempurna..
Bila tinggal sebumbung, menghadap mukanya hampir 24 jam sehari,
hidup dengannya bertahun-tahun...
baru awak tahu apa ertinya sempurna.
Cukupkah sempurna dilabel sebagai seorang yang kaya, segak dan serba boleh?
Atau...cukup lah jadi baik, rajin ke masjid, penyayang....itu yang anda rasakan sempurna?..
Betulkah anda rasa cukup dengan itu sahaja?
Saya tak bermaksud untuk menjadi terlalu pesimis.
Cuma apa yang saya risaukan ...
Kita memiliki expectation terhadap perkataan sempurna itu..
Sehingga kita memiliki perasaan "cukup".
Cukup untuk berpuas hati.
Dari jauh, selagi tidak tinggal bersama dalam jangka waktu yang panjang...
Kita sering memandang seseorang yang kita rasa dia memiliki segala-galanya sebagai "sempurna".
Tapi apabila kita benar-benar kenal, misalnya ahli keluarga kita sendiri,
kita pasti tahu sedikit sebanyak kelemahannya.
Benarlah, kita dianjurkan untuk bermusafir dalam satu tempoh untuk mengenali seseorang.
Tidakkah akhirnya kita sendiri yang kecundang dan kecewa apabila ia tidak
sesempurna yang kita sangka?
Saya seorang yang memiliki expectation dalam setiap kerja yang saya lakukan.
Dan saya sering hilang "mood" sekiranya ia tak menepati expectation sendiri.
Saya selalu dipesan "Don't expect too much"...
Muhasabah...dan saya merasakan sangat perlu,
untuk saya sentiasa bersedia menghadapi apa jua kekurangan dan kelemahan sesuatu.
Jadi tugas saya adalah untuk meminimakan kelemahan tersebut selagi termampu.
Saya teringatkan...
Jika anda seorang suami..
Setelah lama anda hidup bersama dengan isteri anda..
Banyak kelemahannya yang anda tidak suka...
Lalu anda mencari seseorang yang anda rasakan lebih sempurna untuk dijadikan isteri kedua
sebagai langkah penyelesaian..
Pada mulanya, anda merasakan masalah anda telah selesai..
Sekian lama kelemahan lain pula yang timbul daripada isteri ke-2..
Lalu isteri ke-3 adalah penyelesaian anda...
Sehinggalah isteri ke-4...
Adakah anda akan menceraikan salah seorang untuk mencari yang ke-5?
Akan selesaikah masalah anda?
Sedangkan seorang suami dinasihati untuk bersabar sekiranya tidak suka kepada isteri.
Sedangkan tiada sesiapa yang perfect dan sempurna di dunia ini.
Begitulah jika kita di dalam sesebuah institusi/ persatuan/ atau jamaa'h.
Perlukah kita melompat-lompat dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk mencari yang lebih baik?
Atau sebenarnya kita tidak gagah untuk membaiki kelemahan yang sedia ada
untuk menjadikan institusi kita lebih baik?
Suatu realiti yang kita perlu sedar..
Bila namanya makhluk Allah...Tiada yang sempurna di dunia ini.
Wednesday, May 19, 2010
Over Protective
Benarkah wanita adakalanya terlalu possessive?
Sebagai wanita, saya tak dapat menyangkal persoalan tersebut.
Saya bersetuju lebih daripada 50%.
Walaupun saya akui, tidak semua wanita bersikap terlalu mengongkong dan mengawal.
Saya percaya,
seorang ibu yang protective akan sentiasa berhati-hati dalam memberi perhatian kepada anak-anak.
Seorang isteri yang protective sentiasa mengambil tahu tentang suaminya.
Seorang kawan yang protective sentiasa memastikan rakannya tidak dihancurkan oleh
orang lain.
Seorang kakak akan sentiasa mengambil berat tentang adik-adiknya.
Sikap protective sememangnya sangat perlu untuk menyisihkan sikap invidualistik,
namun yang mendatangkan masalah ialah sikap over protective.
Yang mungkin lahir daripada perasaan over possessive.
Tapi wanita,
ingin saya berkongsi pesanan emak kepada saya;
"Lelaki bukan untuk dikawal. Lelaki bukan untuk didesak supaya sentiasa mengikut rentak kita"
Sememangnya saya setuju dengan pesanan mak.
Walaupun saya percaya,
wanita perlu 'let him' and give men freedom, and avoid forcing men,
namun saya, selaku perempuan, tak dapat lari daripada
perasaan risau dan bimbang untuk memberi kebebasan itu.
Don't talk too much to boys.
Monday, May 10, 2010
Kita dari 2 dunia berbeza
Kita dibesarkan oleh ibu bapa yang berbeza.
Sudah pasti cara didikan terhadap kita sedikit sebanyak berbeza.
Mungkin lembut, mungkin tegas, mungkin garang, mungkin manja.
Kita dibesarkan dalam keadaan yang mungkin berbeza.
Mungkin susah, mungkin senang. Mungkin kaya, mungkin berkecukupan.
Suasana keluarga kita juga berbeza.
Mungkin ramai, mungkin sikit. Mungkin anak sulung, mungkin anak bongsu.
Penekanan yang diberikan oleh ibu bapa sejak kecil juga mungkin berbeza.
Mungkin agama, mungkin sahsiah, mungkin pelajaran, mungkin harta,.
Mungkin dunia, mungkin akhirat.
Kawan-kawan kita pula mungkin ada yang sama, mungkin banyak yang lain.
Pekerjaan kita pula mungkin berbeza.Mungkin sibuk, mungkin tidak.
Latar belakang pelajaran kita juga mungkin berbeza. Mungkin diploma, ijazah, master, atau phD.
Tempat belajar dan bekerja kita juga mungkin berbeza.
Pengalamn kita juga berbeza. Cabaran kita juga berbeza.
Tetapi,
apabila kita yang berasal dari dua dunia berbeza ini,
hidup bersama...
Terlalu banyak perbezaan mungkin akan menimbulkan masalah.
Adapun perbezaan yang tidak begitu kronik,
mampukah kita mengadaptasi perbezaan-perbezaan antara kita
untuk terus sejahtera bersama?
Sikap berlapang dada dan bersabar dengan apa yang tidak kita sukai
sangat diperlukan.
Kebijaksanaan untuk mengawal emosi sangat mustahak.
Komunikasi sangat penting.
Dan lagi...dan lagi...
Yang ramai sudah tahu apa yang perlu sebenarnya.
Tapi ..
Praktikal tidak semudah teori.
***********************************
Fobia.
Tidak sedikit orang yang pernah memberitahu saya (perempuan khususnya),
mereka fobia untuk berkahwin.
Sama ada daripada pengalaman sendiri ataupun pemerhatian sendiri.
Saya tak nafikan,
walaupun tidak terlalu berkait rapat dengan keadaan saya yang masih belum berumah tangga,
tapi kadang-kadang fobia itu turut menghantui.
Banyak masalah rumah tangga yang saya dengar,
malah ada yang membawa kepada perceraian yang menyakitkan.
'Tak tahulah' apa yang tak kena.
Mungkin saya sentiasa perlu belajar memelihara hati sendiri daripada tercemar.
Saturday, May 1, 2010
It's not an option
Salam
Syurga hanya akan didiami oleh orang-orang yang hebat,
maka kita tiada pilihan melainkan menjadi orang yang hebat.
Untuk menjadi orang yang hebat, kita perlukan mujahadah untuk berubah menjadi lebih baik!
Saya yakin ramai yang sering berharap ada kehidupan yang lebih baik,
pendek kata "improvement" dari masa ke masa.
Ramai yang teringin nak jadi baik, dan dapat keluaga yang baik, dapat kawan-kawan yang baik.
Bila nampak orang yang sangat elok akhlaqnya,
kita sendiri 'motivated' untuk memiliki perilaku yang lebih baik;
"Aku nak jadi baik macam dia...Macammana nak buat? Di mana nak mula?"
Untuk menjadi lebih baik, itu adalah fitrah manusia.
Buktinya, yang menganut agama yang bukan fitrah sekalipun (agama selain Islam),
sering mengingatkan sesama sendiri yang mana yang "nice" dan "not nice".
Saya pernah begitu.
Bila jumpa sendiri dengan kenalan yang sangat baik perilakunya, sahsiahnya,
saya selalu berfikir, "Macammana saya boleh jadi baik macam awak?"
Walaupun bagi saya, berubah menjadi lebih baik itu agak susah sebenarnya.
Saya selalu kata pada diri
"Saya nak berubah sebab saya yang nak, bukan sebab keterpaksaan".
Ternyata, nak berubah memerlukan mujahadah yang sangat tinggi.
I notice, sometimes, bila saya selalu persoalkan kelemahan orang,
bila saya selalu bisik pada hati , "Saya tak suka manusia plastik",
ianya hanya mengurangkan sifat rendah hati saya.
Saya jadi susah untuk nampak kebaikan yang perlu saya contohi,
mungkin saya terlalu mengejar "perfection".
Ianya hanya melambatkan proses untuk 'berubah'.
Sejak itu, saya sering pujuk hati saya,
"Kaburkanlah pandanganku pada kelemahan orang, dan cari sesuatu pada orang lain yang boleh
saya contohi , untuk tarbiyah saya".
Ya, tak semestinya saya dah suka pada yang plastik,
sekurang-kurangnya saya tak terlalu appoint kesilapan itu.
Saya selalu ingat masa saya bersama keluarga dan kawan-kawan.
Duduk di rumah, mak, abah, dan adik beradik lah yang selalu tegur kesilapan saya.
Abah selalu cakap "Siapa lagi nak tegur kalau bukan mak dan abah".
Kalau bersama kawan-kawan mesti ada yang segan nak tegur kita.
Saya rasakan bermusafir bersama kawan-kawan sebanyak 3 tahun di NZ dulu
banyak mengajar saya.
Tinggal dengan kawan-kawan, banyak yang dapat belajar dan perlu belajar.
Variety of friends make us learn!
Tak kiralah dari segi ilmu agama sampailah soal menjalani hidup harian.
Kita sentiasa belajar, daripada rakan yang rapat mahupun yang tidak.
Tapi kadang-kadang, kita mungkin lupa dengan segala bekal yang kita dapat,
apabila kita kalah dengan emosi.
Bila marah, kita tak mampu hentikan perasaan itu.
Bila kecewa dan sedih,
kita tak dapat kawal perasaan itu.
Habisnya, kita juga tak ke mana.
Hanya sebab kalah dengan emosi!
berkongsi status fb pemilik http://saifulislam.com/:"Sungguh unik. Selepas Muslim daripada aspek Aqidah, Ibadah, Akhlaq dan Rumahtangga, jangan terus berbicara tentang Dunia Islam dan Kemenangan Islam, sebelum selesai bab "Mestilah Mengawal Diri Dengan Mengambil Kira Aspek Syaitan dan Nafsu". Itu mesej Fathi Yakan. Hal...angan Kemenangan Islam ialah kekalahan kita kepada Setan dan Hawa Nafsu! Mahukah belajar sesuatu?"
Apa yang saya dapat kenal pasti daripada pesanan Fathi Yakan,"sebelum apa-apa yang lebih besar, sila pastikan kita sendiri kuat untuk tepis
hasutan syaitan dan hawa nafsu".
Emosi emosi...
Seorang pernah menghentak saya,
dengan pesanan kepada kaum perempuan,
"Orang perempuan kena kuat, jangan asyik layan emosi".
Ilmu.
Tak cukup sekadar menjadikan perwatakan orang baik yang kita jumpa untuk dicontohi untuk jadi lebih baik.
Bila kita jauh daripada dia, kita mungkin seperti 'hilang pedoman'.
Tapi kalau kita selalu belajar,
InsyaAllah, semoga ilmu yang baik menjadi pembimbing kita.
Semakin hari semakin banyak yang kita belajar,
semakin banyak pesanan untuk kita.
Sama ada kita 'apply' atau tidak.
Inilah pentingnya bergaul dengan orang berilmu.
Refleksi diri.
Bukan sekadar tengok cermin.
Bila kita ingat masa lampau kita,
tambah-tambah kalau ada kesilapan yang kita buat,
kita pasti malu.
Malu pada semua.
Harap-harap sikap malu juga dapat motivate kan diri kita untuk jadi lebih baik.
Semoga Allah sentiasa lembutkan hati kita untuk terima sesuatu yang baik,
dan berubah jadi lebih baik.
Nak dapatkan sesuatu yang baik,
duduk goyang kaki bukanlah cara yang betul.
Nak dapatkan sesuatu yang baik,
mesti ada cabaran.
Macam nak masuk syurga,
"Adakah kamu mengira akan masuk syurga, sedangkan kamu belum diuji seperti orang terdahulu?"
Ujian saya belum sebesar itu.
Walaupun selemah manapun diri anda, anda tetap mengajar saya tentang hidup.
Everyone teaches me!
Wassalam
Thursday, April 15, 2010
Teach me how to deal with it please?
Tertarik sekali dengan temubual MHI pagi tadi,
memutarkan isu REMAJA, tambahan pula dengan kehadiran
speaker nya yang banyak memberi isi penting iaitu Ustaz Hasrizal.
Memetik kesimpulan sesi tadi daripada comment facebook beliau:
1. Tenaga tidak boleh dihapuskan. Ia perlu disalurkan. Itu asas menangani remaja.
2. Jangan memandang remaja secara judgemental (rujuk kisah Ibrahim)
3. Masalah remaja adalah simptom kepada masalah di tempat lain, khususnya institusi keluarga
4. Remaja lebih selesa berkongsi masalah dengan kawan berbanding ibu bapa kerana hilang kepercayaan terhadap ibu bapa yang TIDAK DIPERCAYAI sebagai MEMAHAMI REMAJA.
5. Justeru perlu selalu meneliti tahap kepercayaan yang wujud antara ibu bapa dan anak semenjak mereka kecil.
6. Kaedah: Tidak meremehkan kanak-kanak dan bercakap dengan mereka seperti orang dewasa (ajak berbual, kongsi rahsia dengan anak dll)
7. Pembetulan remaja, berbalik kepada perkara BASIC iaitu soal AQIDAH, PANDANGAN HIDUP dan NILAI
8. Pendidikan agama bukan setakat untuk persiapan menuju Akhirat, tetapi sebelum itu juga, adalah untuk kecemerlangan dunia. Menampung kecemerlangan akademik yang tidak cukup untuk CEMERLANG dalam erti kata yang sebenar.
9.Dera anak dengan putung rokok itu satu bab. Dera anak dengan api neraka kerana tidak diberi didikan agama, itu lebih sengsara.
10. Remaja berada di dua kelompok ekstrim. Satu, sangat giat dan aktif di jalan yang merugikan. Sekelompok lagi saat selesa di dunia Ipod dan PSP, tidak bergaul. Kedua-duanya mesti ditemukan di medan PERJUANGAN.
11. Remaja nature mereka mahu berjuang. Tanpa input mereka akan berjuang mempertahankan seluar ketat dan remos rambut. Mereka perlu diberi suntikan perjuangan.
12. Contoh pengisian adalah seperti kegiatan dakwah, aktivism, alam sekitar, kemasyarakatan, kemanusiaan dan segala yang membolehkan remaja merembeskan tenaga dan adrenaline mereka.
13. Menjadi tanggungjawab kita pula, untuk menjadikan aktiviti di atas mesra remaja.
Wallahua'lam
***************************
Saya mendengar isu ini dengan penuh minat...Sebagai seorang kakak kepada adik lelaki berusia 14 tahun, dan jika diizinkan Allah sebagai bakal guru sekolah menengah dan sebagai bakal ibu.
Menyaksikan sendiri bagaimana mak dan abah membesarkan adik-adik di bawah saya,
yang kadang-kadang banyak 'karenah'nya,
dan menyaksikan pergolakan masalah anak-anak masyarakat setempat,
menyebabkan saya sering terfikir,
"Proses membesarkan, mendidik, dan membimbing anak-anak bukanlah suatu proses yang mudah".
Andai terlalu dimanjakan akan rosak , dan kalau terlalu ditekan pula masalah lain yang akan timbul.
Saya sendiri tak terkata bila mendengar tentang masalah sahsiah budak-budak sekarang,
tidak terkecuali orang terdekat saya.
Jadi pening, bingung, dan keliru.
Kuatkah saya nanti bila diberi ujian hebat itu?
Anak-anak amanah yang perlu dijaga dengan perasaan 'amanah'.
Berat bagi saya.
Namun, sebagai seorang yang bakal menghadapi karenah anak-anak, remaja khususnya;
Saya sendiri sering berpesan kepada diri:
"Masalah seperti ini susah untuk dielakkan atau diselesaikan kalau saya sendiri compang camping dalam sahsiah saya".
Bukan hanya perbetulkan sahsiah sendiri, malah ilmu psikologi juga sangat penting.
Bagaimana untuk berurusan dengan anak-anak bermasalah ini?
Berleter 24 jam , cemuhan, kritikan yang tak membina, skeptikal,
tidak mampu mengubah nasib si anak.
Tapi banyak ruang yang perlu digunapakai oleh pendidik (ibu bapa dan guru khususnya)
untuk ber'kawan' dengan mereka.
Ia memerlukan 'skill' dan 'skill' ini perlu saya bina masa demi masa.
Pada ketika ini, saya juga punyai masalah untuk mendalami jiwa seorang remaja
dan cuba menariknya untuk memahami hakikat kita dilahirkan ke dunia.
Jiwa risau, sedih, memikirkan hala tuju anak-anak muda yang masih bersekolah
di sekeliling saya.
Dari masalah adab terhadap ibu bapa, lepak,samseng, ugut-mengugut, rokok, dadah, cintan
dan banyak lagi.
Saya juga insan yang berharap dapat berbuat sesuatu, tetapi masih tidak mampu
untuk mengubah semuanya.
Faghfirlana Ya Allah...
Wassalam
Tuesday, April 13, 2010
Talk di Cemara (2)
Seperti biasa , setiap pagi hari minggu...Sambil mengemas sambil mendengar & menonton isu-isu di MHI.
Rancangan TV yang agak menarik perhatian saya.
Pagi tadi ada mengutarakan isu menulis wasiat sebelum mati, restoran tanpa bayaran, dan kempen bijak jauhi zina.
MHI banyak membincangkan isu kemasyarakatan. Masalah, kejayaan, sejarah.
Seringkali wakil NGO atau individu yang terlibat dengan pembaikpulihan masyarakat
dipanggil untuk ditemuramah.
Juga 'public figure' yang berjaya walaupun melalui masa lampau yang susah ataupun tidak normal seperti orang lain.
Perbincangan yang diutarakan banyak sekali memaparkan realiti masyarakat.
Apabila isu permasalahan masyarakat diketengahkan,
barulah saya sedar sebenarnya sangat banyak 'kerja' yang perlu dilakukan.
Saya nak sambung perkongsian nota Mencontohi Pemikiran Ahli Hadith oleh Adlan Bin Abd. Aziz.
Beberapa Ciri Pemikiran Ahli Hadith
(a) al Ittiba' al Kamil
Menerima dan melaksanakan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadith secara sempurna.
Hadith adalah huraian kepada Al-Quran.
Al Ittiba' ini timbul disebabkan rasa cinta mereka kepada Rasulullah Sallallahua'laihiwasalam.
Al Ittiba' ini seringkali melibatkan keseluruhan isi kandungan hadith Rasulullah Sallallahua'laihiwasalam walaupun kadangkala sesuatu hadith itu tidak mengandungi hukum wajib atau sunat.
*Sikap ini perlu ada di dalam diri kita terutama pada zaman yang mencabar ini.
Sifat ini boleh terhakis daripada peribadi muslim disebabkan terlalu banyak dugaan dan cabaran-nafsu, syaitan, jin, manusia, agenda musuh Islam dan sebagainya-
Kejayaan umat terdahulu adalah disebabkan mereka kembali kepada Islam dengan al Ittiba' al Kamil dalam seluruh aspek kehidupan.
Nota tambahan saya :
Ittiba' - ikut
Kamil - sempurna
Bersambung...
Wassalam
Talk di Cemara (1)
Pagi tadi waktu susun buku, tetiba ternampak satu kelibat file.
Rasa macam kenal. Buka-buka...Betullah, memang kenal pun!
Tak sangka, nota tu masih ada!
Imbas kembali pada tahun 2006 kalau tak silap,
students INTEC ada anjurkan talk "Fiqh Luar Negara".
Speakers Ust.Maszlee dan Ust.Adlan- nama yang asing bagi saya pada ketika itu.
Waktu tu saya di Uniten, berminat juga nak join selepas dipelawa oleh si kembar.
Bertempat di Asrama Cemara (errr...betul ke nama hostel ni??..tak ingat).
Seingat saya, talk Ust.Maszlee menyentuh isu fiqh luar negara dan Al-Aqsa.
Sesi beliau memang saya beri komitmen, disebabkan Al-Aqsa dan isu Palestine
merupakan isu semasa. Juga fiqh luar negara, ilmu yang perlu saya cedok
untuk bekal sebagai musafir di tempat orang.
Manakala, talk Ust.Adlan, tentang hadis.
Bagi saya topik ini agak berat. Terlalu banyak yang saya tak tahu.
Tambah-tambah bila melihat diskusi pelajar-pelajar di situ dengan Ust Adlan
tentang hadis...
Saya tertanya; Macammana la diorang boleh terfikir soalan macam tu?
Basically, saya yang sebenarnya banyak tak ambil tahu..hehe
Ok, saya tertarik dengan nota yang Ustaz Adlan kepilkan kepada peserta;
tentang Beberapa Ciri Pemikiran Ahli Hadith.
Sikap yang sangat perlu diberi perhatian dan diambil manfaat.
Tambah-tambah buat orang awam seperti saya.
Perkongsian nota..
Sebelum tu.
Siapakah Ahli Hadith?
Menurut sebahagian ulama terdahulu - contohnya imam al-Tirmizi
dalam bukunya al Jami'al al Kabir - ahli hadith ialah para ulama yang pakar dalam bidang hadith secara khusus
terutama dalam ilmu kritikan (Jarh wa Ta'dil).
Terdapat juga penggunaan istilah ini secara umum bagi sesiapa sahaja
yang menjadi periwayat hadith.
Muhammad Nasiruddin al Albani pula pernah menggunakan istilah ahli hadith
untuk 2 golongan:
1) Mereka yang mengetahui secara mendalam tentang pengkajian hadith secara sanad dan
matan. Maksud ini sama dengan maksud yang diterangkan sebelum ini.
2) Mereka yang bersunguh-sungguh mengamalkan hadith di dalam kehidupan seharian
samaada di dalam ibadah khusus atau umum.
(Perkongsian nota Mencontohi Pemikiran Ahli Hadith oleh Adlan Abd Aziz)
Bersambung...
Saturday, April 10, 2010
Last moment
Salam
Alhamdulillah.
Lagi 4 hari, genap sebulan saya meninggalkan bumi Pelmerston North.
3 tahun adalah masa yang terlalu singkat.
Walaupun 3 tahun permusafiran dirasakan waktu yang tidak cukup
untuk belajar tentang banyak lagi perkara,
tapi pulang berada di rumah memang cukup menenangkan.
Satu perasaan yang bebas, tenang...saya gunakan sebagai waktu senggang untuk
mencari sesuatu dan melakukan kerja yang saya tak dapat lakukan ketika sibuk bergelar pelajar.
Gembira...Tapi kadang-kadang rindukan masa lalu di New Zealand.
Suasana yang tenang, permai, indah, di sana.
Dan di sana, saya belajar hidup tanpa keluarga kandung,
apa-apa yang terjadi semuanya berkongsi dengan kawan-kawan.
Permusafiran yang sangat berharga!
2 minggu terakhir saya di sana sangat sibuk.
Setelah mendapat keputusan peperiksaan musim panas,
saya terus meminta untuk balik for good kepada pihak KPM.
Saya gembira, e-mail saya kali ini dibalas!
Sebelumnya saya meminta untuk menyambung pengajian untuk melengkapkan credit hour bagi major Statistics.
Hampa, e-mail tak pernah berbalas.
Tapi, kali ini KPM jawab e-mail saya!!! :D (Jakun sket.hehe).
Saya sibuk menguruskan urusan graduation application, accommodation, yuran yang berbaki dan seumpanya..
Juga sibuk dengan urusan packing & shipping.
Juga dengan kerja-kerja yang perlu saya selesaikan sehabis mungkin.
Juga dengan urusan mengambil gambar di sekitar Massey Uni tercinta!!
Terima kasih Noha dan Kak Sha, teman saya dan layan kopoyoyan saya yang koya..he2
Terima kasih Noha yang banyak tolong saya, teman beli kotak dan macam-macam lagi..
Sampai sekarang pun, saya masih mintak tolong awak simpankan surat-surat penting saya..
Terima kasih Kak Sha masak dan offer untuk tolong saya..
Terima kasih Laili, tolong hantarkan saya ke airport.
Terima kasih kawan-kawan semua (Zu,Kuzai, Ayu, Ain, Fairuz, K. Huserk, Laili, Noha dan Kak Sha, Kak Diana, K.Shikin, K.Fatan untuk majlis terakhir saya)
Terima kasih untuk perlawanan netball terakhir saya di Palmy.. I really enjoyed that game!
Terima kasih Kuzai, tolong bawa saya ke syarikat shipping yang jauh tu.
Terima kasih Ain, tumpangkan bilik.
Terima Kasih sekali lagi to Noha & Kak Sha yang bersama-sama saya...Saya gembira pada hari-hari terakhir saya di sana :).
Terlalu banyak yang saya perlu berterima kasih kepada semua.
Alhamdulillah.
Wassalam
Friday, April 2, 2010
3
Salam
Semalam bermalam di rumah tok, Kampung Lahar Jambu.
Kami ke sana menaiki motor.
Best banget ... dah lama sangat tak naik motor ke kampung.
Sepanjang perjalanan saya perhatikan suasana dan cara hidup di
perkampungan yang saya lalu.
Frankly speaking, saya sangat sukakan suasana yang hijau, nyaman, dan
bersederhana di kampung,
cuma saya belum terbiasa dengan waktu malam di sana yang sunyi.
Kampung sekarang dah tak macam kampung zaman kanak-kanak saya.
Zaman saya membesar bersama kembar dan kakak sulung,
di samping tok dan tok wan juga mak teh, mak cik, dan pak anjang.
Tapi sekarang, suasana berubah sedikit sebanyak.
Jalan sudah diturap, ramai yang berhijrah ke luar, masalah kebejatan sosial agak membimbangkan, tok wan dah takda,
mak teh, mak cik, pak njang semua dah berkeluarga.
I miss that time :(
OK, back to the topic..Apa yang 3 nya?
Untukmu Wanita, Adab Az-Zifaf, dan Syabab Musafir Kasih.
3 buku yang saya baru saja habis dibaca sepanjang di rumah-Perlis.
Buku Untukmu Wanita ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR)
Basically, buku tersebut mengumpulkan soalan dan jawapan berkisar tentang isu wanita.
Terbahagi kepada 3 bahagian : Aurat & Maruah, Munakahat, Rumah Tangga.
Ada antaranya boleh dibaca di www.zaharuddin.net
Adab Az Zifaf - Panduan Pernikahan Cara Nabi, oleh Al-Albani.
Tapi saya ambil yang sudah diterjemah ke bahasa Indonesia.
Buku ni kena repeat ler,
tahap penguasaan Bahasa Indonesia yang lemah agak mempengaruhi kefahaman saya.
Buku yang ke-3...Syabab Musafir Kasih.
Hasil penulisan Kak Fatimah Syarha yang ke-3 saya baca selepas Tautan Hati dan Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul.
Ok, mungkin ada yang kurang berminat dengan novel-novel cerita.
Tapi saya tak dapat tipu hati perempuan saya...
Tambah-tambah dengan hasil penulisan dan gaya bahasa Fatimah Syarha,
yang sangat menyentuh hati...
Ceritanya Syabab bukanlah bermotifkan cerita yang sedih walaupun saya termenangis.
Mungkin kita boleh katakan ia cerita tentang pemuda.
Tapi, bagi saya, ia bukan sahaja menceritakan tentang pemuda,
malah banyak isu lain, ilmu, dan bimbingan yang diselitkan.
Saya katakan penulisannya adalah penulisan yang berkesan,
dan saya kagum dengan penulis ini yang pandai menyusun bahasa dan jalan cerita,
yang pada masa yang sama menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu medan dakwah beliau...Sesuai untuk peminat novel :)
Saya memandang watak Syabab sebagai watak seorang pejuang,
walaupun awal kemunculannya cuma membayangkan seorang budak kampung yang miskin, dan serba hina, selalu dicaci dan dimarahi oleh keluarga dan orang kampung,
namun Kak Zah merupakan satu-satunya yang sentiasa percaya Syabab merupakan seorang lelaki yang penuh dengan potensi.
Syabab bangkit, menjadi syabab harapan ummat.
Realitinya, masih ramaikah syabab hari ini yang menjadi pejuang?
Saya percaya masih ada.
Ummat yang tenat ini sangat memerlukan kalian.
Saya copy paste salah satu penulisan dalam cerita Syabab Musafir Kasih (m/s 202-204):
LELAKI...
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri,
Dulu,Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita.
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanita dibiar bebas, binasaDulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu dunia seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki menperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul...
Wassalam
Sunday, March 28, 2010
Yang masih saya ingat
Saya masih ingat...
Dulu saya perlu menghadapi beberapa orang penting dalam division X,
atas hal jemputan ke suatu majlis penting yang kami (pelajar) anjurkan.
Bekerja di bahagian jemputan sedikit sebanyak mengajar saya
untuk bersemuka dan berkomunikasi dengan pelbagai pihak.
Sudah pasti yang agak susah bagi saya apabila menghadapi "orang penting".
Sewaktu tiba di division X, semua kad jemputan yang telah kami siapkan
disemak terlebih dahulu oleh Puan Y, yang memang kami kenal sebelum ini.
Pada mulanya kami beramah dengan mesra,
tapi sedang kad-kad disemak,
tiba-tiba salah satu kad dilemparkan di hadapan kami.
Muka Puan Y juga turut berubah.
Ya, kami terdiam...apa kesilapan kami?
Rupa-rupanya, ejaan nama Datin Z salah.
Silap saya juga, tidak menyemak dengan teliti.
Kami berjumpa dengan setiausaha Datin Z,
untuk memberi kad-kad yang telah sempurna kepada VVIP lain.
Tapi tiada kad untuk Datin Z, lalu setiausahanya bertanya.
Saya jawab,
"Biar kami pulang dan perbetulkan nama terlebih dahulu,
besok kami datang lagi".
Kakak A (S/u Datin Z) berkata,
"Takpe je, Datin OK ... bak sini kad tu.."
Kakak A membelek dan sekali lagi mengiakan kata-katanya tadi.
Kami duduk di bilik menunggu,
menungu Datin Z habis mesyuarat.
Bila diberitahu kedatangan kami,
Datin Z meraikannya dengan baik, menjemput kami menjamah kuih
yang dibuat bersama anak perempuannya,
dan bersikap sangat bersederhana dengan kami.
Kemudian, kami bergambar :)
Saya tak pasti pada orang lain,
tapi biasanya bagi saya,
sikap moderate dan low profile lah yang mengikat hati saya.
[Mungkin kerana kadang-kadang saya agak fussy & being idealist & having high expectation dalam sesetengah hal, jadi bila bertemu dengan orang-orang seperti ini, sekurang-kurangnya
sikap mereka menjadi pesanan kepada saya ]
Wassalam